Thursday, December 22, 2016

Of 23

Surviving in this life is very challenging if you determined enough to make it a challenging one. Kita boleh je hidup rileks kat dunia ni tak buat pape yang besar, just memenuhi keperluan badan sendiri but islam mengajar kita not to do so. It's actually something yang common sense pun. Everyone akan rasa puas bila dia buat something yang dapat memberi impak kepada sesuatu.

Dan bila orang tanya apa impian saya kat dunia ni,

Saya mahu menjadi orang berguna. Yang eksistensinya bukan sekadar menambah angka dalam sesuatu populasi itu, tetapi mampu mencipta gelombang dan perubahan (bunyik macam besar sangat -.-)

So,

For being 23 y/o this december,

Happy birthday me. 



This year i got the best cake ever.

Saturday, November 19, 2016

#Lari3

Finally, 
Someone tells me to go home.

I really want tooooooooooooooooooooooo

Thanks :,/

#Lari2

Hari ni kena marah lagi. Haih.

Am i really in the middle of making a sin?

Thursday, November 17, 2016

#Misi perlarian 1

And as the time goes by, 
I know myself more

Kenapa dunia ni diciptakan dengan perasaan?

Dan pilihan?

Keduanya kekadang menyakitkan.
Dan most of the time ia memudahkan.

Wednesday, November 16, 2016

To whom may be concerned

You just gonna need a little more effort

Don't let me wait too much

I do not need time

I just need an ear to listen, a hand to comfort and a wise advice, or jokes perhaps, to enlight the day

All the best!

Monday, October 3, 2016

#Random 7

Terlalu banyak air mata yang tumpah,

Terlalu banyak masa yang terbuang.

Berputar hanya di sekitar isu yang sama. Sedang banyak sangat benda yang perlu dilaksanakan.

Harga pengorbanan yang begitu mahal.
Dan keterikatan keterbatasan yang sangat kuat.

Selagi mana segala langkah itu diniatkan lillah,
Dan tidak dicemari dengan pelbagai nafsu yang menguasai diri,
Doa banyak-banyak,

Kalau Allah nak bagi inshaAllah Dia akan lorongkan jalan.

Friday, September 30, 2016

Hanya Dia

Hanya Dia
Kurindukan Dia
Bukan sesiapa

Aku masih menunggu, sehingga perasaan ini muncul sebati dalam diri. Tak tergoyah dek tempat, masa dan keadaan diri. Dan menjiwainya sepenuh hati. Menyerahkan diri total kepadaNya, sehinggakan kaki tangan badan jiwa dan fikiran semuanya terarah kepada yang Dia mahukan, bukan sekadar apa yang aku mahukan.


Saturday, September 17, 2016

Jalan yang dirindukan



"Tetaplah di sini, di jalan ini, bersama kafilah dakwah ini. Seberat apapun perjalanan yang harus ditempuh. Sebesar apapun pengorbanan untuk menebusnya. Tetaplah berada di sini.

Jika bersama dakwah ini sahaja engkau serapuh ini, sekuat apa engkau jika berseorang diri."
-Syeikhul Tarbiyah

"Jika kita bermajelis tidak merasakan manis, manakala kita berdakwah tak merasakan berkat, dan apabila kita bertemu tak merasakan rasa rindu, jangan-jangan kita dicabut dari rasa nikmat di dunia sehinggakan tak merasakan nikmat di akhirat." -Solikhin Abu Izzudin  

Monday, June 20, 2016

Dodi membebel lagi

Assalamualaikum

Apa perasaannya bila mengetahui diri sendiri adalah punca kepada semua masalah, rather than having external, technical problem? Rasa down. Wakakaka. Berbanding rasa lemah atau down, aku lebih rasa macam penat. 

Itulah dunia yang perlu dimujahadahkan. Sabar untuk sabar.

Usia yang berlalu dan semakin meningkat menunjukkan prestasi seni berkomunikasi dengan manusia yang semakin menurun. Semakin hari semakin selfish. Tiada keghairahan hendah berziarah, hendak menggembirakan manusia lain, menyebarkan kebaikan. Hanya nak confined diri sendiri, improve diri sendiri je kalau boleh.

Bila fikir balik, mungkin perasaan "oh, aku boleh buat lebih lagi sebenarnya kalau aku fokus untuk improve diri sendiri dengan cara sekian-sekian." Tapi ternyata tidak berhasil baik dengan suara itu. Aku tetap malas, malah realitinya prestasi diri semakin menurun.

Kami berpakat untuk buat muhasabah mingguan pada setiap awal minggu di bulan Ramadan, dan ternyata bila aku cuba balik list out good deeds yang aku buat, macam sangat sikit je. Tak tahu, adakah hari-hari dalam hidupku ini ada memberi kesan kepada yang lain? Takut terjebak dalam chain kejahatan je berbanding dengan chain kebaikan.

Rumah aku dihuni oleh orang-orang yang sangat baik sampai aku terasa macam aku yang jahat. Baik sangat just lacking semangat untuk bersama-sama jadi baik.

Sampai aku terasa "oh adakah baiknya aku ini hanya disebabkan biah yang menyokong? So kalau biah tak menyokong aku akan jadi waver dan tak baiklah." Kemudian aku rasa penat. Haha.

Cycle yang berulang.
Post yang dibuat semata-mata sebab rasa nak tulis.

At least by separuh ramadan ni aku temui solusi terbaik untuk masalah masa depan aku. Duduk dengan orang-orang yang nak tarik kita buat baik. 


Thursday, June 9, 2016

Blerp

People said im happy and positive

But i can't really do that --
Now.

Wednesday, May 4, 2016

We'll be the stars

"Yeah, we're holding on to who we are
When it's time to close your eyes
They will see us in the sky,
We'll be the stars!"


......

Antara hobi pagi yang paling saya suka ialah --

Selain daripada melihat sungai nil--
Ialah melihat beberapa pohon besar yang berada di luar universiti.

Sekarang ia sedang lebat hijau.

.......

