Tuesday, May 1, 2012

sanah helwah

kad dari balqis dan ain :)

Baca post title. Tekan sikit perkataan 'خ' kat tengah word ukhuwwah tu.
Itulah cara kak Sarah sebut ukhuwwah ni. Kelakar, kan! Macam apa je.

Semalam, 

Dalam kelas biochemistry. 

Pukul 12.30 tengahari. Cuaca summer yang terik. (nasib baik ada aircond)

Sedang aku sibuk bertungkus lumus menyiapkan kerja anatomy yang masih bertimbun untuk dilaksanakan, dan tangan aku pula menuntut-nuntut haknya untuk berehat dek kerana terlalu banyak menulis pada pagi itu, tiba-tiba datang seseorang menyapa.

"Nabila, awak tak nak cakap apa-apa untuk saya ke? Bagitau la saya cara awak belajar." Kemudian dia duduk mengambil tempatnya di sebelah kanan.

"Eh, kenapa?" jawab ak yang terpinga-pinga sambil meneruskan kerja anatomi. 

"Yela, hari ni kan hari jadi saya. Bagilah saya motivasi sikit." ujarnya lagi.


..............................................................................................................

Haha. Buat budak kecik yang sangat-sangat tenang gerak langkahnya, teratur urusannya, indah tutur perkataannya, sangat boleh diharap dalam melaksanakan tugas dan cool dalam apa jua keadaan, sanah helwah yang ke-19 nabila ucapkan. Heya, you've grown up now, one step ahead closer to become a great adult. Mulakan langkah tahun ke-19 hidup di bumi Allah yang penuh barakah ini dengan seribu impian, dan capai la semua tu dengan penuh semangat. Corakkan hidup yang ada dengan perkara yang menarik. 

Saya doakan moga awak selalu berada bawah lingkungan rahmat dan redha-Nya.

Selamat hari jadi yang ke-19, Aida Farhana Bt Mohd Kamal

..............................................................................................................

"Errr..nak cakap apa ni?"

"Cakap jela apa-apa." Ujarnya sambil tersenyum.


birthday girl sebelah saya ^_____^



ni gambar masjid sayyeda zainab masa jalan-jalan dengan ain semalam :)



No comments: