Saturday, April 19, 2014

Semalam.

Semalam,
Kami ada DSMP. Daurah sebelum musim panas. Annual program actually. Tapi tahun ni buat gempak gempak sikit sebab mungkin kerana PIC dan barisan ajks sangat penuh dengan kasih sayangs.

Semalam,
Mawaddah bagi pengisian. Buat kali kedua masa DSMP, rasanyalah. Sebab masa aku first year pun dia yang bagi. Time tu memang sangat terkejut sebab kami berdua sama-sama tahun satu tapi dia dah duduk depan. Aku pulak ngantuk-ngantuk kat belakang (eheh). Dan tahun ni pun sama. Cuma masa tahun satu mawaddah duduk statik je kat depan, tahun ni dia dah pandai main gerak gerak saiko saiko orang. Heheh.

Kena ambil semangat dia ni.

Semalam,
Perkataan tarbiyyah disebut sebut kembali. Berulang kali.

Semalam,
Kami rancang cuti ni nak buat ape. Seorang akhawat tu cakap, rancanglah cuti sebagaimana tekunnya kita merancang waktu kita di mesir ni. Isi planner, tulis things-to-do.

Semalam,
Ada akhawat pesan, preparation untuk bfg tu bukan pada waktu kita tahun 6 sahaja, tapi tiga-empat tahun lebih awal. Balik malaysia waktu musim panas, kenal akhawat lain, turun medan, jumpa syuyukh2 pakcik makcik, cuba buat sesuatu yang bermakna. Supaya balik tahun enam nanti kita dah jadi biasa dengan dunia malaysia.




Semalam,
Macam kena heart attack bila dengar "ubat kalau rasa malas mujahadah ialah dengan membayangkan khatimah kita itu depends on apa yang kita selalu buat." Kalau perkara paling lazim kita buat ialah main fesbuk, maka ya, tidak mustahil lah khatimah kita ialah dalam keadaan main fesbuk.

Kalau perasaan hati kita yang paling lazim ialah rasa malas dan rasa amarah dan lain lain maka tidak mustahil itulah keadaan hati kita masa pengakhiran hidup kita. Seram.

Tahu je benda ni, tapi iman diri tak kuat, selalu tak ada efek when it comes to perlaksanaan.

Semalam,
Masa balik, rasa pening sangat. Takdelah sangat ekceli, cuma macam biasa, aku memang jenis mudah pening kalau sekeliling banyak asap plus matahari terik dan panas. Bunyi macam princess je kan. Haha. Plus sebab asyik pergi balik semalam, so terexpose dengan lebih banyak matahari. Pening. Dalam pening-pening tu masih lagi bergedik nak makan yogurt.

Lepas tu kak nisa baik hati bawak la pergi beli yogurt yang sedap tu.

Beli empat, satu nak rasa, tiga lagi nak bagi adik tapi sebab semalam bawwab rumah diorang kunci, so sekarang yogurt tu duduk dalam peti ais rumah. Ni contoh manusia willing diri tak kuat.

Semalam,
Beli dua kotak cookies alam sebab ada akhawat pesan. Tapi rezeki lebih menyebelahi pakcik tremco. Hmm, patutnya jangan tulis dalam ni habis la hilang pahala ikhlas i.

Semalam,
Pengsan tidur lepas maghrib, tapi macam biasa, housemate tak pernah bagi kita tewas tertidur sampai neglect isyak, walau apa pun alasan yang aku cuba bagi, sepenat mana pun muka yang aku cuba tarik. So alhamdulillah solat isyak awal. Jzkk housemates. Sori kadang-kadang kalau selalu marah tarik muka kalau perasaan nak buat jahat tu ada. Nanti kat akhirat saya nak cerita kat Allah about this, tentang betapa osemnye housemates saya, walaupun Dia tahu je. Hehe. semoga Dia bagi antunna the best ajr dan pengampunan.

Semalam,
Resolusi common: baca raheeq makhtum dan habiskan omar series. Cuma tahun ni ada extra kerja: kena buat nota raheeq makhtum. Erk! Tahun lepas pun dapat tugasan yang sama untuk baca banyak buku-buku fikrah. Semua tu ada je kat kedai abah pulak tu. Siap pegi beli kat imanshoppe, tapi setakat ni tak pernah khatam walaupun satu.

Mungkin balik summer ni aku perlu berubah. Bukan setakat rajin pergi program, tapi kena rajin baca buku bukan komik je.

Semalam,
I love the facts that sabie'-sayyeda doesn't seem too far for me right now.
Terima kasih kepada adikku kerana melatih kakakmu menjadi begini.
Dan juga kepada akhawat, terima kasih.

Hari ni,
Rasa malas nak keluar rumah sebab hari ni cuti. Masalah kan, walaupun aku rasa aku lah budak batch yang paling duduk rumah sebab tak amek tusyen. Ngeh.

Hari ni,
Lagi beberapa hari je tinggal untuk exam final year.

