Sunday, January 1, 2012

macam biasa.

Assalamualaikum :)


.................................................................
yeppp, tahun baru datang lagi.


2012. Tahun baru datang lagi kali ini. Tahun silih berganti, yang kini menggantikan yang lalu, tak sangka masa begitu cepat berlalu; dan itulah realiti hidup kan. Whoa. Korang tak rase cam superb ke? Kita dah 19 tahun, kan? Dah setahun. Setahun kita semua ak meninggalkan alam persekolahan, setahun kita belajar untuk hidup berdikari, hidup dalam realiti dunia yang sebenar. Meninggalkan kawan-kawan yang dulunya ibarat isi dengan kuku. Tapi sekarang jauh macam api dari panggang. (Main-main peribahasa pulak =,="). Actually, ak terasa takut sebenarnya tengok umur 19 tahun tu. Terasa tue pulak. Hehehe. Anyway, bertambah umur, bertambah la jugak amanahnye kan. 

Suasana new year kat mesir ni macam tak same kot dengan malaysia. Eh, jap. Ak taktau la kalau diorang ade sambut pape yang gempak kat tahrir tu, tapi malam ni sangat bising la dengan bunyi mercun. Tapi bising sekejap je. Pastu senyap balik. wakaka. ( <---Ni kes tak tau nak cite ape)

Overall pasal 2011. Hmm. Jujurlah ak cakap, sebenarnya ak rasa tahun ini adalah tahun yang paaaling panjang dalam sejarah hidup ak. Kenapa? Sebab tahun ni, banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ak sendiri; dan banyak tempat baru yang selama ni asing dalam hidup ak telah pun ak pergi. Betul lah orang kata, kehidupan lepas spm ni macam turning point la, menentukan macam mana corak kehidupan yang bakal kita lakar lepas ni, terutamanya di alam universiti.

Dan satu fakta menarik tentang ak untuk tahun 2011 ni, setelah dikira timbang tolak darab campur bahagi, ak cume dapat duduk di rumah selama (plusminus) 3 bulan lebih je sejak lepas spm. pergi PLKN, masuk INTEC, menjelajah bumi mesir. Mane taknye.

2011 memang sangat best. dan sangat sedih. Sebab kita macam kene start life baru, kena belajar untuk deal dengan orang asing, terpisah dengan kawan-kawan lama, belajar untuk menerima keputusan dan takdir-Nya, belajar subjek baru, terpisah macam hampir 70% dari ibu abah (jauh, tapi dekat di hati tau), learn to think by yourself, dan culture shock sikit la. Tapi sepanjang 2011 ni la, ak belajar camne nak gather up balik semangat ak, belajar untuk bertindak dan membuat keputusan, memilih haluan hidup,  dan banyak lagi.

Dan terima kasih jugak kat 2011, ak baru sedar apa itu ERTI dan TUJUAN HIDUP YANG SEBENAR.

Jadi, kalau ade adik-adik yang baca post ni, especially yang baru habis SPM tu, korang janganlah rugikan masa korang yang nampak macam 'lapang', tapi hakikatnya rugi kalau tak digunakan dengan betul-betul. Biiznillah, korang dapat set balik kompas korang untuk menentukan ke mana arah hidup korang yang sebenar.


...................................................................................

hehe. besela. tapi tu la namenye mujahadah :)


Okey, rutin tahunan saya seperti biasa, jom tengok balik azam yang lepas. Capai ke tak.

AZAM 2011
  1. Dapat straight A SPM. (tinggal doa n harapan ak je ntuk merealisasikan bende nih)
  2. Siapkan video form
  3. Upgradekan blog form
  4. Err, beli handset baru? [tak habis2..]
  5. Nak mp4
  6. Take medic course [lagi bagus kalau dapat fly ke oversea]
  7. Jangan nangis banyak sebab manusia. kalau kerana Tuhan, anda digalakkan sama sekali. Be tough!
  8. Belajar buat truffle [cipta resepi sendiri pun takpe..hahah.]
  9. Kuatkan resistance n shield peribadi terhadap bende2 menggugat iman. WAJIB!
  10. Khatam 2 kali. Ramadan wajib sekali.
  11. Rajinkan solat malam.

Okeh, pertama sekali, alhamdulillah, syukur sangat-sangat kat Allah sebab Dia kabulkan permintaan yang pertama tu. Dan kesan selepas mendapat keputusan tu, banyak perkara baik yang datang, alhamdulillah juga; cume satu yang bertambah, dan ia sangat-sangatlah berat, yakni AMANAH. with anything good happens, it must be something come along with it, right? Ade sorang akak tu pernah kongsi;

''Jaga-jagalah bila Allah turunkan nikmat untukmu, bila-bila masa jugak Dia boleh ambil sesuatu darimu.''

Paham, kan? Macam main tarik tali la. Orang selalu kata, kalau Allah turunkan musibah, mesti ada hikmah disebaliknya. Kalau Dia turunkan nikmat..? Camne pulak? Jadinya, nikmat itu bukan untuk dibangga, tapi untuk disyukuri.

Kedua, video form. Hihihi..disebabkan ak dipanggil untuk ke NS, maka tak dapatlah eden nak buat projek tu ngan fath. Tapi, keh3, blog form berjaya diupgrade walaupun tak berapa nak osemm sangat. Handset pun ade la jugak beli, tapi jenis baling-ke-dinding-pun-sihat-punye-la.  mp4 tak berjaya jugak nak dimiliki, belum ade rezeki kot + duit tak banyak pun. Alhamdulillah yang ke-6 tu berjaya dicapai. Triffle (bukan truffle)  pun pass~

p/s: Yang baki-baki tu bia je tuan punye badan yang tau.


========

NB: Sambung esok ye. Nak tido punye pasal. Esok kene sekolah. Hidung tersumbat. Sebab sekarang kat mesir kalau cakap pun dah keluar asap dari mulut. sejukkk.

NB dua: strawberi dah mule nak banyak. sekarang ni mahal lagi. RM4 untuk sekilo

NB tiga: Eh, selamat tahun baru buat semua yang berada di tanah air. hehe.

NB empat: NB tu nota bawah tau.

Sekian :)