Friday, May 31, 2013

Kemampuan dan Kehendak

Hi. I'm little domo yang tak reti tutup mulut


Hidup aku simple. Jika tidak begini maka ia begini. 
Tapi ia tidak semudah itu. Hak3

Abaikan ayat pelik ini.

Kini mesir mula menunjukkan bahangnya. Dengan suhu tertinggi yang mencatat 39'C, ada orang kata dah sampai tahap 41'C, sesape pun boleh jadi cacing kepanasan duduk di dalam rumah. Even subuh pagi pun tak seindah sesegar pagi-pagi yang sebelumnya. Oh how i miss a calm morning, dengan bunyi kicauan burung dan kokokkan ayam, (malangnya di sini anjing lebih galak mengokok). Aku rasa itu je satu-satunya point yang sama antara Mesir dan Sungai Besar. Tapi malangnya sekarang tidak.

Sebut pasal kampung halaman,

Dzikrul dah dapat lesen kereta, in which aku rasa agak jeles tapi takdelah jeles sangat sebab, yeah, aku matang. Keh3. Dan dia pun bakal masuk universiti. Haih, kitorang dah besar rupanya. *mengeluh*. Abah pun dah pandai main ipad, which is, satu kemajuan yang superb. Keh3. Dzakwan dan Dzahin still dalam sekolah yang sama, kat sbpi sabak. Sekolah yang aku banyak kali merayu nak masuk tapi tak dilayan. Lebih malang lagi bila semua adik-adik masuk sekolah tu, dan aku je yang tak. Tsk. Tapi takpe, rezeki orang masing-masing lah kan. Dzorif, hmm. Tiap kali tepon dia mesti dia mengeluh penat sebab kena pergi 3 sekolah setiap hari. Tula, sape suruh suka ponteng tadika masa dulu. Padan muka.

Ugh, ini bukan post homesick. Indeed, i'm not. At all.
Sebab, yeah, saya matang. Wohoo.


First paper, fisio dah habis. Orang kata fisio is such a big burden dalam banyak2 subjek tahun 2, dan aku baru perasan hakikat tu masa selesai jawab written exam minggu lepas. Fisio, sangat banyak, tapi sangat best. Dan malangnya, usai exam fisio lah baru aku paham apa yang tertulis dalam tiga buku yang tebal-tebal tu. Yeah, sekali lagi, thanks to exam. Kalau takde exam, memang tak paham lah sampai bila-bila. 

Exam tu seronok, kan? Walaupun takdelah dapat jawab dengan excellent mana, tapi, sangat bersyukur kat Allah sebab Dia bagi aku paham fisio ni walaupun cuma baca dalam masa yang sangat singkat. So korang, bersyukurlah. Otak manusia tu sangat hebat sebab boleh catch up subjek yang susah payah dipelajari selama 7 bulan dalam satu minggu je. I wonder sejauh mana lagi kemampuan SEBENAR makhluk Allah yang bernama manusia ni.

Ehe. Jom masuk tajuk.


Kemampuan dan Kehendak

"Kemampuan itu datangnya dari rasa hendak.
Rasa 'nak' itu yang mampu membawa impian manusia menjadi realiti.
Jika hilang rasa hendak itu, manusia akan menjadi lemah."

Setuju tak?

Kalau kita nak sesuatu benda tu, kita akan tiba-tiba mendapat kekuatan yang luar biasa, yang di mana orang lain even diri kita sendiri tak pernah terfikir yang kita akan mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan tu.

Rasa hendak yang datang dari dalam diri kita itu yang menolak kita untuk meng-unleash-kan segala kekuatan luar biasa super saiya yang sebenarnya terpendam dalam diri kita. Dan jika rasa 'nak' itu sendiri tak ada, atau, mungkin ada, tapi TIDAK KUAT, maka,

maka,

treshold nak capai kekuatan luar biasa itu mungkin akan jadi sangat tinggi. Sukar dan payah.

Believe in yourself, then act. Jangan keep on saying, "aku tak mampu, aku tak boleh." Kalau diri sendiri in the first place tak percaya dengan ability diri sendiri, memang sampai bila tak gerak lah kan. Bukan setakat meng-downkan diri sendiri, malahan orang len pun akan jadi down gak dengar. Kan dah jadi masalah tu.

Put faith and trust that you can do it,
dan hari tu nusai pernah pesan,

"Kalau nak buat something, jangan cakap "aku nak buat, aku plan camni camni.."
Sebaliknya, bangun je, dan terus buat!"


.........................................................


Dan Rasulullah sendiri ada ajar macam mana nak minta kekuatan. Ingat tak kisah puteri baginda, Fatimah yang pernah meminta seorang pembantu rumah untuk meringankan kerja rumahnya, tapi apa Rasulullah buat ialah, baginda mengajarkan Fatimah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dia minta, iaitu zikir. Dzikir itu pemberi kekuatan. Andai penat dan lelah dan rasa tidak mampu, istighfar dan mintalah kekuatan dari-Nya, kerana Dia lah yang Maha Kuat.

:)


"Kalau kau letih, ingatlah, beribu-ribu malaikat sedang mendoakanmu"

Saturday, May 18, 2013

Potensi

"Kenapa semua orang ada kelebihan yang unik? Saya tak ada apa-apa."
pouted me, out of jealousy.

Seeing people around me,
Semua orang ada kelebihan masing-masing.
Ada yang pandai main piano, ada yang pandai bersukan.
Ada yang hebat memasak, dan ada yang petah berpidato.
Belum masuk lagi part orang yang pandai cakap banyak bahasa. Yang ni siyesli nerve-wrecking dalam kekaguman. Rasa down pun ada.

Mengenangkan diri yang tak ada apa-apa.

Tetapi,
Ketahuilah setiap manusia itu pasti ADA apa-apa.

Monday, May 13, 2013

Quotations of bebudak nak exam anatomi

(Amaran: Post ini sedikit geli. Siapa suka makan hawashi jangan baca)

Uniknya menjadi student medik,
Tidur dengan tulang, makan malam sambil belek-belek tulang,
Sampai tahap yang tak boleh blah, hirup kuah megi sambil mata tengok video muscles dan organ yang basah-basah tu, tak rasa ape dah.

Tidur dekat satu side badan,
Lepas tu bila bangun (mamai-mamai): 

"Sakitnya kepala kat bahagian infratemporal fossa ni. Weh, apa benda yang ada kat sini?"
"Tempat origin of lingual nerve as one of branches of posterior division of mandibular nerve tu."
"..dengan tempat origin of temporalis!" Ade yang menyorak jauh dari belakang.

-Hawashi punya lipatan dikatanya macam sagittal section of cerebral hemisphere.

-Jumpa cadaver yang lawa, mata semua orang jadi bersinar teruja sambil mulut tak putus-putus berkata: "Lawanya mayat ni, siyes lawa. Lawa gila." Muka masing-masing memang blessed habis lah. Tangan pulak teruja duk godek godek mayat.
(Padahal mayat adalah benda pertama manusia normal nak cuba jauhkan diri)

-Sakit gigi belakang, takut nak kacau sebab takut lingual nerve tercedera. Nanti habis hilang taste dan general sensation of tounge.

-Kalau mengantuk, mula carik coklat dengan alasan ada serotonin-- mood elevator. Buku biochem tahun satu kata: ada theobromine --adik beradik caffeine. Activator of CNS. Lagi la rasa tak bersalah beli coklat banyak-banyak.
(Tapi end up dengan kekenyangan yang membawa kepada ketiduran)

-Ke sana ke mari bawak tulang di khalayak ramai pun muka kool je. Takde rasa macam takut diri diklasifikasikan sebagai penjenayah --sebab bawak tulang betul weh! (cuba bayangkan jika situasi ini berlaku di mesia)

-Otak duk ligat berfikir kenapa nama 'Wirsung' tiba-tiba boleh muncul dalam buku abdomen. Unik!

                
=__=  ...............


Dan banyak lagi, opkos. Haha. 


kesian kuma kene belasah masa sepanjang minggu exam leave


Sekali lagi.
Hari ni final practical exam anatomy.
May Allah ease everything. GEN11US hebat! Yosh!
Doakan ketenangan itu ada semasa saat perkataan 'shift-move-move' itu dilaungkan. :P

Sekian :)



Friday, May 10, 2013

A date will do

Kisah suatu hari.

"Takde duit, takde duit.
Annoying lah. Pergi la keluarkan duit kat bank sana."

Gulp.
Dass sebijik kene marah dengan danna si kool. Maka, apa yang terjadi?

Esoknya aku terus bergerak ke bank untuk keluarkan duit.
setelah sebulan mengikat perut kaki dan tangan untuk membeli apa yang tak patut seperti chocorice yang sedap tu

Dan ini adalah apa yang terjadi. Hoho






Ada dua orang dalam dunia ni.
Kalau nak sembang pelajaran dengan diorang, mesti akan end up sembang benda lain.
Tapi yang bestnya, misi nak sembang pelajaran tu mesti akan dapat diselesaikan dengan sempurna. By any means.

(tak tahu nak sambung ayat apa lagi.)

By the way, thank you for a very nice date. Sekurang-kurangnya aku tahu hypoglossal nerve run between pyramid and olive dalam anterolateral sulcus dan antara olive dengan inferior cerebellar peduncle ada C9, 10, 11 walaupun masa tu tak bukak buku neuroanatomy lagi.

Nampak tak betapa ilmiahnya date seorang student medik? Haha.

Hutang kau nanti aku bayar cepat-cepat. Sekarang duit semua tengah besar-besar.



:P



Fakta: coffee cooler costa sedap, kek beano's daebak, tapi diorang jauh kalau kat maadi. Tapi kalau kat downtown, diorang sebelah-sebelah. Boleh main lompat-lompat kedai. Hekhek.