Saturday, May 6, 2017

Today Is The Day

Bismillah

All prep has been done and today is the day

Semoga lancar

Btw sentiasa mengharap diri sendiri mampu jadi bersemangat dan bersungguh untuk mencapai apa yang dihajati. Malang sekali adrenaline itu seringkali disuppressed dengan kemalasan diri sendiri.

Sure nabilah you can go further.

If you has the will to do so.

Friday, May 5, 2017

Random #8

Assalamualaikum

Orang kata kematangan dilihat daripada cara dia bertindak dan memilih keputusan. Minggu lepas merupakan birthday seorang junior yang sangat dikagumi, dan end up kite salah sebut umurnya sebab merujuk kepada umur sendiri yang disangka baru 23, rupa-rupanya dah 24. Well, dah 24 dah. Tetapi baru-baru ni berhadapan dengan satu situasi yang mengantoikan diri yang sebenarnya kite ni sangatlah tak matang dan tak professional.

But then macam mana nak jadi matang, tak letak emotion sendiri first, bertindak mengikut situasi dan bukan hayun kaki ikut mood sendiri?

-_-

Sebelum ni kite percaya that our life is about ourself, sebab sangat beriman dengan kisah keldai-bapa-anak yang kite tak boleh ikut sangat apa yang orang cakap sebab the end it is ourself yang matters untuk diri kite. Means, ke mana  kita nak pergi dalam hidup ni, nak jadi apa, apa kontribusi kita pada orang lain. Orang boleh cakap boleh komen boleh berpendapat, tapi akhirnya kita yang kena act. At the end orang still akan tengok pada hasil kita.

Tapi duduk dalam tarbiyah mengajar aku erti selfless
dan erti mengalah (sometimes)


Yang di mana dalam certain situasi kite memang tak boleh letak emotion kita dihadapan, sebaliknya bertindak properly mengikut situasi.

Tapi macam sakit je.

Tapi apa je yang akan kita peroleh pun kalau kita mengikut emosi pun. Puas hati kat diri sendiri then end up break hati orang lain

Akhirnya tak tenang jugak

"Alangkah indahnya jika malam kita dihiasi sadaqah
Dengan perbanyak maaf buat sahabat" -pkshol

Yes, aku tengah dalam perjalanan belajar untuk hidup bersama masyarakat dan belajar untuk menjadi proper dalam semua hal. Tidak terlalu selfish, tidak terlalu baik sampai kena pijak, ada prinsip dan bukan lalang, dan sentiasa ada kontribusi dan amal yang menghidupkan,


Friday, April 21, 2017

Take that chance, follow your heart or you'll missed it

Has been occuring to me a few times, banyak instinct datang dalam hati tapi duk ignore sama ada kerana malas ataupun kerana sibuk,

Rupa-rupanya lintasan hati yang datang itu adalah satu peluang besar yang amat mahal

Namun hasil ignorance menyebabkan peluang itu terlepas begitu sahaja

Kita concludekan ia sebagai takde rezeki.


Then comes to me a few times juga ayat, "if and only if..." Hati mula rasa resah dan menyesal, kenapalah aku tak .....

So sometimes, kalau benda yang bagus dan tidak menyusahkan anda (not giving you a big deal) terlintas, try to think about it and simply do it. Kalau peluang yang sama diambil orang lain, terlepaslah kita.

So untuk case yang latest perasaan ini datang, aku cuba cover balik tapi hasilnya tetap lain dengan kalau aku buat intervention masa momen yang awal itu. Hu. May Allah guide us in everything we do and make us easier to do good deeds.

Sekian pendek je.

Saturday, April 8, 2017

Imaan is Sabr


Assalamualaikum

Bila kita bercakap tentang sesuatu perkara, any statement atau pendapat terutamanya, sudah pasti kita akan diuji untuk kekal dalam statement kita tu. For example bila kau kata medik tu best. Yup masa cakap tu memang best, tapi along the way kau akan selalu je jumpe dengan pelbagai cabaran yang kadang2 mampu deviate kita daripada perasaan yang awal berjumpa dengan medik tu.

Ataupun, ok kita tak payah pergi jauhlah. Contoh paling common ialah bila kita baru kenal someone yang kita rasa first impression kita pada dia adalah, dia memang macam malaikat. Pandai, cantik, baik, sasa, berakhlak terpuji. Kita mula merasakan kemanisan berkawan kerana memang benar sepanjang berkenalan bersamanya, banyak benefit 2 hala yang kita peroleh. Give and take gitu.

Dan tetibe bila kita mula kawan dengan dia dah lama sikit barulah datang khabar angin mengatakan dia begitu dan begitu, mula-mula kita tidak mempercayainya, sampailah satu masa pecah tembelangnya pada waktu-waktu kritikal hidup manusia for example kat mesir ini ialah semasa musim peperiksaan. Kita rasa malas dah nak praktik benda baik kat kawan yang sama, menjadikan kita lebih banyak menuntut daripada memberi.

Eh tetibe rasa macam example ni jauh dari mesej asal.

Apa yang cuba disampaikan dekat sini, sememangnya dalam setiap apa yang kita yakini atau percayai, pasti akan datang masa ia diuji dengan pelbagai jenis tarikan dalaman dan luaran yang menggoyahkan keyakinan kita. Kerana itu, dalam keteguhan prinsip, kita sangat memerlukan kepada;

Sabar

Sabar untuk kekal meyakini segala apa yang melanda sepanjang perjalanan
Sabar untuk kekal memanifestasikan segala apa yang diyakinkan
Sabar untuk menunggu outcome yang diharapkan

Iman adalah sabar, ya ia memang adalah sabar yang besar. Bersamanya juga perlu disertakan syukur, merasakan berpada dan cukup dan 'blessed' dengan setiap inci benda yang diperolehi. Melepaskan perasaan 'menuntut hak' dan 'tamak' yang memakan diri.

Oklah sampai sini je dah lama tak menulis rasa makin lama makin jadi orang yang blur nak luahkan perasaan secara berseni

(selama ni berseni ke pun btw luls)