Monday, December 31, 2012

of ekzem


"Keputusan semua dah ada, Allah dah siap tulis result awak.

"..tapi, kenapa Dia ciptakan tempoh yang sekarang ni?"



"Sebab Dia nak tengok awak berusaha :) 
and so Dia boleh bagi pahala banyak-banyak."


seiring sehaluan -UNIC
Bismillah.

Dalam dua tiga menjak ni, banyak benda yang berlaku, which is everything is too sweet that it is undescribeable. Hamdallah sangat kat Allah, Dia macam lorongkan satu jalan yang di mana takdir aku selalu di situ. Bersama kawan-kawan yang debest. Yang aku boleh share everything.

Kat sliss, Allah bagi shak, aja, shikin dengan fath.

Kat sungai besar, Allah bagi pija dengan una. Plus ayerk? Erk. Haha.

Kat mesir, Allah bagi ramai lagi. Dan di sini lebih unik!

Kawan-kawan kat egypt is one type of blend-ation of people from many different characteristic, background, speciality, gaya hidup, ect ect. Dan oleh kerana kami hidup bersama sebagai perantau di bumi orang, selalu ditegur 'malizi malizi' dek orang luar; rasanya sebab tu feeling bersama mereka adalah lebih daripada seorang kawan. Macam siblings pun ada. (Boleh pulak rasa walaupun dalam real siblings aku takde perempuan except me. :D)


Ohoho, dah habis Stand Together baru nak tulis benda mushy mushy ni. Hakhak.


Anyway, thanks for being by my side :)


............................................................

Exam.

Yup. Midyear exam.

Tup tap tup tap dan tup tap lagi, macam tak sangka yang kami dah go through tahun dua for half a year (punya course lah, bukan tahun masihi.) ! Terkezut tak terkezut, macam sekejap je tahun ni berjalan. And hari ni pun dah 31 Disember. Pastu lagi dua hari nak exam. *fainted* Tapi muka kool gila je macam tak ada apa apa even tak start lagi buat latihan MCQ bagai.

Masa tu, kalau kita tak potong dia, nanti dia kerat sama kita. Betul kan?

Kadang-kadang i'm glad kalau masa tu terasa berjalan dengan sangat cepat sebab that's mean yang kita gunakan masa itu dengan sebaiknya; dibuktikan dengan keluarnya ayat: "Eh, sekejapnyeee dah setahun!". Macam kita tak perasan masa berlalu pantas disebabkan sibuknya mengisi masa dengan perkara perkara bermanfaat (eceh). Ala, macam masa form 5 dedolu. Masa nak exam tu: "Eh, sekejapnyeee dah nak habis school life!". Padahal, setahun sebelum tu: "Weh, bila lagi nak habis sekolah ni, aku dah tak tahaaaan!" Ect ect. Padahal orang kata hidup F4 lagi enjoy takde pape keje.


Cepatnya masa berlalu means kita enjoy masa kita sebelum tu.

Ke tak? Ohoho =.=" *krik krik krik*



Jiba kata, kalau masa terasa berjalan lambat lah baru menandakan kita isi masa tu dengan perkara bermanfaat.

Yup, betul jugak. Sebab kalau isi masa lapang dengan fesbuking plus berangan macam-macam, tak sedar tetiba dah nak malam. Hailaa.


Dan, once again nak state kat sini, saya suka exam sebab dia-bagi-saya-peluang-untuk-faham-amende-la-yang-sebenarnya-saya-belajar-selama-ni! Yuhuuuu! (eksaited dalam ke-kool-an yang menyembunyikan kerisauan kerana tak buat MCQ lagik~). Plus, masa exam week la baru tersedar to the fullest yang bahawasanya diri ni student medik.

Sebab kalau exam dah habis, tetiba everything macam shut down. Anatomi entah ke mana, fisiologi berterbangan ke sana sini. Masa balik hari tu, kena tanya macam-macam dengan nenek, entah pape yang aku jawab. Buat teori medik sendiri.


Ingat lagi, time tu baru sampai dari mesir. Sembang-sembang dengan nenek. Pastu dia mengadu cakap tangan dia jadi semacam biru, plus makin nampak salur-salur darah superficial dia.

Aku (yang poyo amek medik)--> jadi terkejut. Pastu memori fisiologi cvs ter-activated (HENSHIN!), seraya berkata:


"Eh nek, bahaya ni nenek. Sebab kte belajar kat sekolah, doktor cakap kalau darah stagnant, metabolite berkumpul, tu yang menyebabkan vein tu dilated tu." Hamboih kau, kemain english dengan nenek =.=.


Nenek buat kening double jerk (hak2) lalu berkata:

"Eh ye ke? Habis tu nak buat camne?"

"Nenek kena pergi jumpa doktor cepat-cepat, pergi tanya rawatan. Sebab kalau lama-lama darah tak bergerak nanti boleh men-toksikkan muscles kat tangan. Pastu takle gerak. Haa. Haiyook~" 

Pastu nenek aku gelak sambil pegang-pegang tangan dia.


Dan kemudiaannn..bersambung! >.< hehe.
(sebab dah pukul 5 pagi. tamat masa peruntukkan untuk menaip)


Sekian :)


NB: Sukati aku je kan bagi teori tu kat nenek. Padahal baru belajar pre-klinikal untuk yang normal punya things.

Exam lagi dua hari, start 2 Januari ni. Mohon doa semua. Budak USIM pun sama kan? Una cakap dia pun tengah study leave. For una, aja, amna, yani, fahim, nizam, hamdin. Korang, fighting! Fathiy je yang tengah cuti. (Haha aku stalk aktiviti korang)

:)

Rabbuna yusahhil. Doakan saya juga.


Saturday, December 22, 2012

of 7.30pm

Assalamualaikum :)

Husna yang hebat tu dah bising cakap post lepas pendek je. Maka apakah tindakan yang perlu dilakukan? 


TULIS PANJANG-PANJANGGGG! Hoyeah!


Ehem. Macam yang semua dah sedia maklum, sekarang ni dah masuk musim sejuk di Mesir, dengan suhu terendah 10'C pada waktu malam. Tapi tahun ni kitorang cam steady je pergi sekolah pakai sweater, mungkin sebab dah teradapt kot dengan kesejukan. Tahun lepas, mula-mula winter je orang dah duk sibuk pakai winter coat ala europe gitu. Kemain. Sekarang semua orang kool je pakai sweater (cam aku, opkoss). Cuma strawberi belum banyak, kalau dah keluar nanti kita sambung projek pavlova untuk siri ke-6 tahun ini. 


