Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Wednesday, April 11, 2018

hipstermedically we can call it as "throw-pyrexia"

Assalamualaikum

Recently i got (or gett-ing, because it still happening) chickenpox, not knowing from who, when or where. Finally. So now my face is full with red dots ranging from macules, papules, vesicles, blisters and dried crusts. So does the other parts of body.

Once i told ibu that this really sucks. Because i feel healthy despite of all the visible symptoms on my body which made people worry/afraid. I cannot go out, i cant attend classes, i made lesson plans for my students but i cannot work it out because im infectious.

Then ibu said, "hilang pahala, dapat dosa lagi".
Sebab merungut dapat demam campak

...

Actually i think all those fuss/whim i made is actually just for the sake to unleash
the inner part of me that just want to get attention?
Macam ngade ngade gitulah

Meh nak reflect sikit
Just for my future-self's reading

The day after i got my mc, i decided to go to school to deliver it to my teacher, informing them that i cannot come for the next 10 days. Then i planned to enter a morning class (in my schedule), passing them handouts for exam together with instructions that should be conducted by the class committee, went to the other class afterwards to do the same, then to the third class to pass them the simplified note for the new chapter.

And i was eager to go to school,
too eager that it makes me still having the regret contracting chickenpox
Yeah, i mean, im too excited for new lesson..
Can't help that

So the night before i should prepare everything right
The ideas were running fast in my mind

Yet me was too lazy. I felt asleep during preparing the materials. Then the next morning, i woke up really late. My home to school is 15 mins away by motorcycle at full speed. But if i need to go out before 7.30am, I should prepared to leave 30 mins earlier because the road can be quite busy. Plus, i haven't photocopy the exam papers. Duh.

Sure, what happen next was ---- 
I LOST MY INTEREST TO GO TO SCHOOL
Haha. Dushh. 


But i still went there anywhere. I managed to finish everything on time
Drive like a racer, then run like a runner
And went back home. My mc-mode is onn

..................

What im reflecting is--

1. For sure if you done everything well, you prepare perfectly, you set everything nicely and deliver everything according to your schedule, of course you will be delighted to do EVERYTHING in your life. You will have fun and more energized to accomplish things.

But if you mess up, if you irresponsible, do everything late, not preparing well, everyone in this world will think that their life is not the best ever.

Your performance will be bad, your boss will be angry at you
You will be angry at other people too.. the world will never be better by this way

Do something, and be responsible.
You will feel like living. The world need you to form a better place for its inhabitants.
Jangan jadi lebihan dunia pulak.

2. Don't curse the disease. It's qada minallah. Semuanya dah tertulis kat luh mahfuz even before you born. Ibu said this to me:

"Haa, see rezeki tu milik Allah. Siapa kata bila nabila dapat kerja boleh dapat duit? (because before i fussed about having no money ngeh2 that i stressed about the need to work) Now you got the job yet you cannot make money in this 10 days. Just rehat je."

Meh. Sure. Allah is the best planner.


Ok sekian.

Saturday, October 14, 2017

Nak markah berapa?

Assalamualaikum

Pasal ikhlas lagi

Hari ni tazkirah rumah kitorang berkisar ikhlas. Satu topik yang mashaAllah tak pernah nak habis buat sembang. Sebab apa? Sebab susah. Buat lah amal melangit macam mana pun, tapi kalau tak ada ikhlas tu, atau tak diusahakan ikhlas tu, semuanya jadi nothing. Macam debu gitu.

Sebab tu dalam buku "Sebening Mata Air" tulisan Amru Khalid tu, katanya, maksud ikhlas tu paling difahami bukan oleh orang yang baru bertatih nak belajar berikhlas, tapi untuk sang pengamal yang dah selalu buat kebaikan dan struggle nak ikhlas sepanjang hidupnya. So masa aku baca tu aku macam, nak perasan ke tak ke (luls) mungkin kita macam dah feel dah makna ikhlas tu, tapi nak dibandingkan aku yang marhaen (yang selalu terlupa nak ikhlaskan diri dalam kebanyakkan amal tu) dengan orang yang betul2 menjaga ikhlasnya, macam baby pulak bila baca intro buku tu. Yang perasan dah faham tapi sebenarnya tak layak lagi sebab bukan struggle mana pun.


Tapi best nak kupas sekali lagi hadis ni
Yang ada dalam tazkirah tadi

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »

(HR. Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 129).

Ok jom baca maksud dia satu satu baru feel sikit

يَقُولُ اللَّهُ
Allah Ta’ala berfirman


Ini hadis qudsi. Pesanan Allah directly melalui Rasulullah. Untuk sape? Untuk kita lah. So meh dengar baca baik-baik

إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا
Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejelekan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya.

Maka nikmat manakah yang mahu engkau dustakan...
Allah kan Maha Adil, tapi Dia bagi kita diskaun pulak untuk tak dikira niat jahat kita sebagai dosa. Padahal niat jahat juga adalah perbuatan. Macam Me-nulis, ada juga "me-niat" "ber-niat". So kira kata kerja lah kan.


فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا
Jika ia melakukan kejelekan tersebut, maka catatlah satu kejelekan yang semisal


Ok ni standard. Kalau dah buat dapatlah black list dalam buku amal. Ngeh. Teringat pulak tazkirah muraqabatullah masa bedah tafsir Al-Mujadalah dalam usrah. Perbicaraan-perbicaraan rahsia yang baik ataupun tidak, kalau kita berdua, Allahlah yang ketiga. Dia duk perati je kite ni buat baik ke buat jahat, kalau kata study leave taknak keluar rumah tu sebenarnya baca buku ke mengelamun (ops). Maka jangan perasanlah kalau buat jahat tu kite tengah keseorangan..

وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً 
Jika ia meninggalkan kejelekan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya.

whoah. tapi tinggal sebab kerana Allah lah bukan sebab terlupa ke apa tau.

.

Ok ni part paling best


وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً 
Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan

Wa iza arada (kalau dia nak/berniat/mahu). Huuu.. jangan risaulah kalau selama ni ada je niat nak bagi jiran kuih ke lauk ke tapi tak terbuat.. semua tu dikira kebaikan. Dah la tadi dapat diskaun kalau niat jahat tak dikira dosa. Dapat pula imbuhan bonus, kalau berniat baik, dapat pahala.


Dan part ini yang paling terkesan untuk tazkirah tadi:

فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ
Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal  hingga 700 kali lipat.


