Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Thursday, October 11, 2018

Jangan halau rahmat Allah dengan banyak merungut

I dont know when exactly i attempted to make a post for this topic, but i love the title. I drafted this post since I was still in egypt.
Those time when going to usrah is not really a big struggle for me, i enjoyed it very much there.
(even now still not a hard struggle, why, because i have fatiah to go together with, khairiah to stay with, and all the fun usrah members to mingle with, as well as our awesome naqibah kak han. Ya Allah, ease my heart and make me steadfast in this road till the end of my life.)

About barakah and rahmat. 
Sometimes it is us who drive the goodness away,

Usually by our own negative thinking. Once a friend said to me,

"Jangan cakap diri sendiri miskin selalu tak ada duit, nanti betul-betul Allah bagi tak ada duit."

When we feel ourselves not having that much money when actually we got RM10 in our purse, doesn't it mean that we feel like RM10 is not enough for us at the moment? Are we calibrating "ada duit" with amount of money that we have? Oh kalau macam tu, orang yang just ada RM5 dalam purse dia semua miskin.

Then you merungut macam-macam tak ada tu tak ada ni, tak ada masa, tak ada makanan, tak ada baju. Sampai bebila pun hidup kau tak akan rasa lapang dan mudah, sebab at all time you tak puas hati dengan apa yang you dah ada.

And bila rasa tak puas dengan apa yang ada tu wujud dalam diri,
That is when the barakah goes away.

Kurangkan merungut,
Banyakkan bersyukur.

InsyaAllah, Allah akan tambah.
(Ibrahim: 7)






Sunday, December 31, 2017

Never underestimate someone's potential

Bila sembang dengan ayuni, aku boleh rasa aku ni macam jenis makcik makcik konservatif. Semua tak boleh, itu salah, ini tak tepat.. bla bla bla. Haha. Tapi bila berhadapan dengan lautan manusia bermacam jenis, aku jadi kaget. Sebab manusia bukan robot, each of them ada keunikan sendiri yang dibentuk hasil gabungan pelbagai faktor kehidupan. Even setiap seorang anak yang datang daripada keluarga yang sama pun berbeza perangai dan cara fikir, apatah lagi manusia yang berbeza keluarga, negeri, sekolah, budaya, bangsa, dll.

Kepelbagaian itu satu rahmah btw. Takde lah hidup ni bosan. We should enjoy this dan jadikan benda ni satu bentuk kekuatan. Diversity is a bless.

Dan benda ni mengajar kita lebih berhati-hati bila nak respon to people rasa takut salah bagi pandangan. Dan bukan cakap based on apa yang hati nak cakap je.

Ok sambung cerita kisah ke-makcik-kan kite ni.

Sampailah waktu kita dah jadi senior, barulah lebih yakin. Sebab dah ada pengalaman. Takdelah bercakap hanya based on assumptions. So benda nilah yang aku try buat setiap kali pergi ke various meeting dan sembang-sembang antara orang. Cakap based on apa yang kita rasa dan lalui, dan bagi pandangan mengikut pengalaman diri. 

Tapi sebaliknya pulak berlaku. Bila kita bercakap mengikut pengalaman diri, kita selalu rasa flow orang tu akan jadi macam flow kita juga akhirnya, tanpa mengira faktor perbezaan kemampuan, suasana sekeliling yang kian berubah dek zaman, faktor peluang dan halangan yang wujud, yang mungkin berbeza dengan apa yang kita lalui, walaupun bezanya hanya setahun.

Kita rasa dia mampu, sebab dulu kita mampu. Dan yang sebaliknya juga..

Rupa-rupanya tanpa sedar aku dah jadi makcik konservatif. Haha.


Beri peluang pada yang lain. Guide mereka mengikut pengalaman kita supaya dia tak pijak lubang yang sama dua kali. Tapi bukan bermaksud kita tak bagi dia lalu jalan yang sama. Cuma ajar, bila jumpa lubang tu, try lompat atau fill something so that dia boleh lalu dengan selamat, dan reach destinasi yang kita gagal capai itu.

Betapa ramai sebenarnya orang yang aku sendiri jumpa dalam hidup yang pendek ni, dia bermula sebagai seorang yang lain, tapi entah kenapa dan macam mana, in the middle dia berubah, and end up menjadi orang yang lebih hebat daripada orang sekeliling dia. Like a snap, gitu je. 

Aneh sangatt

Dan ada juga yang sebaliknya.

So never underestimate someone's potential. Allah knows him better, so kita kena doa banyak-banyak supaya semua orang ditemukan dengan jalan yang dia boleh berpotensi penuh dalam hidup ni. Sebab kita pun bukanlah kekal ok selamanya. Banyak sangat halangan dalam kehidupan ini yang menyebabkan kita kena berhati-hati sepanjang pendakian.



Thursday, December 28, 2017

How time can be really precious to the ones who really need it

It has been nearly 4 months since August 2017. Back then before our internal medicine exam start, time tu really rasa macam takde masa. Bangun awal, tidur lambat, minum bercawan coffee, sebab rasa takde masa. Banyak benda kena pulun, kena settlekan baca dan hafal. My eyes got swollen sometimes, ada dark circle siap (tapi tak permanent pun), i eat more junkies than normal sebab rasa takde masa nak masak proper meal (luls). Kitorang balik dari raya aidiladha terus duduk rumah 3-4 hari straight sebab nak baca buku. Serious nerd haha.

But nowadays after 4 months of battle, rasa macam dah tak heran dah dengan exam. One thing, maybe because kitorang pun dah pernah baca all those stuff before so perasaannya tak sama lah dengan waktu nak exam end round hari tu. I remembered the anxiety that i had back then, keluar rumah awal, bawak siap2 sarapan sandwich costa sebab semalamnya otlob tapi tak sempat makan malam tu, dan even before the exam started seriously takde selera nak makan. Sampai tertidur tunggu giliran dalam kelas kat wad19 tu. Maybe sebab risau sangat kot, maklumlah end round oral. Long case.

Comparing my life then with today, sekarang baru jam 8.30pm tapi dah buntu nak buat apa. Tak tahu nak baca apa dah. Bila tidur malam dah takde motivasi nak kejar bangun seawal mungkin or stay productive selepas subuh. Hmm.

Lalu aku merasakan betapa nikmatnya mempunyai tujuan dalam hidup. Bila kita ada something nak kejar. Really it's a bless. Kalau tak jadi lah lembik macam ni. Ayam lagi bersemangat berkokok waktu pagi daripada aku sendiri.

Really it is a bless. 

Sunday, November 19, 2017

Malam 19/11

Sungguh, 
Tak sangka berjumpa dengan orang yang mampu sehingga akhirnya memenangkan orang lain atas kesalahan bersama, 
Dan tidak mengungkit sedikitpun kesalahan orang lain, tetapi banyak mengatakan "maaf" dan "kita sama-sama kena ubah", dan "saya banyak belajar". Dan kemudiannya masih memberikan apa yang harus diubah setelah intro yang baik, bukannya direct kepada topik menyalahkan orang itu.

Aku selalu rasa orang yang lemah dan mengalah tu pathetic
Tapi semalam aku lihat, orang yang mengalah tu cool.
Orang yang berjaya control diri sendiri adalah orang yang kuat. 
Orang yang mampu memberikan pendapat secara rasional dan dengan cara yang tepat adalah orang yang matang.

Sedikit pun tidak nampak lemah.

Terima kasih atas pelajaran hidup ini

Friday, October 27, 2017

Random #9

Seorang demi seorang meninggalkan bumi mesir

Dan meninggalkan pesanan-pesanan pembina hati buat yang masih tinggal

#random

Saturday, October 14, 2017

Nak markah berapa?

Assalamualaikum

Pasal ikhlas lagi

Hari ni tazkirah rumah kitorang berkisar ikhlas. Satu topik yang mashaAllah tak pernah nak habis buat sembang. Sebab apa? Sebab susah. Buat lah amal melangit macam mana pun, tapi kalau tak ada ikhlas tu, atau tak diusahakan ikhlas tu, semuanya jadi nothing. Macam debu gitu.

Sebab tu dalam buku "Sebening Mata Air" tulisan Amru Khalid tu, katanya, maksud ikhlas tu paling difahami bukan oleh orang yang baru bertatih nak belajar berikhlas, tapi untuk sang pengamal yang dah selalu buat kebaikan dan struggle nak ikhlas sepanjang hidupnya. So masa aku baca tu aku macam, nak perasan ke tak ke (luls) mungkin kita macam dah feel dah makna ikhlas tu, tapi nak dibandingkan aku yang marhaen (yang selalu terlupa nak ikhlaskan diri dalam kebanyakkan amal tu) dengan orang yang betul2 menjaga ikhlasnya, macam baby pulak bila baca intro buku tu. Yang perasan dah faham tapi sebenarnya tak layak lagi sebab bukan struggle mana pun.


Tapi best nak kupas sekali lagi hadis ni
Yang ada dalam tazkirah tadi

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »

(HR. Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 129).

Ok jom baca maksud dia satu satu baru feel sikit

يَقُولُ اللَّهُ
Allah Ta’ala berfirman


Ini hadis qudsi. Pesanan Allah directly melalui Rasulullah. Untuk sape? Untuk kita lah. So meh dengar baca baik-baik

إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا
Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejelekan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya.

Maka nikmat manakah yang mahu engkau dustakan...
Allah kan Maha Adil, tapi Dia bagi kita diskaun pulak untuk tak dikira niat jahat kita sebagai dosa. Padahal niat jahat juga adalah perbuatan. Macam Me-nulis, ada juga "me-niat" "ber-niat". So kira kata kerja lah kan.


فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا
Jika ia melakukan kejelekan tersebut, maka catatlah satu kejelekan yang semisal


Ok ni standard. Kalau dah buat dapatlah black list dalam buku amal. Ngeh. Teringat pulak tazkirah muraqabatullah masa bedah tafsir Al-Mujadalah dalam usrah. Perbicaraan-perbicaraan rahsia yang baik ataupun tidak, kalau kita berdua, Allahlah yang ketiga. Dia duk perati je kite ni buat baik ke buat jahat, kalau kata study leave taknak keluar rumah tu sebenarnya baca buku ke mengelamun (ops). Maka jangan perasanlah kalau buat jahat tu kite tengah keseorangan..

وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً 
Jika ia meninggalkan kejelekan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya.

whoah. tapi tinggal sebab kerana Allah lah bukan sebab terlupa ke apa tau.

.

Ok ni part paling best


وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً 
Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan

Wa iza arada (kalau dia nak/berniat/mahu). Huuu.. jangan risaulah kalau selama ni ada je niat nak bagi jiran kuih ke lauk ke tapi tak terbuat.. semua tu dikira kebaikan. Dah la tadi dapat diskaun kalau niat jahat tak dikira dosa. Dapat pula imbuhan bonus, kalau berniat baik, dapat pahala.


Dan part ini yang paling terkesan untuk tazkirah tadi:

فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ
Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal  hingga 700 kali lipat.


And
When you do it
Markah yang Allah bagi bukan standard skema satu markah, dua markah je. Tapi ada range yang besar daripada 10 ---> 700

Tak ke jauh tu

Mungkin ada banyak reason. Tak tahu lah tafsiran para ahli hadis macam mana. Mungkin sahaja kerana bentuk amal tu ke jenis yang berantai (jariah) so pahala dia selalu bersambung membuah tak kira masa tak kira tempat sampailah dapat 700x

Tapi

Dalam buku tu Amru Khalid sebut pasal ikhlas
Yang membezakan antara satu amal dengan amal yang sama oleh seseorang yang lain adalah ikhlas

Katanya, "Boleh jadi orang yang baca buku ini pada hari ni beroleh sepuluh pahala, boleh jadi tujuh puluh, boleh jadi tujuh ratus."

Ikutlah, sekadar mana dia mencurahkan usaha yang terbaik untuk berniat cemerlang ketika mahu melakukan sesuatu amal itu.

Pastu kami main soal jawab. Sudah pasti yang ditanya itu adalah ustazah pilihan hari itu (sang pembentang)

"Macam mana kalau kita nak excel exam sebab parents? Sebab dakwah ke for example"

Si ustazah menjawab;
"Kita nak happykan parents benda tu pun termasuk dalam ibadah jugak"

Ustazah 2 menyampuk
"So far setakat ni kita yang faham, kita mula buat semua tu memang sebab Allah pun dari mulanya, cuma waktu buat tu lah ada kalanya kita lupa kan.."

Sebab time tu ustazah membaca hadis tentang seorang sahabat yang berjihad untuk Allah dan az-zikru (supaya diingat orang), yang aku rasa niat kedua ni aku selalu ada. Yelah, konon kalau berjaya nak jadi inspirasi untuk adik, untuk akhawat, untuk masyarakat (kemain). Untuk disebut-sebut. Guess what, Rasulullah kata time tu, jihad sahabat tu tak diterima..

Takotnye

Tapi tadi kami come up dengan konklusi. Sandaran sesebuah amal tu paling utama dan paling benar ialah kerana Allah tu sendiri. Dan yang lain tu kena buat hanya semata taksir niat, bukan sebab nak syirikkan(menduakan) Allah ke apa. "Kerana Allah" itu harus mendahului kerana yang lain-lain.
Dan sejauh mana kita meletakkan Allah-based nya amal tu yang menjadikan pahala kita berbeza-beza.

Ada orang buat 100% sebab Allah
Ada orang letak 80% je
Ada orang 20% je. Niat dia memang dari awal lillah, tapi kebesaran reason lain itu memenuhi ruang hatinya. ada orang buat amal tu semata-mata yang memenuhi bidang tugas dia ke, to-do-list dia ke..asal buat dah lah kan.


So rugilah dah buat tapi amal tu tak besar kat mata Tuhan.
Esp benda yang memang directly ibadah. Macam qiyam contohnya (among the hardest thing for me)

Ada kalanya buat sebab memang faham kena qiyam.. nak jumpa Allah
Ada kalanya buat sebab nak jadi macam mukmin dulu2. Hati mereka kuat sebab solat malam (macam diterangkan dalam surah Al-Muzzamil)
Ada kalanya bangun sebab gesaan nak penuhkan mutabaah amal diri
Ada kalanya bangun sebab nanti murabbi tanya. malu lah tak buat
Ada kalanya sebab taknak lah hancurkan biah solehah rumah. ada pulak duduk RI tapi bangun lepas subuh
Ada kalanya qiyam asal buat. Sampai tertidur dalam sujud pun takpe. Tahajjud gajah pun takpe
Tahajjud gajah= satu rakaat sebelum azan, rakaat kedua masa azan. luls.

Dan semua tu disandarkan kerana Allah
Cuma time tu berapa percent portion kerana-Allah dalam amal kita

Sebab tu kena selalu tasji3
Dan kena selalu tajdid niat
Chaiyok

...............



Panjang pulak tulis.
Jom baca balik buku :P


Thursday, October 5, 2017

Keserabutan anatomi tangan

Assalamualaikum

Meanwhile semua ahli rumah bertebaran di muka bumi mesir atas urusan masing-masing, aku tekun menyelak semula buku anatomi tahun 1 belajar balik pasal nerve supply and muscles of the arm forearm and hands yang aku rasa mashaAllah sumpah serabut. Kat sinilah petingnya ada cikgu sebagai pemudah cara. Tsk. Tapi kemalasan mencari orang plus kerajinan nak merungkai semula segalanya menjadi pilihan maka di sinilah saya pada malam ini.

Dalam macam ni teringat lah satu ayat dalam quran masa bedah tafsir AlQiyamah dulu:

Allah cakap selepas statekan yang manusia ni ada jiwa لوامه

ايحسب الإنسن الن نجمع عظامه
Apakah manusia mengira
Bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya?

بلى قدرين على ان نسوى بنانه
Bahkan
kami mampu menyusun kembali jari jemarinya dengan sempurna

........

Fine movement (teliti, berseni)
Memerlukan kepada dua aspek yang kompleks

Satu: cara fikir yang kompleks
Kedua: apparatus (alat) yang juga kompleks

Hasilnya kita membuahkan seni. Itulah dia pergerakan tangan dan jari. Walau tak sebesar kaki, tapi jari jari yang kecil inilah menyebabkan terletusnya perang dunia dan perdamaian antara dua negara. Disimbolikkan dengan tangan bagi arahan (jari telunjuk); dan tangan yang bersalaman.

Dalam medicine, anatomy la khususnya, kami belajar tulang-tulang jari dipanggil phalanges. Ada distal phalanges, middle, proximal; of index finger, thumb, small finger, ring finger;

Too much bone 
Sampai takde nama khusus.
Semuanya digroupkan dalam term yang sama —phalanges. 
Padahal tahu je mesti setiap phalanges tu lain-lain sikit lekuk dia sana sini.

Kalau dekat wrist pun ada banyak nama unik-unik. Scaphoid, lunate, ect.
Tapi kat finger tak. 

Despite of that,
Allah berani cakap kat manusia, satu statement garang, i think;

بلى قدرين على ان نسوى بنانه

"Yes aku boleh susun semua tulang tu dengan sempurna. Macam asal."

Fuh. Bukan jari kite je. Jari semua orang kat dalam dunia ni. Sejak zaman nabi adam sampailah kiamat.

Aku kan, bukan nak cakap apa.. tapi bila belajar nerve dengan susunan muscle je dah boleh tahan pening. Padahal tu semua knowledge functional. Boleh difahamkan dengan penerangan dan reasoning. Tapi, kalau hal anatomi..lekuk sana lekuk sini yang memerlukan daya penghafalan yang lebih tinggi..

I would say i will surrender first.

بل يريد الإنسن ليفجر امامه
Tapi
Manusia hendak juga melakukan maksiat
Terus menerus

..........

Menjadi medical student
Banyak buka mata aku tentang ciptaan Tuhan. Sampai aku boleh setuju dengan perasaan kewujudan Tuhan itu adalah fitrah asasi yang ada dalam diri manusia, walaupun dia tak pernah dapat basic rukun iman ke islam ke, duduk hutan ke duduk pulau ke. Asalkan dia pernah duduk sejenal ponder tentang penciptaan alam dan kehidupan ni, mesti feeling yang wujudnya kuasa besar yang menyusun atur semua ni akan datang dengan sendirinya.

And kalau dia deny; (kita panggil atheis di sini), tu sebab dia choose untuk deny. Choose untuk ignore.

Dan being a medical student yang belajar banyak input cenggini from both side,
Scientific facts
And al quran

Buat aku lebih sedih dengan diri sendiri,
Sebab aku banyak sangat buat dosa
Bukan sebab aku tak tahu
Most of the time aku memilih untuk jadi ignorant

Macam, "ah malas lah." Atau, "takpe sekali ni je."
Then aku conceal dengan kata-kata gula 
"Maaf akak, saya dah try.."
"Saya struggle ni, bukannya saya tak tahu.."
"Sorry saya perlu masa nak buang semua jahiliyyah ni.. yelah saya bukannya asal baik macam orang lain." (Pastu cerita lah panjang pasal kehidupan sebelum tarbiyah tu)

Aku lebih tahu
Yang semua itu tipu

I meant it's real to some extent
Maksud aku, aku tipu je aku struggle padahal benda ape je yang aku dah buat
Takde la sampai keluar peluh ke ikat diri ke; buang apa-apa ke, berkurung ke

Itu kot yang Allah cakap
بل يريد الإنسن ليفجر امامه

Orang macam tu wujud
Dan orang macam tu adalah aku contohnya
Seorang medical student yang juga orang yang dapat tafsir dalam liqa usari
Yang diberi peluang untuk meneliti satu persatu ayat alquran
Dan mentadabburnya terus bersama usrahmate yang lain

*Sigh*

.....


On the other side
Takjublah dengan Allah untuk susun semua ni dengan begitu cantik sekali. Sampaikan it takes me almost a day untuk figure out balik deformity di sebalik brachial plexus, axillary, radial, ulnar, median nerve injury ni. Ni tengah revision bukannya baru nak belajar. Itu pun takes one day.

Kalau dah master mesti lagi dahsyat
Undergrade saje dah kompleks gini

Ok. Sekian. 


Wednesday, October 4, 2017

The People We Love

Assalamualaikum

Aku ingat lagi ibu pernah pesan,

"Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Bersedia sahaja daripada sekarang."

Aku yang blur just swallow je kata-kata ini.

Kemudian, tahun seterusnya, aku dikhabarkan Tok Andak meninggal.. Tok Andak adalah abang kepada nenek. Sekarang ni semua adik beradik atas nenek semua dah takde. Tinggal nenek dengan mak (tok busu). Dan selepas selepas tu, makin banyak berita kematian aku terima, whether daripada family sendiri, atau kawan-kawan.

Dan aku bertanya sekali lagi pada ibu,

"Ibu tak sedih ke ramai orang yang ibu kenal dah ramai yang meninggal?"

Ibu cuma menjawab,

"Kematian tu lumrah hidup, ia pasti akan berlaku, cuma tak tahu bila.
Sebab tu, kita kena selalu buat yang terbaik dengan orang. Jangan selalu berdendam sangat. Layan orang dengan baik.
Sebab kita tak tahu mungkin ke kita akan jumpa lagi dia lepas ni."

atau,

Mungkin juga kita yang akan pergi dulu..



.....................

One of my usrahmate baru kehilangan ibunya semalam. Dan aku yang ada mixed feeling, antara rasa rileks redha ataupun sangat sedih, sebab kami usrahmates tahu betapa sayangnya dia dengan ibunya. Kerana dia adalah anak bongsu, the only one yang masih attached dengan ibunya sebab adik beradiknya yang lain dah besar. Dia yang selalu cerita pasal ibunya dalam qadayah-qadayahnya, selalu tunjuk gambar familynya, selalu plan nak jalan dengan ibunya, kini, ibu yang disayangi telah tiada dijemput Ilahi.

Dan aku yang membayangkan, macam mana lah saatnya bila aku diberitakan dengan perkara yang sama suatu hari nanti.

Semoga aku kuat. Bila tangan yang selama ini mengusap kepala kita,

Tangan yang sama kini telah tiada

(...)

Mari bersedia daripada awal.
Give your parents the best treatment that you could.

............................

Tahniah mak khairiah,

kerana telah melahirkan seorang khairiah

antara akhawat yang kami segani karakternya, semangat dan perjuangan dakwahnya..

...........................

Buat khairiah,

semoga terus kuat,

Allah ada pesanan buat kita

 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

And We shall surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient. Those who when disaster strikes them, say, “Indeed we belong to Allah and indeed to Him we will return." [Surah Al-Baqarah, verses 155-156]

kehilangan ibu yang dicintai, suatu mujahadah

wa bassyiri sobireen وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Tuesday, September 26, 2017

Your heart is what matter most

Assalamualaikum

Buat masa yang sekarang ini. aku sangat bersyukur kepada Allah kerana Dia sangat mempermudahkan kami berliqa secara konsisten, walaupun masing-masing daripada kami agak padat jadualnya. Ada yang masih berkelas, ada yang dalam fatrah imtihan, dan ada yang masih tak habis lagi baca buku macam aku ni (weh bila nak habiskan ni nabilaa), tetapi mungkin kerana benarlah kata-kata Allah dalam surah Mujadalah yang kami sedang bedah tafsirnya,

"فافسحوا يفسح الله لكم"
"Lapangkanlah, Allah akan melapangkan untuk kamu.." (58:11)

Mungkin kelapangan fizikal itu benar bermula daripada kelapangan hati. Seperti itulah yang diajar Allah dalam ayat 58:11. Ketika itu ahli Badar datang ke majlis ilmu Rasulullah, dan mereka tidak mendapati tempat hingga terpaksa berdiri sedang majlis telah bermula. Rasulullah telah meminta para hadirin untuk memberi ruang untuk mereka bersama dalam majlis. Namun, macam biasalah, kan orang dah datang awal untuk cari sudut paling selesa untuk menuntut ilmu, tetapi bila diminta untuk bergerak ke spot lain, maka adalah rasa sedih tak puas hati sedikit.

Nah, itu yang berlaku pada sahabat yang berada dalam majlis ketika itu. Diapi-apikan pula oleh munafiqeen, katanya Rasulullah berlaku tidak adil kepada sahabatnya sendiri. Maka mereka yang awal, mula terlihat pada wajah mereka perasaan tidak puas hati. Ini menyebabkan Rasulullah rasa sedih.

Akhirnya, turunlah ayat ini

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖوَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚوَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (58:11)


Lapangkanlah, maka Allah akan lapangkan.



Benda yang paling pertama sekali yang kita kena lapangkan dahulu, adalah hati. Bila hati rasa lapang, rasa redha, rasa bersedia untuk bertoleransi, maka kelapangan zahiriah itu akan menjadi lebih mudah. Dalam kes cerita di atas, bila dengar je ayat ini, sahabat berlumba-lumba memberi tempat. Kenapa? Kerana hati mereka telah terubat dengan janji Allah. Allah berjanji untuk melapangkan mereka; dalam keadaan janji yang infiniti bentuknya, yang tidak dilafazkan secara khusus dalam ayat tersebut.

Mungkin sahaja kelapangan yang dimaksudkan adalah kelapangan masa,
Mungkin sahaja kelapangan hati.
Rezeki.
Harta.
Urusan.
Minda.

Apa-apa sahaja lah lagi.


Begitulah cara Al Quran mendidik dan mengasuh jiwa orang-orang mukmin. Lapangkanlah hatimu, insyaAllah akan datang lagi kebaikan berganda-ganda daripada sudut-sudut yang tidak diketahui langit dan bumi.

Untuk belajar, juga perlu dilapangkan hatinya. Melapangkan hati untuk menerima ilmu baru. Melapangkan hati untuk menerima tarbiyah study. Melapangkan hati untuk kekal bersungguh untuk menghabiskan bacaan dan bertahan melawan nafsu diri untuk relaks, main phone, tengok cerita, makan banyak-banyak..

Kalau kita tidak melapangkan hati untuk semua itu, pasti kita akan membenci "study". Dan merasakan study leave adalah satu tempoh penyeksaan.

See. Isn't it right? Your heart is what matter most. Lapangkanlah, maka Allah akan lapangkan untukmu..

Tuesday, May 9, 2017

Rezeki yang telah ditentukan, rest assured

Assalamualaikum

Sometimes it's a bless bila wall fesbuk kita, twitter dan instagram kita dipenuhi dengan friendlist yang mampu benefit kita dalam beberapa hal, either it abt latest updates tentang dunia/self, perkongsian pengalaman, pendapat, dan sebagainya.

So ini tentang satu post instagram (kot) yang sangat menjentik rasa hati

We knew each other like a year ago when they went to egypt for a trip. Akhawat ireland. Berjumpa secara tak sengaja di sq (nama sebuah ri kat sini), masa ramadan. Time tu baru tengah bersiap tunggu akhawat lain nak gerak ke masjid ufo, dan diorang pulak tengah balik dari manentah dan esoknya nak pergi fayyoum (summer summer gitu, ramadan pulak tu -_-" dahsyatt )

Tak kenal dalam pun, tapi tahu diorang ambil medic jugak dan suprisingly kitorang sama umur, eventhough nampak mereka macam lagi matang.

So after 3 month

Kitorang berjumpa balik kat 'ala-ala summer camp' konsisten 2016, sama group pulak tu

Dan masa balik semua org exchange la account fb insta bagai

.........


Last 2 weeks (kot), sorang kawan dia (bukan dia pun) share satu gambar

Gambar orang tengah bersiap ikat kasut kat tepi tangga, sambil baca notes sebelum keluar pergi. Ada exam lah kot. Dalam description tu tulis "effah pesan kita study ni just peluang utk kita beramal since semuanya Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi." tambah ayat "bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar.."

Ayat daripada surah al-anfaal, no 17


For that short while, apa yang terlintas kat fikiran aku ialah "subhanallah powernye akhawat ni beriman dengan qada qadar sangat2 dalam time-time exam gini". Well maybe actually everyone does, mebi sebab aku terasa aku terlupa fakta tu kot kebelakangan ni memandangkan frekuensi exam yang agak kerap. so it kind of lintasan yang deep lah dalam hati ni.

Exam
Atau kerja
Atau apa-apalah peluang dan rezeki

Semuanya Allah dah tulis sejak kita masih belum bernama

Jadi apa yang kita tengah buat kat atas dunia ni tak lain tak bukan adalah usaha untuk diri kita sendiri persembahkan pada Tuhan nanti later on; bagaimana kita conduct semua takdir Allah tu sebaik mungkin

rest assured bukan bermakna goyang kaki dan rileks,
tapi rasakanlah tenang dengan tawakkal

apabila kita sudah mencurahkan usaha sebaik mungkin

Monday, October 3, 2016

#Random 7

Terlalu banyak air mata yang tumpah,

Terlalu banyak masa yang terbuang.

Berputar hanya di sekitar isu yang sama. Sedang banyak sangat benda yang perlu dilaksanakan.

Harga pengorbanan yang begitu mahal.
Dan keterikatan keterbatasan yang sangat kuat.

Selagi mana segala langkah itu diniatkan lillah,
Dan tidak dicemari dengan pelbagai nafsu yang menguasai diri,
Doa banyak-banyak,

Kalau Allah nak bagi inshaAllah Dia akan lorongkan jalan.

Saturday, April 9, 2016

Real superman

Assalamualaikum

“Ahli zuhud yang baru di dalam zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli  zuhud yang sempurna zuhudnya tidak menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada mereka, bahkan mencari-cari mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T. Sesiapa yang mengenali Allah tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada sesiapa pun kecuali hanya pada Allah semata-mata. Ahli zuhud yang baru lari dari orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli zuhud yang telah tamat pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak mencari mereka padahal setiap penawar mereka ada padanya? 

Justeru, sebahagian dari mereka telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di hadapan orang fasik kecuali orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah sempurna mengenali Allah S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya sehingga dapat mengalahkan iblis dan tenteranya. 

Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.  
Wahai orang yang mengasingkan diri kononnya kerana  zuhud yang jahil!
Maralah dan dengarlah kataku :
 

“Wahai orang zuhud di muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat
pertapaan kamu dan marilah dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu
itu tanpa dalil. Kamu tidak melakukan apa-apa kebaikan. Majulah kamu."

Daripada Muntalaq, Bab 5: Ahli Ibadat Yang Bermain-main.

Di sini kami menyimpulkan, orang yang paling zuhud adalah orang yang paling dekat dengan masyarakat. Kerana apa? Kerana ahli zuhud adalah orang yang paling rapat dengan Tuhannya. Dan biasanya orang melahirakan diri daripada kawasan yang jahil kerana risau dirinya terpengaruh dengan kejahilan tersebut. Tapi bagi ahli zuhud yang telah mencapat tahap tertinggi dalam hubungannya dengan Tuhannya, itu bukan masalah bagi dirinya.

Bahkan, ahli ahli zuhud ini lah orang yang paling mengejar orang-orang yang memerlukan rawatan, turun ke padang mencari dan menyembuhkan manusia, ruhaniyah aqaliah dan jismiyah. Sebab dia adalah orang yang paling faham.

.......................................

Buka cerita lain sekejap.

Praktikaliti. Khidmah.

Setelah lamanya kita bergelumang dalam masyarakat dan membincangkan perkara-perkara yang membolehkan kita menjadi manusia yang baik, dan tidak hanya menjadi lebihan kepada dunia; kini adalah masa yang paling tepat untuk mempersoalkan di mana output maksimum fardi kita yang berbentuk konsisten dan habitual.
.
Kenapa fardi? Kenapa habitual?

Sebab kita memang dah diajar dan diseru untuk membuktikan kefahaman kita (untuk menjadi insan berguna) sejak dahulu lagi, even sejak sekolah rendah lagi, untuk saling membantu orang lain tanpa membutuhkan pulangan.

Dan lagi best semasa dalam usia pendidikan tinggi, kita diajar pula untuk hidup bermasyarakat, bermula daripada kawan serumah, kawan sebatch, komuniti, organisasi. Yang dimana, kita dilatih berkhidmah; dalam keadaan dipantau. Ada pantauan. Ada biah. Sebab duduk di oversea, tiada family dan sebagainya, so rasa concern kepada sahabat tu memang ada secara automatik.

Tapi, yang kurangnya ialah;

Penerapan nilai khidmah yang betul2 melekat dalam diri dan hati itu masih tiada.
(dalam diri saya sendiri lah, tak tahu yang lain macam mana)

Maksudnya, perasaan khidmah yang bukan kerana tanggungjawab mahupun biah mahupun seruan/kempen. Benda tu sangat kurang pada diri saya,

Bagaimana saya betul-betul menginfakkan diri untuk kegunaan dunia, tak kisahlah dia kawan batch ke, ikhwah akhawat ke, orang melayu ke, orang arab ke, pokok ke, kucing ke, jalan raya ke, dll. Infaq yang tidak mahukan pulangan. Itulah khidmah kan. To help someone without intention of getting something in return.

Fardi sebab, nak perasaan itu ada dalam keadaan kita berseorangan, bukan hanya bila bersama komuniti.

Habitual sebab, nak benda tu jadi macam habit, bukan masih benda yang kena dimasukkan dalam mutabaah amal ke, atau kena ada orang pantau ke. Habit. Bila benda dah jadi habit ni, kita akan automatik laksanakan tanpa perlu berfikir. More to refleks.

Masalahnya,

Orang yang selalu buat khidmah yang macam ni (sorang-sorang, takde gegak gempita kempen, takde poster, takde orang tengok) biasanya orang sekeliling akan nampak yang dia ni sangat menyusahkan dirinya. Membebankan dirinya dalam keadaan itu bukan urusan dia pun nak sibuk-sibuk.

Macam ada dalam video femes iklan thailand tu. Seorang lelaki suka bagi air kat pokok bunga, suka bagi duit dia kat orang yang minta sedekah (bagi banyak pulak tu), suka tolong angkat troli peniaga, bagi makan anjing. Orang lain yang tengok geleng-geleng kepala je.


this one

Dan betul pun, kekadang benda ni memang meyusahkan diri pun. Sangat sangat sangat sangat. Dah la kadang-kadang sakit sendiri, belum masuk point orang ambil kesempatan lagi, atau kena kutuk dengan orang lain yang selalu bercakap-cakap. Tapi, efek dia kalau kita ikhlas, mashaAllah lah. Mungkin boleh jadi macam apa yang berlaku dalam video tu, budak kecik tu sendiri yang malu then dia ambil option untuk pergi sekolah, belajar baik-baik.

Dan ofkos kesan tu kelihatan bukan sebab sekali je buat benda tolong orang ni, tapi diulang secara harian sehingga mampu memberi kesan.

Ada kenal juga seorang akh (pakcik) ni, kawan ayah. Bergerak dalam dakwah mualaf, kerja bimbing mualaf is a lot harder than cari orang nak masuk islam tau. Sebab time ni mualaf tu banyak sangat dugaan, dugaan family, kawan, rakan sekeliling, kena buang keluarga. Belum masuk lagi aspek orang mualaf yang memang miskin. So kerja pakcik ni bukan setakat memenuhi keperluan rohaniyah seorang mualaf (nak ajar basic islam, dsb) tapi juga terpaksa menyakitkan kepala sendiri dengan masalah si mualaf ni.

Sampai jadi macam wali pulak nak confront family si mualaf ni supaya bincang baik-baik. Huh, siyes susah.

Dan kerja-kerja macam ni, serius kita nampak macam mulia kan, wajar dihargai kan. Tapi in reality, teruk pakcik ni kena perli dengan family dan kawan-kawan dia tau. Sebab menyusahkan diri nak jaga mualaf. 

"Aku tengok dia ni asyik sibuk je dengan si cina tu. Kenapa la tak bagi je budak tu dekat pejabat agama, senang. Buat apa la susahkan diri."

"Dia tu sibuk tolong orang sana sini. Anak bini entah ke mana."

Sebenarnya orang lain banyak cakap je bukannya tahu situasi sebenar pun. Realitinya mereka suami isteri sama-sama saling menyokong buat kerja ni.

Itulah, kita mungkin rasa kita dah cukup khidmah bila sekarang, kita sama-sama buat kerja khidmah tu dalam surrounding yang juga mahu khidmah. Tapi kita tak tahu di mana kedudukan kita nanti once kita diletakkan dalam biah yang nafsi nafsi. Selfish. Yang semua orang fikir isi rumah dia je tak fikir pun jiran tetangga.

So,

Nak tutup dengan satu cerita..

.................................................


Suatu malam usai selesai urusan, kami bergerak pulang ke rumah bersama-sama, dan kelihatan kelibat seorang pakcik menjual bola bercahaya di bawah tangga metro. Lewat dah time tu, kalau saya sendiri memang kepala nak cari katil la time tu.

Tapi pakcik ni pulak, dalam keadaan orang dah tak ramai tu, dia menjaja..
"Ithniin ginih wa nuss, ithninn ginih wa nuss." sambil tangannya menunjuk pada bola cahaya yang dijualnya.

Saya pun mengomel,
"Haih pakcik ni, lewat malam dah, kite yang student ni pun dah ngantuk, nak tidur. Balik la, kesian la dekat anak isteri kat rumah tu."

Bagi sesiapa yang selalu duduk rumah (biasa time cuti summer) mesti selalu berada dalam kasut anak yang menunggu parents dia balik rumah kan. Haha.

Sebenarnya saya sendiri sangat tak suka tengok orang lelaki lepak luar rumah malam-malam (biasa nampak kat kedai mamak kalau kat sungai besar tu), kan kat rumah ada family, why tend to spend your time outside. Seharusnya setelah seharian keluar, malam balik la duduk dengan family, dinner sama-sama.

Then ayuni cakap,
"Akak beli la bola tu, dua genih nuss je.. Nanti boleh la dia balik."

Time ni memang sentap sangat lah kan.

Kita ni jadi orang yang banyak komen je, tapi apa action kita untuk bantu?
So sebenarnya, orang yang paling faham dengan tarbiyah adalah orang yang paling banyak berkhidmat untuk manusia lainnya, dalam apa keadaan pun dia berada.

Paling menyantuni manusia sekerja
Paling menyantuni jiran
Paling berani bergaul dengan orang yang kita selalu lari daripadanya (cth orang hisap dadah, remaja liar)
Paling keluar bermasyarakat.

Kerana orang yang paling ber-tarbiyah ialah orang yang paling faham
Paling ada common sense

Sebagaimana dengan orang yang paling zuhud tadi tu.

Ok. Sekian.
 

Sunday, March 27, 2016

Lebih majhul

Assalamualaikum

ayat dalam gambar ini tak merujuk pada diri sendiri, tapi merujuk kepada para unsung hero serata dunia yang lain


(إن أعز ما يملك الإخوان ، هو ذلك الجندي المجهول ، الذى يبذل أقصى ما فى جهده ، وينفق أكثر ما فى جيبه ، ويضحي بأغلى وقته . فإذا حضر لم يُعرف ، وإذا غاب لم يُفتقد ، يتعمد البعد عن الشهرة والأضواء ، قليل الكلام كثير العمل ، يؤمن أن له رباً يذكره فى ملأ  هو أفضل من الأرض ومن عليها ، رب يحب من العمل ما كان خالصاً) .
Berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna - rahimahullah:
"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".
Semasa retreat media yang lepas, mas'ul kami berkongsi ayat ini. Katanya, "Lapangan media adalah medan untuk melatih keikhlasan kerana kelibatan mereka yang kurang dikenali, kerja banyak tetapi tidak pernah diletakkan nama di atas hasil setiap kerja, dan sebagainya. Tetapi antara keberjayaan dakwah ini terhasil daripada tangan-tangan ini. Itulah jundi majhul." 
(ayat tambah tolak garam gula)
Kerja backstage. Benar. Orang tak tahu apa yang mereka sibukkan hari-hari. Pagi petang dan malam.
Tetapi,
Apart from that,
Ada kerja yang 'lebih majhul' daripada itu. Itulah dia sifat kerja seorang murabbi. Membina mutarabbinya siang dan malam tanpa lelah. Hasilnya mungkin mutarabbi itu sedia dilepaskan dalam pos-pos penting dalam masyarakat, menjadi orang-orang yang hebat yang dikenali ramai, yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Tak pernah ditanya orang, "siapa murabbi kamu?"
:)
Teruslah melangkah wahai murabbi sekalian, membina manusia!
P/s: termasuk dalam kategori ini juga: ibu dan ayah, guru. Pendidik.
........
Officially hari ini, kami menghala tujuan masing masing yang seterusnya. Langit seakan-akan memahami. Hujan turun menemani langkah-langkah pulang. Moga Allah balas usaha kita dengan peluang berjumpa-Nya di akhirat kelak. Walaupun hakikat amal ini ada compang campingnya..

Sekian.

Wednesday, March 23, 2016

Teamwork

Assalamualaikum

Dalam dunia ni, banyak benda yang kita impikan dan mahukan. Dan once kita dah memulakan langkah menujuinya, bermulalah cabaran untuk mengekalkan disiplin kita supaya sentiasa tiptop dalam landasan menuju kepada matlamat itu. Dan semuanya berjalan dengan lancar. Suka.

Tetapi bila amal itu memerlukan kepada teamwork/amal jamaie, selalu kita diuji dengan kelemahan manusia-manusia lain, ataupun, kelemahan kita sendiri yang tidak mampu untuk sync kan langkah kita dengan orang lain. Maka bermulalah suara-suara yang tidak enak, rasa-rasa yang tidak puas hati antara satu sama lain tetapi tidak dislaurkan di corong yang betul. Wanita. Sifatnya memang suka mengomen, tapi bukan dekat orang yang sepatutnya dikomen, sebaliknya komen kat kawan lain. Mungkin untuk mendapatkan sokongan kot. Maka jadilah amal teamwork itu tidak indah, meskipun matlamatnya jelas dan cantik.

Kenapa semua ini berlaku?

Berpegang kepada konsep 'Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan kita' kerana sifatnya yang 'yuwaswisu'=membisik secara on off dalam surah an-Nas, kita kena selalu ingat, bahawa, semakin baik matlamat kita/semakin rabbani matlamat kita, semakin besar ujian yang Allah akan beri untuk menguji kesungguhan dan keimanan kita, dan juga untuk menapis mana-mana ciri yang buruk daripada menghiasi jalan usaha yang murni ini. Kerana itu, lazim/sunatullah bagi sesuatu kebaikan, menghadapi ujian internal dan external. Syaitan yang disiapkan untuk operasi ini juga bukanlah calang-calang syaitan.

So, kadang-kadang, jadilah kita orang yang mampu melakukan kerja berseorangan dengan cemerlang, tetapi dalan kerja berpasukan, jadi terbalik. Incompatible, tidak berdisiplin, senang mengungkit, suka salahkan orang, dan sebagainya.

Kemudian, usaha sikit je dah tak sabar nak menuntut hasil.

"Manusia diciptakan bersifat tergesa-gesa. Kelak Aku akan perlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaanKu. Maka janganlah engkau minta Aku menyegerakannya." (21:37)


Oleh sebab itu, kawan-kawanku,

Jika anda melakukan kerja yang besar,

Ingatlah, ingatlah.. Sentiasa menyiapkan bekal yang lebih besar bersamanya. Kesabaranmu, kesungguhanmu, lapang dadamu, sikap tidak putus asamu harus besar.

"Dalam amal jamaie itu ada barakahnya."

Hubungan yang dekat dengan Tuhan adalah sumber ketahanan yang paling osem, dihiasi dengan biah/surrounding yang membina. 'Membina' tidak bermaksud yang anda akan sentiasa dipersetujui, tetapi sebaliknya sentiasa dikomen, dibincang dan dibaiki. Ditegur jika silap, disokong usahanya jika benar.

Kalau ada benda yang tidak puas hati (terhadap gerak kerja dan ahli team yang lain), itulah gunanya meeting.

Sentiasa improve diri dengan tips dan teknik yang banyak dikongsi di laman-laman sosial, kemahiran teknikal, disiplin, psikologi interaksi dengan manusia lain, dan sebagainya. Banyak buku boleh kita rujuk.

Banyakkan juga muhasabah dan berbincang dengan orang lain tentang cara kita bekerja.

Semoga Allah sentiasa tidak jemu melihat langkah-langkah kecil kita, step by step, dan sentiasa berada dalam perlindunganNya daripada perkara perkara dan rasa hati yang tidak baik.

Sekian.

Thursday, February 4, 2016

Perubahan


Manhaj Taghyir

Dulu kak rai pernah sebut pasal benda ni kat aku tapi aku tak ingat conversation apa yang boleh bawak kepada tajuk ini.

Kata dia,

"Manhaj yang kita bawak adalah manhaj perubahan. Kita dakwah seseorang itu bukan style beri sahaja, or touch and go, tapi kita nak ubah dia jadi someone yang lebih baik dan lebih dekat pada Islam. Sampai dia berubah, dia dan kita merasakan perubahan diri dia itu. Itulah dakwah kita."
Ayat reka sendiri tapi lebih kurang begitu lah bunyinya.

Dan tadi ustaz cakap,

Juga ayat reka sendiri bunyi macam lebih kurang je, maafkan garam gula tambahan,

"Islam itu sendiri sifatnya mengubah. Islam adalah dasar (reason) terpenting untuk berubah. Dan perubahan itu tidak akan dapat berjalan, melainkan individu itu sendiri yang nak bawa diri dia berubah kepada yang lebih baik."

Tambah lagi,

"Seorang individu (manusia) itu pula adalah elemen anasir terpenting untuk ubah masyarakat. Jadi, kalau nak ubah masyarakat, kita kena ubah diri kita dahulu."

.

"Jadi, kita lah kena check diri kita sendiri, daripada saat kita bangun hingga kita tidur semula. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semalam."


.

"Dan bagaimana akhirnya kita juga mengajak orang lain untuk mencapai perubahan yang kita mahukan."

.


Aku pun terfikir, dua benda.

Satu. Bagaimana pula kalau kita membawa usrah itu hanya semata usrah memberi, bukan usrah mengubah. Maka itu sudah lari daripada tujuan atau prinsip dakwah yang kita kejar. Memang, tidak dapat dinafikan pada murabbi dan mutarabbi itu ada kekurangan manusiawi yang terpaksa ditampung. Kekangan masa, bakat, idea dan sebagainya. Tetapi, kalaulah usrah yang dibawa itu tidak bersifat mengubah atau mengislahkan, maka, bukankah ada sesuatu yang silap di situ?

Dan apatah lagi lah kan kalau murabbinya pun tak perasan mutarabbinya tu ada perubahan ataupun tidak. Sama ada lebih baik, statik atau makin ke bawah. Eh. Usap dahi berkali-kali.

......

Kedua. Bagaimana pula kalau kita yang bersama dalam jalan DnT ini, tidak dapat merasakan apa-apa aura perubahan dalam diri ni semenjak dua menjak ini? Tak tahu lah siapa yang patut dipersalahkan, tetapi yang pasti, part kepada blame tu ada pada diri sendiri. Berapa banyak liqa, daurah, mukhayyam, musyawarah, nadwah dan mabit yang dihadiri. Tetapi amal masih di takuk itu. Tarbiyah maintenance orang kata. Yup, ok lah daripada menurun kan. Tapi betul ke puas hati hanya dengan itu?

Kadang-kadang aku rasa silap terbesar kenapa kita tidak berubah laju ialah kerana kita dengan Tuhan itu tak berapa nak rapat. Asyik main je, take for granted kewujudan akhawat2 qowiy kabeer yang ada di sini. Padahal bak kata ustaz, "Islam itu sendiri sifatnya mengubah." So, kalau kita embrace Islam baik-baik, pasti akan ada perubahan yang muncul pada diri kita.

Yang akhirnya perubahan berbentuk individual ini, mampu dialirkan tenaganya, membentuk sebuah revolusi perubahan kepada masyarakat dan seterusnya.

.......

Konsep ini, sebenarnya memang dah lama dilaungkan dalam perbincangan-perbincangan dakwi dan tarbawi kita sejak pertama kali menjejak ke alam DnT ini. Cuma aku tersedak kembali teringat perbualan aku dengan kak rai, tentang sifat tarbiyah ini yang mengubah. Dan itu yang membezakan dakwah kita dengan yang lainnya. Kalau bawak usrah, kita memang betul-betul aim yang kita nak jadikan mutarabbi kita seorang yang hebat, mengikut acuan al-quran dan sunnah, berkeperibadian sebagaimana para sahabat, menjadi individu yang hebat. Yang macam pohon keimanan tu. Kefahaman yang mengakar, keperibadian yang mantap dan mengagumkan, dan membuahkan akhlak dan kebaikan buat yang lain.

Untuk kita yang berenang dalam jalan DnT ini, harus sentiasa muhasabah diri. Adakah di sana mana-mana ruang untuk aku perbaiki diri dan jadi lebih baik daripada aku yang dahulunya? Bagaimana mutabaah amal aku, amal dakwi aku? Study? Akhlak peribadi? Banyak lagi sebenarnya benda yang kena diubah dan diperelokkan.

Kalau semua orang fikir macam ni,

Memang akan dapatlah matlamat ustaziatul alam tu.

Dan ternyata dakwah Islamiyah ini memang manhaj terbaik untuk memperbaiki dunia ini, kerana sifatnya yang mengubah sesuatu.

Sekian fikiran malam daurah.
Esok ada lagi, seronok juga stay di mesir je waktu cuti winter ni.
Banyak benda boleh selesaikan.

Sunday, November 29, 2015

Tebaran sayap motivasi

In the beginning, there's nothing
So empty 
In the space between 
Then you came in
Turn the lights on
And created
What is came to be

Before I
Pluck your wings
Cover me please
Spread your wings
Cover me
Please


Benarlah, half terbesar tarbiyah itu kita dapat dari mutarabbi mutarabbi kita. Terutama apabila kita sedang rancak bersembang tentang yang basis, iman dan amal, seringkali terlintas, layak kah aku menjadi orang yang berbicara tentang hal ini. 

Sudah pasti sahaja kita pernah mendengar bahawa kata-kata itu umpama makhluk. Ia akan terpantul balik pada diri pengucapnya. Kerana itu kita tidak mudah-mudah mengkafirkan manusia tanpa bukti yang jelas; kerana risau sebenarnya orang yang berkata itu mendapat tempias kekafiran itu (Muntalaq, Bab 2). Dan jelas sekali bahawa 'makhluk' ini akan menjadi pendakwa di akhirat kelak, "Kenapa kau membicarakan hal yang tidak kau lakukan?" (As-Saff:2)

Aku faham, masalahnya bukan pada pembicaraan, tetapi pada amal. Macam kita boleh anggap ayat tu maksud tersirat dia; "Manusia, kenapa kau tidak amalkan benda yang kau katakan?" 

Masalahnya, dalam dakwah, sakit hati tak rela hati macam mana pun, Islam itu patut disampaikan kerana kesedaran kita terhadap tanggungjawab syahadah kita. Dan kecintaan kita terhadap Sang Pencipta kita. Ya aku perlu. Cuma bila reflect pada amal ni yang bimbang sikit. Sebenarnya, tiada pilihan lain melainkan beramal dengan apa yang kita tahu dan katakan. Nak suruh tinggal dakwah? Lagilah macam tak patut kan.

Tetapi, seperti biasa, manusia tetap manusia, ada naik dan turunnya. Yang penting sejauh mana kita berusaha untuk memantainkan mutabaah kita, perjuangan kita untuk kekal menjadi manusia rabbaniah, god centric. Kheir centric. Kalau benda ni rebah, rasa putus asa tu menerpa tanpa perasaan nak naik balik, maybe itu adalah hati kita yang perlu kita bincangkan halnya.

Aku bukanlah baik, tapi aku nak jadi baik. Maka dalam perjuangan ini, doakan aku supaya menjadi sahibul qalb yang aman, bersih, mulia, tiada noda, tak pemalas, tak sakitkan hati orang, sentiasa rasa full-spirited buat amal kebaikan, dalam ibadah am atau ibadah khusus. Semoga perasaan 'mahu' ini tidak hilang.

Dan, sumber tazkirah terbesar aku adalah mutarabbi aku sendiri selepas murabbi dan tarbiyah zatiyah peribadi. Thanks anak-anak. Tanpa kalian siapalah kakakmu ini.

Cover me please if im falling. Spread your wings, cover me.

Friday, November 6, 2015

Enchanted. Sort of

Assalamualaikum



Menjadi impian aku sejak start masuk medical school untuk pursue specialist or any deeper level in pediatrics. Sebab apa? Takde special reasons, just sebab semorang duk kecoh share dia teringin nak jadi apa lepas habis med school dan kerja nanti, so menjadi pakar kanak-kanak adalah antara benda pertama yang terlintas di benak fikiran. Mungkin sebab aku suka nak care pasal budak, tapi takdelah penyayang ala-ala mommy sangat pun. Kawan-kawan ramai yang nak jadi pakar OnG muslimah, antara benda yang sangat penting dan diperlukan dalam lapangan medikal di Malaysia; namun aku tak tahu kenapa hati aku tak pernah terdetik untuk ke arah sana. Btw, semua orang pun ada peranan masing-masing so let us just do the best in whatever we're doing.

Plus, kita tak pernah akan tahu apa yang patut kita jadi selagi mana kita tidak ada pengetahuan, dan pengalaman dalam bidang tersebut, so sila stay tuned with me nanti lepas habis round pediatrics ni adakah masih saya mahu meneruskan impian saya ataupun tidak. Anyway, menjadi seorang doktor adalah impian tunjang saya, selagi mana kita boleh berbakti dan memberi khidmat based on kepakaran kita, itulah kepuasan yang paling best.

Jadi, tajuk post ini adalah berkisar tentang seorang master student yang baru aku temui pagi tadi di hospital kanak-kanak Abou Risy. Cerita bermula apabila kami budak melayu yang terkebil-kebil nak bertanya perihal kelas pada s/u yang menguruskan segala hal berkenaan dengan round pediatrics ni. Adeh, dah 5 tahun pun masih tak fasih. Lalu aku pun terus la refer pada seorang doktor egyptian ni tentang ke mana harus kami refer untuk hal berkaitan round ni. Sebab orang yang duduk di meja secretary tu lelaki, so kami cam sort of tak convinced lah, betul ke dia ni secretary. Biasanya secretary kan perempuan.

Lepas tu nampak kitorang ni duk terkebil-kebil, bangunlah seorang doktor lain ni tanya apa yang kitorang mahu dan tolong translate kan pada secretary. Dan futher sembang dengan dia, apa yang dia buat kat sini, rupa-rupanya dia master student dari sudan. Belajar kat egypt sebab dia kata dental pediatrics kat sini sangat strong, lagi pun dekat dengan negara dia, boleh back and forth lebih mudah, just 2 jam je daripada sini. Memang dengar cerita pun pediatrics kat kasr el-ainy ada doktor-doktor power yang bertaraf dunia. Yang jenis jarang ada orang pakar part tu kat negara lain, tapi ada di mesir ni. Jangan main-main.

So kitorang pun sama-sama lah tunggu kehadiran head of department (hod) nak tanya beberapa hal pasal kelas kami, dan sementara menunggu itulah dapat sembang-sembang siket dengan dia. Dia nak jumpa hod untuk sahkan proposal research study dia. What make me enchanted is, dia selalu sangat senyum, nampak budak dia pergi acah-acah siket, walaupun dah lama tunggu, tapi takde pun nak rushing or fight fight nak masuk dulu dalam bilik hod macam arab lain. Siap jemput kitorang masuk dulu. Padahal sebelum tu aku baru bercadang nak rempuh masuh gak (konon boleh menang) sebab memang perangai arab kat sini macam tu. Who's louder and faster, wins. Takdenye nak main common sense nih, tak dapat.

Tapi tu lah, ke mana ihsan kita? Hmmm. Kalau kita buat macam mana yang diorang buat, then sama jelah taraf kita dan mereka kan. Tak payah nak menyampah-menyampah kalau kita pun sama-sama buat.

Itu sahaja, melihat kakak tu buat aku rasa memang doktor pediatrics manis-manis eh muka diorang? Mungkin sebab asyik jumpa anak-anak syurga. Suci bersih.

Dan

Selalu enchanted tengok orang-orang yang istiqamah ni
Sebab bukan mudah nak maintain buat amal tu, maintain perangai murni tu sampai ke akhirnya

 فوالله لا يمل الله حتى تملوا‏"‏ وكان أحب الدين إليه ما داوم صاحبه عليه‏. 
"Demi Allah, Allah itu tidak bosan --memberi pahala -- sehingga engkau semua bosan -- melaksanakan amalan itu. Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu - yakni tidak perlu banyak-banyak, asalkan langsung terus." (HR Bukhari Muslim, Kitab Riyad As-Solihin, Hadis 142)


Doakan kitorang nak start round baru ni. Semoga mudah semua perkara, ameen.



Sunday, November 1, 2015

Satu golongan yang memang akan ada

Assalamualaikum

Dalam hidup ini, kita sangat suka jika kita dijadikan tumpuan dan rujukan. Kita suka bila orang suka pada kita dan sanjungi kita. Kita gemar dikasihi dan disayangi. Kita rasa sempit jika tidak diendahkan dan keseorangan.

Itu memang fitrah seorang manusia. Se-introvert mana pun dia. Pasti ada teman disampingnya. Sebagaimana adam yang telah ada segalanya di dalam syurga yang penuh kenikmatan itu, masih membutuhkan hawa yang mempunyai features yang sama dengannya untuk dijadikan teman.

Lalu bagaimana pula demikiannya tatkala membaca ayat ini:


Ada golongan yang Allah dah claim sejak awal lagi, Dia tak akan endahkan golongan ini. Tak akan sapa, tak akan tegur, dsb. Tak tahu la apa perasaan manusia yang berfitrahkan tidak suka penolakan; pada masa itu. --Iaitu pada saat dia bertemu Tuhan yang telah menciptakannya dengan sebaik-baik penciptaan, namun Dia enggan menyapanya.

Mesti hati rasa sangat renyuk kan. Dapat bayangkan tak? Huhu. Dah la masa kat akhirat tu everything is scary.

Menjual janji Allah
Menjual sumpah mereka

Dengan harga yang murah

--jangan tak tahu, kita pernah 'bersaksi' di hadapan Allah semasa di alam ruh dulu. بلى شهدنا

Tu je, saja nak share tadabbur hari ni.

Saturday, October 24, 2015

Menjadi rijal am

Assalamualaikum


Hari ni kami semua mendapat satu tugasan --untuk mempraktikkan input tentang menjadi rijal am (pemuda inklusif) dalam daily life. Maka kami semua bergerak ke sekitar kawasan madinat nasr untuk interview orang mengenai 5 rukun islam. 3 orang melayu, dan 2 orang arab. Tempoh masa yang diberi adalah 3 jam.

Maka bertebaran lah semua orang ke sekitar kawasan yang ditargetkan secara peribadi. Aku, kak aflah dan kak izzah masing masing mundar mandir bertiga mencari orang dan ruang mana yang terbaik untuk bertanya tentang 5 soalan yang telah disediakan sebentar lagi. Cuak? Ini bukan pertama kali aku buat tugasan ala-ala street dakwah, tapi debaran dan ketakutan itu masih ada. Malu, risau, gelabah dan sebagainya. Tapi hati masih kata mahu. Kerana, aku pernah rasa feelingnya bila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Heaven.

So dalam 3 jam itu kami pun bergerak mencari orang. Ramai juga mad3u yang kami temui, alhamdulillah, yang dimananya setiap satu memberi pengajaran yang sangat berharga untuk hari ini dan masa akan datang. Kami beroleh 13 orang responden melayu dan 10 orang arab; daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Selepas 3 jam, kami semua pulang kembali ke hijrah dan masing masing mula berkongsi tentang perasaan dan pengalaman peribadi tentang aktiviti yang dilakukan sebentar tadi. MashaAllah, akhawat sangatlah osem. Tapi yang paling aku terkesan ialah:

1. Saat kak koca tanya pasal apa yang awak belajar tentang diri awak usai aktiviti selesai. Bukan tentang orang yang kita beri. Macam terkesima siket dengan soalan itu.

2. Jadi jawapan aku ialah; "Ini bukan first time saya buat street dakwah, tapi saya still lagi jadi orang yang tolak tolak orang ke depan. Saya ni penakut rupanya. Tak paham dengan diri sendiri."

3. Ada antara orang yang kita approach tu adalah antara orang yang kita pernah jumpa sebelum ini. Bila dah kenal macam tu on surface, lebih senang kita nak ngam dengan dia, apatah lagi utk berkongsi benda-benda tarbiyah. Maka jangan pernah pandang enteng nilai sebuah salam, senyuman dan sapaan.

4. Bila ada responden yang tak tahu asyura tu apa bila kami tanya. Aku tak boleh nak salahkan diorang, aku pun dulu once begitu juga, sebelum aku bersama tarbiyah. Buat ibadah ikut-ikutan.

Rajul ammah --menurut apa yang kami bincangkan pada sesi sebelumnya, merupakan pemuda yang sentiasa bersedia untuk orang ramai. Kealimannya tidak meletakkan dia di bilik-bilik atau masjid-masjid semata-mata, tetapi dia sentiasa kelihatan bergaul dengan masyarakat, dan meninggalkan mereka dengan kesan-kesan yang positif. Rajul ammah ialah seorang yang mesra, prihatin, dipercayai oleh orang sekeliling dan peka terhadap perkara yang berlaku dalam masyarakatnya dari segenap segi sama ada ekonomi, politik dan sosial.

Maka kerana itu, dakwah sangat memerlukan rajul ammah ini kerana dengannya, islam boleh tersebar dengan lebih luas dan lebih mesra, bersama qudwah yang baik.