Sunday, March 27, 2011

earth hour.

earth hour.

Assalamualaikum:)

Earth hour, adakah korang amek berat pasal hari ni? 26 Mac 2011 (semalam).
Dan kenapa earth hour ni tak dihebah2kan satu Malaysia padahal program ni sangatlah membawa kebaikan even kita hanya menge'cut' penggunaan lampu selama 1 jam? Bukan kipas pun. Lampu seperti yang kita belajar, melepaskan tenaga haba yang banyak di samping meng'emit' cahaya untuk menerangi suasana gelap. Dan tenaga haba itulah yang menyebabkan greenhouse effect berlaku di bumi ini, lalu meningkatlah suhu malaysia yang asalnya hanya 27'C sahaja sebelum ni.

Tak percaya? Lampu sebabkan bumi panas?

Cuba kita renung balik. 1 lampu mengikut kajian mengeluarkan hanya 5% tenaga cahaya dan 95% yang lain terlepas dalam bentuk haba.

Jika satu rumah menggunakan minimum 5 lampu (lampu ruang tamu, ruang dapur, bilik, tandas, lampu luar), bayangkan berapa jumlah tenaga haba yang dilepaskan ke udara.

Dan bagaimana jika 2 RUMAH? 3 RUMAH? BERBILLION2 RUMAH????

Fakta, bape rumah je guna 5 lampu untuk rumah diorang kat Malaysia ni??


Fikir2lah.



Dan Earth Hour ni sangat seronok + bermakna sebenarnya. Suggest saya, biar program ni diwajibkan kat sume asrama2 yang wujud di Malaysia ni. Cam yang kami2 buat masa f4 dulu. 1 jam tu rase lama sangat. Sebab macam2 kami buat. Bahagia masa tengok shak n una buat tazkirah sekejap [dalam gelap] ngan adik2 dorm. Dan masa kita sama2 buat showcase wayang kulit kat adik3.. huhu. Dan men lampu suluh. Dan kira bintang sama2..dan.............

BERSEMBANG SAMA2. Even it's like nonesense, but it really tighten our ukhuwah, right? Khadijah 4 P10 mase tu.. F1,F2 ngan F4 lepak je.. cam sisters..^^....

Okelah. [btw, to be frankly speaking,,,sebenarnya saya pun tak join tutup lampu malam tadi. tau pasal earth our pun pas tengok blog najan.. geram kat  goverment pasal xhebah2 kan bende bermanfaat kat TV... Kalau ade pun, asal tak hebah stail superb cam jom heboh kat TV3 tu?..]

Sekian. i'm still walking along the memory lane~

Saturday, March 26, 2011

triffle.

Assalamualaikum:)

And here, once again ak nak mengumumkan kejayaan peribadiku untuk belajar cooking-mooking ni dengan bergurukan Mr. Laptop and Mrs. Internet...~ Haha, semalam, lepas boring2 ape sumer, pukul 11.00 pagi ak tetibe terdecide nak cuba try test buat triffle bujang [means:triffle simple dari m'sia~]. Dan ianya menjadi walaupun agar2 tu men hantam sukatan. Hehe. Credit to google yang telah membantu. Dah la pukul 2 tu ade seminar IPT kat Hay Resort, boleh pulak pukul 1.15 tu buat triffle~. Oke, so sye inginlah menyebar2kan resepinye. Kot2 korang nak try buat~. Siyes, memang SENANG dan LAZAT sebagai dessert~

*Sumber dari: underground world^^

Bahan-bahan : 

1 gulung swiss roll 
1 tin fruit cocktail 
1 kotak agar-agar jelly (recommended : nona) 
4 sudu besar custard 
1 sudu teh esen vanilla ... etc (recommended: ikut swiss roll) 
100 gm gula halus 
250 ml air 
250 ml susu cair 

Cara-cara : 

1. potong swiss roll sesedap rasa dan susun jadi layer bawah. put aside. 

recommended : guna bekas kaca supaya senang sikit nak ejas.. =) 

2. kacau custard dengan air + gula. jangan bagi custard berketul. 