Tak sangka, bulan yang disangka paling hectic dalam dunia tahun 5, which is bulan April, telah berlalu. Tetapi kepenatannya tidak sebesar masa zaman step hari tu yang lebih mencabar emosi dan fizikal. 

Apapun semoga Allah menerima amal-amal kita. Random je ni. Takde idea nak share apa. Just nak kongsi quote di atas. Sebab sekarang dalam fatrah hilang tsiqah dalam diri sendiri benda berkaitan medik. Adeh.

Doakan ya.

"We are young, we are gold
Trying things we didn't know
Looking at the sky, see it come alive
All our fears became our hopes
Climbed out every locked window
Rode a lion's mane and fell upon the rain

We can reach the constellations Trust me, all our dreams are breaking out

No, we're never gonna turn to dust,
Yeah, all we really need is us
Don't be scared to close your eyes
No, we're never gonna die, we'll be the stars
Oh, no, we're never gonna step too far
Yeah, we're holding on to who we are
When it's time to close your eyes
They will see us in the sky,
We'll be the stars!" 

Sabrina Carpenter, We'll Be the Stars


Sunday, April 10, 2016

It is a very good thing when you have extra time and a to-do-list

Assalamualaikum

Hari ni kuliah takde sebab Raja Salman (Raja Saudi) dan Presiden Mesir datang universiti kami mungkin untuk tujuan perbincangan (ect) mengenai penambahbaikan yang boleh diusahakan di universiti kami.

Dengar ceritanya Saudi nak bagi sedikit support in the form of material/money lah kat universiti kami so, memang gempak la uni kitorang duk cat pagar, cat balik jalan, tambah bunga tepi jalan, pasang skrin yang bertulis "ahlan wasahlan" dll.

So, alhamdulillah lah kesannya kepada students seperti kami ialah CUTI!
Walaupun secara peribadinya saya tidaklah berminat sangat cuti kerana ia bermaksud ada beberapa lectures yang bakal ditinggalkan. Di mesir, once you skip a lecture (due to unpredicted holiday, for example), the possibility untuk ia diulang semula adalah sangat rendah.

Tetibe teringat kata-kata dr ihfazu,

"Nobody will care about you in this world. Start reading by yourselves."
Hmm. Baiklah.

So, the holiday is on dan disebabkan ahad akhawat uni lain tak cuti so basically, tiada apa-apa yang akan berlaku pada hari ini kecuali kelas hadis pada waktu petang.

Dan there goes the title:

It is a very good thing when you have extra time and a to-do-list




Pointnya di sini:
-Sentiasalah menyediakan diri dengan to-do-list supaya sentiasa bersiap sedia dengan masa lapang yang datang tiba-tiba.
-Tiada istilah masa lapang dalam diri seorang pemuda
-Setiap masanya berharga.


Sekian.

Saturday, April 9, 2016

Real superman

Assalamualaikum

“Ahli zuhud yang baru di dalam zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli  zuhud yang sempurna zuhudnya tidak menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada mereka, bahkan mencari-cari mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T. Sesiapa yang mengenali Allah tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada sesiapa pun kecuali hanya pada Allah semata-mata. Ahli zuhud yang baru lari dari orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli zuhud yang telah tamat pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak mencari mereka padahal setiap penawar mereka ada padanya? 

Justeru, sebahagian dari mereka telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di hadapan orang fasik kecuali orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah sempurna mengenali Allah S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya sehingga dapat mengalahkan iblis dan tenteranya. 

Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.  
Wahai orang yang mengasingkan diri kononnya kerana  zuhud yang jahil!
Maralah dan dengarlah kataku :
 

“Wahai orang zuhud di muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat
pertapaan kamu dan marilah dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu
itu tanpa dalil. Kamu tidak melakukan apa-apa kebaikan. Majulah kamu."

Daripada Muntalaq, Bab 5: Ahli Ibadat Yang Bermain-main.

Di sini kami menyimpulkan, orang yang paling zuhud adalah orang yang paling dekat dengan masyarakat. Kerana apa? Kerana ahli zuhud adalah orang yang paling rapat dengan Tuhannya. Dan biasanya orang melahirakan diri daripada kawasan yang jahil kerana risau dirinya terpengaruh dengan kejahilan tersebut. Tapi bagi ahli zuhud yang telah mencapat tahap tertinggi dalam hubungannya dengan Tuhannya, itu bukan masalah bagi dirinya.

Bahkan, ahli ahli zuhud ini lah orang yang paling mengejar orang-orang yang memerlukan rawatan, turun ke padang mencari dan menyembuhkan manusia, ruhaniyah aqaliah dan jismiyah. Sebab dia adalah orang yang paling faham.

.......................................

Buka cerita lain sekejap.

Praktikaliti. Khidmah.

Setelah lamanya kita bergelumang dalam masyarakat dan membincangkan perkara-perkara yang membolehkan kita menjadi manusia yang baik, dan tidak hanya menjadi lebihan kepada dunia; kini adalah masa yang paling tepat untuk mempersoalkan di mana output maksimum fardi kita yang berbentuk konsisten dan habitual.
.
Kenapa fardi? Kenapa habitual?

Sebab kita memang dah diajar dan diseru untuk membuktikan kefahaman kita (untuk menjadi insan berguna) sejak dahulu lagi, even sejak sekolah rendah lagi, untuk saling membantu orang lain tanpa membutuhkan pulangan.

Dan lagi best semasa dalam usia pendidikan tinggi, kita diajar pula untuk hidup bermasyarakat, bermula daripada kawan serumah, kawan sebatch, komuniti, organisasi. Yang dimana, kita dilatih berkhidmah; dalam keadaan dipantau. Ada pantauan. Ada biah. Sebab duduk di oversea, tiada family dan sebagainya, so rasa concern kepada sahabat tu memang ada secara automatik.

