Sunday, January 20, 2013

Be +ve

Langit pekan sungai besar. Januari. Yep i'm here :)


Assalamualaikum:)


"Abah ambil benda ni dari sudut positif. Yelah, Allah nak ajar banyak tu. Tengok yang bawah, jangan tengok yang di atas."


"Lepas ni at least kalau benda macam ni terjadi lagi, atau yang lebih teruk terjadi (nauzubillah) nabil dah tak heran dah sebab dah kuat."


"Dah tahu, ambil action. Kalau duk termenung je, tu silap lah maksudnya tu."

"Yang penting diri kita dapat something. Tarbiyyah is not dalam usrah je kan, kat mana-mana pun ada tarbiyyah. Cuma pada kita je macam mana nak re-think benda tu balik ikut rasional yang Allah nak."



Banyak quotes haibat-haibat yang abah ngan ibu bagi untuk pujuk hati ni even belum sampai rumah lagi. Dalam plane pun banyak benda dapat daripada jaulah-mate merangkap roommate yang daebak osem terbaeeek tu. Perjalanan balik yang tak dapat dinafikan ke-besetannya.

Ok ok, bagi yang tak tahu, yippiee saya kat malaysia negara tercinta sekarang! Dalam rumah kampung dua tingkat di sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak Bernam yakni sungai besar. Sebab balik? Pffttt sebab nak datang kenduri kawan batchmate yang nak kawen (konon).

Mula-mula macam resah gelisah je. Betul ke aku nak balik ni. But well, sebelum habis fikir tiket pun sudah dibeli maka...inilah yang terjadi. And here, saat ini tika ini, i can proudly say that, i'd made the RIGHT choice and thanks to Allah yang bagi ilham. Hamdalah sangat. 
Tapi tak berani nak buat camni lagi. Ingat balik mesia tu macam beli tiket bas? =..=

Maka siapa-siapa mahu menempah barang pulang tempahan telah dibuka kerana beg sangat kosong.

Jom mula cerita. 

......................................................................

First and foremost, sebelum balik, call naqibah dan ofkos dia terkejut sangat terima berita yang aku nak balik tiba-tiba. Nak buat macam mana, time call tu memang hari yang sama baru decide nak balik dan beli tiket. Terasa macho pulak di situ. Dan esoknya, beliau demand untuk berjumpa dengannya, buat upacara mintak restu lettew. And i come. Dan cerita kenapa..

Dan dia just buat bunyi 'sigh' je macam yang dia selalu buat (comeeelllll >.<!!!) Itulah kakak ab saya. Hoho. Actually, cuti winter ni memang banyak plan, tugasan dan masulliat yang perlu dijalankan. Dan saya lari secara tiba-tiba dalam perasan macho but sebenarnya gediks tahap kelapan belas.

"Apa-apa pun, jadikan balik awak ni bukan balik yang sia-sia." Yep, i'm praying hardly for that.

Pagi tu pulak, teringat janji yang dah dibuat dekat orang. Takut tak sempat nak buat after balik, so try la buat pavlova but end up still tak jadi. T_____T huaaaa. Kali ni meringue, texture ape sume dah okey, but masuk dalam oven dia jadi penyek jugak. Tak kembang macam marshmallow macam yang kak jiha buat. Tapi takpe, winter masih muda, strawberi masih banyak. Positif!

Dan masa on the way balik, dalam perjalanan yang 3 jam lebih before sampai ke transit tu, ditakdirkan dapat duduk kat sebelah sorang egyptian ni. He's a pediatrician  graduated from Ain Shams, also a phD in peds  (camni ke eje? =..=") and currently kerja kat Dubai. So, dalam 3 jam atas flight tu, spekeng jelah kerja aku dengan dia. Sambil makan pun spekeng. (Nampak tak betapa galaknya kitorang sembang?) ---->as expected from someone 20 years-old-to-be.


peds tu main dokte-dokte ngan budak-budak. ade paham?



Cam bese lah, dalam sembang-sembang tu aku tanya la dia, "Why you choose to be pediatrician? Do you love kids?" Muka macam garang je (muka lelaki arab), tak sangka dalam hati ada taman gitu. Pastu, dia gelak. Dia jawab; "Nope. I choose pediatrician because it's the fastest way to get phD." 

Aku terkejut, tapi bajet angguk jelah. Means, matlamat dia phD. Tapi dia macam suka je dengan kerja dia. Entah, tu hal dia. Then, aku cakapla kat dia yang aku pun teringin nak jadi pediatrician jugak tapi aku kesian tengok budak nangis nangis nak kena cucuk. Padahal dalam hati: nak jadi peds sebab ofis/wad peds comel-comel. Lagi tak murni =.="

But then dia advice,

"You should be a gynecologist. It's much better because people need you. Especially muslimah. You can easily get job too, in Saudi, in Dubai, ect ect..." 


