Wednesday, October 24, 2012

Kendiy


Gula-gula.

Aku tak suka makan gula-gula sangat sebab dia manis. Bajet dokter? Biarlah. 

Sebab gula-gula boleh buat orang pening. Siyesli. Bajetdokter#2


Lagi-lagi gula gula murah. Hehe. Tapi, sangat suka rupa gula-gula sebab dia comel, untuk attract bebudak kan, mestilah comel. Lagi-lagi gula2 kungfu fighting tu. Besaaar~ Dulu masa kat intec pernah dapat gula-gula tu; time jamuan akhir meg03 dengan miss hanie. Masa dapat lolipop besar tu, rasa teruja gila! Teruja sampai tak termakan. Hari-hari tengok lolipop tu pastu senyum sorang-sorang dengan muka excited. Simpan kemas-kemas dalam kotak. Last sekali, selepas habis final exam baru bawak balik rumah bagi dzorif makan je.

Dan gula-gula boleh buat orang hepi.

Selalu Pernah je kawan bagi gula-gula kalau tengok ak mengantuk dalam kelas. Just a simple thought like that really make me happy that much. "Oh, diorang concern." senyum dalam hati. Dan kemudian menjadi lebih semangat nak meneruskan pembelajaran. Bukan sebab gula-gula, tapi sebab care yang mereka beri.

Gula-gula ini pun tanda kasih sayang.

Apa yang kita rasa apabila melihat seorang dewasa memberi gula-gula kepada seorang budak kecik yang ditemuinya? Macam comel sangat kan? >_____<  Macam orang dewasa tu seorang yang sangat penuh dengan rasa kasih dan sayang, dia concern terhadap budak tu, dan dia nak buat budak tu hepi. Dan budak tu pulak kompem lah hepi dengan gula-gula sebab budak kecik memang suka gula-gula.


Konklusi: Gula-gula mampu menjadi medium kebahagiaan. Sebabnya saya yang tak berapa nak suka gula-gula pun boleh feel like in cloud nine kalau dapat sebijik.



(alamak, ayat tunggang terbalik)


suka yang macam ni. Besaaaaar!



Apa motif cerita pasal ni? Oh, sebab ada lagu.


Tajuknya, 'Semanis Gula' :)
Credit to pija yang memberinya. Jazakillah!


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Korus:
Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur 
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti 
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Ulang korus


Ukhuwwah tu macam gula-gula. Ia membahagiakan.

p/s: Tapi saya suka gula-gula kopi :)

4 comments:

D r . A I D A said...

belloooo~~~

harumaki said...

ejaan dia 'belo' lah :3

Anonymous said...

nnti ak bg gegula kt ang na~~...ha3...

harumaki said...

weeee! hapi! ak tuntut naa~ ha3