And
When you do it
Markah yang Allah bagi bukan standard skema satu markah, dua markah je. Tapi ada range yang besar daripada 10 ---> 700

Tak ke jauh tu

Mungkin ada banyak reason. Tak tahu lah tafsiran para ahli hadis macam mana. Mungkin sahaja kerana bentuk amal tu ke jenis yang berantai (jariah) so pahala dia selalu bersambung membuah tak kira masa tak kira tempat sampailah dapat 700x

Tapi

Dalam buku tu Amru Khalid sebut pasal ikhlas
Yang membezakan antara satu amal dengan amal yang sama oleh seseorang yang lain adalah ikhlas

Katanya, "Boleh jadi orang yang baca buku ini pada hari ni beroleh sepuluh pahala, boleh jadi tujuh puluh, boleh jadi tujuh ratus."

Ikutlah, sekadar mana dia mencurahkan usaha yang terbaik untuk berniat cemerlang ketika mahu melakukan sesuatu amal itu.

Pastu kami main soal jawab. Sudah pasti yang ditanya itu adalah ustazah pilihan hari itu (sang pembentang)

"Macam mana kalau kita nak excel exam sebab parents? Sebab dakwah ke for example"

Si ustazah menjawab;
"Kita nak happykan parents benda tu pun termasuk dalam ibadah jugak"

Ustazah 2 menyampuk
"So far setakat ni kita yang faham, kita mula buat semua tu memang sebab Allah pun dari mulanya, cuma waktu buat tu lah ada kalanya kita lupa kan.."

Sebab time tu ustazah membaca hadis tentang seorang sahabat yang berjihad untuk Allah dan az-zikru (supaya diingat orang), yang aku rasa niat kedua ni aku selalu ada. Yelah, konon kalau berjaya nak jadi inspirasi untuk adik, untuk akhawat, untuk masyarakat (kemain). Untuk disebut-sebut. Guess what, Rasulullah kata time tu, jihad sahabat tu tak diterima..

Takotnye

Tapi tadi kami come up dengan konklusi. Sandaran sesebuah amal tu paling utama dan paling benar ialah kerana Allah tu sendiri. Dan yang lain tu kena buat hanya semata taksir niat, bukan sebab nak syirikkan(menduakan) Allah ke apa. "Kerana Allah" itu harus mendahului kerana yang lain-lain.
Dan sejauh mana kita meletakkan Allah-based nya amal tu yang menjadikan pahala kita berbeza-beza.

Ada orang buat 100% sebab Allah
Ada orang letak 80% je
Ada orang 20% je. Niat dia memang dari awal lillah, tapi kebesaran reason lain itu memenuhi ruang hatinya. ada orang buat amal tu semata-mata yang memenuhi bidang tugas dia ke, to-do-list dia ke..asal buat dah lah kan.


So rugilah dah buat tapi amal tu tak besar kat mata Tuhan.
Esp benda yang memang directly ibadah. Macam qiyam contohnya (among the hardest thing for me)

Ada kalanya buat sebab memang faham kena qiyam.. nak jumpa Allah
Ada kalanya buat sebab nak jadi macam mukmin dulu2. Hati mereka kuat sebab solat malam (macam diterangkan dalam surah Al-Muzzamil)
Ada kalanya bangun sebab gesaan nak penuhkan mutabaah amal diri
Ada kalanya bangun sebab nanti murabbi tanya. malu lah tak buat
Ada kalanya sebab taknak lah hancurkan biah solehah rumah. ada pulak duduk RI tapi bangun lepas subuh
Ada kalanya qiyam asal buat. Sampai tertidur dalam sujud pun takpe. Tahajjud gajah pun takpe
Tahajjud gajah= satu rakaat sebelum azan, rakaat kedua masa azan. luls.

Dan semua tu disandarkan kerana Allah
Cuma time tu berapa percent portion kerana-Allah dalam amal kita

Sebab tu kena selalu tasji3
Dan kena selalu tajdid niat
Chaiyok

...............



Panjang pulak tulis.
Jom baca balik buku :P


Thursday, October 5, 2017

Keserabutan anatomi tangan

Assalamualaikum

Meanwhile semua ahli rumah bertebaran di muka bumi mesir atas urusan masing-masing, aku tekun menyelak semula buku anatomi tahun 1 belajar balik pasal nerve supply and muscles of the arm forearm and hands yang aku rasa mashaAllah sumpah serabut. Kat sinilah petingnya ada cikgu sebagai pemudah cara. Tsk. Tapi kemalasan mencari orang plus kerajinan nak merungkai semula segalanya menjadi pilihan maka di sinilah saya pada malam ini.

Dalam macam ni teringat lah satu ayat dalam quran masa bedah tafsir AlQiyamah dulu:

Allah cakap selepas statekan yang manusia ni ada jiwa لوامه

ايحسب الإنسن الن نجمع عظامه
Apakah manusia mengira
Bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya?

بلى قدرين على ان نسوى بنانه
Bahkan
kami mampu menyusun kembali jari jemarinya dengan sempurna

........

Fine movement (teliti, berseni)
Memerlukan kepada dua aspek yang kompleks

Satu: cara fikir yang kompleks
Kedua: apparatus (alat) yang juga kompleks

Hasilnya kita membuahkan seni. Itulah dia pergerakan tangan dan jari. Walau tak sebesar kaki, tapi jari jari yang kecil inilah menyebabkan terletusnya perang dunia dan perdamaian antara dua negara. Disimbolikkan dengan tangan bagi arahan (jari telunjuk); dan tangan yang bersalaman.

Dalam medicine, anatomy la khususnya, kami belajar tulang-tulang jari dipanggil phalanges. Ada distal phalanges, middle, proximal; of index finger, thumb, small finger, ring finger;

Too much bone 
Sampai takde nama khusus.
Semuanya digroupkan dalam term yang sama —phalanges. 
Padahal tahu je mesti setiap phalanges tu lain-lain sikit lekuk dia sana sini.

Kalau dekat wrist pun ada banyak nama unik-unik. Scaphoid, lunate, ect.
Tapi kat finger tak. 

Despite of that,
Allah berani cakap kat manusia, satu statement garang, i think;

بلى قدرين على ان نسوى بنانه

"Yes aku boleh susun semua tulang tu dengan sempurna. Macam asal."

Fuh. Bukan jari kite je. Jari semua orang kat dalam dunia ni. Sejak zaman nabi adam sampailah kiamat.

Aku kan, bukan nak cakap apa.. tapi bila belajar nerve dengan susunan muscle je dah boleh tahan pening. Padahal tu semua knowledge functional. Boleh difahamkan dengan penerangan dan reasoning. Tapi, kalau hal anatomi..lekuk sana lekuk sini yang memerlukan daya penghafalan yang lebih tinggi..

I would say i will surrender first.

بل يريد الإنسن ليفجر امامه
Tapi
Manusia hendak juga melakukan maksiat
Terus menerus

..........