3. agak-agak dah ok, masak atas dapur. masukkan susu cair + esen. make sure kacau custard jangan sampai berketul. kacau semua sampai pekat. 

recommended : tuang sikit air dari fruit cocktail sesedap rasa. kena pandai-pandai bajet. tapi kalau nak tuang air fruit cocktail, make sure tak bubuh semua 100gm gula halus tadi. kena pandai-pandai bajet supaya tak terlalu manis. tapi kalau tak bubuh air dari fruit cocktail pun tak apa. stick to 100gm gula halus macam biasa.. =) 

4. dah pekat, sebati semua, tuang atas swiss roll. tabur fruit cocktail sesedap rasa orang bujang. 

5. masak agar-agar. dah masak, tuang atas swiss roll untuk layer atas. 

6. bila dah hilang panas sikit, simpan dalam peti ais. 

7. bila dah agak-agak sesuai untuk dimakan, potong, baca bismillah, baca doa.. ngap! dengan sopan santun ye.. =) 





okee...ade banyak jenis triffle kat dunia ni. Yang guna biskut ade, tapi malaysia guna swiss roll. Ak pulak, gelabah punye pasal, survey kat marko xde swiss roll, men hantam je gune marble cake. Tapi takpe, janji sedappp (>,<)..~



yummy, kan? Ni sume yang omputih dok wat.









ha..yang ni ak wat. Walaupun tak secantik gamba2 kat atas tu, tp still sedap~
(femes kot, tak sempat nak amek gamba orang dah ngap dulu)

ok.sekian^^

Friday, March 25, 2011

dream high


once again. back to be a korean-maniac.

Thursday, March 24, 2011

Jom join bende ni...!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

alhamdulillah:)

Assalamualaikum:)

Pagi semalam merupakan pagi yang penuh debaran untuk major semua calon-calon SPM 2010, kerana semalam RESULT kuar..!! Wooo...awal2 pagi tu ak dah buat post kat wall:
"Thump2, can u feel my heartbeat?"- ayat dicilok dari lagu heartbeat 2pm

Mula-mula, bangun pagi tu tader la cuak sangat (knaling dalam bahasa klate),, Lepak je..(hehe), tapi otak dok pusing, pikir camne nak siapkan kad nak bagi kat cikgu untuk disertakan bersama coklat handmade yang kami buat tu..~ Malam semalamnya ingat nak buat, tapi takdir tuhan, ak tertidur (nak buat camne,...ter ye).. Bangun2 je ak terus terbayang muka amna,jijah dan COKLAT. Addooooii...~ Last2nye ak just print guna publisher. End of story. Senang;)

Pastu, tengok jam, dah pukul 9!! Kemas hape sume belum buat. Before that, bonda terchenta dah pesan, tolong sidai dan iron baju sekian sekian.. Tapi, nak rush punye pasal, hape pun lupe. Pukul 11 dah nak kene bertolak ke simpang5. Nak amek result. Tapi coklat tak siap lagi. Maka, ak terus text amna, "Amna, kad (poyo jerr..) dah siap. 10.15 ak gi rumah ko". Dan pukul 10 ak terus memecut ke rumah amna dengan muka sememeh ape sume.

Sampai kat rumah amna, ak rse lepak sket sebab muke dy pn sememeh ag..hak3.. Then, kitorang pun same2la menyiapkan kad tu. Tampal2,,siap! Sambil2 tu kitorang pun sembang2 la. Skali jenot ngan bam call amna..

"bila nak datang? Ak dah sampai...(lebih kurang tu kot ayat dy..)" tanya jenot
"Oii, ko tau tak, ak siap pun belum ag. Semangat tol nak amek result.." amna balas

.......................................................................

Bila jenot citer pasal result, kitorang mula la rasa lain macam. Addoooii~ Menggelabah terus. Tengok jam, dah pukul 11.15. Wahaha...result nak kuar...dy nak kuar...wohooo~... CUAK2x.... Amna terus gi iron baju dy. Ak terus siapkan keje dalam mod turbo. Nak check gune sms, GILE~...tamau...cuak2.. Habis je buat coklat (padahal tak siap lagi sbnarnye..amna sambung..) ak terus pecut ke rumah.

Lastnya ak gi SMKASL pukul 12.30. Time tu bebudak still ramai lagi. Ak datang2 je, ila kata, "tahniah..!".Ak buat muka pelik. Ila cakap "mane result? 11 kan? nak tengok". "Ila, ak baru sampai la..mane amek lagi..~!" . "Opss..hehe" ila gelak je. Adooii ila ni. Saje nak wat ak gabra. Camne kalau ak tak dapat..kan naye tu. Budak2 junior ramai berkumpul kat luar. Nak skodeng slip kami la tu..mne bole~..hak3.

keadaan dalam dewan.

Then, ak masuk ke dewan seminar. The time has come. 
Dupdapdupdap. Ready untuk accept all the result yang ko bakal terima nabila??
Yes i am.
Tengok shak ngan amna kat dalam. ayu skali. diorang suruh g amek result ak cepat2..
Ok. da nampak tcer mazni. Ak jalan cam orang yang dah takde kaki. Menggelabah punya pasal.Time duduk depan cikgu, ak salam tcer mazni. Dy senyum2~ Cikgu othman tegur ak "ha...nabila..kenapa ni...macam mana boleh dapat 11 B? Apa yang kamu buat?" Ak senyum je..ya ALLAH~
Tcer mazni bagi slip.

arrgghh,...steady2...

OMG. Pas salam, ak bangun dan terus ke pintu dewan. Dup, ak terduduk depan pintu tu.
Allah, syukur.
Terima kasih ibu.abah.cikgu2.



then, jumpa kawan2. congrats also to u all. 


especially credit to:
fath.(cikgu sbnar ak dalam bio. tnpe dy ak xkan jd cmni ), hajar n amna (sbb slalu study-stado ngan ak), shak (inspirasiku dalam english), jenot (kadang2 gado BA dengan dy), ckin (selalu buang tesyen ak pas blaja ngan exam).
Thanks to u all~!!
Hepi:)



Wednesday, March 23, 2011

result spm !~

Assalamualaikum:)

Pagi2 lagi dah bangun. pisat2 mata, gi buat apa yang patut, then terus bukak blog. Hebat ah ak ni. Wahaha. Mane ibu tak pening ade anak dara camni. Pelayar kapal internet yang tegar. Pagi petang siang malam ak on9. Encore for me~...hahaha. [Eyt..ketuk kpale sendiri jap..ade ke patut buat nada bangga..patut malu la weh..]

Anyway, back to title. RESULT SPM ialah HARI INI. Adooiii~ ...ready ke untuk face the circumtances?
Jawab hati: Ready, ak da sedia nak hadam apa segala jenis keputusan yang bakal keluar. Kalau bagus, alhamdulillah. If it is not like what i'm hope for, then redha jela. Ada hikmah sumer tu. Salah ak jugak, spm main2.



ignore that man. focus pd paper. whoa, satu helai kertas nipis yang mampu buat hidup kita jadi macam2.



Hope dapat yang terbaik. Untuk ibu abah. dan diri sendiri.
Anyway, dream untuk jadi doktor tak bisa diubah. Ak akan terus berpegang dengan cita2 ni sampai bila-bila.
May Allah bless.

p/s: sedang2 buat blogwalking, tetiba jumpa video ni. Sumpah best, terasa nak beli je. Pastu hidang kat depan ckin. Sure dy batak..he3...tafadhal~
[alamak, a~ing!]

Tuesday, March 22, 2011

pisang?


