Thursday, May 3, 2012

hakikat bahagia

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”



rindu malaysia.

.........................................................................


Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki


Hakikat Bahagia- UNIC


Apakah nilai bahagia pada mata anda?

7 comments:

Anonymous said...

pabila menang bertengkar dgn nafsu dalam diri. series bahagia~

harumaki said...

yup.

lagi-lagi nafsu yang gila jahat yang taknak bagi kita buat benda baik yang Allah suka.

..terutamanya, nafsu yang suruh tidur dalam kelas, sememangnya :D

Anonymous said...

oh, ok, yg tu mmg suuuusah menang.

harumaki said...

:DD bahagia gilaaa kalau berjaya fokus dalam kelas tanpa tidur mahupun terdistracted, kan.

tu baru sikit. apatah bahagia lagi jika kita mampu buat sesuatu yg membahagiakan kepada orang lain. kpd manusia sejagat.

Anonymous said...

indeed (_ _")
kalau besarkan sikit frame, bahagia hakiki ni lebih dari cukup pabila Allah memberi walau setitis hidayahNya, sungguh bahagia. tp kalau sebaliknya, Dia xmemandang, terus membiar kita dalam lautan dosa tanpa hidayahNya, kita hidup bersama kebahagiaan palsu dunia dalam kegelapan murka. na3uzubillah. moga kita d terhindar dari terpaling hati dari jalanNya.

harumaki said...

like. like. like. tq Anonymous. (nasib baik takde butang like kat sini)

bahagianya saat terasa Allah sayang kita.

bahagianya saat terasa Dia sentiasa ada dalam hati.
hmmmmmm..tafsiran bahagia seorang muslim; hanya Tuhannya.

Jangan jadi ego sampai Allah dah taknak ketuk hati kita. ruginyaaaa! rugi berada dalam kebahagian palsu.

Anonymous said...

(y)