Menjadi medical student
Banyak buka mata aku tentang ciptaan Tuhan. Sampai aku boleh setuju dengan perasaan kewujudan Tuhan itu adalah fitrah asasi yang ada dalam diri manusia, walaupun dia tak pernah dapat basic rukun iman ke islam ke, duduk hutan ke duduk pulau ke. Asalkan dia pernah duduk sejenal ponder tentang penciptaan alam dan kehidupan ni, mesti feeling yang wujudnya kuasa besar yang menyusun atur semua ni akan datang dengan sendirinya.

And kalau dia deny; (kita panggil atheis di sini), tu sebab dia choose untuk deny. Choose untuk ignore.

Dan being a medical student yang belajar banyak input cenggini from both side,
Scientific facts
And al quran

Buat aku lebih sedih dengan diri sendiri,
Sebab aku banyak sangat buat dosa
Bukan sebab aku tak tahu
Most of the time aku memilih untuk jadi ignorant

Macam, "ah malas lah." Atau, "takpe sekali ni je."
Then aku conceal dengan kata-kata gula 
"Maaf akak, saya dah try.."
"Saya struggle ni, bukannya saya tak tahu.."
"Sorry saya perlu masa nak buang semua jahiliyyah ni.. yelah saya bukannya asal baik macam orang lain." (Pastu cerita lah panjang pasal kehidupan sebelum tarbiyah tu)

Aku lebih tahu
Yang semua itu tipu

I meant it's real to some extent
Maksud aku, aku tipu je aku struggle padahal benda ape je yang aku dah buat
Takde la sampai keluar peluh ke ikat diri ke; buang apa-apa ke, berkurung ke

Itu kot yang Allah cakap
بل يريد الإنسن ليفجر امامه

Orang macam tu wujud
Dan orang macam tu adalah aku contohnya
Seorang medical student yang juga orang yang dapat tafsir dalam liqa usari
Yang diberi peluang untuk meneliti satu persatu ayat alquran
Dan mentadabburnya terus bersama usrahmate yang lain

*Sigh*

.....


On the other side
Takjublah dengan Allah untuk susun semua ni dengan begitu cantik sekali. Sampaikan it takes me almost a day untuk figure out balik deformity di sebalik brachial plexus, axillary, radial, ulnar, median nerve injury ni. Ni tengah revision bukannya baru nak belajar. Itu pun takes one day.

Kalau dah master mesti lagi dahsyat
Undergrade saje dah kompleks gini

Ok. Sekian. 


Tuesday, September 26, 2017

Your heart is what matter most

Assalamualaikum

Buat masa yang sekarang ini. aku sangat bersyukur kepada Allah kerana Dia sangat mempermudahkan kami berliqa secara konsisten, walaupun masing-masing daripada kami agak padat jadualnya. Ada yang masih berkelas, ada yang dalam fatrah imtihan, dan ada yang masih tak habis lagi baca buku macam aku ni (weh bila nak habiskan ni nabilaa), tetapi mungkin kerana benarlah kata-kata Allah dalam surah Mujadalah yang kami sedang bedah tafsirnya,

"فافسحوا يفسح الله لكم"
"Lapangkanlah, Allah akan melapangkan untuk kamu.." (58:11)

Mungkin kelapangan fizikal itu benar bermula daripada kelapangan hati. Seperti itulah yang diajar Allah dalam ayat 58:11. Ketika itu ahli Badar datang ke majlis ilmu Rasulullah, dan mereka tidak mendapati tempat hingga terpaksa berdiri sedang majlis telah bermula. Rasulullah telah meminta para hadirin untuk memberi ruang untuk mereka bersama dalam majlis. Namun, macam biasalah, kan orang dah datang awal untuk cari sudut paling selesa untuk menuntut ilmu, tetapi bila diminta untuk bergerak ke spot lain, maka adalah rasa sedih tak puas hati sedikit.

Nah, itu yang berlaku pada sahabat yang berada dalam majlis ketika itu. Diapi-apikan pula oleh munafiqeen, katanya Rasulullah berlaku tidak adil kepada sahabatnya sendiri. Maka mereka yang awal, mula terlihat pada wajah mereka perasaan tidak puas hati. Ini menyebabkan Rasulullah rasa sedih.

Akhirnya, turunlah ayat ini

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖوَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚوَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (58:11)


Lapangkanlah, maka Allah akan lapangkan.



Benda yang paling pertama sekali yang kita kena lapangkan dahulu, adalah hati. Bila hati rasa lapang, rasa redha, rasa bersedia untuk bertoleransi, maka kelapangan zahiriah itu akan menjadi lebih mudah. Dalam kes cerita di atas, bila dengar je ayat ini, sahabat berlumba-lumba memberi tempat. Kenapa? Kerana hati mereka telah terubat dengan janji Allah. Allah berjanji untuk melapangkan mereka; dalam keadaan janji yang infiniti bentuknya, yang tidak dilafazkan secara khusus dalam ayat tersebut.

Mungkin sahaja kelapangan yang dimaksudkan adalah kelapangan masa,
Mungkin sahaja kelapangan hati.
Rezeki.
Harta.
Urusan.
Minda.

Apa-apa sahaja lah lagi.


Begitulah cara Al Quran mendidik dan mengasuh jiwa orang-orang mukmin. Lapangkanlah hatimu, insyaAllah akan datang lagi kebaikan berganda-ganda daripada sudut-sudut yang tidak diketahui langit dan bumi.

Untuk belajar, juga perlu dilapangkan hatinya. Melapangkan hati untuk menerima ilmu baru. Melapangkan hati untuk menerima tarbiyah study. Melapangkan hati untuk kekal bersungguh untuk menghabiskan bacaan dan bertahan melawan nafsu diri untuk relaks, main phone, tengok cerita, makan banyak-banyak..

Kalau kita tidak melapangkan hati untuk semua itu, pasti kita akan membenci "study". Dan merasakan study leave adalah satu tempoh penyeksaan.

See. Isn't it right? Your heart is what matter most. Lapangkanlah, maka Allah akan lapangkan untukmu..

Saturday, October 22, 2016

Jam 7 pagi

Assalamualaikum

Everyone dalam batch sangat anxious bila kitorang semua mula melangkah ke alam tahun enam. Yelah, tahun akhir kan!! Maka, bunyi2 momokan macam "tahun paling penat", "kelas pagi sampai petang", "kena serius lebih", mula kedengaran di sana sini, memberi kita expectation yang tahun 6 ni bukanlah satu tahun yang mudah, malah menuntut tenaga luar biasa dan komitmen yang tinggi daripada setiap daripada kami. 

