Tuesday, May 29, 2012

word-less#3


belajar bersama kuma-chan :)



"Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mengendahkan) kebenaran. Mereka itu mendapat seksaan yang pedih."

"Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk dalam perbuatan yang mulia."


(42:42-43)

................................................................................................................



Teet. Dah tiga minggu rupanya study leave. Dah lama tak pergi sekolah.
Dan, tak sangka. It's bloomy. Those flowers.

Spring really do come.




Enjoy the picture of kasr el-ainy, friends.










Spring, May 2012, Egypt 
credits to tuan punya kamera. siyes, lama gila dah tak amek gambar!

Wednesday, May 23, 2012

garis-garis

Selingan sambil membaca.

Pernah buat tak main aci garis-garis atas tangan guna kuku or apa-apa substance pun? Ala, yang gajah lalu, semut gigit apa bagai tu.
(Tak ingatlah namanya ape. Tapi kenangan kena cubit time semut gigit tu masih segar dalam ingatan.
Sakit gila!)

kanak kanak riang gumbira


Just found one fact about that,


"When a pointed object is drawn lightly over the skin,  capillaries become empty due to contraction of the precapillary sphincters in response to the mechanical stimulus."


Means, kalau kita buat garisan atas tangan guna kuku, tempat garisan tu jadi putih sebab darah tak lalu dekat situ. Ini disebabkan oleh precapillary sphincters (gambaran: macam pos pengawal yang control bukak tutup salur darah) anda yang tertutup akibat daya yang dikenakan ke atasnya.

Jadi segala rumours pasal obesity ape sume tu jangan risau la. That's just normal.





Okey, sambung membaca :)

Tuesday, May 22, 2012

hujan bi





"Drizzle drizzle, the sound of the rain
Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling."

.......................................................


Sori, post random je. Dah dah, mari baca buku.
Urghhh..nasib baik mesir takde hujan!




Monday, May 21, 2012

countdown&demam


Assalamualaikum :)

saya nak exam!


Officially, today remarks that 10 days more left towards written anatomy examination.
60 hari lagi bakal tibanya Ramadhan.
58 hari lagi untuk balik ke rumah.

dan,
2 hari lagi untuk siapkan report. Ngaaa! =___=


Jom usaha usaha usaha. Masa sangat banyak. Gunakan ia sebaiknya!


....................................................................................


Being a medical student.


Jom lihat gelagat student medic semasa fatrah exam.


Fenomena 1:


Fenomena normal semua sebahagian besar student medik semasa musim peperiksaan ialah keber-engganan mereka untuk membazirkan waktu mereka dengan benda yang bukan pasal buku dan mukabuku (heheh).  Nak masak malas, nak keluar rumah malas, nak sidai baju malas. Kadang-kadang makan pun malas. Biasalah, takdir budak medik, semua benda kena hafal. Faham aje tak jalan la. Hafal semata-mata pun tak larat. Memang kena dua-dua. Sebab tu tips ramai senior yang mumtaz ialah, sebelum exam, diorang ulang buku teks tu je dah nak dekat empat lima kali. <--paling sikit.

Bayangkan, buku teks anatomi kitorang je dah 5 buku. Fisio, histo, biochem? Adehh.

Tapi seronok exam. Terasa berguna semua benda yang dipelajari semasa lecture. Kan?
(positif kan. hehe)

Fenomena 2:

Time-time cenggini lah ramai orang akan buat benda-benda yang biasanya dia tak buat semasa musim bukan exam. Yang tak berapa nak baca novel, baca novel 24 jam. Yang tak berapa nak suka tidur, tidur memanjang. Yang tak berapa nak rajin masak dulu-dulu, tetibe je rajin memasak.

Yang dulu tak berapa nak tengok movie, kini semua movie digodahnya.


Kesimpulannya, exam terbukti membuatkan seseorang semakin 'rajin' atau semakin malas. Hehe.





Fenomena 3 (paling menakutkan):

Ialah apabila semua orang tiba-tiba seperti bertukar wajah. 


Semua orang jadi macam kulit telur. Fragile gila. Senang emo tak tentu pasal sebab otak tensen study memanjang, lalu bila ada silap terus mengamuk macam hulk warna hijau kena cucuk. (Okay, aku tahu. Hiperbola je tu.)

Kadang-kadang, mungkin sebab keadaan badan kita yang sedang cuak ni menyebabkan kita sentiasa dalam keadaan sympathetic stimulation. Lalu berbondong-bondong norepinephrine dirembeskan, stimulate macam-macam adrenergic receptor kat badan kita. Kita stress, rentak jantung meningkat dan macam-macam kemungkinan timbul. Orang sergah dari belakang, pop, terkejut macam nak mati sambil melatah itu ini.

Hehe. Saja je. (baru baca physio)

Hati tu jadi sensitif sangat. Semua benda dirasakan alangkah baiknya jika berlaku mengikut kehendak kita. Panas sikit tak boleh, sejuk sangat pun tak boleh. Cepat je hilang fokus dengan perkara-perkara kecil. Duduk depan meja belajar pun tak masuk, baring atas katil pun tak jalan. Apa ni, susahnya nak belajar.

Padahal kalau ikut term 'kondusif' tu, rumah kita tu dah memang lulus dapat cop pengesahan rumah selesa lagi. Takde lubang kat atap, kipas maujud, katil meja belajar semua okey. Tak patah.

Jadi, apa masalahnya?

...............................................................................................

Fokus.

Ada orang kata, kalau kita tak fokus, cuba check balik solat kita. Khusyuk atau tidak? Sememangnya untuk fokus itu sangat sangat lah susah, lagi lagi waktu solat kan. Sebab si tanduk dua tu ligat mengacau. 

Masa dengar soalan tu, takut rasanya. Sebab rasanya, kita sebagai orang Islam seharusnya lebih pandai mengawal fokus sebab dari kecil lagi kita dilatih untuk khusyuk dalam solat. Fokus hanya akan terganggu bila ada sesuatu yang datang mengganggu. (apa ayat aku ni?) 

Maka, jika anda tidak dapat fokus, sila cari 'sesuatu' itu. 


Deal with it as fast as you can, sebab kita dah tak punya masa.

.................................................................................................


NB I: Sambungan kepada fenomena 3 tadi, ia sangat common berlaku kat student dalam apa-apa field pun. Meskipun kepada orang yang telah bekerja. People tend to get burst out of anger (melayu: meletup kemarahan) dalam keadaan tension. Jadi di sini, dua pihak perlu main peranan.

Si tension: Jangan tension sangat. Pergi amek wuduk.

Si sekeliling tension: Buat-buat dek dan senyum je. Sila faham, betulkan kesilapan anda (jika anda bersalah) dan bertahan. Tapi jangan blur sangat.

Dan sama-sama kita berlapang dada.


NB II: Keh keh. Salam imtihan semua doc-to-be of cairo university. Rabbuna yusahhil! 




Saturday, May 19, 2012

mamaya :)


I’m feeling tired today
Left alone in the room hugging a pillow
Touching my phone distracted my mind
It’s lonely to eat tonight
....................................................................

Teringat masa dahulu, masa zama-zaman kecik-kecik comel dulu. Ibu selalunya sibuk setiap pagi; sebab kerjanya sebagai guru memerlukan ibu untuk bersiap seawal 7 pagi untuk ke sekolah. Dalam masa yang sama, kitorang yang kecik-kecik ni pun kena bersiap-siap nak pergi sekolah jugak.

Memang hectic gila setiap pagi. Ibu kena bersiap, iron baju, kemas tilam, mandikan kitorang, basuh baju,  bukak tingkap, macam-macam!


Suddenly, i was frightened by the ringing phone
my mom’s worried voice asked if i’ve eaten
these words annoyed me but today it’s different
The forgotten promises are remembered

.......................................................................

Kesan kesibukkan tu, kadang-kadang ibu dapat warning sebab punch kad lambat. Dapat la kedatangan merah. Haha (cikgu pun ada rekod merah tau.)


I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I think of mother who used to share my dreams and brush my hair

........................................................................

Dalam pada itu, ibu tetap akan buat sarapan pagi untuk kitorang meskipun jam telah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kadang-kadang tu, ibu tak sempat. Tapi beliau still akan datang dengan membawa nasi lemak atau bihun goreng yang dibelinya dari kantin sekolah. Kadang-kadang dibelinya karipap atau kuih-muih yang kami suka.


Though I’ve made hurtful wrong choices
You silently watched over me from behind
But now I think more than an innocent child
The meaning of mom’s silent prayers

.......................................................................

