Friday, April 8, 2016

Dahulunya mereka hanya makan daun di tepian.

Assalamualaikum

Ada satu hadis yang masa belajar dalam kelas, yang sangat mengharukan diri ini:

Daripada Bab 56 Riyadus Solihin:  Keutamaan Lapar, Hidup Sederhana, Cukup Dengan Sedikit Saja Dalam Hal Makan, Minum, Pakaian Dan Lain-lain Dari Ketentuan-ketentuan Badan Serta Meninggalkan Kesyahwatan-kesyahwatan (Keinginan-keinginan Jasmaniyah)

^ Bab yang paling menduga dan meruntun perasaan. Katanya macam kena baling dengan kucing. Sudahkan dibaling, kena cakar lagi sebab kucing terkejut.

Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Sesungguhnya saya itu pertama-tama orang Arab yang melempar dengan panahnya -untuk- fisabilillah. Kita semua waktu itu berperang beserta Rasulullah s.a.w. dan kita tidak mempunyai makanan sedikitpun melainkan daun pohon hublah dan daun pohon samur ini, sehingga seorang dari kita itu sesungguhnya mengeluarkan kotoran besar sebagaimana keadaan kambing kalau mengeluarkan kotoran besarnya dan tidak dapat bercampur dengan lainnya --yakni bulat-bulat serta kering, karena tidak ada yang dimakan." (Muttafaq 'alaih)

*Al-hublah dengan dhammahnya ha' dan sukunnya ba' muwah-hadah, juga samur adalah dua macam pohon-pohonan yang terkenal di daerah badiah yakni tanah Arab bagian pedalaman.

Saad Bin Abu Waqqas.

Nama yang begitu tidak asing lagi. Beliau adalah antara sahabat yang terkenal, seorang amir yang hebat pada zamannya. Kegagahan beliau menakluk Parsi semasa zaman Umar Al-Khattab tidak boleh dipertikai lagi. Dilantik menjadi gabenor Kuffah, digelar sebagai Singa Yang Menyembunyikan Kukunya. Saad juga adalah antara orang yang awal memeluk agama Islam.

Ok.

Bayangkanlah, situasi hadis ini berlaku, ketika itu mungkin Islam sudah lama bertapak, dan kerana itu sahabat-sahabat mengenang semula peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara mereka.

Dan apa yang berlaku adalah seperti di dalam hadis tersebut.

Pada awal-awal zaman para sahabat berperang, mereka tidak menemukan makanan apa pun, melainkan pokok-pokok kecil yang tumbul di gurun-gurun, sehinggakan najis yang dikeluarkan tidak ubah sama seperti yang dikeluarkan oleh binatang ternakan (dalam hadis ini menyebut شاة - kambing). Kerana apa yang dimakan adalah benda yang sama. Daun pokok.

Ustaz kami kata, pada zaman dahulu, simpanan makanan dan harta paling banyak akan diberikan kepada tentera terlebih dahulu sebelum rakyat, kerana logiknya, tentera perlu kuat untuk menjaga rakyat. Jika tentera tidak makan, bermakna tentera akan lemah, dan lemahnya tentera bermaksud kebinasaan kepada negara dan rakyat. Kerana tentera tidak larat untuk menempuh serangan musuh dari luar. Lagi-lagi zaman aktif perang macam dulu kan.

Ok.

Tetapi, apa yang berlaku pada zaman awal Islam adalah seperti yang diceritakan dalam hadis ini. Even tentera pun tak dapat makanan yang secukupnya sampai mereka perlu makan daun-daun di tepian. Zaman sekarang, orang miskin pun tak makan daun tau. At least mereka ada la sedikit nasi atau roti. Except apa yang berlaku di Syria.