Doakan untuk saya supaya jadi rajin --dan berhati bersih. Please. *desperate*



Friday, March 21, 2014

Chicken Mozzarella tepi taman

Assalamualaikum.

March going to end, April will come sooner.

Satu budak, pada umurnya baru mencecah 18 tahun telah berpijak pijak di tanah yang bukan kelahirannya, malahan amat jauh sekali. Padanya tiada rasa loneliness atau homesickness, kerana dia tahu inilah pilihannya. Jika ada rasa itu cuba dibuang jauh-jauh sekali, namun kadang-kadang ada masa yang tidak tertahan rasa sunyi;

Hobinya adalah untuk berjalan seorang diri kemana-mana sahaja. Melihat dunia, berfikir tentang apa yang perlu dilakukannya sehari-hari. Taman di tengah universiti menjadi saksi. Rumah bukan obsesi pada masa itu. Maka inilah rutin harian budak itu selepas habis kuliah sehari-hari.

Berjalan sendiri atau;

Melompat ke rumah orang lain.

Pada saat seperti itu, dua kali. Yep, dua kali kejadian ini terjadi. Sedang budak itu berjalan seorang bersama earphone di telinga memutar pelbagai lagu memori lama, saat itu juga ekspresi berubah teruja apabila melihat kilasan seorang insan dikenali beberapa bulan lalu yang juga sepertinya, sedang itu dia menancap permandangan taman universiti sambil menikmati makanan tengahari.

"Kak Husna!"
Berlari teruja.

Orang yang menyambut tidak teruja, hanya ada senyuman kecil dibibirnya. Bukan kerana dia tidak peka, tetapi itu memang dia. Kool jeeee. Kak Husna ketika itu masih di tahun lima. Terus dihulurkan makanan yang ada ditangan. "Chicken Mozzarella, awak nak?"

Ngeh. Ajakan wajar disambut bahagia.

Dua kali scene yang sama berlaku. Pada tahun yang sama. Dalam suasana yang kuning (petang kot time tu.) Kini kak husna dah nak balik bfg. Suatu drama yang pernah termimpi masa tahun dua dulu. Untuk menghantar beliau pulang di airport tapi nampaknya tidak kesampaian.

Live well, kak husna. You shall be my lovely nenda in dnt forever.




Saturday, March 1, 2014

Suatu malam

Dalam keheningan malam,
Sayup sayup kedengaran suara membaca alquran di ruang tamu
Sedang si dodi sibuk dengan komputernya dari sudut dalam bilik
Hatinya tertanya-tanya
Sampai bila mahu hipokrit
Untuk berkata tetapi tidak mahu berbuat
Sampai bila mahu tidak merasa
Merasa Tuhan sentiasa melihatnya
Sedang si dodi tahu semua
Pelbagai buku sudah dibacanya
Namun hanya akal mendapat faedahnya

Hati dibiar kering ke tepi
Basahkan segera, wahai diri.

Dodi baru tahu,
Pertembungan antara nafsu dan akal, akal selalu kalah
Walau akal tahu itu salah
Walau akal tahu hukum hakamnya
Walau akal tahu apa rasionalnya
Namun
Hanya apabila digabung kekuatan hati yang mantap mampu menundukkan nafsu

Realitinya,
Kunci kepada penyelesaian masalah semua sudah ada ditangan
Yang tinggal hanya
Perlawanan antara nafsu, akal dan hati. Siapa akan menang.

Tuesday, February 25, 2014

Pengiktirafan Debestest

gamba goyang. editing failure. tapi takpe, meh tengok mesejnya.


Semalam jalan-jalan dengan ahli sc. Lama tak jumpa mereka. Kadang-kadang terasa sayu mengenangkan hak setiap orang yang tergalas pada bahu. Alangkah gagalnya aku bermuamalah dengan ahli sc ku sebaik mungkin, terutama sekali di luar circle, sedangkan orang-orang inilah yang telah sama-sama berazam untuk masuk ke syurga bersama-sama. Aku khuatir jika kalamku makan diriku. Sungguh, teman-teman karib itu saling bermusuhan nanti semasa di akhirat, kecuali mereka yang saling nasihat-menasihati di jalan kebaikan.

Hendak dipendekkan cerita, kami berenam bersetuju untuk makan di sebuah restoran cina yang terletak di Abbasiyyah, Kaherah. Makan banyak sangat. Satu, sebab lauk di sana boleh kata murah lah berbanding dengan restoran-restoran gempak yang lain. Kedua, sebab chinese cuisine memang sedap! Rugi kalau dibazir-bazirkan. Maka, makan lah sampai kenyang.

Sebelum kami makan, mentor sc kami buat sesi tadabbur dulu. Surah Al-Insan. Tilawah, dan kemudian masing-masing tadabbur, berkongsi apa yang dia rasa. Oh aku paling suka part sharing tadabburing ni sebab ketukan hati yang Allah bagi pada setiap manusia tu sangat unik, dengan satu ayat yang sama, masing-masing dapat rasa yang macam-macam depends on situasi individu tu macam mana ketika itu. It's like killing many birds with one stone. Heheh.