Masa kecik, ibu selalu buatkan mi hailam untuk kami. Memang feveret. Satu mangkuk besar hidangan tu memang mampu kami habiskan berempat. Sedap sangat! Kadang-kadang ak selalu merengek kat ibu, nak makan tu, nak makan ni. Ibu mula-mula buat tak layan je (sebab ngada-ngada sangat). Mana taknya, mintak benda susah-susah.

Tup tup, esok paginya terhidang makanan kat atas meja. Siap dengan bekal lagi.



I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I think of mother who used to share my dreams and brush my hair

.........................................................................

Sampai lah ke zaman sekolah menengah. Kat asrama pun. Macam mana sibuk pun, macam mana penat pun, ibu dan abah tetap akan datang melawat kalau kami ada apa-apa keperluan. Walaupun hanya menjenguk kami selama 10 minit. Dan ibu akan bawak cengkodok pisang yang sedap tu untuk dimakan bersama rakan-rakan yang lain.

Abah bersama kalimat motivasinya.

Ibu bersama sample soalan addmathnya.


What will i do, yet my heart is small
Can I do better without holding mother’s hand
..........................................................................

Pertama kali, ak bersembang dengan sangat lama di telefon bersama dengan ibu semasa di intec. Bercakap tentang pengalaman 3 minggu bergelar seorang mahasiswi dengan penuh teruja. Ibu pula mendengar dengan penuh semangat. 



''Ibu, nanti kalau kite pergi Mesir, ibu sedih tak?''

''Kenapa ibu nak sedih. Nabil kan pergi belajar. Bukan buat apa pun.''



Ak buat muka tak puas hati.




I’m afraid that it will still lack
I’ll be a wise daughter of my mom (Give me the courage)
I will be a proud daughter no matter where I go (You’ve been there for me)
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I’ll show endless love
I’ll have a warm heart
I’m shy to express to mom


Pertama kali.

Melihat ibu menangis semasa meninggalkan ak di lapangan terbang KLIA sebelum berangkat ke bumi anbiya. Terkesima.



Teringat lagi, mesej terakhir sebelum penerbangan berlepas;

''Nanti dalam flight, jangan lupa makan. Nabilah kan lapar.''



...........................................................................


That I really love my mom






Ibu yang cantik lagi comel.
Terima kasih sebab melahirkan saya. 
Terima kasih sebab selalu sabar melayan karenah kami berlima yang tak dapat dinafikan kenakalannya.
Terima kasih sebab selalu direct saya ke jalan yang betul.
Terima kasih kerana selalu tenang bila saya protes ibu bila ibu suruh buat kerja rumah (penat..hehe)
Terima kasih,

sebab memotivasikan saya.
sebab selalu mendengar cerita saya.

Duhai the best ibu in the world.
Ampunkan salah dan silap.
Selamat hari ibu dan selamat hari guru :)



I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes






Thursday, May 17, 2012

hati

Lagi.
Lagi.
Lagi.

Sekali lagi aku buat macam tu. Sakit tau hati ni. Sakit.

Hati itu Allah yang pegang. Ya Allah, eratkanlah ikatan antara kami.

Saturday, May 12, 2012

Exam&Sushi photoshoots


semasa exam praktikal biochem.

Cerita dulu.

Haaa. Keluar dari makmal biochemistry hari tu dengan muka lega. Masing-masing nampaknya ceria. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Kami diberi dua solution untuk dikenalpasti namanya semasa exam tersebut. Seronok, sebab dia macam main teka-teki dalam scientific way ^_______^. Dan kita diuji bersama-sama, jadi takdela rasa gelabah se-gelabah masa exam yang lain.

Pagi itu, ak datang ke universiti agak awal la jugak. Maklumlah, final exam kot. Takkan la nak datang lambat-lambat. Karang gelabah, kesian kat famili dan JPA yang nak tengok ak excel dalam peperiksaan. (contoh orang berfikiran jauh. haha :D )

Macam biasa, pagi tu ak terjumpa dan tergelak-gelak bersama Aima dan kembarnya Aina sambil bersoal-soal mengenai chart flow experiment of biochemistry; which comprises all the experiments that we'd learn before. Cakap-cakap, gelak. Main teka-teki sambil ketawa. Alahai, indahnya waktu pagi yang dipenuhi dengan senyuman. :) Time tu, memang laju dan yakin je nak amek exam. Rasa macam no problem dahh. Sebabnya tiap kali semua soalan dihulur oleh aima, dengan cekap dan tangkasnya ak dapat jawab. (perasan!)