Plus, yang ni ustaz tanya kami. Berapa lama masa yang diperlukan untuk badan kita mengeluarkan najis yang sebijik teksturnya macam najis kambing?

 sebagaimana keadaan kambing kalau mengeluarkan kotoran besarnya dan tidak dapat bercampur dengan lainnya --yakni bulat-bulat serta kering, karena tidak ada yang dimakan."
Najis manusia lebih berair (sorry tak tahu macam mana nak explain dengan lebih baik). Human's excreta is a little bit fluidy, not so firm, warna pun macam gelap-gelap sikit. Kalau kambing dia macam hampas tebu tu cuma lebih hijau dan basah sikit. Untuk manusia menghasilkan benda yang sama, makanan yang dia makan itu haruslah chronically based on high-fibre vegetables, dan kurang air. Chronic=tempoh yang lama.

Maksudnya di sini, bukan lah sehari dua je sahabat terpaksa makan daun. Tapi mungkin berminggu atau berbulan lamanya. Sampai ke tahap itu sekali.

Bagaimana pula dengan hal umat Islam yang lain pada ketika itu, kalau tentera pun tak dapat makan? Wallahu a'lam, mungkin lebih tiada makanan.

Dan siapa yang cakap ni?
Saad bin Abi Waqqas, seorang panglima agung yang namanya tersenarai antara khalifah yang bakal menggantikan Umar. Penakluk Parsi. Bukan calang-calang orang. Bersama beberapa lagi sahabat lain, ofkos. Mereka yang mungkin sekarang ketua-ketua pos penting mukminin di serata dunia, dahulunya adalah orang-orang yang makan daun pokok je. Malahan Rasulullah sekali, baginda jarang dapat makan besar-besar. Mostly makanan baginda adalah roti yang diperbuat daripada gandum kasar/barli (boleh rujuk hadis lain dalam bab ini). Rasulullah dan sahabat mereka bukanlah orang yang miskin, tetapi kerana mereka mengambil dunia seadanya untuk keperluan hidup mereka, tidak lebih dari itu. Lebihan dapatan pada hari itu akan diinfaq terus buat kegunaan umat Islam pada masa itu, terutamanya pada zaman awal kebangkitan Islam. Sampai begitu sekali.

Kenapa kena belajar hadis ini? Ustaz cakap: "...sehingga kamu menghargai deen ini.." Agama ini bukan didirikan atas perjuangan yang rilek-rilek. Ia mengharungi suasana dan keadaan seperti yang disebutkan di atas tadi.

..................................................




Berhadapan dengan situasi yang memerlukan pengorbanan adalah benda yang tidak asing lagi kepada sebuah perjalanan bernama hidup. Apatah lagi hidup yang bermoto 'khidmah'. Segalanya untuk kebaikan yang lain. Syurga dan pahala menjadi habuan sang pengejar akhirat.

Ada sebuah pepatah dari sebuah lagu yang juga sangat best:

"Harapan dari setiap insan,
Kesenangan juga ketenangan
Mengharungi hidup ini
Tanpa ada cubaan

sayang harapan itu tak pasti
kerna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan

adakah kita tetap tegar
menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan.."


Menerusi perjalanan sebagai seorang pelajar, bersama dengan kerja-kerja dakwah dan membina manusia ini, banyak benda aku pernah lihat. Tangis air mata suka duka akhawat sini, masing masing cuba memberikan yang terbaik untuk dakwah. Dalam keadaaan habis meeting lewat malam, mereka berusaha untuk bangun awal juga untuk fight for tahajjud, ada yang terpaksa alter cara hidup mereka untuk menjadi fleksibel mungkin untuk dnt, ada yang asalnya pandang exam sebelah mata, kini jadi manusia yang belajar bersungguh-sungguh, alasannya "kita kena jadi orang yang mampu jadi rujukan orang lain dalam bidang kita, baru jadi manusia full manfaat."

Ada yang kesempitan duit tapi still lagi tidak pernah lokek bila terpaksa membelanjakan duit untuk infaq or ajak adik main bola. Dalam masa yang sama tak minta extra duit dari mak ayah, just cut expense diri.. menyebabkan mereka tak pernah merasa loacker (jenama waffer kat mesir, 5LE sebungkus kecil) kerana berjimat..

Ada yang ditanya, dalam hidup ini apa benda yang paling dimahukan, jawapannya "masa.." kerana kepadatan jadual yang mencekik. Jumaat untuk rehat peribadi memang hilang. Sebab sentiasa ada benda yang hendak diselesaikan, paling kurang pun ada buku yang perlu dihabiskan bacaan dan kajiannya..