Assalamualaikum:) (sekali lagi)

Haha..taktau kenapa. Nak buat post pasal pisang. High ke hape ak ni. Anyway, sini nak cerita pasal hikayat seorang bernama s.a.y.a dengan p.i.s.a.n.g. Tak dinafikan, banyak bende yang akan ak ingat acapkali memandang pisang dengan penuh sayu.

Dulu, ak tak suka kat pisang. Sangat tak suka. Lagi-lagi ibu masa muda2 dulu memang kerjenye masak pisang goreng time petang for almost everyday. Kenapa? Sebab mbah saya ada kebun pisang yang sangat luas. (Eceh....tader la SANGAT..hiperbola jap) So kami tak pernah keputusan pisang. Sebab kenapa tak suka? Faktor yang tidak mampu dikenalpasti.

Dan bila masuk middle school, kat hostel ada bagi makan pisang dalam menu mereka. Start dari situ kot, bole terima sikit2 pisang dalam hidup. Just tak bole tahan. Manis sangat, sampai ak rendam pisang tu dalam air dulu, br makan. alasan= nak kurangkan manis..(padahal sama je) Haha. dan ak tatau sejak bila, ak suka makan cengkodok pisang bila balik rumah.. Suka sangat...!!! Dan akhirnya ia membawa kepada kesukaanku untuk makan pisang yang real pulak...waaa... (cerita yang pelik~) : Tapi time F5 tu still makan pisang yang kene celup dengan air masak dlu...

n...bila nampak pisang, bende first yang ak akan ingat ialah...BANANA...yeah,..penggemar pisang nombor satu negara sliss... Then, teringat kat monyet (haha...monyet sliss gak..) , dompet hajar (monyet ade bunga kat kepala) , cengkodok pisang pija (slalu buatkan untuk ak..thanks a lot..haha..), pisang montel sliss (yeaahhh..!~ dah lama tak jumpa sticker tu ) dan boomerang...(adooiii~..plkn punye cerita..)... haha..pisang memang banyak guna, kan?

Ok la, tu je kot...salam.
Saja guna ayat standard mamat pakai spek tebal 10 inci.
the end.

Chocolate+banana=smoothies~

Assalamualaikum:)

Time2 tengah mengemas tadi tetiba nampak seketul pisang depan mata. Then, pkir nak buat ape. Lepas search, ni la yang mampu dijumpai. Cari yang paling senang coz xbanyak bahan dalam peti ais tu. Sedap:)

Chocolate Banana Smoothie

banana chocolate smoothie by mizphotographer.

BAHAN-BAHAN

pisang 1-2 biji bergantung kepada saiz pisang.
milo 3-4 sudu besar
susu segar/ susu sejat 1 cawan gula (ikut suka)
ais batu 7-8 ketul

CARA-CARA

1) Masukan kesemua bahan ke dalam
blender.
2)Kisar hingga semuanya sebati dan ais tadi telah betul-betul hancur.
3) kemudian tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk di nikmati. 

Monday, March 21, 2011

choco-making

Assalamualaikum:)

Waa..pagi tadi ak, amna dan jijah telah ber'together-gether' menjadi chef tidak rasmi di purnama's bakery sdn bhd. Kitorang telah sama-sama buat coklat homemade khas untuk....? Jeng2... bukan cam valentine tu..tapi untuk amek result ni. Kitorang nak bagi cikgu2 yang telah baannnyyyak berjasa kepada kami.. Dengan air tangan kami sendiri. Cerita bermula apabila:

Semalamnya, ak text amna. Simple je.

"Amna, kitorang pergi rumah ko esok pukul 8."