Tapi, yang kurangnya ialah;

Penerapan nilai khidmah yang betul2 melekat dalam diri dan hati itu masih tiada.
(dalam diri saya sendiri lah, tak tahu yang lain macam mana)

Maksudnya, perasaan khidmah yang bukan kerana tanggungjawab mahupun biah mahupun seruan/kempen. Benda tu sangat kurang pada diri saya,

Bagaimana saya betul-betul menginfakkan diri untuk kegunaan dunia, tak kisahlah dia kawan batch ke, ikhwah akhawat ke, orang melayu ke, orang arab ke, pokok ke, kucing ke, jalan raya ke, dll. Infaq yang tidak mahukan pulangan. Itulah khidmah kan. To help someone without intention of getting something in return.

Fardi sebab, nak perasaan itu ada dalam keadaan kita berseorangan, bukan hanya bila bersama komuniti.

Habitual sebab, nak benda tu jadi macam habit, bukan masih benda yang kena dimasukkan dalam mutabaah amal ke, atau kena ada orang pantau ke. Habit. Bila benda dah jadi habit ni, kita akan automatik laksanakan tanpa perlu berfikir. More to refleks.

Masalahnya,

Orang yang selalu buat khidmah yang macam ni (sorang-sorang, takde gegak gempita kempen, takde poster, takde orang tengok) biasanya orang sekeliling akan nampak yang dia ni sangat menyusahkan dirinya. Membebankan dirinya dalam keadaan itu bukan urusan dia pun nak sibuk-sibuk.

Macam ada dalam video femes iklan thailand tu. Seorang lelaki suka bagi air kat pokok bunga, suka bagi duit dia kat orang yang minta sedekah (bagi banyak pulak tu), suka tolong angkat troli peniaga, bagi makan anjing. Orang lain yang tengok geleng-geleng kepala je.


this one

Dan betul pun, kekadang benda ni memang meyusahkan diri pun. Sangat sangat sangat sangat. Dah la kadang-kadang sakit sendiri, belum masuk point orang ambil kesempatan lagi, atau kena kutuk dengan orang lain yang selalu bercakap-cakap. Tapi, efek dia kalau kita ikhlas, mashaAllah lah. Mungkin boleh jadi macam apa yang berlaku dalam video tu, budak kecik tu sendiri yang malu then dia ambil option untuk pergi sekolah, belajar baik-baik.

Dan ofkos kesan tu kelihatan bukan sebab sekali je buat benda tolong orang ni, tapi diulang secara harian sehingga mampu memberi kesan.

Ada kenal juga seorang akh (pakcik) ni, kawan ayah. Bergerak dalam dakwah mualaf, kerja bimbing mualaf is a lot harder than cari orang nak masuk islam tau. Sebab time ni mualaf tu banyak sangat dugaan, dugaan family, kawan, rakan sekeliling, kena buang keluarga. Belum masuk lagi aspek orang mualaf yang memang miskin. So kerja pakcik ni bukan setakat memenuhi keperluan rohaniyah seorang mualaf (nak ajar basic islam, dsb) tapi juga terpaksa menyakitkan kepala sendiri dengan masalah si mualaf ni.

Sampai jadi macam wali pulak nak confront family si mualaf ni supaya bincang baik-baik. Huh, siyes susah.

Dan kerja-kerja macam ni, serius kita nampak macam mulia kan, wajar dihargai kan. Tapi in reality, teruk pakcik ni kena perli dengan family dan kawan-kawan dia tau. Sebab menyusahkan diri nak jaga mualaf. 

"Aku tengok dia ni asyik sibuk je dengan si cina tu. Kenapa la tak bagi je budak tu dekat pejabat agama, senang. Buat apa la susahkan diri."

"Dia tu sibuk tolong orang sana sini. Anak bini entah ke mana."

Sebenarnya orang lain banyak cakap je bukannya tahu situasi sebenar pun. Realitinya mereka suami isteri sama-sama saling menyokong buat kerja ni.

Itulah, kita mungkin rasa kita dah cukup khidmah bila sekarang, kita sama-sama buat kerja khidmah tu dalam surrounding yang juga mahu khidmah. Tapi kita tak tahu di mana kedudukan kita nanti once kita diletakkan dalam biah yang nafsi nafsi. Selfish. Yang semua orang fikir isi rumah dia je tak fikir pun jiran tetangga.

So,

Nak tutup dengan satu cerita..

.................................................


Suatu malam usai selesai urusan, kami bergerak pulang ke rumah bersama-sama, dan kelihatan kelibat seorang pakcik menjual bola bercahaya di bawah tangga metro. Lewat dah time tu, kalau saya sendiri memang kepala nak cari katil la time tu.

Tapi pakcik ni pulak, dalam keadaan orang dah tak ramai tu, dia menjaja..
"Ithniin ginih wa nuss, ithninn ginih wa nuss." sambil tangannya menunjuk pada bola cahaya yang dijualnya.

Saya pun mengomel,
"Haih pakcik ni, lewat malam dah, kite yang student ni pun dah ngantuk, nak tidur. Balik la, kesian la dekat anak isteri kat rumah tu."

Bagi sesiapa yang selalu duduk rumah (biasa time cuti summer) mesti selalu berada dalam kasut anak yang menunggu parents dia balik rumah kan. Haha.

Sebenarnya saya sendiri sangat tak suka tengok orang lelaki lepak luar rumah malam-malam (biasa nampak kat kedai mamak kalau kat sungai besar tu), kan kat rumah ada family, why tend to spend your time outside. Seharusnya setelah seharian keluar, malam balik la duduk dengan family, dinner sama-sama.

Then ayuni cakap,
"Akak beli la bola tu, dua genih nuss je.. Nanti boleh la dia balik."

Time ni memang sentap sangat lah kan.

Kita ni jadi orang yang banyak komen je, tapi apa action kita untuk bantu?
So sebenarnya, orang yang paling faham dengan tarbiyah adalah orang yang paling banyak berkhidmat untuk manusia lainnya, dalam apa keadaan pun dia berada.

Paling menyantuni manusia sekerja
Paling menyantuni jiran
Paling berani bergaul dengan orang yang kita selalu lari daripadanya (cth orang hisap dadah, remaja liar)
Paling keluar bermasyarakat.

