Showing posts with label daurah. Show all posts
Showing posts with label daurah. Show all posts

Saturday, April 9, 2016

Real superman

Assalamualaikum

“Ahli zuhud yang baru di dalam zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli  zuhud yang sempurna zuhudnya tidak menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada mereka, bahkan mencari-cari mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T. Sesiapa yang mengenali Allah tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada sesiapa pun kecuali hanya pada Allah semata-mata. Ahli zuhud yang baru lari dari orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli zuhud yang telah tamat pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak mencari mereka padahal setiap penawar mereka ada padanya? 

Justeru, sebahagian dari mereka telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di hadapan orang fasik kecuali orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah sempurna mengenali Allah S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya sehingga dapat mengalahkan iblis dan tenteranya. 

Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.  
Wahai orang yang mengasingkan diri kononnya kerana  zuhud yang jahil!
Maralah dan dengarlah kataku :
 

“Wahai orang zuhud di muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat
pertapaan kamu dan marilah dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu
itu tanpa dalil. Kamu tidak melakukan apa-apa kebaikan. Majulah kamu."

Daripada Muntalaq, Bab 5: Ahli Ibadat Yang Bermain-main.

Di sini kami menyimpulkan, orang yang paling zuhud adalah orang yang paling dekat dengan masyarakat. Kerana apa? Kerana ahli zuhud adalah orang yang paling rapat dengan Tuhannya. Dan biasanya orang melahirakan diri daripada kawasan yang jahil kerana risau dirinya terpengaruh dengan kejahilan tersebut. Tapi bagi ahli zuhud yang telah mencapat tahap tertinggi dalam hubungannya dengan Tuhannya, itu bukan masalah bagi dirinya.

Bahkan, ahli ahli zuhud ini lah orang yang paling mengejar orang-orang yang memerlukan rawatan, turun ke padang mencari dan menyembuhkan manusia, ruhaniyah aqaliah dan jismiyah. Sebab dia adalah orang yang paling faham.

.......................................

Buka cerita lain sekejap.

Praktikaliti. Khidmah.

Setelah lamanya kita bergelumang dalam masyarakat dan membincangkan perkara-perkara yang membolehkan kita menjadi manusia yang baik, dan tidak hanya menjadi lebihan kepada dunia; kini adalah masa yang paling tepat untuk mempersoalkan di mana output maksimum fardi kita yang berbentuk konsisten dan habitual.
.
Kenapa fardi? Kenapa habitual?

Sebab kita memang dah diajar dan diseru untuk membuktikan kefahaman kita (untuk menjadi insan berguna) sejak dahulu lagi, even sejak sekolah rendah lagi, untuk saling membantu orang lain tanpa membutuhkan pulangan.

Dan lagi best semasa dalam usia pendidikan tinggi, kita diajar pula untuk hidup bermasyarakat, bermula daripada kawan serumah, kawan sebatch, komuniti, organisasi. Yang dimana, kita dilatih berkhidmah; dalam keadaan dipantau. Ada pantauan. Ada biah. Sebab duduk di oversea, tiada family dan sebagainya, so rasa concern kepada sahabat tu memang ada secara automatik.

Tapi, yang kurangnya ialah;

Penerapan nilai khidmah yang betul2 melekat dalam diri dan hati itu masih tiada.
(dalam diri saya sendiri lah, tak tahu yang lain macam mana)

Maksudnya, perasaan khidmah yang bukan kerana tanggungjawab mahupun biah mahupun seruan/kempen. Benda tu sangat kurang pada diri saya,

Bagaimana saya betul-betul menginfakkan diri untuk kegunaan dunia, tak kisahlah dia kawan batch ke, ikhwah akhawat ke, orang melayu ke, orang arab ke, pokok ke, kucing ke, jalan raya ke, dll. Infaq yang tidak mahukan pulangan. Itulah khidmah kan. To help someone without intention of getting something in return.

Fardi sebab, nak perasaan itu ada dalam keadaan kita berseorangan, bukan hanya bila bersama komuniti.

Habitual sebab, nak benda tu jadi macam habit, bukan masih benda yang kena dimasukkan dalam mutabaah amal ke, atau kena ada orang pantau ke. Habit. Bila benda dah jadi habit ni, kita akan automatik laksanakan tanpa perlu berfikir. More to refleks.

Masalahnya,

Orang yang selalu buat khidmah yang macam ni (sorang-sorang, takde gegak gempita kempen, takde poster, takde orang tengok) biasanya orang sekeliling akan nampak yang dia ni sangat menyusahkan dirinya. Membebankan dirinya dalam keadaan itu bukan urusan dia pun nak sibuk-sibuk.