Tapi,

takdir Tuhan siapa yang tahu, kan.

.....................................................................................................................

:D saspen tak?






kertas OMR untuk finals dah sampai!


Still, masuk exam masih lagi ceria.

Duduk dekat seat number 5056 pun masih lagi ceria.

Tengok solution pun masih lagi ceria. Sambil-sambil tu assume tentang jenis solution tersebut before exam bermula. Ya, it's turbid plus have some bubbly appearance at the top. Kacang gila! Ni mesti egg white solution.

Bila examiners suruh mula, ak pun mula dengan muka yang senang hati. Bersama assumption-assumption yang telah ak buat dalam kepala, ak terus jump kepada experiments yang lebih terarah, mengabaikan reactions asas yang awal seperti Biuret dan Molisch. 

Dan kesannya, bila ak buat heat coagulation test, ternyata takde postive result. Untuk solution satu lagi yang ak jangkakan urea, dia pun bagi negative result masa sodium hypobromite test. Takde effeverscence

Apa semua ni..!!

Lalu keadaan menjadi panik. Tambah pulak dengan takde jam kat tangan.




sushi yang entree (3 nabila) buat. nabila, fairuz nabilah dengan aima nabila :)


.........................................................................................................


Morals.

"Life is not as easy as you thought it could be. It's full of trials".

Itu memanglah hikmah terbesar sebuah ujian. Ujian mengajar kita erti hidup. Sometimes, orang cakap ia adalah pewarna kehidupan. Melalui ujian kita membina peribadi diri. Melalui ujian kita belajar meng-evaluasi diri. Melalui ujian kita lebih bersedia untuk menempuh hari-hari akan mendatang. Betul tak?

Ada satu quote yang kawan ak pernah cakap. Tak ingatlah, una atau si oren fath.  Katanya:

"Life is an experiment. The more experiments you make, the better you will be."

People said, the books that you read, the food that you eat will determine who will you be. Dan, begitu juga dengan ujian.

Next, satu lagi moral yang ak dapat daripada exam kali ini ialah,

Don't expect anything good. Dream for it, but be ready for the contrary.



saja nak tunjuk deskty comeii


.................................................................................................................................



Ambil masa tenangkan diri sekejap. Dan mula daripada awal.

Buat Biuret. Buat Molisch. Step by step.

Alhamdullilah, dapat jawapan.


Friday, May 11, 2012

of Life


Assalamualaikum :)

langit intec, 2011


Kita sering merasakan yang kita ingin berubah. Berubah ke arah kebaikan.
Namun kekuatan itu sentiasa naik turun. Berkocak-kocak, kejap atas, kejap bawah.

Ahhhh! Lemahnya manusia ni!

Bukankah fitrah manusia itu memang hendakkan kebaikan? Jadi?



Kenapa sukar sangat?


...........................................................................................................................


Purpose of life

Teringat kembali kenangan semasa ahlan dulu-dulu time baru jejak bumi mesir. Hamdallah, memang terbaik aturan Allah, melalui seniors yang memang superb; Dia bagitau kat diri yang kerdil ini tentang tujuan sebenar hidup. Kenapa Dia ciptakan seorang insan bernama 'saya' kat muka bumi ni. 

51:56 "I have only created Jinns and men, that they may serve Me."

Anjakan paradigma berlaku di situ.

You are created just to worship Allah. 

Kebanyakkan manusia tend untuk tidak berubah dan selesa dengan zon asal mereka. Zon yang penuh dengan keseronokkan dan keselesaan. Menjadi seorang muslim sahaja baginya sudah cukup. Mungkin ada antara mereka yang MAHU berubah, namun kekuatan itu tidak ada. 

Benar, untuk berubah itu tidak semudah yang disangka. Dan anda tidak boleh mengharapkan perubahan itu berlaku dalam sekelip mata. We are not angels, man. Tapi perubahan itu PERLU!

Dan disinilah peranan seorang sahabat dan biah itu bermula.

...................................................................................................................