Sedang aku tidak pernah merasa pengorbanan seperti itu..

Mereka semua ini kebanyakannya kebaikan mereka tidak pernah disebut-sebut. Malah ramai tidak tahu. Mereka bukanlah orang-orang yang berjawatan tinggi yang dimahsyurkan namanya di mana-mana ruang dan medan sosial. Bercakap lantang dihadapan dalam program-program teknikal jarang sekali. Tetapi laju menyusup di kalangan manusia mengajar mereka cara berfikir yang matang, yang tuhan-oriented.

Kadang-kadang kita merasa kita sibuk dan penat,

Sebenarnya ramai lagi orang yang lebih sibuk dan penat daripada kita.

Mungkin kadang-kadang kita rasa kita dah all out sangat untuk dnt ni sampai tak larat dah. Macam nak pengsan pun ada, dengan tenaga, duit, masa, semua habis..

At least perut kita berisi dengan makanan. Bukan daun pokok macam Saad dan sahabat-sahabat lain. Tu macam dah sungguh-sungguh all out. Mungkin ada yang kata, "tu zaman sahabat, jangan compare lah, memang la kalah. Diorang duduk dengan Rasulullah."

Tapi diorang juga manusia. Nak cakap betapa bezanya 'all out' sahabat dengan 'all out' kita.

Dan susah payah Saad tu berhenti takat Fathul Makkah je ke? Atau sampai menang perang al-Qadisiyah lawan Parsi tu je ke? Tawan Parsi tu macam dah kerja besar tau. Macam siapa yang boleh buat macam tu dia layak je nak rileks. Kalau program biasa pun banyak kena buat meeting dsb sampai rasa tak larat, perang-perang besar apatah lagi kan. Mestilah kalau dah menang tu rasa macam haaa puas, dah accomplish satu benda besar. next kerja boleh la kot bagi orang lain.

Tapi Saad tak, usai satu benda besar, dia terus gerak, dan gerak lagi. Kena turun pangkat oleh Umar pun takpe, jelajah dakwah dia jauh sampai ke China. Sampai dikatakan maqam beliau sendiri berada di situ.


Ustaz cakap lagi, kalau deen ni diletak pada tangan orang seperti kita, nescaya agama ini tak akan pergi jauh lebih daripada rumah sendiri. Sebab takutla, malas la, susah la, macam-macam.

Tidur lambat sikit, mengadu
Kena usrah jauh sikit, mengelat
Ada daurah lebih sikit, membebel

Dalam keadaan tak buat pape pun untuk cuba adapt situasi. Hidup yang keras macam kayu.

Dalam dnt, kita berusaha sedaya upaya untuk tidak memberi sesuatu yang melepasi kefahaman orang tersebut. Jadi kalau naqibah suruh buat something tu, faham-faham je la, antum dah besar, dah kena/cuba buat begitu dan begini sebagai manifestasi kepada kenaikan kefahaman antum terhadap islam dan dakwah ini. Everyone does. Anda bukanlah orang pertama yang mengalami semua ini.

Dalam masa yang sama, kena selalu qadaya untuk update perjalanan antum membawa tugas supaya sebarang masalah boleh dicater bersama. Macam dalam O&G, setiap ibu yang ada masalah tetapi memenuhi kriteria orang yang layak, akan diberi peluang untuk bersalin normal, dalam masa yang sama, perkembangan kandungannya akan diperhati. Jika ada apa-apa masalah timbul, kita akan bagi supportive measures, atau terus buat CS.

...........................................


So untuk endingnya,

Formula ini bukanlah setakat layak diaplikasi dalam dnt, tetapi juga dalam hidup ini. Give all out dalam semua benda yang kita lakukan (study, kerja, human interactions) dan tolonglah, jangan memilih untuk manja, sedaya mungkin.

Semoga kita semua menjadi manusia yang mampu untuk persembahkan yang terbaik, segala potensi yang kita ada.

Walaupun hakikatnya kita bukan superman yang mampu buat semua benda.

Sekian.