Kerana orang yang paling ber-tarbiyah ialah orang yang paling faham
Paling ada common sense

Sebagaimana dengan orang yang paling zuhud tadi tu.

Ok. Sekian.
 

Friday, April 8, 2016

Dahulunya mereka hanya makan daun di tepian.

Assalamualaikum

Ada satu hadis yang masa belajar dalam kelas, yang sangat mengharukan diri ini:

Daripada Bab 56 Riyadus Solihin:  Keutamaan Lapar, Hidup Sederhana, Cukup Dengan Sedikit Saja Dalam Hal Makan, Minum, Pakaian Dan Lain-lain Dari Ketentuan-ketentuan Badan Serta Meninggalkan Kesyahwatan-kesyahwatan (Keinginan-keinginan Jasmaniyah)

^ Bab yang paling menduga dan meruntun perasaan. Katanya macam kena baling dengan kucing. Sudahkan dibaling, kena cakar lagi sebab kucing terkejut.

Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Sesungguhnya saya itu pertama-tama orang Arab yang melempar dengan panahnya -untuk- fisabilillah. Kita semua waktu itu berperang beserta Rasulullah s.a.w. dan kita tidak mempunyai makanan sedikitpun melainkan daun pohon hublah dan daun pohon samur ini, sehingga seorang dari kita itu sesungguhnya mengeluarkan kotoran besar sebagaimana keadaan kambing kalau mengeluarkan kotoran besarnya dan tidak dapat bercampur dengan lainnya --yakni bulat-bulat serta kering, karena tidak ada yang dimakan." (Muttafaq 'alaih)

*Al-hublah dengan dhammahnya ha' dan sukunnya ba' muwah-hadah, juga samur adalah dua macam pohon-pohonan yang terkenal di daerah badiah yakni tanah Arab bagian pedalaman.

Saad Bin Abu Waqqas.

Nama yang begitu tidak asing lagi. Beliau adalah antara sahabat yang terkenal, seorang amir yang hebat pada zamannya. Kegagahan beliau menakluk Parsi semasa zaman Umar Al-Khattab tidak boleh dipertikai lagi. Dilantik menjadi gabenor Kuffah, digelar sebagai Singa Yang Menyembunyikan Kukunya. Saad juga adalah antara orang yang awal memeluk agama Islam.

Ok.

Bayangkanlah, situasi hadis ini berlaku, ketika itu mungkin Islam sudah lama bertapak, dan kerana itu sahabat-sahabat mengenang semula peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara mereka.

Dan apa yang berlaku adalah seperti di dalam hadis tersebut.

Pada awal-awal zaman para sahabat berperang, mereka tidak menemukan makanan apa pun, melainkan pokok-pokok kecil yang tumbul di gurun-gurun, sehinggakan najis yang dikeluarkan tidak ubah sama seperti yang dikeluarkan oleh binatang ternakan (dalam hadis ini menyebut شاة - kambing). Kerana apa yang dimakan adalah benda yang sama. Daun pokok.

Ustaz kami kata, pada zaman dahulu, simpanan makanan dan harta paling banyak akan diberikan kepada tentera terlebih dahulu sebelum rakyat, kerana logiknya, tentera perlu kuat untuk menjaga rakyat. Jika tentera tidak makan, bermakna tentera akan lemah, dan lemahnya tentera bermaksud kebinasaan kepada negara dan rakyat. Kerana tentera tidak larat untuk menempuh serangan musuh dari luar. Lagi-lagi zaman aktif perang macam dulu kan.

Ok.

Tetapi, apa yang berlaku pada zaman awal Islam adalah seperti yang diceritakan dalam hadis ini. Even tentera pun tak dapat makanan yang secukupnya sampai mereka perlu makan daun-daun di tepian. Zaman sekarang, orang miskin pun tak makan daun tau. At least mereka ada la sedikit nasi atau roti. Except apa yang berlaku di Syria.

Plus, yang ni ustaz tanya kami. Berapa lama masa yang diperlukan untuk badan kita mengeluarkan najis yang sebijik teksturnya macam najis kambing?

 sebagaimana keadaan kambing kalau mengeluarkan kotoran besarnya dan tidak dapat bercampur dengan lainnya --yakni bulat-bulat serta kering, karena tidak ada yang dimakan."
Najis manusia lebih berair (sorry tak tahu macam mana nak explain dengan lebih baik). Human's excreta is a little bit fluidy, not so firm, warna pun macam gelap-gelap sikit. Kalau kambing dia macam hampas tebu tu cuma lebih hijau dan basah sikit. Untuk manusia menghasilkan benda yang sama, makanan yang dia makan itu haruslah chronically based on high-fibre vegetables, dan kurang air. Chronic=tempoh yang lama.

Maksudnya di sini, bukan lah sehari dua je sahabat terpaksa makan daun. Tapi mungkin berminggu atau berbulan lamanya. Sampai ke tahap itu sekali.

Bagaimana pula dengan hal umat Islam yang lain pada ketika itu, kalau tentera pun tak dapat makan? Wallahu a'lam, mungkin lebih tiada makanan.

Dan siapa yang cakap ni?
Saad bin Abi Waqqas, seorang panglima agung yang namanya tersenarai antara khalifah yang bakal menggantikan Umar. Penakluk Parsi. Bukan calang-calang orang. Bersama beberapa lagi sahabat lain, ofkos. Mereka yang mungkin sekarang ketua-ketua pos penting mukminin di serata dunia, dahulunya adalah orang-orang yang makan daun pokok je. Malahan Rasulullah sekali, baginda jarang dapat makan besar-besar. Mostly makanan baginda adalah roti yang diperbuat daripada gandum kasar/barli (boleh rujuk hadis lain dalam bab ini). Rasulullah dan sahabat mereka bukanlah orang yang miskin, tetapi kerana mereka mengambil dunia seadanya untuk keperluan hidup mereka, tidak lebih dari itu. Lebihan dapatan pada hari itu akan diinfaq terus buat kegunaan umat Islam pada masa itu, terutamanya pada zaman awal kebangkitan Islam. Sampai begitu sekali.