Pastu amna reply,

"Oraitt..tapi ak bagi diskaun la. 8 stengah, OK?"

dan bla2....[awal x ak janji? pukul 8 tu]

Last2, esoknye sampai rumah amna pukul bape? Pukul 9.30...!!! Ahaha...nak wat camne, banyak komitmen kat rumah (koya je..). Pas menyapu ape sume, baru ak gerak dengan memandu basikal. Boleh pulak basikal tu pancit..then, ak pam dulu la. Ape lagi :) Baru perjalanan menjadi lebih pantas dan efektif.
Sampai je rumah amna, cehh...cam paham2 je. Jijah pun baru sampai. Amna bagi kitorang berdua makan nasi lemak mantap yang mak dy buat sementara dy gi mengemas rumah kejap. Around 10.30 baru projek kami start. Start dengan chocomilk dulu, then dark, dan last sekali milk.

masa tengah mengadun coklat

Nak dijadikan cerita, nana pun join sekali tengahari tu. Bukan untuk masak, tapi untuk makan..haha.. tengok jela pipi dy camne. adoooiii~... Dy just nak install realplayer dalam laptop dy, tapi kene jadi mangsa sekejap untuk tolong kitorang buat coklat ni. Khidmat komuniti kejap~

gambar dy sorang je yang ada. Tak aci!

Okee,last skali : Time untuk photoshoot hasil kami..~

acuan ais yang dimanipulasikan


ABC.....huhu


yang petak 2 untuk cikgu othman~

taun ni tempahan dibuka. Hubungi je amna.

dark chocolate also available here.

Berminat nak belajar? Pasni bolehla interview yang berhormat cik saya untuk tanya resepi.haha. Senang je, sebab tu jijah boleh buat.
Anyway, credit to cikgu ili yang telah berkorban duit sms untuk mengajar sy:)

Sunday, March 20, 2011

mawar berduri

p/s: dicuri dari blog kak itqan syabiq~
hehe..sebab SUKA sangat^^
muhasabah2...






Salahkah berCINTA??

Aku pernah mengidamkan kebahagiaan CINTA spt insan lain,
Aku jua pernah mengimpikan sayang dr insan lain,
Aku jua pernah mengimpikan sayang dr orang yg betul2 istimewa,
Aku tak nafikan pernah meminati seseorang tanpa siapa pun tahu.

Tapi apakah daya...
Aku terpaksa pendamkan CINTA manusia itu krn JANJI ALLAH.

Aku amat yakin JANJI ALLAH tak pernah tipu...

" Lelaki yg baik utk Perempuan yg baik..."

Aku mohon aku salah satu darinya,
Walaupun sedih & perit tidak pernah dimiliki,
Sekurang-kurangnya MATI SYAHID jadi pilihanku...

Wahai MUJAHIDAH yg Solehah,
Yakin & carilah CINTA ALLAH sepenuhnya...~

Allahu Ta'ala A'alam...


"Kejarlah Cinta Allah krn pastinya kita akan dpt cinta orang yg mencintaiNYA...~"

Saturday, March 19, 2011

teettt..KENANGAN (dy dtg lagi..)

Assalamualaikum:)

Nak citer pasal kelas 5F. Sebuah kelas yang dipenuhi  oleh putra and putri yang hensem2 dan chomel lote dari kerajaan batch 19th Masterpiece of SLISS.. Masing2 mengambil course sains agama, dan kelas ini diterajui oleh Mohd Asyraf Sulaiman@acap ,dibantu oleh Nur Syuhadah Abdul Sani @ syu-are...Berkapasiti 34 orang 29 orang : dengan 7 putera dan 27 22 puteri..haha (baru diperbetulkan oleh cik jijah)





siyes, school life memang yang terBEST buat diri ak. Nape? Lots of thing i've learned here. How to live with others, study together, to have a friend, to love something and hate some other thing. Belajar mengenal hidup. Membesar dalam suasana tarbiah. Memahami apa yang terbaik dan terburuk buat kita.




nanti sambung edit.sekarang tak sempat..nyway, adios~

Friday, March 18, 2011

tribute buat fath..

Ampun fath.ak xbawak duit cukup.tapi mybe len kali ade rezeki.doakan banyak2 ak boleh belanja ko satu helikopter mini ni. hihi...ape nak kisah, ko kawan ak...buat masa ni, dapat tangkap gamba pun jadila ye~
[tetiba nak cakap, untuk lemon, apple, banana n oren..kita kawan SELAMANYA~~~]






kl mari..~

Assalamualaikum ;)

A perfect journey to KL. Semalam ak dan zikrul pergi ke kuala lumpur untuk temankan abah pergi beli barang untuk kedai.. Yeah.,..memang inilah saat2 yang ku nantikan... Go for a walk at jalan masjid india, sape yang taknak beb..! Selama 17 tahun ak pergi ke sana just untuk tengok, dan hari ini ak berjaya mengexplore MI as well as jalan tunku abdul rahman... Act, pergi sana takde niat nak beli or buat ape2 pun, pasal duit sikit pun tak bawak..haha.. Tapi pergi dari gerai ke gerai macam hape..gaye cam anak menteri,tanye itu, tanye ini..padahal dalam poket takder duet RM1 pun...wohoo..best2...

b4 sampai ke KL, abah bawak gi makan kat gerai mini line clear yang masuuk tv3 tu...ramai giler orang beratur nak makan tengahari..tapi, ibu masak lagi best kot..nyway...enjoy :)




pastu...hujan turun mencurah2 ke ladang gandum masa tengahari tu..b4 reach MI, kami pergi ke kedai buku Dawama dulu... Sebab abah nak beli stok buku untuk kedai. Kedai ni merupakan anak syarikat DBP>>Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi takder pape untuk dibeli, sebab buku2 kat sini major buku bercorak ilimiah yang sesuai untuk stok mat2 ulat buku yang pakai cermin mata tebal 5 inchi... Untuk student uni, inilah tempat yang paling tepat jika korang nak cari bahan rujukan untuk study korang..



haha. saje buat eksyen.

then, kami managed ntuk tiba di MI dalam pkul 3 lbeh...time tu still hujan lagi. Ak ngan zikrul pun start buat plan, 

"camne ni,jalan2 dulu ke solat dulu?Waktu belum masuk lagi..jap lagi asar"
"Entah, better kita solat dulu"
"Pekena teh kejap"
"Tamau la abah, kenyang lagi..camne ni zikrul, Ok? solat dulu la"
"Sukati la, ak on je.."
"Teh dulu..!"
"Hek2..yela abah..teh dulu..then solat, pas2 baru jalan2"

and that's how d story begin. Story of jalan2 di MI tanpa duit dalam poket..huhu..memang budak kampung. Tapi nak kisah ape..kami pengguna. Hak kami la.. Mula2..kami menuju ke satu restoran mamak untuk minum2,,tapi entah knape jadi makan2.. Roti tisu n nan 1..kene pulak dengan teh tarik, milo panas (sebab hujan) and nescafe ais (yg pahit)....DAEBAK!..

suasana MI


After makan2 and solat jamak takhir ape sume, ak ngan zikrul pun startkan la journey kitorang.... Macam2 bende best kami jumpa dengan harga yang sangat MURAH!..wahaha...tapi xde duit dalam poket menyebabkan kami hanya mampu melihat.. Tu la, sape suruh bijak sangat.. Tapi takper..jimat ape...haha... Zikrul la yang paling sedeh, coz dy jumpe baju n beg yang dy nak..malangnya....takde duit.... Ak just sedeh coz tak dapat beli helikopter control yang kecik tu...harga dah cun =RM 40..tempat lain RM70..


ni la begnye. RM80. 






dapat gambar pun jadila..


Last sekali, abah ajak pergi makan McD masa balik, sebab abah kate dy xpernah makan McD kat m'sia... Selama ni dy duk layan burger king aje... Takpa2..kami suke~ (>,<)


Ehhh,,,jangan sangka ak xbeli ape2 tau... Time tengah jalan2 tu..tup2 jumpe headphone idaman dengan harga RM 25..padahal kat sg.besar RM 40... Ape lagi...sapu... dlm poket memang takde duit, tapi dalam beg ade..haha... cntik x??



oke daa...tamat sudaa...