Semalam,

Kami ber-ISK lagi di tanah aghab ni, dan buat aku, untuk kali yang ketiga. Namun kali ini, bukan sebagai pendengar semata, tetapi sebagai part of team penyampai. Erk. Takdela penyampai mana, cuma jadi kakak laptop yang comel je. Ahaks. 

Tapi, duduk di depan sebagai kakak-laptop-yang-comel (ahaks); aku belajar banyak, sekali lagi, tentang sejarah islam, tentang fakta dunia, tentang tujuan hidup, tentang itu, tentang ini. Banyak sangat. Banyaaaak sangat! Even ayat intro akak pun sangat menembak. Kata kak ab,

"Mungkin, ada antara kita yang pernah dapat input pengisian ini sebelum ni, mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin juga ada yang belum, dan tak pernah tahu pun. Kepada yang tak tahu, ketahuilah, Allah dah buka peluang untuk antunna dapat dan belajar sesuatu pada hari ini. Dan kepada yang tahu, anggaplah ia satu tazkirah, refresh balik fakta. Jangan pernah penat dan jemu dalam mencari kebaikan, sebab peringatan tu Allah kata hanya berguna untuk orang-orang yang beriman, kan?"  

Aku sangat respek kat kak ab. Sebab, kata-kata dia tak pernah tak menyentuh hati. Perbuatannya, tak pernah tak membuatkan orang tak kagum. Walaupun beliau bukanlah orang yang lantang melaungkan suara di hadapan, tetapi seringkali aku tersentuh dengan semangatnya. Tak pernah berhenti dan mengeluh penat. Sebab, dia ikhlas. Simple je point kat situ. 

Dia sanggup, buat apa sahaja, demi jalan ni. Even tiada rehat.

Even tiada masa untuk berseronok ke sana sini macam kitorang.

Even duitnya banyak dihabiskan untuk ilmu, kelas bahasa arab, tafsir, buku dan jalan dakwah.

Dia tidak pernah mengeluh dan merasa tidak cukup dengan dunia.

Keluhan yang terdengar hanyalah,

"Kalau la Allah bagi akak lagi banyak masa, boleh buat lagi banyak kerja. Tetapi memang fakta sehari tu 24 jam, sama bagi semua orang. Takde yang lebih, takde yang kurang. Maka kita kena manfaatkan masa tu sebaiknya supaya takde yang tersisa."

Hebat kan?

.............................................................................


Mungkin sebab aku kakak laptop yang duduk kat depan, suara penyampai lebih cepat velocity dia untuk mengetuk gegendang telinga sendiri sebelum kepada peserta lain, maka aku pun agak teruja mendengar semula segala pengisian yang best tu. Point QS, analogi telur ayam, logam, fakih dalam agama, dll. Kena pulak Allah bagi aku duduk dekat dengan orang yang suka sejarah.

Oh, abah suka sejarah. 

Nabilah pun suka. Cuma malas nak hafal :p

(tetiba je =..=)

.................................................................................

Dan untuk si dia yang suka sejarah :)

Yang masih lagi mencari.

Apa yang perlu dicari.

Carilah, jangan berhenti mencari.

Kerana tanpa pencarian, kau tak akan temukan jawapan.

Macam kisah Nabi Ibrahim, 

mencari Tuhannya di sana sini.

dan apabila jumpa, baginda beriman, baginda masih lagi meminta bukti daripada Allah.


Bukan kerana dia ragu, tetapi untuk memantapkan keimanannya.

Allah menolak ke? Tak. Dia tunjukkan.

Dengan syarat si hamba mahu. Ingin dan meminta.




Dan pencarian tu, bukan kau sorang je.

Aku pun masih lagi mencari.

Dan dalam usaha pencarian tu Allah kurniakan banyak jawapan.

Melalui alam, rakan, kakak-kakak, dan AlQuran.




Mencari identiti diri yang sebenar. Mencari sesuatu yang Allah redha. Ini bukan benda remeh. Ini misi besar.


Kadang-kadang kita tahu je apa tujuan penciptaan kita di muka bumi ni. Ha, ape? "Eleehhh, soalan kacang pis kot. Bukak quran, 2:30 dengan 51:56." Evil grin. Dengan bangga kita menjawab camtu. Kemain, full marks!


Memang. Memang kita tahu fakta tu. Tapi kita faham ke?


Rukun faham tu ada 20.


"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kepadanya kebaikan, maka Allah akan mengurniakan kepadanya kefahaman."







Kisah retis nombo dua.

Kenapa tajuk dia of 7.30 p.m? Sebab, nak minta tolong. Jangan buat banyak-banyak aktiviti on this range of time sebab maaf saya tak dapat tarik mata saya bulat sebab dia jadi korea sikit time ni. Lagi parah, ia disertai dengan senaman kepala.

Jet lag yang tak habis lagi sejak bulan sembilan. (poyo alasan ni)

Tapi Allah nak bagi aku mujahadah lebih sebab memang banyak benda maujud time ni. Jangan jelly.


*mesti ada yang fikir: bajet gila budak ni, benda ni pun nak bagitau. aku pun tengah memikirkan benda yang sama sebenarnya =..=. bajet retis.




Tangan dah beku sebab menaip dalam winter. Sekian :)



Sunday, December 16, 2012

Sebentar


Assalamualaikum :)

Melihat deretan draft yang kemas tersimpan dalam peti post list. 

Lama dah tak menulis. Dua post je wujud masa bulan 11. Keluh diri sorang sorang. Bukan taknak menulis. Malah selalu merengek dengan cik arha pasal mumblyme yang lama tak terusik terisi. Usik je, tapi tak tertaip. Ngehh, bajet ada la reader yang tunggu post kau tiap hari? Eh, ada satu. yang aku cerita hari tu; junior yang terjumpa kat sekolah masa ramadan dulu XD




Takut.

Takut jugak tidak menulis kerana diri tidak terisi.


Apa kaitan dia? Heheh. Empunya badan lebih tahu. Saya seorang yang cepat teruja. Maka? Fullsetop. Hadam dan buat konklusi sendiri.


Mengisi diri tak semestinya terisi lekat. Namun, at least cuba mengisi. Daripada tak mencuba langsung.


Anyway, bagi pihak mumblyme, lebih baik dia diam daripada bebel benda-benda mengarut bajet retis sensorang yang kini menjadi hobi kat muka pengicau.




Winter datang lagi. Dan kenangan bumi shamrock terimbau kembali. 
Maaf, saya memang jenis hidup mengenang :P

Saturday, November 17, 2012

Hime #2

Hime tu apa? Fu fu fu. Boleh la google ye :P

Ini kisah Ansar lagi.



trademark rumah Ansar. Tapi rilakkuma tu takde la sepanjang masa kat situ.