Macam ada dalam video femes iklan thailand tu. Seorang lelaki suka bagi air kat pokok bunga, suka bagi duit dia kat orang yang minta sedekah (bagi banyak pulak tu), suka tolong angkat troli peniaga, bagi makan anjing. Orang lain yang tengok geleng-geleng kepala je.


this one

Dan betul pun, kekadang benda ni memang meyusahkan diri pun. Sangat sangat sangat sangat. Dah la kadang-kadang sakit sendiri, belum masuk point orang ambil kesempatan lagi, atau kena kutuk dengan orang lain yang selalu bercakap-cakap. Tapi, efek dia kalau kita ikhlas, mashaAllah lah. Mungkin boleh jadi macam apa yang berlaku dalam video tu, budak kecik tu sendiri yang malu then dia ambil option untuk pergi sekolah, belajar baik-baik.

Dan ofkos kesan tu kelihatan bukan sebab sekali je buat benda tolong orang ni, tapi diulang secara harian sehingga mampu memberi kesan.

Ada kenal juga seorang akh (pakcik) ni, kawan ayah. Bergerak dalam dakwah mualaf, kerja bimbing mualaf is a lot harder than cari orang nak masuk islam tau. Sebab time ni mualaf tu banyak sangat dugaan, dugaan family, kawan, rakan sekeliling, kena buang keluarga. Belum masuk lagi aspek orang mualaf yang memang miskin. So kerja pakcik ni bukan setakat memenuhi keperluan rohaniyah seorang mualaf (nak ajar basic islam, dsb) tapi juga terpaksa menyakitkan kepala sendiri dengan masalah si mualaf ni.

Sampai jadi macam wali pulak nak confront family si mualaf ni supaya bincang baik-baik. Huh, siyes susah.

Dan kerja-kerja macam ni, serius kita nampak macam mulia kan, wajar dihargai kan. Tapi in reality, teruk pakcik ni kena perli dengan family dan kawan-kawan dia tau. Sebab menyusahkan diri nak jaga mualaf. 

"Aku tengok dia ni asyik sibuk je dengan si cina tu. Kenapa la tak bagi je budak tu dekat pejabat agama, senang. Buat apa la susahkan diri."

"Dia tu sibuk tolong orang sana sini. Anak bini entah ke mana."

Sebenarnya orang lain banyak cakap je bukannya tahu situasi sebenar pun. Realitinya mereka suami isteri sama-sama saling menyokong buat kerja ni.

Itulah, kita mungkin rasa kita dah cukup khidmah bila sekarang, kita sama-sama buat kerja khidmah tu dalam surrounding yang juga mahu khidmah. Tapi kita tak tahu di mana kedudukan kita nanti once kita diletakkan dalam biah yang nafsi nafsi. Selfish. Yang semua orang fikir isi rumah dia je tak fikir pun jiran tetangga.

So,

Nak tutup dengan satu cerita..

.................................................


Suatu malam usai selesai urusan, kami bergerak pulang ke rumah bersama-sama, dan kelihatan kelibat seorang pakcik menjual bola bercahaya di bawah tangga metro. Lewat dah time tu, kalau saya sendiri memang kepala nak cari katil la time tu.

Tapi pakcik ni pulak, dalam keadaan orang dah tak ramai tu, dia menjaja..
"Ithniin ginih wa nuss, ithninn ginih wa nuss." sambil tangannya menunjuk pada bola cahaya yang dijualnya.

Saya pun mengomel,
"Haih pakcik ni, lewat malam dah, kite yang student ni pun dah ngantuk, nak tidur. Balik la, kesian la dekat anak isteri kat rumah tu."

Bagi sesiapa yang selalu duduk rumah (biasa time cuti summer) mesti selalu berada dalam kasut anak yang menunggu parents dia balik rumah kan. Haha.

Sebenarnya saya sendiri sangat tak suka tengok orang lelaki lepak luar rumah malam-malam (biasa nampak kat kedai mamak kalau kat sungai besar tu), kan kat rumah ada family, why tend to spend your time outside. Seharusnya setelah seharian keluar, malam balik la duduk dengan family, dinner sama-sama.

Then ayuni cakap,
"Akak beli la bola tu, dua genih nuss je.. Nanti boleh la dia balik."

Time ni memang sentap sangat lah kan.

Kita ni jadi orang yang banyak komen je, tapi apa action kita untuk bantu?
So sebenarnya, orang yang paling faham dengan tarbiyah adalah orang yang paling banyak berkhidmat untuk manusia lainnya, dalam apa keadaan pun dia berada.

Paling menyantuni manusia sekerja
Paling menyantuni jiran
Paling berani bergaul dengan orang yang kita selalu lari daripadanya (cth orang hisap dadah, remaja liar)
Paling keluar bermasyarakat.

Kerana orang yang paling ber-tarbiyah ialah orang yang paling faham
Paling ada common sense

Sebagaimana dengan orang yang paling zuhud tadi tu.

Ok. Sekian.
 

Thursday, February 4, 2016

Perubahan


Manhaj Taghyir

Dulu kak rai pernah sebut pasal benda ni kat aku tapi aku tak ingat conversation apa yang boleh bawak kepada tajuk ini.

Kata dia,

"Manhaj yang kita bawak adalah manhaj perubahan. Kita dakwah seseorang itu bukan style beri sahaja, or touch and go, tapi kita nak ubah dia jadi someone yang lebih baik dan lebih dekat pada Islam. Sampai dia berubah, dia dan kita merasakan perubahan diri dia itu. Itulah dakwah kita."
Ayat reka sendiri tapi lebih kurang begitu lah bunyinya.

Dan tadi ustaz cakap,

Juga ayat reka sendiri bunyi macam lebih kurang je, maafkan garam gula tambahan,

"Islam itu sendiri sifatnya mengubah. Islam adalah dasar (reason) terpenting untuk berubah. Dan perubahan itu tidak akan dapat berjalan, melainkan individu itu sendiri yang nak bawa diri dia berubah kepada yang lebih baik."

Tambah lagi,

"Seorang individu (manusia) itu pula adalah elemen anasir terpenting untuk ubah masyarakat. Jadi, kalau nak ubah masyarakat, kita kena ubah diri kita dahulu."

.

"Jadi, kita lah kena check diri kita sendiri, daripada saat kita bangun hingga kita tidur semula. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semalam."


.

"Dan bagaimana akhirnya kita juga mengajak orang lain untuk mencapai perubahan yang kita mahukan."

.


Aku pun terfikir, dua benda.

Satu. Bagaimana pula kalau kita membawa usrah itu hanya semata usrah memberi, bukan usrah mengubah. Maka itu sudah lari daripada tujuan atau prinsip dakwah yang kita kejar. Memang, tidak dapat dinafikan pada murabbi dan mutarabbi itu ada kekurangan manusiawi yang terpaksa ditampung. Kekangan masa, bakat, idea dan sebagainya. Tetapi, kalaulah usrah yang dibawa itu tidak bersifat mengubah atau mengislahkan, maka, bukankah ada sesuatu yang silap di situ?

Dan apatah lagi lah kan kalau murabbinya pun tak perasan mutarabbinya tu ada perubahan ataupun tidak. Sama ada lebih baik, statik atau makin ke bawah. Eh. Usap dahi berkali-kali.

......

Kedua. Bagaimana pula kalau kita yang bersama dalam jalan DnT ini, tidak dapat merasakan apa-apa aura perubahan dalam diri ni semenjak dua menjak ini? Tak tahu lah siapa yang patut dipersalahkan, tetapi yang pasti, part kepada blame tu ada pada diri sendiri. Berapa banyak liqa, daurah, mukhayyam, musyawarah, nadwah dan mabit yang dihadiri. Tetapi amal masih di takuk itu. Tarbiyah maintenance orang kata. Yup, ok lah daripada menurun kan. Tapi betul ke puas hati hanya dengan itu?

Kadang-kadang aku rasa silap terbesar kenapa kita tidak berubah laju ialah kerana kita dengan Tuhan itu tak berapa nak rapat. Asyik main je, take for granted kewujudan akhawat2 qowiy kabeer yang ada di sini. Padahal bak kata ustaz, "Islam itu sendiri sifatnya mengubah." So, kalau kita embrace Islam baik-baik, pasti akan ada perubahan yang muncul pada diri kita.

Yang akhirnya perubahan berbentuk individual ini, mampu dialirkan tenaganya, membentuk sebuah revolusi perubahan kepada masyarakat dan seterusnya.

.......

Konsep ini, sebenarnya memang dah lama dilaungkan dalam perbincangan-perbincangan dakwi dan tarbawi kita sejak pertama kali menjejak ke alam DnT ini. Cuma aku tersedak kembali teringat perbualan aku dengan kak rai, tentang sifat tarbiyah ini yang mengubah. Dan itu yang membezakan dakwah kita dengan yang lainnya. Kalau bawak usrah, kita memang betul-betul aim yang kita nak jadikan mutarabbi kita seorang yang hebat, mengikut acuan al-quran dan sunnah, berkeperibadian sebagaimana para sahabat, menjadi individu yang hebat. Yang macam pohon keimanan tu. Kefahaman yang mengakar, keperibadian yang mantap dan mengagumkan, dan membuahkan akhlak dan kebaikan buat yang lain.

Untuk kita yang berenang dalam jalan DnT ini, harus sentiasa muhasabah diri. Adakah di sana mana-mana ruang untuk aku perbaiki diri dan jadi lebih baik daripada aku yang dahulunya? Bagaimana mutabaah amal aku, amal dakwi aku? Study? Akhlak peribadi? Banyak lagi sebenarnya benda yang kena diubah dan diperelokkan.

Kalau semua orang fikir macam ni,

Memang akan dapatlah matlamat ustaziatul alam tu.

Dan ternyata dakwah Islamiyah ini memang manhaj terbaik untuk memperbaiki dunia ini, kerana sifatnya yang mengubah sesuatu.

Sekian fikiran malam daurah.
Esok ada lagi, seronok juga stay di mesir je waktu cuti winter ni.
Banyak benda boleh selesaikan.