Tidak ketinggalan, aku pun merasa benda yang sama. Keluar awal pagi, pulang lewat petang/malam adalah perkara biasa. Ah, sebenarnya tahun2 yang lepas juga begitu, cuma tahun ini;

Perkataan penat itu menjadi tuturan bibir yang utama. 

Balik rumah, balik daurah, balik usrah, asyik sebut penat, penat dan penat. Tak study pun diberi alasan penat dan sivuk. Sedangkan diri sendiri yang tak cari ruang untuk study, maka alasan lain cuba dicari untuk menjustifikasikan keadaan. Padahal takde la penat mana.

Then, 

Kelas start awal jam 7 menjadi laungan; punca kepenatan pada hari tersebut. 

Sebab apa? Sebab selalu tengok orang lain rileks je belum bangun lagi kalau jam 7am tu sedang kita dah terkocoh2 nak gerak ke universiti.

So nak diceritakan
Suatu hari,

Aku bergerak awal pagi dari hijrah (hayyu sabie) ke universiti menaiki bas 1118. Keluar rumah awal jam 6.00 pagi, ditemani oleh kak pipah yang juga keluar awal bersama aku. Padahal kelas dia jam 8 pagi. (Later on baru aku tahu dia saje keluar awal sebab nak teman aku jalan ke mahattah)

Langit masih gelap sebab time tu winter
Tapi dah nampak lah beberapa orang jalan sana sini

Paling penting bawwab lah paling istiqamah keluar awal pagi nak lap kereta tuan dia. Tua ke muda, sama je.

Pastu aku pun naiklah bas. Alhamdulillah ada bas, biasanya bas ni gerak dari mahattah jam 6.30 pagi atau 7.00 pagi. Ikutlah rezeki hari tu ape. Dalam hati mengomel "malasnya nak balik rumah nanti lambat orang pergi kelas." Kemudian membayangkan orang lain time cenggini mesti tengah iron baju siap siap susun buku ape semua. Apa nak buat kita ni budak usrah, usrahmate semua final year, kelas sampai petang so terpaksa lah buat liqa malam. Takkan lah nak balik sorang ke sayyeda jam 10-11 malam. Haa semualah. Mengungkit is my fav after all (astaghfirullah itulah Allah pesan awal-awal ada benda namanya هباء منثورًا (amal debu) sebab wujudnya orang macam saya ni).

Bas itupun berjalan menyelusuri laluan abbasiyah-ramsis. Mulanya tak ramai. Kite pun selak selak lah buku nak baca as prep untuk lecture surgery kejap lagi. Makin lama makin ke downtown (tahrir), makin ramai manusia.

Yang tua yang muda semua ada. Semua orang dah bergerak untuk urusan masing masing seawal jam 6.30 pagi lagi.

Entah kenapa, aku tersentak. Aku terasa macam "tengok tu ramai je orang yang dah mula hidup before 7am lagi yang kau nak bising kena pergi kelas jam 7 pagi setiap hari tu kenapa". Pakcik tremco gigih jerit promote journey dia, aku nampak students lintas jalan, mak bawak anak, orang tua pegang barang atas kepala. Masing masing dah mulakan cycle harian dia. 

Yup seawal 7 pagi.

Kemudian bas pun lalu sepanjang kornish nil sebelum membelok masuk ke kubri kasr el ainy. Kat sini tak sibuk sangat tapi manusia still ramai. Dan akhirnya aku sampai ke mudarrag 6 awal, doctor belum masuk dan batchmate masih ramai belum datang.

So,

Aku rasa
Semua orang ada struggle masing-masing. Dan macam mana kita react to those hardships yang membezakan kita dengan yang lain. Kalau kita choose untuk asyik membebel dan menyalahkan keadaan, kita takkan ke mana. Kita akan makin stress, tension.

Dan sebaliknya,

Kalau kita choose untuk face those hardships dan berjaya graduate daripada hardships tu dengan cemerlang, we will become someone better, punya legasi dan pemberi contoh tauladan yang baik.

Contoh macam orang yang dah mula kerja 7pagi setiap hari.

Ingat diorang tak nak tidur ke? Mestilah nak, tapi sebab diorang ada something yang diorang nak accomplish menyebabkan diorang keluar daripada kemalasan pagi dan terus strive untuk hari tersebut walaupun orang lain masih bermalas-malasan.

Dan untuk aku yang perasan diri sendiri sebab rasa nak maintain gerak awal ke kuliah tu satu hurdle yang besar,

Bila aku tengok pakcik-makcik-budak budak ni, aku rasa malu pulak. Apelah sangat dengan 7 pagi tu. Dunia dah bergerak pun. Bukankah Rasul mengajar kita untuk jadi early bird dengan doanya;

"Ya Allah berkatilah umatku pada awal pagi."

Tak, tak penat pun. It's even normal untuk penuhkan jadual harian kita dengan aktiviti yang bermakna. Semua orang ada 24 jam. Semua orang memenuhi harinya dengan aktiviti. Tidur pun sejenis aktiviti jugak.

Kita punya pulak, kita nak pilih yang mana?

Bersyukur kepada Allah, Dia letakkan kita untuk memenuhkan jadual hidup kita dengan aktiviti bermanfaat pada awal kehidupan tahun 6,

Sebelum diuji dengan masa terlebih lapang pada akhir tahun 6.

Penat tu.. adalah rezeki Tuhan juga. A quote from a song that i really like,

"While rapping and dancing on the stage (which) I wanted so badly
I feel yet alive, the tiresome trip to work and back home
I can withstand such troubles because my people are watching me
Because even if my body hurts, the cheers come rolling in"

From the tireness he felt alive
So as we are

Semoga terus hidup dalam 'kepenatan'. Berbanding merasa hidup dalam 'kematian'/'ketiduran'/ 'kemainphonenan'.

Sekian
My 2 cents

Friday, November 6, 2015

Enchanted. Sort of

Assalamualaikum



Menjadi impian aku sejak start masuk medical school untuk pursue specialist or any deeper level in pediatrics. Sebab apa? Takde special reasons, just sebab semorang duk kecoh share dia teringin nak jadi apa lepas habis med school dan kerja nanti, so menjadi pakar kanak-kanak adalah antara benda pertama yang terlintas di benak fikiran. Mungkin sebab aku suka nak care pasal budak, tapi takdelah penyayang ala-ala mommy sangat pun. Kawan-kawan ramai yang nak jadi pakar OnG muslimah, antara benda yang sangat penting dan diperlukan dalam lapangan medikal di Malaysia; namun aku tak tahu kenapa hati aku tak pernah terdetik untuk ke arah sana. Btw, semua orang pun ada peranan masing-masing so let us just do the best in whatever we're doing.