Suatu petang yang indah sebelum kelas arab bermula pukul 4.30 petang hari itu.

Tangan laju menutup ma'thurat yang baru sahaja selesai dibaca bersama kawan. Niat dihati mahu menyimpannya ke tempat asal supaya mudah untuk digunakan di kemudian hari. Bukan senang nak jumpa ma'thurat kubra yang berserta terjemahan di sini. Import khas dari malaysia kot. Jadi kena simpan baik-baik. 

Sebab ma'thurat bukan mahu dibaca laju macam air tapi tak faham maknanya. Tak guna.

Jadi kerana itu kita perlukan terjemahan :)
dan menghafalnya.

Tika tubuh mahu diangkat menuju ke meja studi yang comel molek itu, tiba-tiba kawan di sebelah menyapa.

"Hei, ada doa awal akhir tahun tak kat dalam tu? Nak baca lah."


Mata direnung ke siling sebentar seperti ada jawapan di atas. Kemudian ke bawah semula membelek-belek kembali ma'thurat tu. Tiada. Cuma ma'thurat dan yaasin sahaja.


"Takde lah. Kau ada ke?"

"Sebab aku takde la aku mintak."

"Erk. Kita google jelah."


Selesai meng-google menggunakan fon alaf baru yang canggih itu (ahaks), mereka berdua mula membaca doa akhir tahun bersama-sama. Meskipun sepatutnya doa itu dibaca sebelum maghrib namun dek kerana komitmen kelas dan sikap concern sahabat, mereka baca awal. Bersama-sama. Dengan seorang sebagai pembaca dan yang lainya sebagai tukang amin.

Usai kali pertama baca;

"Ameen."

Tangan masing-masing diangkat ke atas menyapu muka.

"Selamat tahun baru," ujar si kawan sambil kenyit mata. (okey, ni scene tipu)

"Tak sangka dah tahun baru kan. Tapi, doa ni ayat dia terabur-terabur maksudnya lah. Tak faham. Tak feel." adu sorang lagi.

"Hey, mana ada lah. Feeling gila doa ni. Cuba baca betul-betul. Kau tu yang gelabah sangat sangkut-sangkut baca doa." Sedas tembakan mengenai sasarannya. Cukup tepat.

"Erk. Hei. Tak payah nak jujur sangat." Lap peluh di dahi. Ayat mahu novel je.

Memang lah sangkut-sangkut sikit, ni bukan doa yang dibaca tiap-tiap hari pun. Jadi scan pertama wajiblah otak berfungsi membaca berserta translation maksud.

*Scrolling*

"Weh, doa ni baca tiga kali lah. Sempat lagi ni nak baca sebelum kelas arab. Nak tak?"

"On je."


Cukup tiga kali baca, masing masing melepaskan nafas keluhan. Fuh. Baru faham doa ini keseluruhannya. Dah tahun baru rupanya. Kitab baru. Catatan amalan baru.


"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu."


Dan masing-masing sedih mengenangkan setahun yang lalu. 

Dosa lalu. Bagaimanakah ia? Telah diampunkan atau belum?

Amal lalu. Bagaimanakah ia? Telah diterima atau belum?

Umur lalu. Bagaimanakah ia? Mendapat keredhaanNya atau tidak?



Doa ini sangat frank. Sangat jujur. Sangat menembak. Macam memalit lecak kat muka; mengaku kesalahan sendiri. Memang pun. Diri ini masih dipenuhi dengan lecak jahiliyyah. Aku mengaku. 

Dan Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jangan sia-siakan peluang ini wahai diri. Terketuk biar berjalan, bukan terbenam. 






Selamat tahun baru 1434H semua. Meskipun dah lewat 2 hari. May Allah bless this year to the fullest!
Kena start buat azam tahun baru ni. 

Dan disember makin hampir. Hehe :D






Sunday, November 11, 2012

of kompas:mumblyme

Assalamualaikum :)

Dari meja penulis. Ngehh bajet kau jah.

Saya nak membebel ngarut2 sikit boleh tak? After all, sebab tu blog ini namanya mumblyme. 
Saya sangat rindu untuk menulis. Walaupun memang sedar sendiri bahawa diri ini tiada bakat menulis.

Dahulu saya menulis kerana ingin bercerita tentang diri. Dan dahulunya juga mumblyme ini bergerak senyap. Tanpa ada yang mengetahui. Sebab apa? Kerana saya segan kalau kawan sendiri baca post yang ntahpape ni. Ihik.

Namun setelah tamat zaman persekolahan, saya rasa blog merupakan medium terbaik untuk menghubungkan diri ini dengan rakan-rakan sekolah lain dalam bentuk penceritaan pengalaman. Kerana itu, saya banyak menceritakan tentang hidup saya selepas sekolah, perjalanan di intec, sebelum fly dan even bila sampai di mesir. Macam laporan yang tak skema pun ada gak.


'Live up your experience through writting.' 
Kata-kata shak masih digenggam erat.

Phrase tu, sangat sangatlah benar. Kerana pengalaman yang kita lalui, tak pernah dan tak akan sama dengan orang lain. Every and each person is unique. We are different. Kalau sama pun, dia mesti lebih kurang; bukannya 100% sama, kan? 


Tengok panorama yang sama, tapi view yang berbeza.

Dengar lagu yang sama, tapi dapat feel yang berbeza.


Pengalaman yang haru_maki lalu takkan sama dengan cik lemon, ciku, banna, KID; dan juga takkan pernah sama dengan cik arha, sheis, cik hati rapuh, abu umar, akhi nakal dll. Walaupun kita berada di tempat yang sama dan melalui jadual kehidupan yang sama.
(kantoi selalu usha blog korang)


Sebab apa? Manusia itu punya hati yang berbeza. Diverse. Dissimilar and unlike. (alasang tak kukuh)



Tanah yang sama, pijakan yang sama, tapi rasa dan pandangan yang berbeza.
Manusia itu unik.


Dan saya memang belajar banyak daripada apa yang kawan-kawan lain tulis dan kongsi. Contohnya, kak fathy. Dia sangat suka membaca buku hebat-hebat, sebab dia memang hebat. Then, beliau suka share dalam fti caption ayat daripada buku yang dia baca dahulu.  

Kadang-kadang saya tersentuh dengan apa yang dia tulis. Dan kadang-kadang juga ia lebih menggerakkan saya untuk berubah. Ada kalanya jugak, saya rasa Allah sengaja nak tegur diri ini melalui perantaraan ilham yang diberi kepada orang tersebut untuk menulis. Terima kasih kerana menjadi 'posmen' antara saya dengan Dia.