Kenapa kena belajar hadis ini? Ustaz cakap: "...sehingga kamu menghargai deen ini.." Agama ini bukan didirikan atas perjuangan yang rilek-rilek. Ia mengharungi suasana dan keadaan seperti yang disebutkan di atas tadi.

..................................................




Berhadapan dengan situasi yang memerlukan pengorbanan adalah benda yang tidak asing lagi kepada sebuah perjalanan bernama hidup. Apatah lagi hidup yang bermoto 'khidmah'. Segalanya untuk kebaikan yang lain. Syurga dan pahala menjadi habuan sang pengejar akhirat.

Ada sebuah pepatah dari sebuah lagu yang juga sangat best:

"Harapan dari setiap insan,
Kesenangan juga ketenangan
Mengharungi hidup ini
Tanpa ada cubaan

sayang harapan itu tak pasti
kerna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan

adakah kita tetap tegar
menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan.."


Menerusi perjalanan sebagai seorang pelajar, bersama dengan kerja-kerja dakwah dan membina manusia ini, banyak benda aku pernah lihat. Tangis air mata suka duka akhawat sini, masing masing cuba memberikan yang terbaik untuk dakwah. Dalam keadaaan habis meeting lewat malam, mereka berusaha untuk bangun awal juga untuk fight for tahajjud, ada yang terpaksa alter cara hidup mereka untuk menjadi fleksibel mungkin untuk dnt, ada yang asalnya pandang exam sebelah mata, kini jadi manusia yang belajar bersungguh-sungguh, alasannya "kita kena jadi orang yang mampu jadi rujukan orang lain dalam bidang kita, baru jadi manusia full manfaat."

Ada yang kesempitan duit tapi still lagi tidak pernah lokek bila terpaksa membelanjakan duit untuk infaq or ajak adik main bola. Dalam masa yang sama tak minta extra duit dari mak ayah, just cut expense diri.. menyebabkan mereka tak pernah merasa loacker (jenama waffer kat mesir, 5LE sebungkus kecil) kerana berjimat..

Ada yang ditanya, dalam hidup ini apa benda yang paling dimahukan, jawapannya "masa.." kerana kepadatan jadual yang mencekik. Jumaat untuk rehat peribadi memang hilang. Sebab sentiasa ada benda yang hendak diselesaikan, paling kurang pun ada buku yang perlu dihabiskan bacaan dan kajiannya..

Sedang aku tidak pernah merasa pengorbanan seperti itu..

Mereka semua ini kebanyakannya kebaikan mereka tidak pernah disebut-sebut. Malah ramai tidak tahu. Mereka bukanlah orang-orang yang berjawatan tinggi yang dimahsyurkan namanya di mana-mana ruang dan medan sosial. Bercakap lantang dihadapan dalam program-program teknikal jarang sekali. Tetapi laju menyusup di kalangan manusia mengajar mereka cara berfikir yang matang, yang tuhan-oriented.

Kadang-kadang kita merasa kita sibuk dan penat,

Sebenarnya ramai lagi orang yang lebih sibuk dan penat daripada kita.

Mungkin kadang-kadang kita rasa kita dah all out sangat untuk dnt ni sampai tak larat dah. Macam nak pengsan pun ada, dengan tenaga, duit, masa, semua habis..

At least perut kita berisi dengan makanan. Bukan daun pokok macam Saad dan sahabat-sahabat lain. Tu macam dah sungguh-sungguh all out. Mungkin ada yang kata, "tu zaman sahabat, jangan compare lah, memang la kalah. Diorang duduk dengan Rasulullah."

Tapi diorang juga manusia. Nak cakap betapa bezanya 'all out' sahabat dengan 'all out' kita.

Dan susah payah Saad tu berhenti takat Fathul Makkah je ke? Atau sampai menang perang al-Qadisiyah lawan Parsi tu je ke? Tawan Parsi tu macam dah kerja besar tau. Macam siapa yang boleh buat macam tu dia layak je nak rileks. Kalau program biasa pun banyak kena buat meeting dsb sampai rasa tak larat, perang-perang besar apatah lagi kan. Mestilah kalau dah menang tu rasa macam haaa puas, dah accomplish satu benda besar. next kerja boleh la kot bagi orang lain.

Tapi Saad tak, usai satu benda besar, dia terus gerak, dan gerak lagi. Kena turun pangkat oleh Umar pun takpe, jelajah dakwah dia jauh sampai ke China. Sampai dikatakan maqam beliau sendiri berada di situ.


Ustaz cakap lagi, kalau deen ni diletak pada tangan orang seperti kita, nescaya agama ini tak akan pergi jauh lebih daripada rumah sendiri. Sebab takutla, malas la, susah la, macam-macam.

Tidur lambat sikit, mengadu
Kena usrah jauh sikit, mengelat
Ada daurah lebih sikit, membebel

Dalam keadaan tak buat pape pun untuk cuba adapt situasi. Hidup yang keras macam kayu.

Dalam dnt, kita berusaha sedaya upaya untuk tidak memberi sesuatu yang melepasi kefahaman orang tersebut. Jadi kalau naqibah suruh buat something tu, faham-faham je la, antum dah besar, dah kena/cuba buat begitu dan begini sebagai manifestasi kepada kenaikan kefahaman antum terhadap islam dan dakwah ini. Everyone does. Anda bukanlah orang pertama yang mengalami semua ini.

Dalam masa yang sama, kena selalu qadaya untuk update perjalanan antum membawa tugas supaya sebarang masalah boleh dicater bersama. Macam dalam O&G, setiap ibu yang ada masalah tetapi memenuhi kriteria orang yang layak, akan diberi peluang untuk bersalin normal, dalam masa yang sama, perkembangan kandungannya akan diperhati. Jika ada apa-apa masalah timbul, kita akan bagi supportive measures, atau terus buat CS.

...........................................


