Sunday, March 27, 2016

Lebih majhul

Assalamualaikum

ayat dalam gambar ini tak merujuk pada diri sendiri, tapi merujuk kepada para unsung hero serata dunia yang lain


(إن أعز ما يملك الإخوان ، هو ذلك الجندي المجهول ، الذى يبذل أقصى ما فى جهده ، وينفق أكثر ما فى جيبه ، ويضحي بأغلى وقته . فإذا حضر لم يُعرف ، وإذا غاب لم يُفتقد ، يتعمد البعد عن الشهرة والأضواء ، قليل الكلام كثير العمل ، يؤمن أن له رباً يذكره فى ملأ  هو أفضل من الأرض ومن عليها ، رب يحب من العمل ما كان خالصاً) .
Berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna - rahimahullah:
"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".
Semasa retreat media yang lepas, mas'ul kami berkongsi ayat ini. Katanya, "Lapangan media adalah medan untuk melatih keikhlasan kerana kelibatan mereka yang kurang dikenali, kerja banyak tetapi tidak pernah diletakkan nama di atas hasil setiap kerja, dan sebagainya. Tetapi antara keberjayaan dakwah ini terhasil daripada tangan-tangan ini. Itulah jundi majhul." 
(ayat tambah tolak garam gula)
Kerja backstage. Benar. Orang tak tahu apa yang mereka sibukkan hari-hari. Pagi petang dan malam.
Tetapi,
Apart from that,
Ada kerja yang 'lebih majhul' daripada itu. Itulah dia sifat kerja seorang murabbi. Membina mutarabbinya siang dan malam tanpa lelah. Hasilnya mungkin mutarabbi itu sedia dilepaskan dalam pos-pos penting dalam masyarakat, menjadi orang-orang yang hebat yang dikenali ramai, yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Tak pernah ditanya orang, "siapa murabbi kamu?"
:)
Teruslah melangkah wahai murabbi sekalian, membina manusia!
P/s: termasuk dalam kategori ini juga: ibu dan ayah, guru. Pendidik.
........
Officially hari ini, kami menghala tujuan masing masing yang seterusnya. Langit seakan-akan memahami. Hujan turun menemani langkah-langkah pulang. Moga Allah balas usaha kita dengan peluang berjumpa-Nya di akhirat kelak. Walaupun hakikat amal ini ada compang campingnya..

Sekian.

Friday, March 25, 2016

Wednesday, March 23, 2016

Teamwork

Assalamualaikum

Dalam dunia ni, banyak benda yang kita impikan dan mahukan. Dan once kita dah memulakan langkah menujuinya, bermulalah cabaran untuk mengekalkan disiplin kita supaya sentiasa tiptop dalam landasan menuju kepada matlamat itu. Dan semuanya berjalan dengan lancar. Suka.

Tetapi bila amal itu memerlukan kepada teamwork/amal jamaie, selalu kita diuji dengan kelemahan manusia-manusia lain, ataupun, kelemahan kita sendiri yang tidak mampu untuk sync kan langkah kita dengan orang lain. Maka bermulalah suara-suara yang tidak enak, rasa-rasa yang tidak puas hati antara satu sama lain tetapi tidak dislaurkan di corong yang betul. Wanita. Sifatnya memang suka mengomen, tapi bukan dekat orang yang sepatutnya dikomen, sebaliknya komen kat kawan lain. Mungkin untuk mendapatkan sokongan kot. Maka jadilah amal teamwork itu tidak indah, meskipun matlamatnya jelas dan cantik.

Kenapa semua ini berlaku?

Berpegang kepada konsep 'Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan kita' kerana sifatnya yang 'yuwaswisu'=membisik secara on off dalam surah an-Nas, kita kena selalu ingat, bahawa, semakin baik matlamat kita/semakin rabbani matlamat kita, semakin besar ujian yang Allah akan beri untuk menguji kesungguhan dan keimanan kita, dan juga untuk menapis mana-mana ciri yang buruk daripada menghiasi jalan usaha yang murni ini. Kerana itu, lazim/sunatullah bagi sesuatu kebaikan, menghadapi ujian internal dan external. Syaitan yang disiapkan untuk operasi ini juga bukanlah calang-calang syaitan.

So, kadang-kadang, jadilah kita orang yang mampu melakukan kerja berseorangan dengan cemerlang, tetapi dalan kerja berpasukan, jadi terbalik. Incompatible, tidak berdisiplin, senang mengungkit, suka salahkan orang, dan sebagainya.

Kemudian, usaha sikit je dah tak sabar nak menuntut hasil.

"Manusia diciptakan bersifat tergesa-gesa. Kelak Aku akan perlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaanKu. Maka janganlah engkau minta Aku menyegerakannya." (21:37)


Oleh sebab itu, kawan-kawanku,

Jika anda melakukan kerja yang besar,

Ingatlah, ingatlah.. Sentiasa menyiapkan bekal yang lebih besar bersamanya. Kesabaranmu, kesungguhanmu, lapang dadamu, sikap tidak putus asamu harus besar.

"Dalam amal jamaie itu ada barakahnya."

Hubungan yang dekat dengan Tuhan adalah sumber ketahanan yang paling osem, dihiasi dengan biah/surrounding yang membina. 'Membina' tidak bermaksud yang anda akan sentiasa dipersetujui, tetapi sebaliknya sentiasa dikomen, dibincang dan dibaiki. Ditegur jika silap, disokong usahanya jika benar.

Kalau ada benda yang tidak puas hati (terhadap gerak kerja dan ahli team yang lain), itulah gunanya meeting.