...............................................


"Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu diterima dan diakui (Allah)." (76:22)


Ayat yang paling terasa lah time tu. Satu ayat yang bakal diungkapkan kepada hamba-hamba yang terpilih nanti pada masa akan datang. Dan ayat ni siyesli sangat sweet, lebih-lebih lagi jika diungkapkan oleh Sang Pencipta, Allah yang Maha Esa. Dia macam satu, satu penghargaan, atau satu pengiktirafan bahawa manusia tersebut telah mencapai fungsi hidupnya di muka bumi ini. Dan lebih nikmat, apabila segala usahanya diterima dan diakui. Kalau lah pengiktirafan manusia kita pun dah rasa seronok macam ape, apatah lagi sebuah pengiktirafan agung yang kita tahu balasannya memang ialah kenikmatan yang kekal abadi: syurga. Tak tak, belum masuk syurga, dengar je pengiktirafan ni pun dah rasa seronok sangat. Rasa lega.

Obsesi Syurga

Obses. Bila kita obses dengan sesuatu, apa yang akan kita buat? Kita akan sangat berkejar kan nak buat perkara itu, biar pun ia susah sekalipun. Contohnya macam Qarun, hidupnya terlampau obses dengan harta kekayaan, maka, itulah yang difikirkannya siang dan malam; cara untuk menambah, menyimpan dan menguruskan hartanya. Kalau ada orang obses dengan medik, hidup dia memang ter'sibghah' habeh dengan medik, berbahasa dengan bahasa medik, bangun tidur medik, makan medik, main medik, semua nak medik. Sebab apa? Sebab tahap obsession yang tinggi menyebabkan dia mampu untuk buat semua itu, biarpun manusia biasa tidak mampu untuk mencapai tahap sepertinya.

Dan kita muslims, bukankah kita sangat bermatlamatkan syurga sebagai pengakhiran hidup kita? Ada ke yang teringin nak masuk neraka kat sini? Paling-paling pun, semua orang mengimpikan pengakhiran yang baik, membayangkan kenikmatan syurga yang disebut-sebut dalam alQuran. Jadi, bukankah seharusnya kita punya obsesi yang tinggi untuk mencapai tahapan pengakhiran yang debestest ni? Kita mahukan syurga, tetapi kita tidak obses kepada perkara-perkara yang membawa kita kepada syurga, susahlah begini. Kita mahukan redhaNya, tetapi malas untuk melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Masalah besar.

Semua manusia mempunyai obsesi mereka sendiri, dan atas diri kita, nak memilih obsesi kepada yang mana satu. Pelajaran, harta, fesyen, kerja, dunia moden, penghormatan manusia, keluarga, atau Allah itu sendiri.


Amal yang macam debu

Bayangkan senario ini, di suatu tempat yang luas, yang penuh dengan manusia yang dengan macam macam gelagat, ada yang gembira bergelak tawa, dan ada yang menangis teresak-esak, ada yang resah dan ada yang hanya diam memerhati, kita berjalan di antara mereka dengan yakinnya, membawa segunung macam perkara bersinar di tangan dengan bangganya, sedang yang lain tidak ada.

Dan kemudian, tibalah masa untuk mempersembahkan apa yang kita ada. Dengan senyuman lebar, the offering is laid down. With a thick sense of proud.

Kemudian, ada suara bertempelak, "Amal kau ni semuanya tidak ikhlas! Kau ujub! Suka menunjuk! Kau buat sebab manusia! ". Berderau darah mendengarnya. Tidak semerta-merta, segala macam benda yang bersinar yang dipersembahkan itu terurai menjadi debu-debu yang berterbangan. Kosong.

Kosong.

"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (Furqaan, 25:23)


So, balik kepada point yang atas sekali.

Bila terbayang senario ni, (adehh), sangat terfikir lah, bagaimana nak mencapai senario bahagia yang diceritakan dalam ayat 76:22 kat atas itu tadi. Kadang-kadang kita rasa amal kita dah macam-macam, dan ada sahaja kalanya kita merasa puas dengan apa yang kita dah buat. Malah, sampai ke tahap membandingkan diri dengan orang lain pulak. Astagfirullah. Kalau macam tu, bukankah senario nombo 2 lebih dekat dengan kita?

 Taknak amal banyak tapi jadi هبآءً مَّنْثُورًا. Debu debu berterbangan. Baik kerana bermula dengan niat yang salah, atau terdeviated semasa pertengahan, pengakhiran mahupun setelah selesai melakukan tugas tersebut.

Hmm.

Dan perlunya menjadi orang yang obses kepada mengejar ganjaran terhebat; yakni syurga itu sendiri. Dan yang lebih best, untuk menjadi hamba yang terpilih untuk berjumpa dengan Allah dan Rasul-rasulNya.