Tuesday, September 26, 2017

Your heart is what matter most

Assalamualaikum

Buat masa yang sekarang ini. aku sangat bersyukur kepada Allah kerana Dia sangat mempermudahkan kami berliqa secara konsisten, walaupun masing-masing daripada kami agak padat jadualnya. Ada yang masih berkelas, ada yang dalam fatrah imtihan, dan ada yang masih tak habis lagi baca buku macam aku ni (weh bila nak habiskan ni nabilaa), tetapi mungkin kerana benarlah kata-kata Allah dalam surah Mujadalah yang kami sedang bedah tafsirnya,

"فافسحوا يفسح الله لكم"
"Lapangkanlah, Allah akan melapangkan untuk kamu.." (58:11)

Mungkin kelapangan fizikal itu benar bermula daripada kelapangan hati. Seperti itulah yang diajar Allah dalam ayat 58:11. Ketika itu ahli Badar datang ke majlis ilmu Rasulullah, dan mereka tidak mendapati tempat hingga terpaksa berdiri sedang majlis telah bermula. Rasulullah telah meminta para hadirin untuk memberi ruang untuk mereka bersama dalam majlis. Namun, macam biasalah, kan orang dah datang awal untuk cari sudut paling selesa untuk menuntut ilmu, tetapi bila diminta untuk bergerak ke spot lain, maka adalah rasa sedih tak puas hati sedikit.

Nah, itu yang berlaku pada sahabat yang berada dalam majlis ketika itu. Diapi-apikan pula oleh munafiqeen, katanya Rasulullah berlaku tidak adil kepada sahabatnya sendiri. Maka mereka yang awal, mula terlihat pada wajah mereka perasaan tidak puas hati. Ini menyebabkan Rasulullah rasa sedih.

Akhirnya, turunlah ayat ini

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖوَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚوَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (58:11)


Lapangkanlah, maka Allah akan lapangkan.



Benda yang paling pertama sekali yang kita kena lapangkan dahulu, adalah hati. Bila hati rasa lapang, rasa redha, rasa bersedia untuk bertoleransi, maka kelapangan zahiriah itu akan menjadi lebih mudah. Dalam kes cerita di atas, bila dengar je ayat ini, sahabat berlumba-lumba memberi tempat. Kenapa? Kerana hati mereka telah terubat dengan janji Allah. Allah berjanji untuk melapangkan mereka; dalam keadaan janji yang infiniti bentuknya, yang tidak dilafazkan secara khusus dalam ayat tersebut.

Mungkin sahaja kelapangan yang dimaksudkan adalah kelapangan masa,
Mungkin sahaja kelapangan hati.
Rezeki.
Harta.
Urusan.
Minda.

Apa-apa sahaja lah lagi.


Begitulah cara Al Quran mendidik dan mengasuh jiwa orang-orang mukmin. Lapangkanlah hatimu, insyaAllah akan datang lagi kebaikan berganda-ganda daripada sudut-sudut yang tidak diketahui langit dan bumi.

Untuk belajar, juga perlu dilapangkan hatinya. Melapangkan hati untuk menerima ilmu baru. Melapangkan hati untuk menerima tarbiyah study. Melapangkan hati untuk kekal bersungguh untuk menghabiskan bacaan dan bertahan melawan nafsu diri untuk relaks, main phone, tengok cerita, makan banyak-banyak..

Kalau kita tidak melapangkan hati untuk semua itu, pasti kita akan membenci "study". Dan merasakan study leave adalah satu tempoh penyeksaan.

See. Isn't it right? Your heart is what matter most. Lapangkanlah, maka Allah akan lapangkan untukmu..

Wednesday, September 6, 2017

Don't worry, rest assured

This is a post i got from muharrik daie's page which i rasa terkesan

Sebelum tidur ...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada suatu ketika, beberapa orang sahabat melihat seorang pemuda yang kuat dan rajin bekerja. Mereka pun berkata;
"Alangkah baiknya jika dia berjihad di jalan Allah."
Rasulullah SollAllahu Alaihi Wasallam segera menjawab,
"Jangan kamu berkata seperti itu. Jika dia bekerja untuk menafkahkan anak-anaknya yang masih kecil maka dia berada dijalan Allah. Jika dia bekerja untuk menafkahkan kedua orang tuanya yang sudah tua, maka dia dijalan Allah. Dan jika dia bekerja untuk memenuhi keperluan hidupnya, maka dia dijalan Allah."
(Hadith Riwayat Baihaqi).
Muga menfaat untuk direnungi.
#muharrikdaie

Kadang-kadang kita risau, sebagai seorang murabbi terutamanya. Bila melihat anak binaan kita yang sangat bersinar dan unggul, semakin lama semakin sunyi daripada jalan dakwah dan tarbiyah. Kita pun cuba asak dengan motivasi-motivasi melangit —yang mungkin kita boleh sifatkan sebagai ideal; bukan untuk membebankan..tapi untuk memberi semangat. Dan kita tahu, sebenarnya kita pun tak mampu nak capai apa yang kita cakap tu. Kita cuma mengkuote kefahaman-kefahaman dan ayat-ayat yang pernah kita baca dan ambil daripada orang-orang yang berjaya membuktikan mereka boleh. Tidak lain tidak bukan, para rasul dan sahabat.