Sentiasa improve diri dengan tips dan teknik yang banyak dikongsi di laman-laman sosial, kemahiran teknikal, disiplin, psikologi interaksi dengan manusia lain, dan sebagainya. Banyak buku boleh kita rujuk.

Banyakkan juga muhasabah dan berbincang dengan orang lain tentang cara kita bekerja.

Semoga Allah sentiasa tidak jemu melihat langkah-langkah kecil kita, step by step, dan sentiasa berada dalam perlindunganNya daripada perkara perkara dan rasa hati yang tidak baik.

Sekian.

Thursday, February 4, 2016

Perubahan


Manhaj Taghyir

Dulu kak rai pernah sebut pasal benda ni kat aku tapi aku tak ingat conversation apa yang boleh bawak kepada tajuk ini.

Kata dia,

"Manhaj yang kita bawak adalah manhaj perubahan. Kita dakwah seseorang itu bukan style beri sahaja, or touch and go, tapi kita nak ubah dia jadi someone yang lebih baik dan lebih dekat pada Islam. Sampai dia berubah, dia dan kita merasakan perubahan diri dia itu. Itulah dakwah kita."
Ayat reka sendiri tapi lebih kurang begitu lah bunyinya.

Dan tadi ustaz cakap,

Juga ayat reka sendiri bunyi macam lebih kurang je, maafkan garam gula tambahan,

"Islam itu sendiri sifatnya mengubah. Islam adalah dasar (reason) terpenting untuk berubah. Dan perubahan itu tidak akan dapat berjalan, melainkan individu itu sendiri yang nak bawa diri dia berubah kepada yang lebih baik."

Tambah lagi,

"Seorang individu (manusia) itu pula adalah elemen anasir terpenting untuk ubah masyarakat. Jadi, kalau nak ubah masyarakat, kita kena ubah diri kita dahulu."

.

"Jadi, kita lah kena check diri kita sendiri, daripada saat kita bangun hingga kita tidur semula. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semalam."


.

"Dan bagaimana akhirnya kita juga mengajak orang lain untuk mencapai perubahan yang kita mahukan."

.


Aku pun terfikir, dua benda.

Satu. Bagaimana pula kalau kita membawa usrah itu hanya semata usrah memberi, bukan usrah mengubah. Maka itu sudah lari daripada tujuan atau prinsip dakwah yang kita kejar. Memang, tidak dapat dinafikan pada murabbi dan mutarabbi itu ada kekurangan manusiawi yang terpaksa ditampung. Kekangan masa, bakat, idea dan sebagainya. Tetapi, kalaulah usrah yang dibawa itu tidak bersifat mengubah atau mengislahkan, maka, bukankah ada sesuatu yang silap di situ?

Dan apatah lagi lah kan kalau murabbinya pun tak perasan mutarabbinya tu ada perubahan ataupun tidak. Sama ada lebih baik, statik atau makin ke bawah. Eh. Usap dahi berkali-kali.

......

Kedua. Bagaimana pula kalau kita yang bersama dalam jalan DnT ini, tidak dapat merasakan apa-apa aura perubahan dalam diri ni semenjak dua menjak ini? Tak tahu lah siapa yang patut dipersalahkan, tetapi yang pasti, part kepada blame tu ada pada diri sendiri. Berapa banyak liqa, daurah, mukhayyam, musyawarah, nadwah dan mabit yang dihadiri. Tetapi amal masih di takuk itu. Tarbiyah maintenance orang kata. Yup, ok lah daripada menurun kan. Tapi betul ke puas hati hanya dengan itu?

Kadang-kadang aku rasa silap terbesar kenapa kita tidak berubah laju ialah kerana kita dengan Tuhan itu tak berapa nak rapat. Asyik main je, take for granted kewujudan akhawat2 qowiy kabeer yang ada di sini. Padahal bak kata ustaz, "Islam itu sendiri sifatnya mengubah." So, kalau kita embrace Islam baik-baik, pasti akan ada perubahan yang muncul pada diri kita.

Yang akhirnya perubahan berbentuk individual ini, mampu dialirkan tenaganya, membentuk sebuah revolusi perubahan kepada masyarakat dan seterusnya.

.......

Konsep ini, sebenarnya memang dah lama dilaungkan dalam perbincangan-perbincangan dakwi dan tarbawi kita sejak pertama kali menjejak ke alam DnT ini. Cuma aku tersedak kembali teringat perbualan aku dengan kak rai, tentang sifat tarbiyah ini yang mengubah. Dan itu yang membezakan dakwah kita dengan yang lainnya. Kalau bawak usrah, kita memang betul-betul aim yang kita nak jadikan mutarabbi kita seorang yang hebat, mengikut acuan al-quran dan sunnah, berkeperibadian sebagaimana para sahabat, menjadi individu yang hebat. Yang macam pohon keimanan tu. Kefahaman yang mengakar, keperibadian yang mantap dan mengagumkan, dan membuahkan akhlak dan kebaikan buat yang lain.

Untuk kita yang berenang dalam jalan DnT ini, harus sentiasa muhasabah diri. Adakah di sana mana-mana ruang untuk aku perbaiki diri dan jadi lebih baik daripada aku yang dahulunya? Bagaimana mutabaah amal aku, amal dakwi aku? Study? Akhlak peribadi? Banyak lagi sebenarnya benda yang kena diubah dan diperelokkan.

Kalau semua orang fikir macam ni,

Memang akan dapatlah matlamat ustaziatul alam tu.

Dan ternyata dakwah Islamiyah ini memang manhaj terbaik untuk memperbaiki dunia ini, kerana sifatnya yang mengubah sesuatu.

Sekian fikiran malam daurah.
Esok ada lagi, seronok juga stay di mesir je waktu cuti winter ni.
Banyak benda boleh selesaikan.