Monday, October 8, 2012

Awan kumulonimbus beserta senyuman

Internet di Ansar sudah mula berciput-ciputan. Alah, memang rumah ni takde internet sendiri pun. Mengharap belas kasihan jiran sebelah. Adakah ini petanda kepenamatan mumbebelme? Huahaha. Mohon doa semua agar proses mendapatkan wifi untuk ansar berlaku dengan lebih cepat agar saya boleh beronline 24 jam dengan lancar (?) Hahah.

Assalamualaikum :)

Mari menyambung cerita mengikut tajuk.


awan besar yang dilihat dari tren mesir

Awan? Yup. Saya suka awan. Sangat sangat, sejak daripada kecil lagi. Sebab tu saya sangat gemar menconteng gambar awan dalam setiap hasil rekacipta saya (poyo, sejak bila ekau ada karya?) Err, bukan awan buntal yang kat sliss tu. Jangan salah faham. Hehe. Pernah sekali semasa baraan, naik kereta dengan zakwan sebagai pemandu, ak ter-puji awan tu cantik. Dan dia perasan. Ohoiii.

Bukankah ia sangat cantik? Fluffy, white and looks cute. Rasa macam nak melompat kat atas tu je.


Sewaktu kecil, saya gemar duduk di seat bahagian belakang pemandu, bersebelahan dengan tingkap atas beberapa faktor yang comel. Pertama, kalau duduk di situ senang sikit nak dengar abah yang banyak cerita; dan yang kedua untuk menikmati permandangan luar yang indah sambil dengar lagu guna mp3. Memang feel macam dalam drama gitu. 

Dan ingat lagi, setiap kali selepas latihan bola jaring semasa sekolah dahulu, saya akan baring di atas padang sambil melihat langit yang terbentang luas. Lalu berfikir; "Kenapa langit ni macam tudung saji, bentuk separa sfera?" dan tersenyum sorang-sorang. 

Pernah jugak saya berimaginasi yang kita ini ibarat mainan kecil yang diletak di dalam sebuah benda sfera bernama bumi sambil diperhatikan oleh Tuhan kita diluar glob tersebut. Siyes, cuba korang baring atas padang, korang akan rasa benda yang sama! 



Ohh, dan dahulu saya sangat teringin nak jadi ahli astronomi. Keluar dari bumi dan melancong ke planet lain. Weeeee :D. Menjejak ke planet Jupiter yang besar tu, membayangkan wujudnya tamadun maju di luar sana macam dalam cerita doraemon. Kemudian tertarik untuk menjadi ahli geologi setelah belajar geografi semasa form 1 dahulu. Kononnya nak belajar merungkai misteri alam :) Siyes semangat sampai tahap menghafal peta dunia berserta ibu negaranya bersama abah. Tapi end up jadi doktor sebab suka biologi pulak. Eheh.


Kembali kepada awan. Subjek utama.

Oh yaaa. BACK TO TITLE. Awan. Awan.

Semasa second time usrah di sini, kami diminta melukis bentuk-bentuk kegemaran kami sebagai game taaruf, kemudian menghuraikan sendiri kenapa kami memilih bentuk tersebut. Maka dalam masa beberapa minit, masing-masing pun tekun berfikir dan meluahkan perasaan mereka di dalam sehelai kertas A4 yang diberi. Macam-macam bentuk ada, tapi saya tak ingatlah apa yang diorang lukis time tu.

Tapi, saya lukis awan. Entah kenapa, awan dipilih instead of lukis bunga comel atau bentuk bintang yang agak menjadi kegemaran diri jugak lah tempoh awal-awal umur 17 tu. Saya pun tak tahu kenapa saya lukis awan. Kenapa saya tak lukis je bentuk-bentuk asas macam bulatan, segitiga atau segi empat tepat macam dalam BTN tu pun saya tak tahu. 

Dan saya tak tahu apa yang saya nak hurai.

Tapi saya lukis je. Ehe. Bebelit dah ayat.


Lepas tu, mula turn semua orang menghuraikan bentuk pilihan masing-masing. Dan akhirnya sampai ke turn saya. Perah jugak la idea pasal nak cakap apa, tapi tiba-tiba jawapan tu macam keluar sendiri daripada mulut tanpa dirangka dalam otak.

"Kenapa kita pilih awan? Sebab dia macam comel. Haha."

"Awan selalu berada di atas, dia sangat putih, bersih dan suci. Kemunculannya selalu menggembirakan, tidak kisahlah ia berwarna putih atau hitam. Kalau putih, orang suka sebab dapat teduhan. Kalau hitam, orang pun suka sebab dia bawak hujan. Eh, tapi kalau dia bawak kilat orang takut jugak. Nanti banjir. Hehe."

**Lepas tu gelabah kejap bila fikir awan pun kadang-kadang bawak bencana macam dalam kisah nabi Hud dan kaumnya. Ngehh.


Desktop. Dulu awan pun menjadi background blog ni kan?


Saya sangat berharap yang saya mampu jadi seperti awan. Kehadirannya membawa senyuman kepada orang lain. Menyenangkan dan mendamaikan. Walaupun dia dalam keadaan hitam (depressed lah maksud kat sini) , dia tetap memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun dia mengeluarkan kilat, ia tetap membantu dalam proses kitaran nitrogen alam.


Naqibah dan usrah-mates yang lain angguk-angguk je tanda faham. 


"Shibam, kalau ko tengok awan kat atas sana tu, ingat kat kitorang tau. Kita melihat awan yang sama, kan?" 
Pesan saya kepada kawan lama before kami berpisah selepas spm dulu (kot). Memang dia sangat ingat quote ni. Ayat ni macam jiwang, eh? Huuui mister loba loba. Hehe.


Okey, secara harfiahnya, saya memang suka awan. Tapi kaherah kurang awan. Fulsetop.


...............................................................................................


Saya nak menjadi seseorang yang mampu bermanfaat kepada orang di sekeliling saya.

Saya nak menjadi seseorang yang membawa senyuman kepada orang lain.

Saya nak jadi macam awan. 

Mohon doa semua.

Smile ^__^

mister loba loba. hoyeaah! senyum jangan tak senyum!

4 comments:

Unknown said...

awan --> hujan --> winter!! --> exam --> cuti!!!!

harumaki said...

sesungguhnya kelas belum lagi sampai sebulan ya. dah nak cuti. haihhh, student zaman sekarang~

Unknown said...

errk ok

harumaki said...

:p