Mendengar sharing dari seorang sister. (dalam english, lagi. Haha)

She said, by knowing your purpose of life, it'll be a motivation to change yourself to become better. Okay, you are created to worship Allah, so? If you don't, are you still worthy to be here? Maksud saya, apa gunanya sesuatu benda itu dicipta jika ia tidak bergerak mengikut fungsinya? Logik akal mengatakan bahawa barang itu sepatutnya dibuang, tetapi tidak; Tuhan kita masih lagi memberi peluang untuk kita memperbaikinya.

Sebab itu, a good 'abd (servant) isn't one who never done sin, but the one immediately repent to his God when commit sin, is . And he sworn that he'll never do it again.

And she also said,

"I want Allah to love me first. This is the most important thing."

Manusia itu lazim mengejar cinta sesuatu. Siapa yang tak suka kalau orang sayang kita, kan. Siapa yang suka kalau orang benci kita, kan.



But, remember. Allah's love is the first.



Sebab itu, kalau nak berubah dan keadaan sekeliling mungkin tidak menyokong, ingat, ingatlah, dan ingat; Allah sentiasa ada bersama kamu. Allah melihatmu, dan Dia redha terhadap apa yang kamu buat. Allah lah sumber kekuatan yang terbaik!


Also,

"Every mukmeen is a musleem, but not every musleem is a mukmeen." Dah banyak kali dengar, kan? 

Apa itu mukmin? Orang yang beriman. Apa itu iman?
Percaya dengan hati, mengaku dengan lisan, dibuktikan dengan amal.

Jawapan yang sedia hafal sejak form 3 lagi, kan? :)

Mukmeen means a person who is doing a TOTAL submission to Allah. 
Hard or easy to become a mukmeen, it depends on our iman.



....and, how to ensure our iman is always at the top?



Answer yourself :)


Certainly will the believers have succeeded (23:1)

Sunday, May 6, 2012

#word-less 2


"Tema kehidupan. Ada dua."

"Mencari redha-Nya; atau kemurkaannya."

Sila decide mana satu yang anda nak ambil setiap kali anda bangun tidur.















Syukran jiddan jiddan jiddan alfu jiddan! T^T. Sangat sweetlah awak ni.



NB: exam histo berjaya berjalan sempurna. yeayyy! syukrlillah :) Look foward for biochemistry pulak. 15 Mei.

NB2: Uh, kena sedia fizikal mental nak jadi ashabul uwais!

NB3: Ini bukan post wordless. Ia word-less! :)






Saturday, May 5, 2012

ideal

"Jangan suka menyalahkan orang lain. Kehidupan itu umpama sungai. Banyak masalahnya, banyaklah keladaknya."

hadiah reunion MEG03. sori kamera tak lawa.

.......................................................................................

Pisat pisat mata lagi.

Rasa refreshed gila bangun pagi tadi. Malam semalam merengek-rengek nak balik rumah. Sebab terpukul dengan nasihat sahabat, kot.

Living in idealistic. It is impossible. Yang perlu ialah kita sama sama berusaha ke arah idealistic itu.

But, i'm living in a community who always talk about idealistic idea.




It is hurt when i couldn't reach those stages which they speak about.


 .......................................................................................

Niat dalam kehidupan.

Sambil-sambil baca buku histology dan mendengar lagu pada waktu pagi yang sangat aman. Tiba-tiba slot Islam itu indah oleh Prof Dr. Muhaya di IKIM menjengah ruang earphone.

Dan tajuknya TEPAT mengena ruang hati. Niat dalam kehidupan.

Dr kata, kehidupan manusia itu ada dua jenis. Kehidupan ketuhanan atau kehidupan ego. Siapa yang hidup dalam kehidupan ketuhanan insyaAllah dia akan bahagia sepanjang masa, kerana dia redha dalam setiap takdir yang Allah bagi. Kejayaan atau musibah, dua-dua ada hikmah dalam dirinya.

Kehidupan ego pula, adalah yang paling rugi. Ego dengan nasihat kebaikan. Ego untuk menjadi manusia yang diredhai Allah. Seakan-akan menempah tiket ke neraka.

Gulp. Terasa kot.

Dan dan tu, boleh pulak ada orang call IKIM, tanya pasal manusia yang nak cuba berubah sikit-sikit. Katanya manusia itu tidak perfect. Biarlah hari ni cuba-cuba solat satu waktu je, esok dua, tiga, dan seterusnya. Pakai tudung pun sikit-sikit.