Plus, kita tak pernah akan tahu apa yang patut kita jadi selagi mana kita tidak ada pengetahuan, dan pengalaman dalam bidang tersebut, so sila stay tuned with me nanti lepas habis round pediatrics ni adakah masih saya mahu meneruskan impian saya ataupun tidak. Anyway, menjadi seorang doktor adalah impian tunjang saya, selagi mana kita boleh berbakti dan memberi khidmat based on kepakaran kita, itulah kepuasan yang paling best.

Jadi, tajuk post ini adalah berkisar tentang seorang master student yang baru aku temui pagi tadi di hospital kanak-kanak Abou Risy. Cerita bermula apabila kami budak melayu yang terkebil-kebil nak bertanya perihal kelas pada s/u yang menguruskan segala hal berkenaan dengan round pediatrics ni. Adeh, dah 5 tahun pun masih tak fasih. Lalu aku pun terus la refer pada seorang doktor egyptian ni tentang ke mana harus kami refer untuk hal berkaitan round ni. Sebab orang yang duduk di meja secretary tu lelaki, so kami cam sort of tak convinced lah, betul ke dia ni secretary. Biasanya secretary kan perempuan.

Lepas tu nampak kitorang ni duk terkebil-kebil, bangunlah seorang doktor lain ni tanya apa yang kitorang mahu dan tolong translate kan pada secretary. Dan futher sembang dengan dia, apa yang dia buat kat sini, rupa-rupanya dia master student dari sudan. Belajar kat egypt sebab dia kata dental pediatrics kat sini sangat strong, lagi pun dekat dengan negara dia, boleh back and forth lebih mudah, just 2 jam je daripada sini. Memang dengar cerita pun pediatrics kat kasr el-ainy ada doktor-doktor power yang bertaraf dunia. Yang jenis jarang ada orang pakar part tu kat negara lain, tapi ada di mesir ni. Jangan main-main.

So kitorang pun sama-sama lah tunggu kehadiran head of department (hod) nak tanya beberapa hal pasal kelas kami, dan sementara menunggu itulah dapat sembang-sembang siket dengan dia. Dia nak jumpa hod untuk sahkan proposal research study dia. What make me enchanted is, dia selalu sangat senyum, nampak budak dia pergi acah-acah siket, walaupun dah lama tunggu, tapi takde pun nak rushing or fight fight nak masuk dulu dalam bilik hod macam arab lain. Siap jemput kitorang masuk dulu. Padahal sebelum tu aku baru bercadang nak rempuh masuh gak (konon boleh menang) sebab memang perangai arab kat sini macam tu. Who's louder and faster, wins. Takdenye nak main common sense nih, tak dapat.

Tapi tu lah, ke mana ihsan kita? Hmmm. Kalau kita buat macam mana yang diorang buat, then sama jelah taraf kita dan mereka kan. Tak payah nak menyampah-menyampah kalau kita pun sama-sama buat.

Itu sahaja, melihat kakak tu buat aku rasa memang doktor pediatrics manis-manis eh muka diorang? Mungkin sebab asyik jumpa anak-anak syurga. Suci bersih.

Dan

Selalu enchanted tengok orang-orang yang istiqamah ni
Sebab bukan mudah nak maintain buat amal tu, maintain perangai murni tu sampai ke akhirnya

 فوالله لا يمل الله حتى تملوا‏"‏ وكان أحب الدين إليه ما داوم صاحبه عليه‏. 
"Demi Allah, Allah itu tidak bosan --memberi pahala -- sehingga engkau semua bosan -- melaksanakan amalan itu. Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu - yakni tidak perlu banyak-banyak, asalkan langsung terus." (HR Bukhari Muslim, Kitab Riyad As-Solihin, Hadis 142)


Doakan kitorang nak start round baru ni. Semoga mudah semua perkara, ameen.



Thursday, October 4, 2012

Beriang ria

Assalamualaikum :)


meja baru. bersepah :p


Dua hari lepas, kami bersama beriang ria kembali setelah lama tidak berjumpa. Satu reunion keluarga kembali di sebuah mat3am yang terletak berhampiran universiti kami. 

Petang itu, jalan mouniera jem teruk. Scene tipikal setiap petang, namun hari itu agak teruk sikit berbanding hari hari yang lain. Maka kami berkeputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sana. Di mesir, jalan kaki 30 minit pun tak rasa apa-apa. Ada senior cerita, dia pernah berjalan kaki daripada pasar hussein ke sayyeda zainab sambil kedua tangannya penuh dengan barang hanya kerana tiada teksi yang mahu membawa mereka pulang. Taff! Nak cuba? Jimat 10 genih.

Dalam perjumpaan yang sebentar itu, pastilah pelbagai cerita yang mahu dikongsi bersama. 



Entah, aku tak pasti apa yang perlu aku tulis; tapi ak akan berasa sangat gembira jika dapat bersama mereka. Inilah femili saya di mesir. Dan kami bakal mendapat adik baru. Saya bukan lagi bongsu; dan semua orang kena ikut cakap saya sekarang. Muahaha. Huarghh, makan budakk! 



....................................................................


Petang tadi, kami memulakan kembali kelas arab yang telah bertawaquf selama hampir 3 bulan kerana permusafiran kami ke tanah melayu. Ekceli, jujur berkata bahawasanya antara sebab yang menyebabkan ak takut nak kembali ke mesir ialah kerana takut kena marah dengan ustazah sebab tak revise bahasa arab time kat malaysia. Huahaha. Revise bahasa jepun je. Pahtu, takut kena marah, tapi buat jugak. Bagus kan? Cemerlang untuk saya.

Wahai diri, murnikan niat. murnikan niat.


Lepas tu, boleh pulak masa sampai sini ak lupa nama makanan mahalabiah tu. Baru 3 bulan kot. Dahsyat tak dahsyat. Short term memory lost.  

Dan benar, memang kena marah dengan ustazah pun. Bukan sebab tak baca buku arab, tapi sebab tak contact beliau sepanjang masa berada di malaysia. Hukhuk, ketuk kepala sendiri guna bantal versi 2.0. Entahpape kan anak murid cenggini. Patut campak ke sungai nil je (eheii, jangann.)

Jadi, pesanan buat semua anak murid, jangan sesekali melupakan guru anda ye. Kerana tanpa mereka siapalah anda. Jangan jadi seperti saya yang kena tarik telinga :P Adeh.


Satu lagi cerita entahpape. Sobs. Sekian.

Tuesday, July 17, 2012

Men-kraf-kan diri!

Assalamualaikum :)

sebelum bertolak ke cairo airport, 13hb.

Saya kini di malaysia, menjejak di sungai besar, minum milo kedai mamak, jalan-jalan tepi sawah padi yang menghijau, dengar rancangan televisyen bahasa melayu, baca buku kreko. Akhirnya kembali ke tanah air!

Dan yang penting, akhirnya kembali jumpa RUMAH!

Setahun berlalu, takde banyak benda pun yang berubah. Keadaan jalan dari kuala lumpur-kuala selangor-sekinchan-sungai besar still sama macam sepuluh bulan yang lalu, penuh dengan pokok kelapa kiri kanan. Except budak-budak ni yang dah semakin meninggi (erk). Kalau dulu zahin paras bahu ak je, tapi sekarang, dia lagi tinggi! T___T. Fakta yang men-sedih-kan.  

Dzikrul, Dzahin, Dzakwan, Dzorif. They are my four little muchee mucheee baby kids a.k.a mangsa buli. Muahahaaa. Tengok diorang dah membesar sangat membuatkan ak rasa sedih. Lagi-lagi dzikrul. Tahun depan dia dah habis sekolah kottt. dah besar--->maced--->susah nak buli. Okey, bunyi siyes macam old ladies.

Well then, abah cakap dia tak rasa pun yang anak dia ni macam budak universiti. Apakah? =_=


ribbon comel

Kembali kepada tajuk. Hari ni yong ajak gi rumah dia, dia nak ajar buat reben comel-comel. Dan lain-lain lagi benda yang comel-comel kat bengkel kretip dia > Felt Creative Zone. So, sesiapa yang rasa-rasa nak beli brooch/hairband/keychain ala-handmade ni boleh lah tempah kat dia seguni. Comel sangat! Harga pun worthy je.


This is my first masterpiece :)


Sakura hairband :)


Yong ni sangat hebat orangnya, she's the reason why i draw. Dia kreatif semulajadi, pandai melukis, menjahit, buat photoshop, memasak bebenda yang korang pun suka makan dan lain-lain. Masa kecik-kecik dulu, dia la yang selalu lukis katun untuk ak dengan ajin. Kitorang ada nasib yang sama, being the only girl and adik semua lelaki. Tambahan pula, yong pun memang kroni-kroni suka baca komik masa dulu-dulu. Rasanya sebab tu la dia cam extra rapat sikit dengan kitorang. 

So, jom la beli reben ni banyak-banyak! Boleh je tempah~ (ayat tetibe)

Reben polkadot import

A day before that, ibu bawak ak pergi jejak pekan sungai besar kejap sebelum bertolak ke intersaber untuk melawat dzahin dan dzikrul. Dan macam biasa, satu kedai yang memang ak dan kawan-kawan sekolah tak akan lupa nak buat lawatan tengok-tengok-ala-ala-YB-tanpa-membeli= my choice shop. Kedai ni banyak jual those cutie things macam plushie and keychain dll la. Guess what, diorang jual banyak gila barang rilakkuma!


rasa macam nak beli semua je!

last sekali beli beg rilakkuma kecik



#ayat tunggang langgang. jet lag mungkin? haha.

Sekian :) Ramadan lagi 5 hari. The race is on. I'm gonna win over myself this year!












Friday, June 8, 2012

Sakit


"InsyaAllah Allah nak uji tawakal kita", kata una.


domo dan buku histologi


Semalam bangun tidur, rasa sejuk semacam meskipun bahang summer agak terasa pada waktu itu.

Pisat pisat mata, rasa suhu badan. Panas! 

Oh tidak, lagi dua hari nak exam histology. Macam mana ni, pening kepala dan sakit perut mula mencucuk-cucuk diri. Tahan. tahan. Selalu cakap kat una, jadi tough walaupun sakit macam mana pun; tapi bila kena kat diri sendiri memang tak boleh tahan. Last sekali sambung tidur dek kepeningan yang terlampau sambil berselimut.

Degil, taknak makan ubat. Ak mana pernah makan ubat kalau sakit. Nak melatih sistem imunisasi badan, kononnya.


Haih, semoga sihat wahai diri.


#Mendengar 'Results are not in your hand'-by brother Nouman.




Sunday, May 6, 2012

#word-less 2


"Tema kehidupan. Ada dua."

"Mencari redha-Nya; atau kemurkaannya."

Sila decide mana satu yang anda nak ambil setiap kali anda bangun tidur.















Syukran jiddan jiddan jiddan alfu jiddan! T^T. Sangat sweetlah awak ni.



NB: exam histo berjaya berjalan sempurna. yeayyy! syukrlillah :) Look foward for biochemistry pulak. 15 Mei.

NB2: Uh, kena sedia fizikal mental nak jadi ashabul uwais!

NB3: Ini bukan post wordless. Ia word-less! :)






Saturday, April 28, 2012

hidup kembali





teringin jugak nak buat post wordless. heheh.

p/s: Hari ni ada program LIFE Finale. Love Islam for Eternity.



Friday, April 13, 2012

ciskek


keh keh. makanan lagi.


"Nabilah, aku nak ajak kau pergi jalan-jalan ni. Nak ikut?"

"Pergi mana?"

"Alex."

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 



Angin bertiup kencang hari ni. Entah kenapa, aku rasa macam nak pakai sweater pulak sebab suhu agak sejuk secara tetiba hari ni. Seawal pukul 7.30 pagi aku menjejak ke kuliah perubatan kasr el-ainy, sebab hari ni kami ada kelas tambahan untuk praktikal anatomi. Maklumlah, dengan musim peperiksaan bakal tiba, ditambah pula dengan silibus lower limb yang belum habis sepenuhnya lagi menyebabkan masa belajar kami 5 kali seminggu ditambah menjadi 6 hari. 

Tiada cuti pada hari khamis. Tsk.


Hari ini una dengan sc-nya sama-sama pergi menjejak bumi Iskandariah. Tinggal lah aku dengan fairuz, berdua menyambung stadi-gembira kami. Semalam una ada call, tanya, adakah aku nak ikut dia pergi Alex? Entah kenapa, rasa hendak duduk rumah mencengkam diri. It's so not like me! (ayat ntahpape). 

Sedih una menutup perbualan kami. Tsk. I wish I could join. 

Sekarang baru nak mula cuti easter, maka banyak aktiviti mula diadakan; termasuklah satu trip ke Dumyat. Satu tempat nun dihujung persisiran pantai mesir, tempat bertemunya sungai nil dengan laut merah. Dan ia juga dikatakan sebagai tempat berlakunya peristiwa antara Nabi Musa dan Nabi Khidir. Menarik, bukan?

Tapi aku dah pernah pergi masa WING hari tu. Tsk lagi.


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 



dalam kelas anatomi.


Pasal exam pulak. Huh, lagi 2 minggu je nak start exam praktikal fisiologi. Cuak, cuak, cuaaaakkk. Dah lah ada sesi oral masa exam nanti. Mane tak kalut. Takut tergagap-gagap masa nak jawab exam nanti. 

Untuk sesiapa yang nak tahu, exam kitorang stail macam SPM. Segala apa yang kitorang belajar masa sem1 dan sem2 akan keluar masa final ni. Ada 3 paper untuk satu subjek. Pelajar akan diuji secara praktikal, oral dan writting. Markah yang dibawa oleh exam final ni sangat besar, merangkumi 80% daripada total marks, kalau tak silap. Dan kerana itulah, i'm dead now. Waaaaaa. Nak baca dan ingat sume bende dalam buku tu. 


Nabila, study sungguh-sungguh. Kau tak nak repeat paper, kan?

Mestilah.

demi Malaysia, aku rela!

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

NB: Maaf, tajuk tak kene dengan kandungan post. Hehe. btw, cuma nak mai khabaq, ak berjaya buat lapan ciskek dalam bulan ni. Gojes tak? Hahha.

NB(II): Kitorang dah nak habis pengajian tahun pertama di mesir ni, jadi ape lagi, amek gamba laaaaa~ 

NB(III): It's spring now! *Moe-moe-moe-moe*

tu fairuz, una dan aku. Hehehe,






Monday, January 3, 2011

i'm leaving

6.30 am
good morning.
[awal2 kate dah terus stuck..bagi masa untuk berfikir sementara]

Aha, semalam ari ahad, ak, zakwan, zahin dengan abah sama2 hantar zikrul ke asrama kitorang dy. Waa..lame dah tak berkunjung ke sana [takdela lame sangat]. Tengok bebudak pergi daftar, rasa kelakar pulak. Sebab ak dah tak payah daftar. (ayat ulang..-,-) Kenape ak ikut? Sebab misinye ialah untuk mengirim baju pengawas shak n jannah untuk pengawas tahun ni. Tahun ni, disebabkan pengawas dy luar biase punye bilangan, maka tiadalah peruntukan baju free untuk korang2..ha3


gambar hiasan 


Sampai kat sana, mule2 sekali, zikrul target hostel, sebab dy dah lame menjerit "NAK COP KATIL"x2 kat rumah. KATIL lebih penting dari KERUSI kot. Cam tak caye, budak ni betul ke dah form 4. Cam kanak2 pun ade..(tapi kalau dy mengamuk kat rumah, xde sape berani lawan..xde sape berani bantah pun..) Statistik menunjukkan bahawa zikrul lebih ditakuti berbanding ibu di rumah. >BACK TO STORY<, Mase menunggu mereka2 memunggah barang, mata ak scan2 budak yang nak jadi mangsa kirim barang ni..and..that's it..sorang budak exco lalu.. Maka dengan teruje'ny ak memanggil mereka dan opssss......ak t'pleot kat depan mereka..depan US [siap ade muzik tambahan lagi tu daripada diorang]....ak dgn steady'ny cakap "Oit, jangan jerit la" dan berlagak seperti takdepape yang berlaku.. Lepas bergelak tawa dengan diorang n melepaskan pandangan "kurang ajar" dekat longkang yang buat ak terpleot, ak masuk la kereta. Masuk je, abah cakap.. "Syukur Alhamdulillah nabila tak terjelepok kat depan tu...excited sangat ye.." Waa...abah nampak ke..heheh... Malu siot.

Dan kini, ak sedang bersedia untuk ke k.kangsar. Tengok, everything prepared. Tinggal nak go je.. Malam tadi, boleh pulak ramai yang wish selamat berplkn kat ak.. Sengal..tapi, thanks.
[lamenye nak upload pic ni..]


ok, satu beg sandang dengan beg baju je bole bawak.
siap!

Friday, December 31, 2010

azam lagi!


yeah. it's new year.
..........................................

bila semua orang cakap pasal tahun baru, rasanye ape yang diorang pikir ea. Em, bende baru? Azam baru? Kehidupan baru? Ak? entahla..untuk 11tahun lama'ny ak just berpikir tentang SEKOLAH sekiranya tahun baru tiba. Sebabnye, yela, kene daftar sekolah an. Lagik2 mase tubuh di dah besar melebar (bukan memanjang)..semua bende kene take care sendiri. Ibu abah just bagi order n money je. Nak tak nak , ak kene kayuh basikal ke sana ke mari sebab takde transport nak hantar.

Dan, sekarang, almost no more school in myself, rase cam tahun baru dah takde makna. Walau apapun, cam bese, list AZAM wajib buat tak..ahaha. Before that, let's recall the past year's.


10 azam 2010 saya

  1. Straight A+’s SPM 2010
  2. Trial mesti more than 9A+….(total=11 subject)
  3. Khatam satu al Quran at least once..(xmasuk time bulan Ramadhan)
  4. Hghen my resistant 2wards personal probs,friends connection error..bla2.
  5. Jgn buang masa anda~
  6. Value my precious time with my class/hostel/society/bp/head mates
  7. Ermmm…turun jd 48kg??(ala..segan ar plak)..:
  8. Beli nset baru..(yg lame da rosak..isk3..
  9. Menteraturkan locker setiap minggu- WAJIB! –
  10. Rjinkan sikit blogging – mesti malam2 je..!!

Err..okeh wahai cik saya, ape yang dah ko capai? 
nmbo 1 tu : dapat straight A spm, mne tau lagi. nmbo 2: malangnye xdapat capai..[faktor: tumbesaran otak xcukup sempurna.dapat 7A+ je]..yang ketiga lak, alhamdulillah, memang sekali je ak dapat khatam (plus masa ramadan, dapat la 2 kali). Yang len2 tu xdapat capai, makin tambah berat adela.. Bak kata yong, dah tak reti dah nak kurus, nak gemuk pandaila..ahaha. (cmtu sampai mati pun jadi budak overweight..nak ke?!) Nset pun xde yang baru..mane nak collect duit..terpaksala mintak ihsan ibu. tu pun nasib baik ibu memang nak beli handset baru... Conclusionnye: saya masih sangat lemah dalam mencapai cita-cita. Takpe, tahun depan  tahun ni kita teruskan strategi berpoyo2an dengan azam. Yosh!

Okeh >BACK TO TITLE<. Azam ak tahun yang gilang gemilang ini adalah......[kene sepuluh gak ke??!!!]

  1. Dapat straight A SPM. (tinggal doa n harapan ak je ntuk merealisasikan bende nih)
  2. Siapkan video form
  3. Upgradekan blog form
  4. Err, beli handset baru? [tak habis2..]
  5. Nak mp4
  6. Take medic course [lagi bagus kalau dapat fly ke oversea]
  7. Jangan nangis banyak sebab manusia. kalau kerana Tuhan, anda digalakkan sama sekali. Be tough!
  8. Belajar buat truffle [cipta resepi sendiri pun takpe..hahah.]
  9. Kuatkan resistance n shield peribadi terhadap bende2 menggugat iman. WAJIB!
  10. Khatam 2 kali. Ramadan wajib sekali.
  11. Rajinkan solat malam.
Okeh. err...tambahan, jangan tambah berat. Kurang takpe..hu3.

i hope u'll better than the past
welcome, 2011

Wednesday, December 29, 2010

semalam...ehh..kelmarin

Yup, mumblyme's back.
Kelmarin, (bukan semalam)...ak bermain2 bersama kawan2 lame ku yg terchenta.... uish..yang hebatnyer, semorang dah jadi LAIN except for adiba yang still kontot anf chubby cam dulu2...haha3....
..cerita reunion ni sebenarnye bermula pada 2 hari sebelum tu.. tetibe ak dapat mesej pop out kat fb dari syabika..
Dy mintak ak buat reunion untuk kengkawan sksu ( atas permintaan rusydi si kp juga )...malangnya ak yang malas lagi pemalas ni menolak..sebab masa tu ak baru abes uruskan jamuan form yang punyela olalala~ tu... Penat bukan sebarang penat ko taw.. Sian syabika an...tapi disebabkan kekentalan (plus, sebab rusydi yg mintak kot..hehehehe) , dy buat gak, and adela ak tolong sket2... Last2 kata persetujuan dicapai dengan butir2 tertentu yang dimesejkan oleh rusydi ke semua bekas member2 yang dikenali.

Camni bunyinyer:

Then, pada hari kejadian.......................
Tada........!!!!!!!!! Ak datang awal gile..9.50! Semorang pun belum sampai lagi, except alin (sebab ak janji ngan dy nak gi sama2)..Dan malangnye semua orang datang lambat..11.00 pagi pun belum penuh, tapi bile betul2 SEMUA ORANG DATANG, memang penuh beb.... seyes.... sebab ada budak2 kelas lain datang.. Smorang da bertukar wajah, except budak2 6A ( sebab kitorang baru buat reunion 2 tahun lepas..adibah lagi la tak bertukar langsung!~ )... Dan event tu berlangsung dengan saaaannngggat lancar, except ema yang datang lambat giler..! Haha...

Masa tukar2 hadiah pun best..start dengan ema bagi rusydi. Rusydi bagi hazwan. Hazwan bagi ntah. ntah bagi ntah.......................[xingat la pulak..hahaha]....sampai la last sekali, ridhuan bagi ema.... Yang lawaknye, ema dapat bende yang sama macam yang dy bagi rusydi and dy dapat yg paling last [meskipun dy yang bagi paling AWAL!!] .. wahahaha...lawak tol... Benda itu adalah sebuah jam. Bagus jugak, boleh bawak pergi plkn kan..?
Dan semua'ny b'surai pada jam 1.00 petang dengan muka yg sangat ceria ~


syud,alin,mumbly n erma
(sweet~ ^^ )
27-Dec-2010
budak2 laki^^

Wednesday, February 17, 2010

balik.balik.balik

balik.balik.balik. Balik hostel lagi..aaaa.aa..a..a.a.a.a..a.a..a.a.a..a.a.a....aaaaa...(dapat digambarkan x kesedihan ak)...
apsal rase cuti kali ni cam gile pendek ar? ahaha..boring tul camni..[esy,cik nabila..kamu tu dah nak spm..]
tapi, hostel ngan kwan2 tetap no.2..(sori la, yang nmbo satu mestila femili..family first ke safety first ea?)
ak tengok adik ak sorang tu,gerak pun tak lagi..keje rumah punye pasal,abes rumah ni tunggang langgang cam kandang lembu..better,i guess..
da la komp, ak nak balik hostel nih..jangan rndu2 ak..

Tuesday, December 29, 2009

mandi hujan~~',',',



sekali lagi,hujan turun menyimbah bumi sungai besar...hui...sejuk betull....
pagi tadi ak ngan adik ak pergi perpustakaan...nak study la kononnye..hahahaha..... Mule2 tu memang la study,sebelum si kawn baik hafizah datang ,menyerang.. TRip menyetudykan orang menjadi trip mengenakan orang..haha..sebab ade nami kot.
BM karangan yang patut boleh siap dalam mase 1/2 jam jadinya 4 jam pun xsiap2...haha..
Then ak ajak ar zikrul g makan dkat rashid fadhill..Ingat saje2 coz kempunan la pulak nak makan nasi goreng...
Sebelum tu teringat pesan makyang sebelum keluar...
"Balik awal,nak hujan dah tu.."
Ak buat donno je..inagt kalau hujan pun redah jela...zikrul pun mule2 refuse sebab kate dah nak hujan,bek makan kat rumah je,..skali tu betul..ngah syok3 makan melantak melahap kat kedai kat tonggak tu..hujan pulak turun...aiseh..dah la ak sekadar pemandu basikal..cemane nak balik ni..
Dah la hujan..lebat plak tu..naik basikal pulak tu..!!!
Akhirnye ak main aci redah je..dah la basikal zikrul pancit...\
adeh nasib.....tu la padah lawan kate orang tua...haha!
Abes lencun..~


p/s: hujan itu rahmat Allah~....bersyukurlah..



Sunday, December 27, 2009

BbQ ruMah pakcik..!!!!

recently my family and i went 4 a kenduri trip 2 days 1 night at pakchick's new house..
it's so great that i fell like dont wanna 2 go back..haha..ape yang best
nye,malam tu ak berhempas pulas kipas bbQ pnye barang tu..(xtau nak sebut ape..haha)...pakcik buat kenduri sebenarnye malam 2.
.kenduri baru bukak rumah ^^.. cantik rumah dy..













rumah baru pakcik..besar kan..


malam 2 budak2 lelaki main futsal tak rasmi.. ketua: mohd izhan faiz yang senget



alin's photoshoot..


view of the house

petang tu kitorang balik lambat,pukul 5..tiba di rumah pukul 10,selepas makan malam di teluk intan..zakwan's fault..he wanted to see the menara condong.. Still condong,nyway..haha

Sebelum tu,nak cite sket..kitorang g ipoh lalu batu gajah..luckily i guess..kitorang nampak satu kapal korek bijih timah yang ori.. Gile besar ar.. Rase kagum pulak. Kate abah,batu gajah ni terletak dlam kawasan lembah kinta,tempat perlombongan yang paling besar kat tanah melayu time tu...
Patutla banyak lopak besau...
Rase nak tengok lagi je...

sempat tangkap gamba time dalam kereta..