Thursday, October 18, 2012

Be serious

 Assalamualaikum :)

reroti sedap


Benarlah pepatah orang tetua kata kalau dirancang memang susah nak jadi. Kalau merancang nak tulis ape dalam blog, memang hasilnya mahu dua tiga kali jadi draft. Dan itulah yang terjadi kepada diriku kini. Huahuahuaaaa. Mensedihkan.

By the way, atas tu nak promot roti sedap yang baru di-discover siang kelmarin. Berperisa mentega dan rasanya sumpah osemm tahap tak ingat. Kalau cicah dengan kaya mesti lagi WOW gitu. Sebabnya butter and kaya form a good pair together! *pleasetryathome.siyeslipleaseeee!*Taktahu la kalau ak je yang rasa macam tu sebab masa tu memang makan dalam keadaan yang agak kebuluq la jugak. 

Oh, roti sebelah tu pulak. Ustazah jihad bagi kami masa kat markaz arabi semalam. Terharu kami.

Be Serious. Post amarah ni. ngehee

Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita banyak main tolak tarik. Apa yang dirasakan mudah, diambilnya. Apa yang dirasakan susah, terus campak jauh jauh dan dengan sedaya upaya kita cuba menjauhinya. Memang betul pun sifir tu. Sape lah yang suka susahkan diri sendiri dengan pelbagai perkara yang memang susah untuk dilakukan oleh kudrat empat kerat sendiri. Macam contohnya dalam kerja kelas, takde siapa akan melantik diri sendiri untuk menjadi class rep --satu kerja yang menyusahkan diri sendiri; dalam keadaan yang diri pun tak terurus dengan urusan assignment, pelajaran dan hal-hal berbangkit yang lain. Baik duduk dalam bilik sendiri lepak-lepak goyang kaki, lagi best en.

Maka satu applause untuk class rep MEG03 izat yang ohsem itu kerana sanggup memikul amanah ini dengan bergaya. Hui.

Pernah ak berjumpa dengan warga-warga asing yang masih lagi berfikiran untuk tidak memberi; hanya kerana mereka merasakan yang diri mereka tiada kelebihan luar biasa untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Yang lagi best, ada yang taknak bergelumang dengan kerja semata-mata kerana lebih mementingkan hak badan mereka untuk dibaringkan ke tilam yang empuk itu selama paling kurang 12 jam  sehari.


Ya, mungkin saya bersikap skeptikal namun perkara ini siyesli perlu di-banish dengan segera.

Ingin ditegaskan di sini bahawasanya tidaklah post ini menyeru untuk seseorang itu perlu menjadi sibuk yang jiddan-jiddan-jiddan-moot sehingga menjejaskan keperluan badannya. Ataupun menjadi orang yang ke hulu ke hilir sibuk dengan hal persatuan, dll sehingga hak lain terabai. 

Perasaan pentingkan rehat sebagai the top-prioriti atau malas nak bersusah-payah itu yang perlu ditegur. Kalau anda merasakan diri anda tidak mempunyai apa-apa yang spesel; yang tidak boleh memberi sesuatu manfaat kepada orang lain, maka carilah ia. Find it within yourself. Kalau korang pandai masak, manfaatkan kebolehan masak korang. Kalau pandai menconteng, contenglah apa-apa yang mampu memberi kebaikan. Kalau takde pape? Carilah. Cari dan cuba adakan ia. Pergi belajar. Agar suatu hari nanti kita kelihatan spesel dan ada nilai di mata manusia; dan ofkos lah lagi penting di mata Allah.


Cubalah serius dalam hidup dan ingatlah, kita tidak akan duduk dalam posisi sang penerima buat selama-lamanya.


Huh, emo. Haha.


saya tak pandai menconteng jadi inilah hasilnya


Sekian.
#ketukdirisendiribagiberjalansikit


Wednesday, October 10, 2012

word-less #5

Assalamualaikum :)

Pagi masih gajah (?), dan di dapur sudah ada bunyi kelentang kelentung orang memasak. Syabas bete! Mereka selalu masak disebabkan ak yang kerap merengek kelaparan pada waktu pagi sejak pulang dari malaysia 3 minggu yang lalu. Itulah yang timbul term 'perut jetlag' tu.

Hari ini kami akan officially start ber-SC kembali, bersama ahli SC yang lama. Tapi dengan kakak SC yang baru. Harap boleh menggunakan peluang ini untuk grasp segala butir butir cinta menarik daripada Allah yang memang sememangnya nak disampaikan kepada kita melalui perantaraan sahabiah :)

Selamat ber-SC untuk semuaaa!


Sebenarnya excited jumpa pic kat atas ni. Rasa nak buat header blog je. Hehe.


Hari tu ada interview si-budak-cool arha tentang senyuman. Sangat teringin nak share pendapat beliau sebab ia sememangnya lawaks. Haha. Arha seorang budak yang cool jadi bila dia senyum, cepat-cepat mandible dia retract kepada usual position (haha sukati aku je tulis camni. Habis lah~).