Dan juga, pengalaman itu takkan 'live' kalau disimpan sensorang. Rugi.

Sebab itu, sekarang haru_maki nak terus tetap menulis. Bukan sebab untuk diri sendiri semata-mata, tetapi untuk kawan-kawan dapat apa yang saya dapat. Saya taknak dapat sorang-sorang, dan diingatkan saya bukanlah seorang yang bajet baik sangat pun nak ajar orang jadi itu, jadi ini. Cuma nak berkongsi rasa. Ada benda yang korang ada, saya takde, dan benda ni vice versa. Topap2 la. Semoga korang semua dan diri sendiri mendapat manfaat daripadanya. Walaupun saya tahu saya selalu sangat mengaghut2 sensorang bajet retis.

Macam mungkin daripada cerita saya, korang dapat extra, lebih daripada apa yang saya lalui. Who knows?



Menulis. Bercerita. Berkongsi.


Plus, ntahpape kan ayat. Kejap sopan, kejap otai. Ini saya.



p/s: Actually mumblyme dah tiga tahun. Ak pun terkejut, lama dah rupanya. Doakan ia terus terisi. lebih-lebih lagi dengan perkara medik. Nama je student medic, tapi sepatah hape pun tak sebut pasal medik kat sini. sikit je.

Maaf kalau selama ni ada salah silap. 


May Allah bless :)
111112


Monday, October 29, 2012

word-less #6 raya

Aidiladha telah menutup tirainya.

Tersentuh bila mendengar orang aghab yang still bertakbir seusai habis solat maghrib semalam dari corong speaker masjid.

Sudah banyak bertakbirkah diri sepanjang raya ini? Benarkah ibrah qissatul tadhiyyah keluarga Nabi Ibrahim telah berjaya ak genggam erat dan semai dalam hati kemas-kemas? 

Mengalir bersama darah dalam tubuh?

Berkorban, atau terkorban?


"Tidaklah sama keadaan orang yang duduk dengan orang yang berjuang."


Tak pandai bersastera, hanya mencuba :P

Sunday, October 28, 2012

Korban 1433H

26 Oktober 2012.
Tahun kedua beraya di tanah aghab.

ansar's welcomer :)

Sebelum nak memulakan bicara 'yang mungkin panjang', selamat hari raya aidiladha saya ucapkan kepada semua; terutama sanak sedara kat kampung sungai besar (dengan harapan besar mereka membaca) member member kat msia, readers mumblyme (bajett! :3); and last but not least kawan kawan kat mesir ni. Gen11us-ians apatah lagi. Salam raya saya hulurkan.

Maaf zahir batin, kullu sanah wa antum toyyibun. 


Tahun ni feel raya macam lain sikit. Sebab dah masuk tahun dua kan, jadi macam tahu la amende yang kita patut buat bila nak menjelang raya. Apa yang patut disediakan dan yang patut dibeli, dibuat, dikemas, ect ect ect. Tahun lepas blur je, ikut senior cakap apa. Innocent lah katekan. 

Tahun lepas, masak je benda benda raya tu semua, tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab tak pandai bajet. Pastu buat rumah terbuka, tapi tuan rumah takde sebab pergi CS. Hehe.

Tahun ni, huaaa, 5 kilo ayam habis dalam masa sehari! Gojes tak gojes :P


Namun, apa yang tak berubah: tahun lepas first time berjaya call ibu nangis-nangis ialah masa pagi raya disebabkan faktor internet plus komputer yang ntahpape. Dan tahun ini pun ak mengalami masalah yang sama. *Degil, taknak beli voip.*


Yang penting, raya tahun ni lebih syahdu! Allahu akbar :)


......................................................................


Cerita bermula. Alkisah raya.


Pagi tu ada kelas practical biochem. Tapi sebab terduduk belakang, fokus jadi kurang dan perkara yang dilakukan untuk mengelakkan tidur ialah: BERFIKIR NAK MAKAN APA! Hoyeahh!
*don't do this at class*

"Weh, aku dah siap buat list menu. Cuba tengok!"

"Banyaknya! Camtu ko buat sume."

"Erk. Tapi aku nak makan semua ni!"



Suasana pagi raya jalan ke gami3 Ibrahim.


Kami memang dah lama plan nak masak-masak, tetapi sebab semua orang duk sibuk berkejar ke sana ke mari sebab ada meeting dan SC, jadi kami tak berpeluang nak berduduk bersama bermusyawarah (eceh!) tentang tugas yang perlu disenarai hitamkan untuk tindakan segera. Keadaan menjadi kelam kabut pada hari sebelum raya. 

Tapi cadangan nak masak masak untuk rumah terbuka tu dah lama ada. So cadangan tetap go on meskipun ahli ansar semua balik lewat malam tu.

Dan kami memasak bersama hingga lewat malam :)

Sweet 1.0.



......................................................................



lirik lafaz takbir



Malam nak raya, kami bertakbir bersama-sama. Sebab habis iftar SC lewat sikit, jadi kitorang masuk lambat ke dalam majlis. Masuk-masuk tempat dah penuh. Tapi sebab akhowats welcoming, diorang gerak-gerak untuk bagi kami duduk dengan selesa. 

Dan takbir diteruskan.

Jarang rasanya untuk dapat peluang cenggini. Takbir ramai-ramai, siyes rasa syahdu gila. Rasa seronok. Rasa izzah. Rasa yang memacam rasa ada. Lepas tu berfikir, selama ni alangkah ruginya malam raya kita tak gunakan untuk bertakbir banyak-banyak macam ni. Tau-tau malam raya dulu banyak gelak je sambil gosok baju, kemas rumah, nak siap untuk esoknya. Haihh wahai diri.

Padahal sambil-sambil tu boleh je takbir.


Aidiladha; Sebuah drama kisah benar pengorbanan seorang ayah dan anak.


Sangat tersentuh bila akak menceritakan semula kisah ulung ini daripada sudut pandangan berbeza yang baru didengari. Tentang bagaimana kuatnya Siti Hajar, taatnya Nabi Ismail dan kasihnya Nabi Ibrahim terhadap Allah. 

Bayangkan, ini sebuah kisah keluarga, yang bukan kisah main-main. Ia benar. Kisah drama ini tertulis dalam Al-Quran, mengenai satu keluarga yang Allah uji kasih sayang antara sesama mereka, dengan seberat-berat ujian keluarga. Dimulakan dengan Nabi Ibrahim yang telah berumur tetapi masih lagi belum mendapat zuriat. Maka baginda sering berdoa;
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang termasuk orang yang saleh."  (37:100) 
Akhirnya, permintaan baginda dijawab oleh Allah, yang baginda akan dikurniakan seorang anak lelaki, seorang anak yang sangat sabar, sangat patuh melalui Siti Hajar yang merupakan isteri kedua baginda.