Jawapan doktor,

"Manusia tak perfect. Buat sikit-sikit dulu. Yela tu. Kalau esok Allah ambil nyawa kita, macam mana? Benda yang wajib kita tidak boleh lengah-lengahkan. Ini perintah Allah"

Gulp lagi. Adehhh..terasa macam dahi ak ni dah berlubang-lubang kene tembak.
Jadi baik pun perintah Allah, ape.


"Dengar nasihat, kita suka atau benci? Jangan sampai hati kita ditarik daripada hidayah Allah."


Lagi.


"Tiga formula untuk tidak bahagia; orang yang suka menyalahkan orang lain, orang yang suka merungut dan orang yang suka menyalahkan diri sendiri.


Dan lagi.

Benar, jadi hipokrit itu pahit. Hipokrit menjadi baik itu perit.

Tapi Allah adalah segalanya. Tak rasa bangga atau bahagia ke bila awak berjaya menghipokritkan diri untuk menjadi seseorang yang Allah suka?


"Letakkan hanya Allah dalam diri kita."


Rasanya macam dah dapat jawapan. Terima kasih kepada Dia dan mereka.

.......................................................................................

buku histo yang comel.


Hari ni exam practical histology. Doakan kami, eh.

Sedar tak sedar dah nak final dah rupa-rupanya.

Terima kasih kepada tok guru aima nabila kerana banyak membantu saya dalam bebenda histo ni. Dan juga kepada FB. (siyesly baru terasa seronoknya belajar histo guna mukabuku semalam :DD Haha. *Selama ni kau guna untuk apa, ha? =_=)

Dan,


Selamat hari jadi kepada si Hafizati Ishak yang amaaaatt bergayaaa :DDDD. Semoga umurmu mendapat keberkatan dan redha Allah. Ganbatte hafi!

Tahu tak, dia ni sangat hebattt! Sangat admire orang sepertinya. Cool dan tak gelabah plus suka buat muka kelakar. (Dah mula cheesy dahhhh =____=")

Saya doakan awak dapat mencapai segala impian dan bahagia dunia akhirat, insyaAllah :)

.......................................................................................



Haha, saya mintak ampun dan maaf kepada pihak yang terlibat. Jazakunnallah kahiran katheera juga :)
Sahabat yang baik ialah sahabat yang remind us to Allah.
sila tolong saya jadi baik lagiiiii ^______^



Thursday, May 3, 2012

hakikat bahagia

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”



rindu malaysia.

.........................................................................


Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki


Hakikat Bahagia- UNIC


Apakah nilai bahagia pada mata anda?

Wednesday, May 2, 2012

pagi

tekun memilih.


"Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya Rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku."

........................................................................................................

Pisat pisat mata.

Syasya sedang sibuk menghadap laptop aku sambil menggodek-hodek isinya. Tak tahu lah dia buat apa.

Semalam, ak pergi ke rumah fairuz sebab katanya dia nak masakkan banofee untuk kitorang. Mula-mula, ak refuse sebab ada kerja yang hendak dilakukan pada pagi tu. Takut mengelabah pulak sebab kelas mula pukul 9 pagi. Then, bila kerja dah siap, tengok jam pukul 8.45. Gelabah nak siap-siap pergi kelas.

Selepas beberapa ketika, ketuk dahi kejap. Hari ni mana ada kelas practical biochem! Huuu..habis peluang aku nak makan banofee.

Check balik, kelas seterusnya bermula pukul 11. Ok, baca buku mana yang patut. Masa dirasakan berjalan dengan sangat lambat.

Pukul 10.30 pagi, sekali lagi terus gelabah nak bersiap-siap ke kelas.

Tiba-tiba senior satu rumah, kak Atim masuk. Dia baru pulang dari tuisyen. Dengan muka kehairanan, dia tanya,

"Nak pergi mana?"

"Nak pergi kelas. Kelas hari ni mula pukul 11." sambil tersenyum aku menjawab.

"Eh? Ada kelas ke?"

"Ek?" Aku dah rasa lain macam. Tengok jam dekat laptop tadi, dan baru teringat.

.........................
..........................
.........................

Hari ni 1 Mei! Huaaaaaaaaaaa....!!

............................................................................


"Hehe, kalau awak pergi sekolah pun, takda orang. Semua tutup." sambung kak Atim.


Tsk. T^T. Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja. Tanpa orang yang bekerja, tiadalah negara. [Walaupun dah lepas] 


.......................................................................................

"Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku"

"Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu"


NB: Atas sekali tu gambar pasar sayur yang kami selalu pergi. Saya dah pandai beli sayur, tau! (ditujukan kepada kawan-kawan kat tanah air jeee. Yang kat mesir jangan sibuk!)




Tuesday, May 1, 2012

sfera gembira

"Sejak bila ikut usrah?"

"Emm, lepas SPM rasanya, yang betul-betul punya."

senior tahun3 sedang mengambil gambar


Assalamualaikum.

Tersenyum sorang-sorang bila teringat soalan yang dikemukakan oleh seorang kakak kepada kitorang masa daurah di Anfaal hari tu.

Sejarah usrah, rasanya masing-masing pasti mempunyai kisah tersendiri tentang bagaimana dia boleh 'ter'-jebak dalam kancah keusrahan. Haha. Tak kisah la, kepada yang memang dah biasa berusrah dari sekolah atau tidak. 

Usrah itu sangat spesial, tahu. Kenapa? Sebab ia adalah taman kita menyemai benih cinta kepada Ilahi bersama rakan-rakan dalam cara yang paling OSEM! Kita bersama rakan-rakan saling menyokong dan mendokong untuk berubah ke arah kebaikan; saling memperingatkan; saling mendengar dan memahami antara satu sama lain.

Mungkin sebab ini first time saya rasa sangat best, jadi saya akan teruja gila bila tiap kali hari itu datang.

Kita sama-sama duduk, dengan makanan yang sedap-sedap dihidangkan oleh akak naqibah, dan masing-masing mula membicarakan tentang Allah. Bermuhasabah dan beri tips untuk menjadi individu muslim yang diidamkan oleh umat. Kadang-kadang kami berkongsi masalah, bergelak dan bertaaruf bersama.

Haaaaa..bestnya!


bunga musim soifi


Apa itu usrah, tarbiyyah, dan dakwah?

Pernah tak bertanya kepada diri sendiri, kenapa kita berusrah? Untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik? Untuk mengambil sebanyak mungkin ilmu tentang Islam dalam perbincangan usrah? Untuk mengisi masa lapang korang?

Sila listkan jawapan anda. Dalam hati pun boleh :)

Usrah, literally means 'keluarga', adalah satu terma idea yang dicetuskan oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna (di sini, kami gelar beliau sebagai pakcik Hassan :p) dalam usaha beliau untuk meng-instill semula kefahaman Islam dalam generasi umat selepas kejatuhan khalifah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924.

Mari kita teliti biodata beliau secara simple.

Beliau lahir pada tahun 1906; berasal dari Mahmudiyah (Barat Laut Kaherah.) Merupakan graduan Darul Ulum, Universiti Kaherah pada tahun 1927 dan menubuhkan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1928.
Seorang tokoh yang sangat-sangat jiddiyah dan bersemangat dalam memperbaiki semula ummat Islam yang mengalami keruntuhan akhlak selepas kejatuhan khalifah Islamiyyah. 

Umur beliau semasa menubuhkan Ikhwan hanyalah 22 tahun.
Dan beliau meninggal dunia syahid ditembak, semasa beliau berumur 43 tahun.

Muda, bukan? Tapi namanya masih disebut-sebut hingga sekarang. 

Kata akak tersebut, pakcik Hassan mengasaskan usrah untuk mengembalikan khilafah Islamiyah, seterusnya untuk mencapai Ustaziyatul Alam (UA). Dengan cara apa? Bermula dengan membina individu muslim. (rujuk kepada 7 maratib amal). Individu muslim adalah umpama bata asas. Cantik asas bermakna cantiklah yang lain.

Dan setelah lama berusrah, anda perlu sedar, yang pengusrahan anda itu bukan hanya untuk diri anda sahaja. Ia adalah untuk ummah!

Kini, bermula tugas anda untuk meneruskan perjuangan murabbi anda dalam menyebarkan dakwah; memberi orang lain kefahaman Islam sebagai mana anda memahami Islam itu sendiri.

Syahadatul Haq! 

bunga lagi. (ingat jordan je ke yang banyak bunga, nisah?..Haha)


Bersama usrah, kita jalankan tarbiyyah dan dakwah. Kita diajak oleh murabbi untuk ke arah Allah, dan kemudian, kita pula yang mengajak orang lain supaya dia juga mengajak orang lain ke arah Allah. Itulah dia dakwah.

"mengajak orang lain supaya dia juga mengajak orang lain ke arah Allah."


Dan, kenapa nak dakwah kena ada usrah? 

Eh, salah soalan.

Boleh ke kita berdakwah tapi kita tak berusrah?

Seorang ukht menjawab:

"Boleh, tapi kena ingat. Marhalah (tahap) dakwah itu ada tiga. Takrif (mengenalkan), Takwin (memberi rasa) dan Tanfidz (menggerakkan)."

Maksudnya?

"Seseorang boleh sahaja berdakwah melalui ceramah, kempen, pameran dan sebagainya, tetapi ingat. Itu semua peringkat pertama, takrif. Kita hanya mengenalkan Islam kepada seseorang itu. Tiada follow-up untuk memastikan dia SENTIASA ingat Allah. Sebab memang dunia ni penuh ujian dan dugaan, kan. Nak jadi baik itu tidak mudah. Kita tak mahu dia ingat Allah masa ceramah/program itu sahaja. Jadi, untuk memberi rasa (takwin) kepadanya, kita buat usrah. Agar dia sentiasa istiqamah. Sebab dalam usrah kan terbentuknya biah yang merindui Allah."

Macam itulah.


blarney castle, cork, ireland.


Lepas habis daurah tu, masing-masing berfikir tentang di mana letaknya diri ini dalam jalan dakwah seperti yang diwara-warakan. Kita adalah daie, tapi betul ke? Apa je yang kita dah buat selama ni?

Hmm, semoga Allah beri peluang untuk kami menjadi batu-bata terbaik dalam usaha mengembalikan semula hak-Nya di tempat yang sepatutnya.

Dan, terima kasih kepada murabbi saya kerana tidak lelah untuk mentarbiyyah mutarabbi yang nakal macam saya :)

Jzkk.
..........................................................................................................

"Apa perasaan dengan usrah sekarang?"

"Hepi gilaaa :)"

Haha.


sanah helwah

kad dari balqis dan ain :)

Baca post title. Tekan sikit perkataan 'خ' kat tengah word ukhuwwah tu.
Itulah cara kak Sarah sebut ukhuwwah ni. Kelakar, kan! Macam apa je.

Semalam, 

Dalam kelas biochemistry. 

Pukul 12.30 tengahari. Cuaca summer yang terik. (nasib baik ada aircond)

Sedang aku sibuk bertungkus lumus menyiapkan kerja anatomy yang masih bertimbun untuk dilaksanakan, dan tangan aku pula menuntut-nuntut haknya untuk berehat dek kerana terlalu banyak menulis pada pagi itu, tiba-tiba datang seseorang menyapa.

"Nabila, awak tak nak cakap apa-apa untuk saya ke? Bagitau la saya cara awak belajar." Kemudian dia duduk mengambil tempatnya di sebelah kanan.

"Eh, kenapa?" jawab ak yang terpinga-pinga sambil meneruskan kerja anatomi. 

"Yela, hari ni kan hari jadi saya. Bagilah saya motivasi sikit." ujarnya lagi.


..............................................................................................................

Haha. Buat budak kecik yang sangat-sangat tenang gerak langkahnya, teratur urusannya, indah tutur perkataannya, sangat boleh diharap dalam melaksanakan tugas dan cool dalam apa jua keadaan, sanah helwah yang ke-19 nabila ucapkan. Heya, you've grown up now, one step ahead closer to become a great adult. Mulakan langkah tahun ke-19 hidup di bumi Allah yang penuh barakah ini dengan seribu impian, dan capai la semua tu dengan penuh semangat. Corakkan hidup yang ada dengan perkara yang menarik. 

Saya doakan moga awak selalu berada bawah lingkungan rahmat dan redha-Nya.

Selamat hari jadi yang ke-19, Aida Farhana Bt Mohd Kamal

..............................................................................................................

"Errr..nak cakap apa ni?"

"Cakap jela apa-apa." Ujarnya sambil tersenyum.


birthday girl sebelah saya ^_____^



ni gambar masjid sayyeda zainab masa jalan-jalan dengan ain semalam :)