Tapi dia kata setakat ni dia tak pernah senyum tarik-tarik atau paksa-paksa. Dia senyum bila dia mahu, dan kalau dia taknak senyum, dia tak senyum la. Tapi biasanya kalau dia nampak kami dia akan senyum. Dan dia selalunya senyum. Acane tuh?

Means=selama ini semuanya ikhlas. Gitu? Comelnyaaa!

Ohh, tak jadi la word-less hari ni. Ahaks.


Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Kekadang, bukan susah pun nak menghadiahkan senyuman, tetapi kita je yang bajet hotsetap taknak gerakkan otot muka untuk mempamerkan senyuman di wajah kita. Kenapa kita taknak senyum sedangkan idol utama kita, Rasulullah pun merupakan penyenyum tegar.

Jadi, marilah bersenyum. Why? Because you can-lah!





Sekian :)

Err, ada ke orang protract mandible dia bila senyum? Sesuki hati je.

Monday, October 8, 2012

Awan kumulonimbus beserta senyuman

Internet di Ansar sudah mula berciput-ciputan. Alah, memang rumah ni takde internet sendiri pun. Mengharap belas kasihan jiran sebelah. Adakah ini petanda kepenamatan mumbebelme? Huahaha. Mohon doa semua agar proses mendapatkan wifi untuk ansar berlaku dengan lebih cepat agar saya boleh beronline 24 jam dengan lancar (?) Hahah.

Assalamualaikum :)

Mari menyambung cerita mengikut tajuk.


awan besar yang dilihat dari tren mesir

Awan? Yup. Saya suka awan. Sangat sangat, sejak daripada kecil lagi. Sebab tu saya sangat gemar menconteng gambar awan dalam setiap hasil rekacipta saya (poyo, sejak bila ekau ada karya?) Err, bukan awan buntal yang kat sliss tu. Jangan salah faham. Hehe. Pernah sekali semasa baraan, naik kereta dengan zakwan sebagai pemandu, ak ter-puji awan tu cantik. Dan dia perasan. Ohoiii.

Bukankah ia sangat cantik? Fluffy, white and looks cute. Rasa macam nak melompat kat atas tu je.


Sewaktu kecil, saya gemar duduk di seat bahagian belakang pemandu, bersebelahan dengan tingkap atas beberapa faktor yang comel. Pertama, kalau duduk di situ senang sikit nak dengar abah yang banyak cerita; dan yang kedua untuk menikmati permandangan luar yang indah sambil dengar lagu guna mp3. Memang feel macam dalam drama gitu. 

Dan ingat lagi, setiap kali selepas latihan bola jaring semasa sekolah dahulu, saya akan baring di atas padang sambil melihat langit yang terbentang luas. Lalu berfikir; "Kenapa langit ni macam tudung saji, bentuk separa sfera?" dan tersenyum sorang-sorang. 

Pernah jugak saya berimaginasi yang kita ini ibarat mainan kecil yang diletak di dalam sebuah benda sfera bernama bumi sambil diperhatikan oleh Tuhan kita diluar glob tersebut. Siyes, cuba korang baring atas padang, korang akan rasa benda yang sama! 



Ohh, dan dahulu saya sangat teringin nak jadi ahli astronomi. Keluar dari bumi dan melancong ke planet lain. Weeeee :D. Menjejak ke planet Jupiter yang besar tu, membayangkan wujudnya tamadun maju di luar sana macam dalam cerita doraemon. Kemudian tertarik untuk menjadi ahli geologi setelah belajar geografi semasa form 1 dahulu. Kononnya nak belajar merungkai misteri alam :) Siyes semangat sampai tahap menghafal peta dunia berserta ibu negaranya bersama abah. Tapi end up jadi doktor sebab suka biologi pulak. Eheh.


Kembali kepada awan. Subjek utama.

Oh yaaa. BACK TO TITLE. Awan. Awan.

Semasa second time usrah di sini, kami diminta melukis bentuk-bentuk kegemaran kami sebagai game taaruf, kemudian menghuraikan sendiri kenapa kami memilih bentuk tersebut. Maka dalam masa beberapa minit, masing-masing pun tekun berfikir dan meluahkan perasaan mereka di dalam sehelai kertas A4 yang diberi. Macam-macam bentuk ada, tapi saya tak ingatlah apa yang diorang lukis time tu.

Tapi, saya lukis awan. Entah kenapa, awan dipilih instead of lukis bunga comel atau bentuk bintang yang agak menjadi kegemaran diri jugak lah tempoh awal-awal umur 17 tu. Saya pun tak tahu kenapa saya lukis awan. Kenapa saya tak lukis je bentuk-bentuk asas macam bulatan, segitiga atau segi empat tepat macam dalam BTN tu pun saya tak tahu. 

Dan saya tak tahu apa yang saya nak hurai.

Tapi saya lukis je. Ehe. Bebelit dah ayat.


