Tuesday, May 29, 2012

word-less#3


belajar bersama kuma-chan :)



"Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mengendahkan) kebenaran. Mereka itu mendapat seksaan yang pedih."

"Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk dalam perbuatan yang mulia."


(42:42-43)

................................................................................................................



Teet. Dah tiga minggu rupanya study leave. Dah lama tak pergi sekolah.
Dan, tak sangka. It's bloomy. Those flowers.

Spring really do come.




Enjoy the picture of kasr el-ainy, friends.










Spring, May 2012, Egypt 
credits to tuan punya kamera. siyes, lama gila dah tak amek gambar!

Wednesday, May 23, 2012

garis-garis

Selingan sambil membaca.

Pernah buat tak main aci garis-garis atas tangan guna kuku or apa-apa substance pun? Ala, yang gajah lalu, semut gigit apa bagai tu.
(Tak ingatlah namanya ape. Tapi kenangan kena cubit time semut gigit tu masih segar dalam ingatan.
Sakit gila!)

kanak kanak riang gumbira


Just found one fact about that,


"When a pointed object is drawn lightly over the skin,  capillaries become empty due to contraction of the precapillary sphincters in response to the mechanical stimulus."


Means, kalau kita buat garisan atas tangan guna kuku, tempat garisan tu jadi putih sebab darah tak lalu dekat situ. Ini disebabkan oleh precapillary sphincters (gambaran: macam pos pengawal yang control bukak tutup salur darah) anda yang tertutup akibat daya yang dikenakan ke atasnya.

Jadi segala rumours pasal obesity ape sume tu jangan risau la. That's just normal.





Okey, sambung membaca :)

Tuesday, May 22, 2012

hujan bi





"Drizzle drizzle, the sound of the rain
Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling."

.......................................................


Sori, post random je. Dah dah, mari baca buku.
Urghhh..nasib baik mesir takde hujan!




Monday, May 21, 2012

countdown&demam


Assalamualaikum :)

saya nak exam!


Officially, today remarks that 10 days more left towards written anatomy examination.
60 hari lagi bakal tibanya Ramadhan.
58 hari lagi untuk balik ke rumah.

dan,
2 hari lagi untuk siapkan report. Ngaaa! =___=


Jom usaha usaha usaha. Masa sangat banyak. Gunakan ia sebaiknya!


....................................................................................


Being a medical student.


Jom lihat gelagat student medic semasa fatrah exam.


Fenomena 1:


Fenomena normal semua sebahagian besar student medik semasa musim peperiksaan ialah keber-engganan mereka untuk membazirkan waktu mereka dengan benda yang bukan pasal buku dan mukabuku (heheh).  Nak masak malas, nak keluar rumah malas, nak sidai baju malas. Kadang-kadang makan pun malas. Biasalah, takdir budak medik, semua benda kena hafal. Faham aje tak jalan la. Hafal semata-mata pun tak larat. Memang kena dua-dua. Sebab tu tips ramai senior yang mumtaz ialah, sebelum exam, diorang ulang buku teks tu je dah nak dekat empat lima kali. <--paling sikit.

Bayangkan, buku teks anatomi kitorang je dah 5 buku. Fisio, histo, biochem? Adehh.

Tapi seronok exam. Terasa berguna semua benda yang dipelajari semasa lecture. Kan?
(positif kan. hehe)

Fenomena 2:

Time-time cenggini lah ramai orang akan buat benda-benda yang biasanya dia tak buat semasa musim bukan exam. Yang tak berapa nak baca novel, baca novel 24 jam. Yang tak berapa nak suka tidur, tidur memanjang. Yang tak berapa nak rajin masak dulu-dulu, tetibe je rajin memasak.

Yang dulu tak berapa nak tengok movie, kini semua movie digodahnya.


Kesimpulannya, exam terbukti membuatkan seseorang semakin 'rajin' atau semakin malas. Hehe.





Fenomena 3 (paling menakutkan):

Ialah apabila semua orang tiba-tiba seperti bertukar wajah. 


Semua orang jadi macam kulit telur. Fragile gila. Senang emo tak tentu pasal sebab otak tensen study memanjang, lalu bila ada silap terus mengamuk macam hulk warna hijau kena cucuk. (Okay, aku tahu. Hiperbola je tu.)

Kadang-kadang, mungkin sebab keadaan badan kita yang sedang cuak ni menyebabkan kita sentiasa dalam keadaan sympathetic stimulation. Lalu berbondong-bondong norepinephrine dirembeskan, stimulate macam-macam adrenergic receptor kat badan kita. Kita stress, rentak jantung meningkat dan macam-macam kemungkinan timbul. Orang sergah dari belakang, pop, terkejut macam nak mati sambil melatah itu ini.

Hehe. Saja je. (baru baca physio)

Hati tu jadi sensitif sangat. Semua benda dirasakan alangkah baiknya jika berlaku mengikut kehendak kita. Panas sikit tak boleh, sejuk sangat pun tak boleh. Cepat je hilang fokus dengan perkara-perkara kecil. Duduk depan meja belajar pun tak masuk, baring atas katil pun tak jalan. Apa ni, susahnya nak belajar.

Padahal kalau ikut term 'kondusif' tu, rumah kita tu dah memang lulus dapat cop pengesahan rumah selesa lagi. Takde lubang kat atap, kipas maujud, katil meja belajar semua okey. Tak patah.

Jadi, apa masalahnya?

...............................................................................................

Fokus.

Ada orang kata, kalau kita tak fokus, cuba check balik solat kita. Khusyuk atau tidak? Sememangnya untuk fokus itu sangat sangat lah susah, lagi lagi waktu solat kan. Sebab si tanduk dua tu ligat mengacau. 

Masa dengar soalan tu, takut rasanya. Sebab rasanya, kita sebagai orang Islam seharusnya lebih pandai mengawal fokus sebab dari kecil lagi kita dilatih untuk khusyuk dalam solat. Fokus hanya akan terganggu bila ada sesuatu yang datang mengganggu. (apa ayat aku ni?) 

Maka, jika anda tidak dapat fokus, sila cari 'sesuatu' itu. 


Deal with it as fast as you can, sebab kita dah tak punya masa.

.................................................................................................


NB I: Sambungan kepada fenomena 3 tadi, ia sangat common berlaku kat student dalam apa-apa field pun. Meskipun kepada orang yang telah bekerja. People tend to get burst out of anger (melayu: meletup kemarahan) dalam keadaan tension. Jadi di sini, dua pihak perlu main peranan.

Si tension: Jangan tension sangat. Pergi amek wuduk.

Si sekeliling tension: Buat-buat dek dan senyum je. Sila faham, betulkan kesilapan anda (jika anda bersalah) dan bertahan. Tapi jangan blur sangat.

Dan sama-sama kita berlapang dada.


NB II: Keh keh. Salam imtihan semua doc-to-be of cairo university. Rabbuna yusahhil!