So untuk endingnya,

Formula ini bukanlah setakat layak diaplikasi dalam dnt, tetapi juga dalam hidup ini. Give all out dalam semua benda yang kita lakukan (study, kerja, human interactions) dan tolonglah, jangan memilih untuk manja, sedaya mungkin.

Semoga kita semua menjadi manusia yang mampu untuk persembahkan yang terbaik, segala potensi yang kita ada.

Walaupun hakikatnya kita bukan superman yang mampu buat semua benda.

Sekian.


Thursday, March 31, 2016

Disused atrophy

Dinosaurs joke


Once in class while learning about face presentation of baby during labour, our prof Dr Abdel Salam ask us,

"In your opinion which is more common? Mento-anterior position(MA) or mento-posterior(MP) position? Any suggestion?"
Semua orang senyap. Blur.

Then prof tanya,

"Do you know why dinosaurs extinct? Because of disused atrophy. They did not use their brain to run away *ayat tambahan*. If you do not use your brain it will also undergo atrophy. Use your brain! It's very simple. Being the complication of occipito posterior, of course MA is more common."

Dush!

Maybe sebab duduk di med school so tak banyak complicated problem solving macam maths or creative thinking macam physics jadi bila masuk benda serabut macam obs and gynae ni terus jem otak nak faham mechanism. Sebenarnya, everything is written in medical text books so kita pun macam malas nak faham. Ada yang sampai tahap menghafal je malas nak faham dan figure out kaitan antara complications bla bla bla,

Aku pun wonder ada ke mana-mana side of my brain yang dah start macam nak atrophied? Ngeh.


Sekian.

Sunday, March 27, 2016

Lebih majhul

Assalamualaikum

ayat dalam gambar ini tak merujuk pada diri sendiri, tapi merujuk kepada para unsung hero serata dunia yang lain


(إن أعز ما يملك الإخوان ، هو ذلك الجندي المجهول ، الذى يبذل أقصى ما فى جهده ، وينفق أكثر ما فى جيبه ، ويضحي بأغلى وقته . فإذا حضر لم يُعرف ، وإذا غاب لم يُفتقد ، يتعمد البعد عن الشهرة والأضواء ، قليل الكلام كثير العمل ، يؤمن أن له رباً يذكره فى ملأ  هو أفضل من الأرض ومن عليها ، رب يحب من العمل ما كان خالصاً) .
Berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna - rahimahullah:
"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".
Semasa retreat media yang lepas, mas'ul kami berkongsi ayat ini. Katanya, "Lapangan media adalah medan untuk melatih keikhlasan kerana kelibatan mereka yang kurang dikenali, kerja banyak tetapi tidak pernah diletakkan nama di atas hasil setiap kerja, dan sebagainya. Tetapi antara keberjayaan dakwah ini terhasil daripada tangan-tangan ini. Itulah jundi majhul." 
(ayat tambah tolak garam gula)
Kerja backstage. Benar. Orang tak tahu apa yang mereka sibukkan hari-hari. Pagi petang dan malam.
Tetapi,
Apart from that,
Ada kerja yang 'lebih majhul' daripada itu. Itulah dia sifat kerja seorang murabbi. Membina mutarabbinya siang dan malam tanpa lelah. Hasilnya mungkin mutarabbi itu sedia dilepaskan dalam pos-pos penting dalam masyarakat, menjadi orang-orang yang hebat yang dikenali ramai, yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Tak pernah ditanya orang, "siapa murabbi kamu?"
:)
Teruslah melangkah wahai murabbi sekalian, membina manusia!
P/s: termasuk dalam kategori ini juga: ibu dan ayah, guru. Pendidik.
........
Officially hari ini, kami menghala tujuan masing masing yang seterusnya. Langit seakan-akan memahami. Hujan turun menemani langkah-langkah pulang. Moga Allah balas usaha kita dengan peluang berjumpa-Nya di akhirat kelak. Walaupun hakikat amal ini ada compang campingnya..

Sekian.

Friday, March 25, 2016

Wednesday, March 23, 2016

Teamwork

Assalamualaikum

Dalam dunia ni, banyak benda yang kita impikan dan mahukan. Dan once kita dah memulakan langkah menujuinya, bermulalah cabaran untuk mengekalkan disiplin kita supaya sentiasa tiptop dalam landasan menuju kepada matlamat itu. Dan semuanya berjalan dengan lancar. Suka.

Tetapi bila amal itu memerlukan kepada teamwork/amal jamaie, selalu kita diuji dengan kelemahan manusia-manusia lain, ataupun, kelemahan kita sendiri yang tidak mampu untuk sync kan langkah kita dengan orang lain. Maka bermulalah suara-suara yang tidak enak, rasa-rasa yang tidak puas hati antara satu sama lain tetapi tidak dislaurkan di corong yang betul. Wanita. Sifatnya memang suka mengomen, tapi bukan dekat orang yang sepatutnya dikomen, sebaliknya komen kat kawan lain. Mungkin untuk mendapatkan sokongan kot. Maka jadilah amal teamwork itu tidak indah, meskipun matlamatnya jelas dan cantik.

Kenapa semua ini berlaku?

Berpegang kepada konsep 'Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan kita' kerana sifatnya yang 'yuwaswisu'=membisik secara on off dalam surah an-Nas, kita kena selalu ingat, bahawa, semakin baik matlamat kita/semakin rabbani matlamat kita, semakin besar ujian yang Allah akan beri untuk menguji kesungguhan dan keimanan kita, dan juga untuk menapis mana-mana ciri yang buruk daripada menghiasi jalan usaha yang murni ini. Kerana itu, lazim/sunatullah bagi sesuatu kebaikan, menghadapi ujian internal dan external. Syaitan yang disiapkan untuk operasi ini juga bukanlah calang-calang syaitan.

So, kadang-kadang, jadilah kita orang yang mampu melakukan kerja berseorangan dengan cemerlang, tetapi dalan kerja berpasukan, jadi terbalik. Incompatible, tidak berdisiplin, senang mengungkit, suka salahkan orang, dan sebagainya.

Kemudian, usaha sikit je dah tak sabar nak menuntut hasil.

