Monday, October 22, 2012

Orang tua bulan oktober

Ehem.

Sekarang jam Kaherah menunjukkan pukul 5.21 pagi. Malaysia kini juga mesti sedang berpagi-pagian panas sebab dah nak tengahari. 

22 Oktober 2012.


Dia merupakan sumber inspirasi saya dalam bidang seni (eceh). Menconteng lagi sedap kot. Dan juga dalam bidang pengkomputeran pengefotoshopan pendownloadan muvie. hehe.

Dan bidang pembacaan komik.


Ak tak pernah ada kakak, dan tak mungkin akan ada (yang sedarah). Sejak dari kecil hidup ak banyak bersama gegengs lelaki sebab ahli rumah majoritinya berkromosom XY. Dan kami berdua mempunyai persamaan dari segi itu. Jadi kami ganas sikit lah masa kecik kecik dulu. Sekarang dah besar, alhamdulillah lembut cantik menawan. Ehe.


Kenangan masa kecik? Hmm. 


Dulu yong duduk hostel, dia tua 4 tahun daripada ak. Jadi masa ak darjah 6, dia dah form 4. Masa darjah 6 dulu ak dengan faiz (adik yong yang sama umur) tusyen dengan tcer Mei yang merupakan jiran diorang. Jadi, setiap hari isnin dan rabu selepas sekolah (kalau tak silap), ak akan menumpang rumah pak uda sementara nak menunggu waktu masuk kelas tusyen yang bermula pada pukul 8.30 malam.

Jadi, sebab biasanya yong takde kat rumah kecuali pada hujung minggu, maka ak lah yang mengongker bilik tersebut. Hoyeaaaah! Lagi-lagi bila bilik dia banyak komik. Lagi perghhh osemm, rasa macam taknak pergi tusyen je. Baring golek-golek baca komik lagi best.



macam ni lah ghupenye


Maka, kadang-kadang, selaku budak kecik yang innocent (semestinya), ak alpa dan leka dalam mengingati fakta bahawa bilik ini adalah kepunyaan orang lain. Hehe. Bayangkan, komik yong yang elok kemas dalam susunan habih berterabur ak buat. Yelah, biasanya aku kemas balik (ehem ehem sejak kecik budak ni dah rajin); tapi entah kenapa ada satu hari tu rasa malas gila nak kemas.


Kebetulan tu jugaklah hari yong balik dari hostel. Habih ai kene hambuq sama dia. Kaw kaww punye! Siap bagi larangan abadi masuk bilik lagi tu. Silap pencaturan.


Time tu la, first time ak kena marah dengan seorang 'kakak'. Dia tak macam mak, kalau mak marah kita boleh merengek merajuk buat demo apa sume ---jangan contohi yang ini. Kalau yang kakak ni, kita merengek merajuk, dia peduli hape. Lagi-lagi kat budak darjah 6 kan. Untung-untung kena sekeh kepala. Sejak peristiwa tu siyesli ak takut kat dia. Tapi lepas tu dia okey je. Aku je yang trauma lebih.

Sebab kena marah dengan 'kakak'. Huuu, hilang cool.


Lepas tu, form 1 ak masuk SLISS, sama sekolah dengan beliau. Oleh kerana beliau seorang exco asrama, maka ak rasa macam ada penaung ala-ala stail gangster gitu. Hahaha. Okeh fullstop. Merepek memang kelebihan saya.



peace!


sape nih? hehe. 



Gambar tatkala diajak meronggeng melawat sawah padi sambil minum iceblended yang mahal xD



............................................................................................................


Sanah helwah. Tahun yang manis (?).

Norizzatie Bt Mohd Yusof.

Kalau kite umur 19, maknanya ko dah 23 tahun lah kan :) Tua! haha.

Umur, bukan paras dan takat penentu. Ada orang usianya tinggi, namun jiwanya masih lagi kecil. Ada orang usianya mentah, namun  berjiwa besar.

Kekadang, budak kecil yang comel lebih banyak pengalaman daripada yang tua. Lebih mampu untuk berfikir dengan lebih cekap dan baik. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Daripada pengalaman kita membentuk diri kita. Kita bukan lagi hidup pada zaman kasta, di mana penghormatan diberikan mengikut pangkat dan tahap. 

Allah pun dah lama berfirman, yang bermaksud; "Sebaik-baik di antara kamu adalah yang paling bertaqwa". Bukan yang paling kaya mahupun yang paling pandai.

Banyak lagi. Tak semestinya orang begini dia begitu. Tak semestinya orang phD ilmunya lebih banyak daripada yang tidak bersekolah. Tak semestinya ahli ibadah/imam tahu segala-galanya berbanding dengan orang yang masih belajar ilmu agama. Tak semestinya pemandu di litar F1 sepang lebih pandai men-drift daripada orang yang selalu pergi kerja lambat. Eh.

Haha. Yang penting, dalaman. Jiwa dan kekuatan rohani kita. Dan pengalaman. Keterujaan kita untuk kekal tahu, merasa dan melakukan. Salurkan semuanya ke jalan yang baik.

Dan terus, terus, teruskan mencari di mana kekuatan diri kita. Cherish it well.


Kite doakan diri sendiri dan yong dapat jumpa nilai itu, dan macam mana pun, yong sangat hebat di mata kite tau! Uhukk sila terharuuu~ Dan sangat mendoakan dan berharap yong pun dapat jadi 'the special someone who has something' di mata Allah. Semoga terus kekal menjadi anak yang solehah dan diberkati Allah dalam setiap amal.


Happy birthday >__<! Tahmid :)





2 comments:

Unknown said...

kromosom XO = turner syndrome kot =.=

harumaki said...

aaaaaa!! sukanyaa bila typo. cepat je orang perasan. =_=" takdela typo sangat pun. tak ingat sebenarnya.


jatuh kredibiliti bakal dokter cenggini. sobs