Lepas tu, mula turn semua orang menghuraikan bentuk pilihan masing-masing. Dan akhirnya sampai ke turn saya. Perah jugak la idea pasal nak cakap apa, tapi tiba-tiba jawapan tu macam keluar sendiri daripada mulut tanpa dirangka dalam otak.

"Kenapa kita pilih awan? Sebab dia macam comel. Haha."

"Awan selalu berada di atas, dia sangat putih, bersih dan suci. Kemunculannya selalu menggembirakan, tidak kisahlah ia berwarna putih atau hitam. Kalau putih, orang suka sebab dapat teduhan. Kalau hitam, orang pun suka sebab dia bawak hujan. Eh, tapi kalau dia bawak kilat orang takut jugak. Nanti banjir. Hehe."

**Lepas tu gelabah kejap bila fikir awan pun kadang-kadang bawak bencana macam dalam kisah nabi Hud dan kaumnya. Ngehh.


Desktop. Dulu awan pun menjadi background blog ni kan?


Saya sangat berharap yang saya mampu jadi seperti awan. Kehadirannya membawa senyuman kepada orang lain. Menyenangkan dan mendamaikan. Walaupun dia dalam keadaan hitam (depressed lah maksud kat sini) , dia tetap memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun dia mengeluarkan kilat, ia tetap membantu dalam proses kitaran nitrogen alam.


Naqibah dan usrah-mates yang lain angguk-angguk je tanda faham. 


"Shibam, kalau ko tengok awan kat atas sana tu, ingat kat kitorang tau. Kita melihat awan yang sama, kan?" 
Pesan saya kepada kawan lama before kami berpisah selepas spm dulu (kot). Memang dia sangat ingat quote ni. Ayat ni macam jiwang, eh? Huuui mister loba loba. Hehe.


Okey, secara harfiahnya, saya memang suka awan. Tapi kaherah kurang awan. Fulsetop.


...............................................................................................


Saya nak menjadi seseorang yang mampu bermanfaat kepada orang di sekeliling saya.

Saya nak menjadi seseorang yang membawa senyuman kepada orang lain.

Saya nak jadi macam awan. 

Mohon doa semua.

Smile ^__^

mister loba loba. hoyeaah! senyum jangan tak senyum!

Thursday, October 4, 2012

Beriang ria

Assalamualaikum :)


meja baru. bersepah :p


Dua hari lepas, kami bersama beriang ria kembali setelah lama tidak berjumpa. Satu reunion keluarga kembali di sebuah mat3am yang terletak berhampiran universiti kami. 

Petang itu, jalan mouniera jem teruk. Scene tipikal setiap petang, namun hari itu agak teruk sikit berbanding hari hari yang lain. Maka kami berkeputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sana. Di mesir, jalan kaki 30 minit pun tak rasa apa-apa. Ada senior cerita, dia pernah berjalan kaki daripada pasar hussein ke sayyeda zainab sambil kedua tangannya penuh dengan barang hanya kerana tiada teksi yang mahu membawa mereka pulang. Taff! Nak cuba? Jimat 10 genih.

Dalam perjumpaan yang sebentar itu, pastilah pelbagai cerita yang mahu dikongsi bersama. 



Entah, aku tak pasti apa yang perlu aku tulis; tapi ak akan berasa sangat gembira jika dapat bersama mereka. Inilah femili saya di mesir. Dan kami bakal mendapat adik baru. Saya bukan lagi bongsu; dan semua orang kena ikut cakap saya sekarang. Muahaha. Huarghh, makan budakk! 



....................................................................


Petang tadi, kami memulakan kembali kelas arab yang telah bertawaquf selama hampir 3 bulan kerana permusafiran kami ke tanah melayu. Ekceli, jujur berkata bahawasanya antara sebab yang menyebabkan ak takut nak kembali ke mesir ialah kerana takut kena marah dengan ustazah sebab tak revise bahasa arab time kat malaysia. Huahaha. Revise bahasa jepun je. Pahtu, takut kena marah, tapi buat jugak. Bagus kan? Cemerlang untuk saya.

Wahai diri, murnikan niat. murnikan niat.


Lepas tu, boleh pulak masa sampai sini ak lupa nama makanan mahalabiah tu. Baru 3 bulan kot. Dahsyat tak dahsyat. Short term memory lost.  

Dan benar, memang kena marah dengan ustazah pun. Bukan sebab tak baca buku arab, tapi sebab tak contact beliau sepanjang masa berada di malaysia. Hukhuk, ketuk kepala sendiri guna bantal versi 2.0. Entahpape kan anak murid cenggini. Patut campak ke sungai nil je (eheii, jangann.)

Jadi, pesanan buat semua anak murid, jangan sesekali melupakan guru anda ye. Kerana tanpa mereka siapalah anda. Jangan jadi seperti saya yang kena tarik telinga :P Adeh.


Satu lagi cerita entahpape. Sobs. Sekian.