"Manusia diciptakan bersifat tergesa-gesa. Kelak Aku akan perlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaanKu. Maka janganlah engkau minta Aku menyegerakannya." (21:37)


Oleh sebab itu, kawan-kawanku,

Jika anda melakukan kerja yang besar,

Ingatlah, ingatlah.. Sentiasa menyiapkan bekal yang lebih besar bersamanya. Kesabaranmu, kesungguhanmu, lapang dadamu, sikap tidak putus asamu harus besar.

"Dalam amal jamaie itu ada barakahnya."

Hubungan yang dekat dengan Tuhan adalah sumber ketahanan yang paling osem, dihiasi dengan biah/surrounding yang membina. 'Membina' tidak bermaksud yang anda akan sentiasa dipersetujui, tetapi sebaliknya sentiasa dikomen, dibincang dan dibaiki. Ditegur jika silap, disokong usahanya jika benar.

Kalau ada benda yang tidak puas hati (terhadap gerak kerja dan ahli team yang lain), itulah gunanya meeting.

Sentiasa improve diri dengan tips dan teknik yang banyak dikongsi di laman-laman sosial, kemahiran teknikal, disiplin, psikologi interaksi dengan manusia lain, dan sebagainya. Banyak buku boleh kita rujuk.

Banyakkan juga muhasabah dan berbincang dengan orang lain tentang cara kita bekerja.

Semoga Allah sentiasa tidak jemu melihat langkah-langkah kecil kita, step by step, dan sentiasa berada dalam perlindunganNya daripada perkara perkara dan rasa hati yang tidak baik.

Sekian.

Thursday, February 4, 2016

Perubahan


Manhaj Taghyir

Dulu kak rai pernah sebut pasal benda ni kat aku tapi aku tak ingat conversation apa yang boleh bawak kepada tajuk ini.

Kata dia,

"Manhaj yang kita bawak adalah manhaj perubahan. Kita dakwah seseorang itu bukan style beri sahaja, or touch and go, tapi kita nak ubah dia jadi someone yang lebih baik dan lebih dekat pada Islam. Sampai dia berubah, dia dan kita merasakan perubahan diri dia itu. Itulah dakwah kita."
Ayat reka sendiri tapi lebih kurang begitu lah bunyinya.

Dan tadi ustaz cakap,

Juga ayat reka sendiri bunyi macam lebih kurang je, maafkan garam gula tambahan,

"Islam itu sendiri sifatnya mengubah. Islam adalah dasar (reason) terpenting untuk berubah. Dan perubahan itu tidak akan dapat berjalan, melainkan individu itu sendiri yang nak bawa diri dia berubah kepada yang lebih baik."

Tambah lagi,

"Seorang individu (manusia) itu pula adalah elemen anasir terpenting untuk ubah masyarakat. Jadi, kalau nak ubah masyarakat, kita kena ubah diri kita dahulu."

.

"Jadi, kita lah kena check diri kita sendiri, daripada saat kita bangun hingga kita tidur semula. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semalam."


.

"Dan bagaimana akhirnya kita juga mengajak orang lain untuk mencapai perubahan yang kita mahukan."

.


Aku pun terfikir, dua benda.

Satu. Bagaimana pula kalau kita membawa usrah itu hanya semata usrah memberi, bukan usrah mengubah. Maka itu sudah lari daripada tujuan atau prinsip dakwah yang kita kejar. Memang, tidak dapat dinafikan pada murabbi dan mutarabbi itu ada kekurangan manusiawi yang terpaksa ditampung. Kekangan masa, bakat, idea dan sebagainya. Tetapi, kalaulah usrah yang dibawa itu tidak bersifat mengubah atau mengislahkan, maka, bukankah ada sesuatu yang silap di situ?

Dan apatah lagi lah kan kalau murabbinya pun tak perasan mutarabbinya tu ada perubahan ataupun tidak. Sama ada lebih baik, statik atau makin ke bawah. Eh. Usap dahi berkali-kali.

......

Kedua. Bagaimana pula kalau kita yang bersama dalam jalan DnT ini, tidak dapat merasakan apa-apa aura perubahan dalam diri ni semenjak dua menjak ini? Tak tahu lah siapa yang patut dipersalahkan, tetapi yang pasti, part kepada blame tu ada pada diri sendiri. Berapa banyak liqa, daurah, mukhayyam, musyawarah, nadwah dan mabit yang dihadiri. Tetapi amal masih di takuk itu. Tarbiyah maintenance orang kata. Yup, ok lah daripada menurun kan. Tapi betul ke puas hati hanya dengan itu?

Kadang-kadang aku rasa silap terbesar kenapa kita tidak berubah laju ialah kerana kita dengan Tuhan itu tak berapa nak rapat. Asyik main je, take for granted kewujudan akhawat2 qowiy kabeer yang ada di sini. Padahal bak kata ustaz, "Islam itu sendiri sifatnya mengubah." So, kalau kita embrace Islam baik-baik, pasti akan ada perubahan yang muncul pada diri kita.

Yang akhirnya perubahan berbentuk individual ini, mampu dialirkan tenaganya, membentuk sebuah revolusi perubahan kepada masyarakat dan seterusnya.

.......

Konsep ini, sebenarnya memang dah lama dilaungkan dalam perbincangan-perbincangan dakwi dan tarbawi kita sejak pertama kali menjejak ke alam DnT ini. Cuma aku tersedak kembali teringat perbualan aku dengan kak rai, tentang sifat tarbiyah ini yang mengubah. Dan itu yang membezakan dakwah kita dengan yang lainnya. Kalau bawak usrah, kita memang betul-betul aim yang kita nak jadikan mutarabbi kita seorang yang hebat, mengikut acuan al-quran dan sunnah, berkeperibadian sebagaimana para sahabat, menjadi individu yang hebat. Yang macam pohon keimanan tu. Kefahaman yang mengakar, keperibadian yang mantap dan mengagumkan, dan membuahkan akhlak dan kebaikan buat yang lain.

