Saturday, October 22, 2016

Jam 7 pagi

Assalamualaikum

Everyone dalam batch sangat anxious bila kitorang semua mula melangkah ke alam tahun enam. Yelah, tahun akhir kan!! Maka, bunyi2 momokan macam "tahun paling penat", "kelas pagi sampai petang", "kena serius lebih", mula kedengaran di sana sini, memberi kita expectation yang tahun 6 ni bukanlah satu tahun yang mudah, malah menuntut tenaga luar biasa dan komitmen yang tinggi daripada setiap daripada kami. 

Tidak ketinggalan, aku pun merasa benda yang sama. Keluar awal pagi, pulang lewat petang/malam adalah perkara biasa. Ah, sebenarnya tahun2 yang lepas juga begitu, cuma tahun ini;

Perkataan penat itu menjadi tuturan bibir yang utama. 

Balik rumah, balik daurah, balik usrah, asyik sebut penat, penat dan penat. Tak study pun diberi alasan penat dan sivuk. Sedangkan diri sendiri yang tak cari ruang untuk study, maka alasan lain cuba dicari untuk menjustifikasikan keadaan. Padahal takde la penat mana.

Then, 

Kelas start awal jam 7 menjadi laungan; punca kepenatan pada hari tersebut. 

Sebab apa? Sebab selalu tengok orang lain rileks je belum bangun lagi kalau jam 7am tu sedang kita dah terkocoh2 nak gerak ke universiti.

So nak diceritakan
Suatu hari,

Aku bergerak awal pagi dari hijrah (hayyu sabie) ke universiti menaiki bas 1118. Keluar rumah awal jam 6.00 pagi, ditemani oleh kak pipah yang juga keluar awal bersama aku. Padahal kelas dia jam 8 pagi. (Later on baru aku tahu dia saje keluar awal sebab nak teman aku jalan ke mahattah)

Langit masih gelap sebab time tu winter
Tapi dah nampak lah beberapa orang jalan sana sini

Paling penting bawwab lah paling istiqamah keluar awal pagi nak lap kereta tuan dia. Tua ke muda, sama je.

Pastu aku pun naiklah bas. Alhamdulillah ada bas, biasanya bas ni gerak dari mahattah jam 6.30 pagi atau 7.00 pagi. Ikutlah rezeki hari tu ape. Dalam hati mengomel "malasnya nak balik rumah nanti lambat orang pergi kelas." Kemudian membayangkan orang lain time cenggini mesti tengah iron baju siap siap susun buku ape semua. Apa nak buat kita ni budak usrah, usrahmate semua final year, kelas sampai petang so terpaksa lah buat liqa malam. Takkan lah nak balik sorang ke sayyeda jam 10-11 malam. Haa semualah. Mengungkit is my fav after all (astaghfirullah itulah Allah pesan awal-awal ada benda namanya هباء منثورًا (amal debu) sebab wujudnya orang macam saya ni).

Bas itupun berjalan menyelusuri laluan abbasiyah-ramsis. Mulanya tak ramai. Kite pun selak selak lah buku nak baca as prep untuk lecture surgery kejap lagi. Makin lama makin ke downtown (tahrir), makin ramai manusia.

Yang tua yang muda semua ada. Semua orang dah bergerak untuk urusan masing masing seawal jam 6.30 pagi lagi.

Entah kenapa, aku tersentak. Aku terasa macam "tengok tu ramai je orang yang dah mula hidup before 7am lagi yang kau nak bising kena pergi kelas jam 7 pagi setiap hari tu kenapa". Pakcik tremco gigih jerit promote journey dia, aku nampak students lintas jalan, mak bawak anak, orang tua pegang barang atas kepala. Masing masing dah mulakan cycle harian dia. 

Yup seawal 7 pagi.

Kemudian bas pun lalu sepanjang kornish nil sebelum membelok masuk ke kubri kasr el ainy. Kat sini tak sibuk sangat tapi manusia still ramai. Dan akhirnya aku sampai ke mudarrag 6 awal, doctor belum masuk dan batchmate masih ramai belum datang.

So,

Aku rasa
Semua orang ada struggle masing-masing. Dan macam mana kita react to those hardships yang membezakan kita dengan yang lain. Kalau kita choose untuk asyik membebel dan menyalahkan keadaan, kita takkan ke mana. Kita akan makin stress, tension.

Dan sebaliknya,

Kalau kita choose untuk face those hardships dan berjaya graduate daripada hardships tu dengan cemerlang, we will become someone better, punya legasi dan pemberi contoh tauladan yang baik.

Contoh macam orang yang dah mula kerja 7pagi setiap hari.

Ingat diorang tak nak tidur ke? Mestilah nak, tapi sebab diorang ada something yang diorang nak accomplish menyebabkan diorang keluar daripada kemalasan pagi dan terus strive untuk hari tersebut walaupun orang lain masih bermalas-malasan.

Dan untuk aku yang perasan diri sendiri sebab rasa nak maintain gerak awal ke kuliah tu satu hurdle yang besar,

Bila aku tengok pakcik-makcik-budak budak ni, aku rasa malu pulak. Apelah sangat dengan 7 pagi tu. Dunia dah bergerak pun. Bukankah Rasul mengajar kita untuk jadi early bird dengan doanya;

"Ya Allah berkatilah umatku pada awal pagi."

Tak, tak penat pun. It's even normal untuk penuhkan jadual harian kita dengan aktiviti yang bermakna. Semua orang ada 24 jam. Semua orang memenuhi harinya dengan aktiviti. Tidur pun sejenis aktiviti jugak.

Kita punya pulak, kita nak pilih yang mana?

Bersyukur kepada Allah, Dia letakkan kita untuk memenuhkan jadual hidup kita dengan aktiviti bermanfaat pada awal kehidupan tahun 6,

Sebelum diuji dengan masa terlebih lapang pada akhir tahun 6.

Penat tu.. adalah rezeki Tuhan juga. A quote from a song that i really like,

"While rapping and dancing on the stage (which) I wanted so badly
I feel yet alive, the tiresome trip to work and back home
I can withstand such troubles because my people are watching me
Because even if my body hurts, the cheers come rolling in"

From the tireness he felt alive
So as we are

Semoga terus hidup dalam 'kepenatan'. Berbanding merasa hidup dalam 'kematian'/'ketiduran'/ 'kemainphonenan'.

Sekian
My 2 cents

Monday, October 3, 2016

#Random 7

Terlalu banyak air mata yang tumpah,

Terlalu banyak masa yang terbuang.

Berputar hanya di sekitar isu yang sama. Sedang banyak sangat benda yang perlu dilaksanakan.

Harga pengorbanan yang begitu mahal.
Dan keterikatan keterbatasan yang sangat kuat.

Selagi mana segala langkah itu diniatkan lillah,
Dan tidak dicemari dengan pelbagai nafsu yang menguasai diri,
Doa banyak-banyak,

Kalau Allah nak bagi inshaAllah Dia akan lorongkan jalan.