Ayat-ayat yang pernah menginspirasi kita.

Tetapi iya, itu ideal. Bermaksud, kalau benar mampu digapai..mashaAllah, muslim yang berjaya itu sangat hebat. Tetapi bukanlah bermakna yang gagal itu ahli neraka. Selagi mana dia bersungguh dalam hidupnya, mentaati Allah dan Rasulnya, tidak melakukan maksiat dan harmoni hidup bersama masyarakatnya, baginya pahala jihad.

Maka murabbi sekalian, jangan bersedih dan berputus asa. Pahala anda pada amal anda bukan pada hasil. Kita bermaksud menaikkan potensi mereka sahaja; kalau tidak mampu dicapai, banyak lagi ladang pahala untuk si mutarabbi tersebut.

Yang penting kekalkanlah mereka dalam amal kebaikan, motivasi untuk lawan kemaksiatan, beramal selayaknya seorang muslim yang sempurna akal, tubuh dan jiwa.

Dan tiupkan lagi semangat untuk menggilapi potensi mutarabbi
Hari demi hari.

Semoga Allah pandu hati kita semua ke arahNya.

Sunday, September 3, 2017

Pasca dengar banyak lagu motivasi

"No matter who tries to stop me
I will go on my way
You only live once
Leggo (Leggo!)
Leggo (Leggo!)
Even if I live for a day
I’ll have no regrets
Let’s jump!"
—Jump, BTS

Kadang-kadang,
Aku terfikir,

Macam mana perasaannya bila kau dah buat yang terbaik sampai kau rasa tak kisah dah kalau mati lepas tu.

Mesti puas kan.
Bila hidup takde regrets.

Dan bila kita hidup untuk mati, sebenarnya visi kita akan lebih clear. Tapi kita selalu lupa. Dan kalau aku, aku takut untuk kehidupan hereafter. Aku takut aku perasan dah buat sehabis baik tapi rupenye takde ape pun yang dah dicapai.

Lepas tu rasa menyesal nak balik ke dunia untuk beramal.

Friday, July 7, 2017

Skill Lab

Skill Lab

Assalamualaikum

Semalam kitorang ada skill lab class bersama beberapa orang doctor, and the aim of this class is to learn some clinical skills that we would forget later (doktor yang ajar kitorang sendiri yang cakap. Luls). Nevertheless it was a good exposure at least kita pernah la pegang some basic medical instruments kan.

So kitorang perform gastic intubation by Ryle's, IV cannulation, urine catheterization and suturing.

Some unique experience and thoughts that i would like to share in this writing are

1.  Skill is really a matter of practice. So setakat ni gastric intubat, urine cath and iv cannulation procedure is not new to us so it kinda easier to revise the indications, contraindications, steps and ect with the doctors during the lessons. Even though tak ingat semua at least we have an idea about them. Sebenarnya dulu masa exam internal medicine emergency semua benda kitorang dah hafal gila2 tapi yelah, when knowledge is not practiced then i would evaporate gitu je merajuk dengan tuan dia. So dalam medicine ni (dan apa2 je), jangan pandang rendah pada concept of repetition. Malas ke, rajin ke, tryyyyyy!

2. On how the teaching goes on. Benda paling suka dengan doktor mesir ni diorang suka ajar as if kita tak pernah dengar langsung pasal benda tu. And they really ajar step by step.

3. The nasogastric tubing session. It was wonderful, sebab doktor kitorang ajar satu benda yang valuable —that is you can teach good things to patient is any condition.  I mean dakwah. So do making the patient feel better in the worst clinical situation. (Rasa macam susunan ayat tak kena. Pftt.) Why i said so? Masa gastric intubation, kita akan induce gag reflex kan. It's a good sign actually; indicating that your tube are passing the correct pathway, not entering the airway. So the first thing bila nampak patient macam dah uwekkk uwekk gitu ialah ask them to swallow and say alhamdulillah. Sebenarnya kita nak dengar any clear word je to ensure that the airway is intact but the word choice of alhamdulillah is awesome for me making me think "wahh kreatifnya doktor!". And even if the procedure failed (eg wrong intubation or the patient vomits), give some me-time for the patient to allow him to be calmer, and ask the patient also to say alhamdulillah (for we're not advancing in a wrong direction)

4. And how the teacher responded to us. He's always reacting "that good, perfect, amazing!" Ahh it makes me remember Dr Shenoufy, he always like "MashaAllah you're so excellent," as to encourage the students. I really wanna be like them somedays 😤!

Egypt really taught me a lot, either on good and bad things actually. It depends on us which one that should we take and 'bumikan' dalam diri. At times when i feel like giving up with egyptian people behaviour and attitudes, Allah selalu datangkan orang yang sama dari kaum yang sama tetapi behave really well as if total 360' change daripada kebiasaan egyptian yang asal. Benda ni ajar kita untuk jadi macam ikan, biarpun tinggal kat laut yang masin tak semestinya kau kena jadi masin kan. Huu.

Thats all for now, tomorrow i have surgery exam so pray for me!!!