Friday, April 13, 2012

ciskek


keh keh. makanan lagi.


"Nabilah, aku nak ajak kau pergi jalan-jalan ni. Nak ikut?"

"Pergi mana?"

"Alex."

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 



Angin bertiup kencang hari ni. Entah kenapa, aku rasa macam nak pakai sweater pulak sebab suhu agak sejuk secara tetiba hari ni. Seawal pukul 7.30 pagi aku menjejak ke kuliah perubatan kasr el-ainy, sebab hari ni kami ada kelas tambahan untuk praktikal anatomi. Maklumlah, dengan musim peperiksaan bakal tiba, ditambah pula dengan silibus lower limb yang belum habis sepenuhnya lagi menyebabkan masa belajar kami 5 kali seminggu ditambah menjadi 6 hari. 

Tiada cuti pada hari khamis. Tsk.


Hari ini una dengan sc-nya sama-sama pergi menjejak bumi Iskandariah. Tinggal lah aku dengan fairuz, berdua menyambung stadi-gembira kami. Semalam una ada call, tanya, adakah aku nak ikut dia pergi Alex? Entah kenapa, rasa hendak duduk rumah mencengkam diri. It's so not like me! (ayat ntahpape). 

Sedih una menutup perbualan kami. Tsk. I wish I could join. 

Sekarang baru nak mula cuti easter, maka banyak aktiviti mula diadakan; termasuklah satu trip ke Dumyat. Satu tempat nun dihujung persisiran pantai mesir, tempat bertemunya sungai nil dengan laut merah. Dan ia juga dikatakan sebagai tempat berlakunya peristiwa antara Nabi Musa dan Nabi Khidir. Menarik, bukan?

Tapi aku dah pernah pergi masa WING hari tu. Tsk lagi.


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 



dalam kelas anatomi.


Pasal exam pulak. Huh, lagi 2 minggu je nak start exam praktikal fisiologi. Cuak, cuak, cuaaaakkk. Dah lah ada sesi oral masa exam nanti. Mane tak kalut. Takut tergagap-gagap masa nak jawab exam nanti. 

Untuk sesiapa yang nak tahu, exam kitorang stail macam SPM. Segala apa yang kitorang belajar masa sem1 dan sem2 akan keluar masa final ni. Ada 3 paper untuk satu subjek. Pelajar akan diuji secara praktikal, oral dan writting. Markah yang dibawa oleh exam final ni sangat besar, merangkumi 80% daripada total marks, kalau tak silap. Dan kerana itulah, i'm dead now. Waaaaaa. Nak baca dan ingat sume bende dalam buku tu. 


Nabila, study sungguh-sungguh. Kau tak nak repeat paper, kan?

Mestilah.

demi Malaysia, aku rela!

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

NB: Maaf, tajuk tak kene dengan kandungan post. Hehe. btw, cuma nak mai khabaq, ak berjaya buat lapan ciskek dalam bulan ni. Gojes tak? Hahha.

NB(II): Kitorang dah nak habis pengajian tahun pertama di mesir ni, jadi ape lagi, amek gamba laaaaa~ 

NB(III): It's spring now! *Moe-moe-moe-moe*

tu fairuz, una dan aku. Hehehe,






Tuesday, April 3, 2012

sibuk!




Kita manusia lazim sibuk. Kerana kita tidak punya masa. Seolah-olah 24 jam 7 hari seminggu tidak cukup diperuntukkan kepada kita. Memang benar, kerja itu lebih banyak daripada masa yang ada, bak kata Hassan al-Banna.

Entah kenapa, aku selalu terfikir tentang definisi 'sibuk' yang sebenarnya. Adakah 'sibuk' bermaksud tiada masa untuk kita tidur? Ataupun 'sibuk' adalah bila kita takde peluang untuk men-enjoykan diri kita sendiri? Ke seseorang itu digelar 'sibuk' apabila timbunan kerja berlambak-lambak dipikulkan terpikul atas bahu?


Huh, bizi sungguh sampai takde masa nak bukak FB. Camtu ke?


Apa erti 'sibuk' yang sebenarnya? nak tahu...




= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =


Semalam, kami ada meeting pertama untuk mengenalkan ahli baru kepada skop tugas dan etika bekerja dalam nihayah ni. Kerja apa? Hoho. Tak payah tahu ler.. Masuk yang ni, kiranya aku dah pegang dua title dalam BPP, satu sebagai pelukis dan juga pereka grafik. Motif kenapa aku pegang sampai dua benda? Entahlah. Saje kot, nak cari pengalaman. *Terasa gipang pulak* . Al-maklumlah, kalau bukan sekarang, bila lagi aku nak timba ilmu dalam bidang seni-seni ni. Ecehh. Nak tunggu yong ajar, hmmm, entah bila. Jadi, saja-saja try masuk, mana tau dapat something yang berguna untuk diri sendiri dan orang lain.