Emmm. Angguk lagi.

After berbual lama sangat, siap promot Dubai lagi =.= akhirnya ak pun continue tengok citer Mr. Incredible kat tv plane tu, dan doktor tu pun tengok citer katun gak. Seronok tengok citer tu, dengan Dash yang suka lari laju, prank cikgu dia dengan meletakkan paku kat tempat duduk cikgu tu, pastu mak dia Elastigirl datang sekolah sebab cikgu tu nak dakwa anak dia yang buat kes paku tu. Cikgu botak tu pasang balik video nak buktikan Dash yang buat tapi sebab Dash laju sangat so semua orang tak nampak. Akhirnya Dash pulang tanpa dihukum. Padahal memang Dash yang buat. Bila mak dia cerita kat ayah dia pasal perilaku anak diorang, ayahnya (Mr. Incredible) bukan nak marah tapi lagi dipuji anak dia sebab kelajuan dia superb ect ect..bla bla bla..

...sampai aku tak sedar doktor tu duduk semula kat seat dia (bila masa ntah dia bangun) dan dia tadah tangan dia, praying very hard for something

Sangat sangat sangat bersungguh sungguh muka dia. 

Bersungguh-sungguh yang...macam..alaaa korang bayangkan yang dalam tv tu. Bila orang jahat tobat balik supaya Allah ampunkan dosa dia lepas dia buat jahat kat menantu dia tu. Muka macam nak nangis je.



Means..dia sangat mengimani bahawa doa seorang musafir adalah mustajab tanpa hijab

Entahlah, tengok muka dia yang really really bersungguh-sungguh tu buat ak macam..'Gulp, weh. Apsal aku doa tak sungguh-sungguh macam dia padahal Allah dah cakap mustajab. Ko taknak mintak sungguh-sungguh ke? Biochem kau dah la teruk.'



Ketuk ketuk ketuk diri sendiri guna bantal kapal terbang. Boleh pulak cenggitu.





Masa transit, jumpa pulak dengan sorang makcik ni. Dia daripada Iraq, nak balik ke mesia. Dia tinggal kat mesia dengan family dia, kat Pahang. Sebab suami dia dentist kat UIA Kuantan. Masa dia sebut "My husband is at UIA. He is a dentist. Doktor gigi~" tu, comel gilaaa. Hehe. Dia pun ada cerita banyak pasal diri dia, pasal halaqah yang dia selalu buat, cerita pasal alQuran, ajar bahasa arab kat mesia. Tu pun ajar kawan-kawan dia. Bukannya bukak kelas tusyen ape sume lah. Means, free. Sebab dia nak sebarkan kebaikan alQuran macam dutchlady nak sebarkan kebaikan susu. Eh.

Masa on the way balik ke mesia, belajar banyak lagi dengan jaulahmate. Sampai mesia, lagi banyak kena dengan ayah sendiri, ibu, embah, dll. Kadang-kadang dengan adik sendiri. Dengan kawan. Macam-macam.

Doa sangat, supaya hari-hari jadi macam ni. 


Heeeee :)  Sekian. Panjang kan? Kalau boleh nak panjangkan lagi.

Boleh camni kawan tuan domo?


NB: Cuba teka, sampai sampai je rumah, ape yang ada? Tadaaaaa. Malam tu ada daurah SH kat sabak bernam. Fathiy ngan Fahim pegi, tapi ak tak. Sian ibu dan abah penat, diorang mengantuk sikit lah time daurah yang best tu. But they manage to share something, somehow. Dan kitorang share lah between us apa yang kitorang dapat. Mine is from mesir, dan ibu abah's from malaysia, mesti ada yang lain en.

So harap fathiy kalau rajin tahap kedelapan belas sila update kat blog anda ye. Promot jap: http://kembaraid.blogspot.com/ . Bekas naib ketua pengawas sekolah aku ni. Hebat weh. XD

NB 2: Tadi pergi melawat dzakwan kat sliss. Sekolah tu dah haramkan megi. Terkezut ak. Pastu Pn. Normah dah jadi pengetua. Terkezut nombor dua. (macam pantun pulak :P)

NB 3: Kerja banyaaaaak tapi laptop perlu dihantar kedai esok untuk groom dia balik. Sekarang performance laptop ni makin slow. Sian dia dapat tuan macam ak.

NB 4: I'm becoming a bibik back here.

No comments: