Sunday, May 17, 2015

Random #2

I find its hard to breathe
As everyone is so selfish of themselves

And it got harder to breathe
As it was me who are even more selfish


Adakah tersisa untukku bahagian dari kata-katamu, ukhti?

Assalamualaikum

Recently baru sahaja menghabiskan satu buku yang sangatlah power -Dalam Dakapan Ukhuwah. Power sebab kena guna full concentration nak baca supaya point-point atau cerita-cerita yang diutarakan oleh penulis sentiasa bergema-gema di dalam otak dan hati. Supaya dapat kita menterjemahkannya menjadi amal.

Supaya sentiasa terbuai mahupun tersemangat dalam kata-kata yang memberi sinar ini.

Di sini suatu puisi yang amat menyentuh jiwa. Sungguh aku teringat pada ukhti-ukhti yang selalu menyelit semangat di mana sahaja setiap masa. Aku rindu zaman itu.

di satu lepas maghrib aku rindu
pada saudara terkasihku
kukirim pesan kepadanya
“akhi, adakah tersisa kata untukku hari ini?”
dia menjawab, “doakan aku akh..”
kujawab, “selalu akhi, insya Allah. Adakah kau pun mendoakan kami?”
“insya Allah,” jawabnya lagi.
aku tersadar telah melupakan sesuatu.
lalu bertanya lagi.
“adakah pinta khususmu,
yang kau ingin kami memohonkannya pada Allah untukmu?”
agak lama ia menjawab tanya kali ini.
lalu setelah isya tertunaikan..
“lembutkan hatiku. ampuni dosaku. perbaiki amalku.
aku merasa hati ni keras. Keras sekali.”
malam kian larut
menjelang istrahatku, sekaligus
mungkin juga saat ia sedang sibuk-sibuknya
aku mengatakan sesuatu
yang lebih tepat ditelunjukkan pada diriku
“ketika Sa’d ibn Abi Waqqash minta didoakan agar doanya
mustajabah, Rasulullah bersabda kepadanya, “bantulah aku hai Sa’d, dengan memperbaiki makananmu!’
“ketika seorang sahabat lain minta didoakan agar bisa
membersamai sang Nabi di surga, beliau bersabda kepadanya,
‘bantulah aku dengan memperbanyak sujud!’
“akhi sayang, doa kami jauh sekali bobotnya daripada doa Sang Nabi.
Hingga jika beliau saja meminta agar para sahabat-sahabat yang
didoakan membantu doanya dengan ikhtiar mereka, maka
harapan kami akan ikhtiar Antum yang berlipat-lipat akhii…”
“iya kan akhi?”
dengan gerimis, lalu kuhayati firman Allah yang kusampaikan padanya
“beramallah – berikhtiarlah, maka Allah , Rasul, dan orang beriman akan melihat amal kalian.” 
“teriring doa kami selalu, semangat akhi!”

(Salim A. Fillah, dalam buku “Dalam Dekapan UKHUWAH”)

Thursday, April 9, 2015

Perasaan Tuhan ada di sisi

Assalamualaikum


Kelas semalam ustaz menyimpulkan dalam hal yang berkaitan lelaki dan wanita, akan hilang akal dan agamanya. Oleh kerana itu jika kamu sampai ke situasi itu, maka BERHENTILAH; tanpa fikir sebelum meneruskannya.

Just STOP.

Kerana bahana yang bakal datang selepas itu, tak akan mampu diberhentikan melainkan dengan iman yang mampu terngiang di telinga kita. Tak payah fikir sebab, pro cons dan sebagainya. Berhenti sahajalah. Kerana seburuk-buruk maksiat ialah maksiat yang dilakukan bersamanya akal.

So then aku terfikir lah beberapa jahiliyyah yang aku selalu main tarik tolak selama aku hidup ni. Why not just ask myself to;

"Stop, dah jangan fikir or sambung. Do another thing instead."

Kerana yang sentiasa bersama kita itu dua malaikat pencatit niat dan amal kita serta Tuhan yang Maha Melihat segala-galanya; yang berada lebih dekat dengan kita dari urat leher manusia itu sendiri.


Susahnya. Nak jadi orang beriman. Hmm.

Tuesday, April 7, 2015

Exam ophthal done

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam selamat meng-accomplished-kan exam end round ophthal. Walaupun takdelah ok sangat tetapi just redha jelah dengan apa yang Allah sediakan untuk kita. Mungkin lebih banyak boleh kita pelajari dan muhasabahi daripada kesilapan-kesilapan yang berlaku semalam instead of asyik merungut dan menyesal tak tentu hala. 

Dan lebih mencontohi rakan sorang ni. Dia masa habis je exam ophthal, terus ke library untuk revise commed.

Dan aku pun perlu start nak buat jadual belajar untuk final exam.

Di samping menyudahkan segala hak bacaan tarbiyah yang belum tertunai habis. Lalu keluar daripada kelemauan ini.

Mari mari. Bersinarrrrr.