Lepas pergi meeting tu, balik rumah agak lambat jugak la. Dalam pukul 11.00, terima kasih kepada musyrif yang membantu; dapat sampai ke rumah dengan selamatnya. Kemudian letak beg dekat kerusi, dan duduk ketermenungan.

"Dah la balik lambat, tak study lagi. Camne ni eh?". Teringat pulak dulu ada housemate cakap: "Rumah ni macam hotel dah untuk nabilah tu.." *sebab asyik takde kat rumah kot..heheh*

Dan, mulalah otak ligat berfikir.

Dahulu, semasa di sekolah, tak pernah ada satu waktu khusus untuk aku belajar, sekalipun pada waktu prep. Instead of duduk di meja, aku prefer untuk meronda-ronda dari satu bilik prep (BP) ke BP yang lain, dengan alasan taknak terkandas waktu belajar. *Lazimnya terkandas jugak, --->tidur nyenyak pulak tu = =" *  Dan akhirnya terpaksa berjaga malam demi menyiapkan homework BA dan mengelakkan nahas yang bakal ditimpa kalau tak siap.

Kelakar sungguh. Sampai pernah sekali kena tangkap dengan ustaz rahim sebab belajar 'rajin' sangat. Heheh.


Orang yang melihat, selalu kata aku ni bizi dengan macam-macam benda. Ke sana, ke mari, tak duduk diam. Kejap ada kat situ, kejap ada dekat sini. Bunyi macam hantu la pulak dah. Haha. Tapi kan, untuk aku sendiri, rasa macam pelik bila orang cakap macam tu. Sibuk? Ngee.. macam tak kena je phrase tu. Apa erti sibuk yang sebenarnya sampai aku boleh dapat title 'orang busy?'

Apa sebenarnya erti sibuk?

Kalau nak diikutkan, rasanya ramai manusia sekarang menganggap sibuk bermaksud tiada masa untuk tidur petang. Ataupun, sibuk bermaksud tiada peluang untuk pergi menjelajah ke shopping mall setiap hujung minggu. Sibuk, maksudnya tak ada waktu untuk duduk di rumah, bersantai sambil melakukan hobi yang terchenta. Term 'SIBUK' seakan-akan disama-ertikan tiada masa untuk membuang masa. Faham ke?

Sedarlah, kerja kita banyak. Tugas kita berat. Masa tidak cukup untuk melakukan semuanya. Selagi ada peluang, belajar. Selagi ada masa, cuba buat. Persiapkan diri untuk menghadapi erti kesibukkan yang sebenarnya. Compared to the-so-called-bizi, aku rasa, aku sebenarnya lebih banyak kepada mengisi masa lapang aku dengan berjalan dan jumpa kawan-kawan. Aku tak bizi. Langsung! Malah, lebih kepada menikmati masa tersebut. Maka, tak layak lah jika aku diberi gelaran 'orang yang sibuk' dalam keadaan aku tak buat apa-apa pun yang crucial untuk kebaikan orang lain.

Sedih tau, bila orang cakap macam tu. Rasa tak layak. Sungguh!


Yup, kadang-kadang ada jugak terasa yang aku ni orang yang bizi, *koff koff. konon* tapi, bila melihat orang lain punya busy, macam akak-akak; yang masa mereka digunakan kepada sesuatu yang even better, merancang untuk kebaikan ummat, berfikir tentang macam mana diorang nak 'back for good' dalam keadaan diorang sendiri dah masuk tahap clinical years, sedangkan aku ni, baru tahun pertama; sungguh inferior tahap bizi aku dengan diorang. Macam langit dengan bumi.

Adakah hanya dengan mengorbankan waktu tidur petang, aku layak dianggap bizi? Heh.


Cuma, dengan kondisi yang aku rasa tiada masa inilah, aku lebih menghargai masa yang ada. Rasa macam hape je bila buat movie marathon (dulu-dulu laaaa :p) bila fikir banyak lagi buku tsaqafah islamiyah yang aku tak sentuh, banyak lagi words arab yang aku tak hafal, banyak lagi muscle yang aku tak hafal kat mana origin dan insertionnya, banyak lagi kawan-kawan yang aku lupakan hak mereka untuk disapa, banyak lagi, lagi dan lagi untuk dilakukan.


Senang kata, i'm kinda becoming to like more the term so-called-bizi. Kalau itu lebih better.


Sunday, April 1, 2012

jatuh, bangun. bangkit

Untuk si dia yang telah lama dikagumi kerana kekentalannya merawat jiwa pemuda pemudi Islam.




.....................................................................


Aku ingat lagi pesan abah sebelum datang ke sini, " Jadilah muslim yang doktor. " Diulangnya berkali-kali perkataan itu. Katanya lagi, " Doktor ni merupakan satu medan paling mudah nak menyebarkan dakwah Islam, sebab pesakit yang datang kepada doktor, tak macam ustaz, kena cari mad'u dengan bersusah payah".

Maka, seperti kayu yang disimbah minyak, makin membara api semangat dalam hati ni. Berkobar-kobar menjejak ke mesir dengan niat nak mengislah diri ke arah yang lebih baik. Demi ummah.

Tapi.

Tapi..

Tapi...

Selepas beberapa ketika. Selepas menyedari betapa banyak beban ditanggung oleh seorang yang bergelar muslim, lebih-lebih lagi dalam konteks seorang doktor yang belajar ilmu agama, menggeletar lutut dibuatnya. Rasa, rasa macam tak tertanggung dek badan, tak terfikir dek akal, tak tergerak dek anggota nak melaksanakannya. Banyak. banyak sangat masalah mengenai ummat di luar sana yang sangat sangatlah memerlukan kita untuk memperbaikinya semula.

Lepas tu, aku pun berfikir, siapalah aku? Nak bercakap, suaraku tak lantang, susunan ayat aku pun tak lah macam orang-orang lain yang jauh lagi hebat. Nak bertindak, alah, aku pun bukan lah baik sangat. Sifat kepimpinan pun sangat lah lemah. Selalu buat kerja tak segempak orang lain. Boleh ke aku buat? Lagi-lagi dengan tugas menjadi seorang doktor yang aku tahu, komitmen yang diperlukan adalah lebih, mungkin 2 kali ganda daripada orang lain.

Dalam masa-masa macam ni lah, dia akan datang menerpa minda.

Dia yang telah membuktikan, perjuangan agama tidak pernah membantutkan kerja dan tugasnya. Malah, ia makin mendorongnya untuk melakukan tugas itu dengan lebih baik. Rasanya 'superwoman' ini memang lah sangat-sangat OSEMM sebab benda yang aku rasa mustahil dan sukar, dia dapat buat dan dia telah buktikannya!

Nak sangat jadi macam dia. Muslimah yang doktor. Dan dia bakal ke sini minggu ini....!



Dialah dr. Harlina Halizah Hj Siraj. Doakan diri ini dapat menjadi bunga sekental dirinya..!

p/s: Kepada semua rakan-rakan sekitar Kaherah, dan seluruh Mesir, yang terbaca entry ni, jemput datang untuk dengar sharing beliau dalam S.T.E.P di Al-Azhar Conference Hall, 6 April 2012 ini. Jangan lepaskan peluang ni!

p/s 2: Hehe, bebudak msia takyah nak cebik muka kejelesan. huaaahaha ;P

Saturday, March 31, 2012

syahadatul haq

Assalamualaikum :)

Sebuah penyaksian terhadap kebenaran.



Alhamdulillah, setelah lama menunggu daurah SH ni, akhirnya berpeluang jugak nak menerimanya daripada ukhti-ukhti yang hebat-hebat belaka tu. Pagi tu serius rasa hepi gila, bangun awal sambil sempak menikmati permandangan subuh masjid sayyida zainab yang cun melecun tu. Yela, sebab ada daurah yang gempak kot tajuknya. Dulu, semua orang asyik cakap pasal SH, sebab tu hati rasa berkobar-kobar nak pergi. Dan rasanya kegirangan semasa pergi tu tidak sama dengan selepas balik, apabila mengetahui realiti bebanan syahadah yang telah terpikul sejak kecil lagi.

Realiti bebanan syahadah? Apakah?

Aku tak tahu la kalau apa yang ak rasa masa daurah kali ni sama atau tidak dengan rakan-rakan yang lain, sebab manusia differs from each other, kan.

Syahadatul haq atau pengakuan sebenar terhadap kebenaran (: syahadah- tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah) ini sebenarnya adalah sebuah seruan yang disampaikan oleh Syeikh Abu al-A'la al-Maududi di India. Melalui seruan ni, beliau menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah Islamiyyah, dan cara pendekatan yang digunakan oleh beliau dalam berdakwah. Dan apa erti syahadah itu sendiri.

http://www.penamujahid.com/?p=735
===============================