Untuk kita yang berenang dalam jalan DnT ini, harus sentiasa muhasabah diri. Adakah di sana mana-mana ruang untuk aku perbaiki diri dan jadi lebih baik daripada aku yang dahulunya? Bagaimana mutabaah amal aku, amal dakwi aku? Study? Akhlak peribadi? Banyak lagi sebenarnya benda yang kena diubah dan diperelokkan.

Kalau semua orang fikir macam ni,

Memang akan dapatlah matlamat ustaziatul alam tu.

Dan ternyata dakwah Islamiyah ini memang manhaj terbaik untuk memperbaiki dunia ini, kerana sifatnya yang mengubah sesuatu.

Sekian fikiran malam daurah.
Esok ada lagi, seronok juga stay di mesir je waktu cuti winter ni.
Banyak benda boleh selesaikan.

Wednesday, February 3, 2016

#Thought 4

Bila pikir balik,

Dalam blog ni banyak keluhan. Nasib baik nama blog mumblyme boleh la kot nak kaitkan dengan 'mumble' tu. Atau taruk 'keluhan-me' (?)

Adoii. Hakhak.

Kenapa aku tidak begitu?

domoku yang sudah hilang


Tuhan,

Dia selalu menemukan aku dengan orang-orang yang hebat tajarrudnya. Di jalan dakwah dan tarbiyah ini, aku selalu dikejutkan dengan kewujudan orang yang aku rasakan hampir mustahil untuk ada. Daripada pemegang biasiswa kijang emas belajar di Oxford bertudung labuh yang sering ke sana ke sini menjadi muwajih daurah, ikhwah yang kini berada dalam politik yang bercita-cita nak jadi PM satu hari nanti, wartawan di sebuah stesen TV besar dalam masa yang sama juga ke sana sini menyumbang tenaga dalam DnT, artis, professors, anak duta yang ikut tarbiyah kemudian buat DF menangis2 sebab fail first time, kemudian bangkit balik hinggalah kini dah bawa usrah, orang yang belajar dalam bidang media penyiaran yang aim nak buka satu stesen radio tarbiyah, sehinggalah ke sesimple seorang murabbi yang sembahyang sunat taubat acapkali nak buat liqa keesokan harinya, dan akhawat yang tidak pernah tinggal ODOJ nya walau sibuk bagaimana pun dia pada hari itu.

Kenapa aku kata tajarrud?

Sebab diorang mampu melepaskan segala title dan impian duniawi mereka dan aim untuk akhirat. Untuk kebaikan islam.

Sedang mereka dahulu, mungkin mempunyai background yang mungkin lebih bawah daripada aku pemahaman islamnya suatu masa dahulu.

Untung aku, aku dilahirkan dalam keluarga muslim, ibu abah juga ke sana ke mari aktif dalam dakwah. Amat selesa bagi aku untuk bergerak. Sedang mereka, mungkin tidak. Ikut equation logik, seharusnya mungkin aku patut lebih tinggi level kemampuan penyumbangan aku dalam agama ini.

Kewujudan orang-orang macam ni, memang mematahkan hujah aku,
Hujah untuk bersenang lenang dan lembik dalam DnT ini.

Ya, mungkin kita boleh kata mereka adalah ma3adin (logam) mahal, dan kita tidak, tetapi apa yang dikagumi ialah ketajarrudan mereka yang macam memang dah tak pandang belakang balik dah. Sedangkan lagi kuat logam itu, lagi banyak sebenarnya cabaran untuk kekal pandang ke hadapan.

...................................................

Kedua, dalam nasihat.

Tuhan,

Dia selalu menjumpakan aku dengan ayat-ayat dan nasihat yang datang tepat pada masanya. Serius tepat. Sebab kadang-kalanya, bila aku bertemu semula dengan frasa yang sama pada hari lainnya, efeknya tidak sama dengan waktu semasa aku bertemu dengannya pada masa yang tepat itu. Sebelum atau selepas. Serius sekali lagi.

Bila aku lihat semula, sebenarnya Tuhan itu memang dah sangat baik.

Hidayah tu terasa dari segenap sudut, kalau diperhati semula betul-betul. Aku rasa betul lah statement yang setiap orang tu memang Allah bagi je sign, hidayah, petujuk; biar muslim atau tidak. Cuma sekarang depends pada si penerima tu jelah, nak dengar dan ikut hidayah tu atau pura-pura buat pekak. Kan. Kalau aku yang muslim pun rasa, kenapa tidak bagi yang non-muslim/orang yang jauh daripada islam.

Entahlah, ini semua rezeki. Perasaan tu, rezeki.


Tapi yang peliknya,
Kenapa aku masih bukan orang yang begitu? (yang seperti di atas)
Even semasa aku gariskan impian hidup aku up to tahun duaribulapanbelas pun takde terselit impian-impian besar.


Biarlah
Biarlah
Biarlah


Aku berdoa semoga aku dijadikan orang yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai dalam cara yang terbaik dari segala sudut yang aku mampu, sebaik-baiknya bank amal yang dipenuhi dengan amal jariyah yang kekal hidup walau aku sudah mati nanti.

Dan kalau ada rezeki,
Semoga aku mampu jadi orang hebat itu.



(keluhan seorang yang bercita besar tetapi tidak beramal besar)

Err.

Tuesday, January 5, 2016

2016

Assalamualaikum



Yeah. 2016 dah. Baru semalam-semalam buat report untuk 2015, tiba-tiba dah tahun baru. Time flies really fast for an adult. Unlike those past years, this year i didn't have specifc aim/resolution, as i've decided to renew them on every beginning of new semester. So, just for enlighten the new year mood, i still want to list some general aims sebab actually kita memang kena renew diri kita, setiap hari kalau boleh, untuk jadi orang yang lebih baik kan.


Jadi, 2016, saya harap saya boleh

Lebih gembira
Lebih tersusun
Lebih dedikasi esp dalam study dan kemurabbian
Lebih disiplin dan tegas dengan prinsip diri
Meja study lebih kemas dan cantek
Menghargai orang di sekeliling saya