Siti Hajar pula, bukan calang calang wanita. Sopannya dia, beradabnya dia terhadap Siti Sarah, kerana mengetahui dirinya yang sarat mengandung mungkin akan melukai perasaan madunya itu, Hajar meminta Nabi Ibrahim untuk membawanya jauh ke tempat lain untuk bersalin. Dan apabila telah bersalin dengan bersusah payah, Allah uji pula dengan dugaan lain.

Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isterinya yang baru bersalin bersama anak sulungnya yang masih bayi di sebuah tempat tandus, yang dibayangkan dalam Al Quran sebagai "wadin ghairi zi zar3in". Lembah yang tidak mempunyai tanaman. (14:37)


Bayi lagi kot. Dah la tempat tu takde air. Takde tanaman. Takde! Pasir je semedang.


Dan apa reaksi Hajar?

"Adakah kau mahu meninggalkan kami di sini?" tanya Hajar kepada suaminya.
"Wahai Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang kering ini?" kata Hajar. 
"Wahai Ibrahim di mana engkau akan pergi dan membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?" 
Si ibu mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan tidak menjawab. Baginda malah memalingkan mukanya ke arah lain. Melihat keadaan suaminya itu, Siti Hajar cuba menukar bentuk soalannya.
"Adakah ini perintah Allah?"
"Ya," jawab baginda. Sayu. Hati bapa mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri tercinta di tempat sebegitu sendiri tanpa apa-apa.

"Pergilah, jika begitu. Allah tidak akan mempersiakan kehidupan kami di sini."



Mungkin antara kita pernah/selalu je dengar kisah ni, tapi entah kenapa saat dengar semula drama ni rasa sayu tu sangat kuat. Sebab mungkin terasa macam kalau diri ni berada di tempat Siti Hajar, entah apa la reaksi aku. Dapatkah aku menjadi setabah dan setawakkal dirinya?

Panjang lagi ceritanya, sampai saat Nabi Ismail pula diperintahkan untuk disembelih oleh bapanya melalui tafsiran mimpi Nabi Ibrahim. Nabi Ismail, masa dengar statement tu dari bapa baginda, takde pulak melatah apa, tapi baginda jawab dengan yakinnya;
"Tunaikan apa yang diperintahkan kepadamu wahai ayahku, ayah akan dapati saya seorang yang sabar dalam menanggung penderitaan ini"

Relanya hati mereka.

Pasrahnya hati mereka.

Mereka adalah satu keluarga. Yang jarang berjumpa. Yang terpisah jauh. Yang diuji hebat semasa pertemuan dan perpisahan. Namun mereka pasrah, dan yakin akan rahmat dan kekuasaan Allah.

Mereka adalah satu contoh keluarga yang "aslama". Yang tunduk patuh dan berserah diri. (22:34). Berserah diri dalam setiap perkara kehidupan.


"Kalau aidilfitri mengajak kita kembali kepada fitrah, aidiladha mengajak kepada apa?"

"Mengajak diri kembali menjadi Muslim yang betul betul 'aslama', yakni berserah diri!"


Hebat individu itu, hebatlah ujiannya. Hebat juga ganjarannya. 

Nabi Ibrahim adalah seorang bapa yang amat mencintai anaknya, dan Nabi Ismail pula adalah anak sulung yang dinanti-nanti oleh baginda selama ini. Dapat bayangkan tak feeling seorang bapa tua yang tak pernah jumpa anaknya untuk sekian lama sejak bayi sehingga jadi besar dewasa, sayang dan kasihnya tentu meluap-luap nak jumpa anaknya. Namun lepas tu diperintahkan pula untuk sembelih anak sendiri guna tangan sendiri?

Dapat rasa tak? 

Ugh, sedih sangat kot. Tapi segala apa yang Allah perintahkan itu pasti ada hikmahnya. Yang disembelih itu bukanlah semata-mata jasad kibas yang digantikan dengan Nabi Ismail, tetapi perasaan cinta yang melebihi cinta kepada Allah. Dalam kes ini, cinta Nabi Ibrahim kepada anaknya.

Kini terbukti bahawa Allah adalah segalanya bagi baginda berdua.

Cinta kepada Allah itu seharusnya melebihi segalanya. The other love will come along, then.

:)

Kemudian Nabi Ibrahim masuk ke kota Mekah sambil bertakbir kesyukuran. Happy ending :D


A great story of a great family.


......................................................................



Saat ini aku masih meragui nak tulis lagi ke tak. Sebab macam dah panjang sangat =_="


keadaan pagi di dataran asyir


Pagi raya, solat raya di gami3 Ibrahim bersama housemates dan orang aghab yang lain, habis je solat ada makcik arab tu bagi gula-gula kat semuaaa orang. Kemudian terus ke rumah untuk masak kuah kacang dan ke asyir untuk tugasan potong daging beramai ramai. 

Tapi, sebab daging berjaya siap dilapah hanya bila hampir waktu solat zohor, makanya sepanjang pagi tu keje ak dengan pekja hanyalah memotong bawang-bawang yang ada. Berlakulah drama air mata pagi tu, dan takleh blahnye, wujud pulak lagu-lagu raya yang sesedih. Hmm.

Memang sesuai sangat la xD

Menyedihkan tahun ni, tak dapat nak tengok sembelihan secara live. Sebab duduk atas potong bawang. Tahun lepas siap dapat tengok unta kena sembelih lagi!


Hari tu jugak, ramai orang datang ke ansar. Hehehe. Saya suka bila orang datang rumah! Sebelum pukul 7.30 malam la ofkosnya. Tapi sempat melayan 3 trip tetamu je sebab balik dari asyir petang. Merasa kenyang setelah beraya di rumah sirap, penat lalu collapsed semasa menunggu turn nak masuk toilet.

antara makanan yang ada :) banyak lagi yang tak masuk gamba ni


Okeh, nak taruk fullsetop kat sini.

Salam aidiladha 1433H. Rasa macam mengulang balik tahun lepas je. Tahun lepas pun ada post sikit pasal raya haji, tapi tak sangat lah.

Taqabalallahu minna wa minkum :)


Wednesday, October 24, 2012

Kendiy


Gula-gula.

Aku tak suka makan gula-gula sangat sebab dia manis. Bajet dokter? Biarlah. 

Sebab gula-gula boleh buat orang pening. Siyesli. Bajetdokter#2


Lagi-lagi gula gula murah. Hehe. Tapi, sangat suka rupa gula-gula sebab dia comel, untuk attract bebudak kan, mestilah comel. Lagi-lagi gula2 kungfu fighting tu. Besaaar~ Dulu masa kat intec pernah dapat gula-gula tu; time jamuan akhir meg03 dengan miss hanie. Masa dapat lolipop besar tu, rasa teruja gila! Teruja sampai tak termakan. Hari-hari tengok lolipop tu pastu senyum sorang-sorang dengan muka excited. Simpan kemas-kemas dalam kotak. Last sekali, selepas habis final exam baru bawak balik rumah bagi dzorif makan je.

Dan gula-gula boleh buat orang hepi.

Selalu Pernah je kawan bagi gula-gula kalau tengok ak mengantuk dalam kelas. Just a simple thought like that really make me happy that much. "Oh, diorang concern." senyum dalam hati. Dan kemudian menjadi lebih semangat nak meneruskan pembelajaran. Bukan sebab gula-gula, tapi sebab care yang mereka beri.

Gula-gula ini pun tanda kasih sayang.

Apa yang kita rasa apabila melihat seorang dewasa memberi gula-gula kepada seorang budak kecik yang ditemuinya? Macam comel sangat kan? >_____<  Macam orang dewasa tu seorang yang sangat penuh dengan rasa kasih dan sayang, dia concern terhadap budak tu, dan dia nak buat budak tu hepi. Dan budak tu pulak kompem lah hepi dengan gula-gula sebab budak kecik memang suka gula-gula.


Konklusi: Gula-gula mampu menjadi medium kebahagiaan. Sebabnya saya yang tak berapa nak suka gula-gula pun boleh feel like in cloud nine kalau dapat sebijik.



(alamak, ayat tunggang terbalik)


suka yang macam ni. Besaaaaar!



Apa motif cerita pasal ni? Oh, sebab ada lagu.


Tajuknya, 'Semanis Gula' :)
Credit to pija yang memberinya. Jazakillah!


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Korus:
Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur 
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti 
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Ulang korus


Ukhuwwah tu macam gula-gula. Ia membahagiakan.

p/s: Tapi saya suka gula-gula kopi :)

Monday, October 22, 2012

Orang tua bulan oktober

Ehem.

Sekarang jam Kaherah menunjukkan pukul 5.21 pagi. Malaysia kini juga mesti sedang berpagi-pagian panas sebab dah nak tengahari. 

22 Oktober 2012.


Dia merupakan sumber inspirasi saya dalam bidang seni (eceh). Menconteng lagi sedap kot. Dan juga dalam bidang pengkomputeran pengefotoshopan pendownloadan muvie. hehe.

Dan bidang pembacaan komik.


Ak tak pernah ada kakak, dan tak mungkin akan ada (yang sedarah). Sejak dari kecil hidup ak banyak bersama gegengs lelaki sebab ahli rumah majoritinya berkromosom XY. Dan kami berdua mempunyai persamaan dari segi itu. Jadi kami ganas sikit lah masa kecik kecik dulu. Sekarang dah besar, alhamdulillah lembut cantik menawan. Ehe.


Kenangan masa kecik? Hmm. 


Dulu yong duduk hostel, dia tua 4 tahun daripada ak. Jadi masa ak darjah 6, dia dah form 4. Masa darjah 6 dulu ak dengan faiz (adik yong yang sama umur) tusyen dengan tcer Mei yang merupakan jiran diorang. Jadi, setiap hari isnin dan rabu selepas sekolah (kalau tak silap), ak akan menumpang rumah pak uda sementara nak menunggu waktu masuk kelas tusyen yang bermula pada pukul 8.30 malam.

Jadi, sebab biasanya yong takde kat rumah kecuali pada hujung minggu, maka ak lah yang mengongker bilik tersebut. Hoyeaaaah! Lagi-lagi bila bilik dia banyak komik. Lagi perghhh osemm, rasa macam taknak pergi tusyen je. Baring golek-golek baca komik lagi best.



macam ni lah ghupenye


Maka, kadang-kadang, selaku budak kecik yang innocent (semestinya), ak alpa dan leka dalam mengingati fakta bahawa bilik ini adalah kepunyaan orang lain. Hehe. Bayangkan, komik yong yang elok kemas dalam susunan habih berterabur ak buat. Yelah, biasanya aku kemas balik (ehem ehem sejak kecik budak ni dah rajin); tapi entah kenapa ada satu hari tu rasa malas gila nak kemas.


Kebetulan tu jugaklah hari yong balik dari hostel. Habih ai kene hambuq sama dia. Kaw kaww punye! Siap bagi larangan abadi masuk bilik lagi tu. Silap pencaturan.


Time tu la, first time ak kena marah dengan seorang 'kakak'. Dia tak macam mak, kalau mak marah kita boleh merengek merajuk buat demo apa sume ---jangan contohi yang ini. Kalau yang kakak ni, kita merengek merajuk, dia peduli hape. Lagi-lagi kat budak darjah 6 kan. Untung-untung kena sekeh kepala. Sejak peristiwa tu siyesli ak takut kat dia. Tapi lepas tu dia okey je. Aku je yang trauma lebih.

Sebab kena marah dengan 'kakak'. Huuu, hilang cool.


Lepas tu, form 1 ak masuk SLISS, sama sekolah dengan beliau. Oleh kerana beliau seorang exco asrama, maka ak rasa macam ada penaung ala-ala stail gangster gitu. Hahaha. Okeh fullstop. Merepek memang kelebihan saya.



peace!


sape nih? hehe. 



Gambar tatkala diajak meronggeng melawat sawah padi sambil minum iceblended yang mahal xD



............................................................................................................


Sanah helwah. Tahun yang manis (?).

Norizzatie Bt Mohd Yusof.

Kalau kite umur 19, maknanya ko dah 23 tahun lah kan :) Tua! haha.

Umur, bukan paras dan takat penentu. Ada orang usianya tinggi, namun jiwanya masih lagi kecil. Ada orang usianya mentah, namun  berjiwa besar.

Kekadang, budak kecil yang comel lebih banyak pengalaman daripada yang tua. Lebih mampu untuk berfikir dengan lebih cekap dan baik. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Daripada pengalaman kita membentuk diri kita. Kita bukan lagi hidup pada zaman kasta, di mana penghormatan diberikan mengikut pangkat dan tahap. 

Allah pun dah lama berfirman, yang bermaksud; "Sebaik-baik di antara kamu adalah yang paling bertaqwa". Bukan yang paling kaya mahupun yang paling pandai.

Banyak lagi. Tak semestinya orang begini dia begitu. Tak semestinya orang phD ilmunya lebih banyak daripada yang tidak bersekolah. Tak semestinya ahli ibadah/imam tahu segala-galanya berbanding dengan orang yang masih belajar ilmu agama. Tak semestinya pemandu di litar F1 sepang lebih pandai men-drift daripada orang yang selalu pergi kerja lambat. Eh.

Haha. Yang penting, dalaman. Jiwa dan kekuatan rohani kita. Dan pengalaman. Keterujaan kita untuk kekal tahu, merasa dan melakukan. Salurkan semuanya ke jalan yang baik.

Dan terus, terus, teruskan mencari di mana kekuatan diri kita. Cherish it well.


Kite doakan diri sendiri dan yong dapat jumpa nilai itu, dan macam mana pun, yong sangat hebat di mata kite tau! Uhukk sila terharuuu~ Dan sangat mendoakan dan berharap yong pun dapat jadi 'the special someone who has something' di mata Allah. Semoga terus kekal menjadi anak yang solehah dan diberkati Allah dalam setiap amal.


Happy birthday >__<! Tahmid :)





Saturday, October 20, 2012

Kepala baru

Assalamualaikum :)

New year, new header.

New aim, new steps, new courage.

Everything gonna be new ek after Glow with Flow?

Typical.


-Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam~-




#saya nak dapat mangkuk mumtaz jugak tahun depan. jelesss >.<! maka kena usaha lebih sikit.  



Thursday, October 18, 2012

Be serious

 Assalamualaikum :)

reroti sedap


Benarlah pepatah orang tetua kata kalau dirancang memang susah nak jadi. Kalau merancang nak tulis ape dalam blog, memang hasilnya mahu dua tiga kali jadi draft. Dan itulah yang terjadi kepada diriku kini. Huahuahuaaaa. Mensedihkan.

By the way, atas tu nak promot roti sedap yang baru di-discover siang kelmarin. Berperisa mentega dan rasanya sumpah osemm tahap tak ingat. Kalau cicah dengan kaya mesti lagi WOW gitu. Sebabnya butter and kaya form a good pair together! *pleasetryathome.siyeslipleaseeee!*Taktahu la kalau ak je yang rasa macam tu sebab masa tu memang makan dalam keadaan yang agak kebuluq la jugak. 

Oh, roti sebelah tu pulak. Ustazah jihad bagi kami masa kat markaz arabi semalam. Terharu kami.

Be Serious. Post amarah ni. ngehee

Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita banyak main tolak tarik. Apa yang dirasakan mudah, diambilnya. Apa yang dirasakan susah, terus campak jauh jauh dan dengan sedaya upaya kita cuba menjauhinya. Memang betul pun sifir tu. Sape lah yang suka susahkan diri sendiri dengan pelbagai perkara yang memang susah untuk dilakukan oleh kudrat empat kerat sendiri. Macam contohnya dalam kerja kelas, takde siapa akan melantik diri sendiri untuk menjadi class rep --satu kerja yang menyusahkan diri sendiri; dalam keadaan yang diri pun tak terurus dengan urusan assignment, pelajaran dan hal-hal berbangkit yang lain. Baik duduk dalam bilik sendiri lepak-lepak goyang kaki, lagi best en.

Maka satu applause untuk class rep MEG03 izat yang ohsem itu kerana sanggup memikul amanah ini dengan bergaya. Hui.

Pernah ak berjumpa dengan warga-warga asing yang masih lagi berfikiran untuk tidak memberi; hanya kerana mereka merasakan yang diri mereka tiada kelebihan luar biasa untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Yang lagi best, ada yang taknak bergelumang dengan kerja semata-mata kerana lebih mementingkan hak badan mereka untuk dibaringkan ke tilam yang empuk itu selama paling kurang 12 jam  sehari.


Ya, mungkin saya bersikap skeptikal namun perkara ini siyesli perlu di-banish dengan segera.

Ingin ditegaskan di sini bahawasanya tidaklah post ini menyeru untuk seseorang itu perlu menjadi sibuk yang jiddan-jiddan-jiddan-moot sehingga menjejaskan keperluan badannya. Ataupun menjadi orang yang ke hulu ke hilir sibuk dengan hal persatuan, dll sehingga hak lain terabai. 

Perasaan pentingkan rehat sebagai the top-prioriti atau malas nak bersusah-payah itu yang perlu ditegur. Kalau anda merasakan diri anda tidak mempunyai apa-apa yang spesel; yang tidak boleh memberi sesuatu manfaat kepada orang lain, maka carilah ia. Find it within yourself. Kalau korang pandai masak, manfaatkan kebolehan masak korang. Kalau pandai menconteng, contenglah apa-apa yang mampu memberi kebaikan. Kalau takde pape? Carilah. Cari dan cuba adakan ia. Pergi belajar. Agar suatu hari nanti kita kelihatan spesel dan ada nilai di mata manusia; dan ofkos lah lagi penting di mata Allah.


Cubalah serius dalam hidup dan ingatlah, kita tidak akan duduk dalam posisi sang penerima buat selama-lamanya.


Huh, emo. Haha.


saya tak pandai menconteng jadi inilah hasilnya


Sekian.
#ketukdirisendiribagiberjalansikit


Wednesday, October 10, 2012

word-less #5

Assalamualaikum :)

Pagi masih gajah (?), dan di dapur sudah ada bunyi kelentang kelentung orang memasak. Syabas bete! Mereka selalu masak disebabkan ak yang kerap merengek kelaparan pada waktu pagi sejak pulang dari malaysia 3 minggu yang lalu. Itulah yang timbul term 'perut jetlag' tu.

Hari ini kami akan officially start ber-SC kembali, bersama ahli SC yang lama. Tapi dengan kakak SC yang baru. Harap boleh menggunakan peluang ini untuk grasp segala butir butir cinta menarik daripada Allah yang memang sememangnya nak disampaikan kepada kita melalui perantaraan sahabiah :)

Selamat ber-SC untuk semuaaa!


Sebenarnya excited jumpa pic kat atas ni. Rasa nak buat header blog je. Hehe.


Hari tu ada interview si-budak-cool arha tentang senyuman. Sangat teringin nak share pendapat beliau sebab ia sememangnya lawaks. Haha. Arha seorang budak yang cool jadi bila dia senyum, cepat-cepat mandible dia retract kepada usual position (haha sukati aku je tulis camni. Habis lah~).

Tapi dia kata setakat ni dia tak pernah senyum tarik-tarik atau paksa-paksa. Dia senyum bila dia mahu, dan kalau dia taknak senyum, dia tak senyum la. Tapi biasanya kalau dia nampak kami dia akan senyum. Dan dia selalunya senyum. Acane tuh?

Means=selama ini semuanya ikhlas. Gitu? Comelnyaaa!

Ohh, tak jadi la word-less hari ni. Ahaks.


Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Kekadang, bukan susah pun nak menghadiahkan senyuman, tetapi kita je yang bajet hotsetap taknak gerakkan otot muka untuk mempamerkan senyuman di wajah kita. Kenapa kita taknak senyum sedangkan idol utama kita, Rasulullah pun merupakan penyenyum tegar.

Jadi, marilah bersenyum. Why? Because you can-lah!





Sekian :)

Err, ada ke orang protract mandible dia bila senyum? Sesuki hati je.

Monday, October 8, 2012

Awan kumulonimbus beserta senyuman

Internet di Ansar sudah mula berciput-ciputan. Alah, memang rumah ni takde internet sendiri pun. Mengharap belas kasihan jiran sebelah. Adakah ini petanda kepenamatan mumbebelme? Huahaha. Mohon doa semua agar proses mendapatkan wifi untuk ansar berlaku dengan lebih cepat agar saya boleh beronline 24 jam dengan lancar (?) Hahah.

Assalamualaikum :)

Mari menyambung cerita mengikut tajuk.


awan besar yang dilihat dari tren mesir

Awan? Yup. Saya suka awan. Sangat sangat, sejak daripada kecil lagi. Sebab tu saya sangat gemar menconteng gambar awan dalam setiap hasil rekacipta saya (poyo, sejak bila ekau ada karya?) Err, bukan awan buntal yang kat sliss tu. Jangan salah faham. Hehe. Pernah sekali semasa baraan, naik kereta dengan zakwan sebagai pemandu, ak ter-puji awan tu cantik. Dan dia perasan. Ohoiii.

Bukankah ia sangat cantik? Fluffy, white and looks cute. Rasa macam nak melompat kat atas tu je.


Sewaktu kecil, saya gemar duduk di seat bahagian belakang pemandu, bersebelahan dengan tingkap atas beberapa faktor yang comel. Pertama, kalau duduk di situ senang sikit nak dengar abah yang banyak cerita; dan yang kedua untuk menikmati permandangan luar yang indah sambil dengar lagu guna mp3. Memang feel macam dalam drama gitu. 

Dan ingat lagi, setiap kali selepas latihan bola jaring semasa sekolah dahulu, saya akan baring di atas padang sambil melihat langit yang terbentang luas. Lalu berfikir; "Kenapa langit ni macam tudung saji, bentuk separa sfera?" dan tersenyum sorang-sorang. 

Pernah jugak saya berimaginasi yang kita ini ibarat mainan kecil yang diletak di dalam sebuah benda sfera bernama bumi sambil diperhatikan oleh Tuhan kita diluar glob tersebut. Siyes, cuba korang baring atas padang, korang akan rasa benda yang sama! 



Ohh, dan dahulu saya sangat teringin nak jadi ahli astronomi. Keluar dari bumi dan melancong ke planet lain. Weeeee :D. Menjejak ke planet Jupiter yang besar tu, membayangkan wujudnya tamadun maju di luar sana macam dalam cerita doraemon. Kemudian tertarik untuk menjadi ahli geologi setelah belajar geografi semasa form 1 dahulu. Kononnya nak belajar merungkai misteri alam :) Siyes semangat sampai tahap menghafal peta dunia berserta ibu negaranya bersama abah. Tapi end up jadi doktor sebab suka biologi pulak. Eheh.


Kembali kepada awan. Subjek utama.

Oh yaaa. BACK TO TITLE. Awan. Awan.

Semasa second time usrah di sini, kami diminta melukis bentuk-bentuk kegemaran kami sebagai game taaruf, kemudian menghuraikan sendiri kenapa kami memilih bentuk tersebut. Maka dalam masa beberapa minit, masing-masing pun tekun berfikir dan meluahkan perasaan mereka di dalam sehelai kertas A4 yang diberi. Macam-macam bentuk ada, tapi saya tak ingatlah apa yang diorang lukis time tu.

Tapi, saya lukis awan. Entah kenapa, awan dipilih instead of lukis bunga comel atau bentuk bintang yang agak menjadi kegemaran diri jugak lah tempoh awal-awal umur 17 tu. Saya pun tak tahu kenapa saya lukis awan. Kenapa saya tak lukis je bentuk-bentuk asas macam bulatan, segitiga atau segi empat tepat macam dalam BTN tu pun saya tak tahu. 

Dan saya tak tahu apa yang saya nak hurai.

Tapi saya lukis je. Ehe. Bebelit dah ayat.


Lepas tu, mula turn semua orang menghuraikan bentuk pilihan masing-masing. Dan akhirnya sampai ke turn saya. Perah jugak la idea pasal nak cakap apa, tapi tiba-tiba jawapan tu macam keluar sendiri daripada mulut tanpa dirangka dalam otak.

"Kenapa kita pilih awan? Sebab dia macam comel. Haha."

"Awan selalu berada di atas, dia sangat putih, bersih dan suci. Kemunculannya selalu menggembirakan, tidak kisahlah ia berwarna putih atau hitam. Kalau putih, orang suka sebab dapat teduhan. Kalau hitam, orang pun suka sebab dia bawak hujan. Eh, tapi kalau dia bawak kilat orang takut jugak. Nanti banjir. Hehe."

**Lepas tu gelabah kejap bila fikir awan pun kadang-kadang bawak bencana macam dalam kisah nabi Hud dan kaumnya. Ngehh.


Desktop. Dulu awan pun menjadi background blog ni kan?


Saya sangat berharap yang saya mampu jadi seperti awan. Kehadirannya membawa senyuman kepada orang lain. Menyenangkan dan mendamaikan. Walaupun dia dalam keadaan hitam (depressed lah maksud kat sini) , dia tetap memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun dia mengeluarkan kilat, ia tetap membantu dalam proses kitaran nitrogen alam.


Naqibah dan usrah-mates yang lain angguk-angguk je tanda faham. 


"Shibam, kalau ko tengok awan kat atas sana tu, ingat kat kitorang tau. Kita melihat awan yang sama, kan?" 
Pesan saya kepada kawan lama before kami berpisah selepas spm dulu (kot). Memang dia sangat ingat quote ni. Ayat ni macam jiwang, eh? Huuui mister loba loba. Hehe.


Okey, secara harfiahnya, saya memang suka awan. Tapi kaherah kurang awan. Fulsetop.


...............................................................................................


Saya nak menjadi seseorang yang mampu bermanfaat kepada orang di sekeliling saya.

Saya nak menjadi seseorang yang membawa senyuman kepada orang lain.

Saya nak jadi macam awan. 

Mohon doa semua.

Smile ^__^

mister loba loba. hoyeaah! senyum jangan tak senyum!