Sunday, March 27, 2016

Lebih majhul

Assalamualaikum

ayat dalam gambar ini tak merujuk pada diri sendiri, tapi merujuk kepada para unsung hero serata dunia yang lain


(إن أعز ما يملك الإخوان ، هو ذلك الجندي المجهول ، الذى يبذل أقصى ما فى جهده ، وينفق أكثر ما فى جيبه ، ويضحي بأغلى وقته . فإذا حضر لم يُعرف ، وإذا غاب لم يُفتقد ، يتعمد البعد عن الشهرة والأضواء ، قليل الكلام كثير العمل ، يؤمن أن له رباً يذكره فى ملأ  هو أفضل من الأرض ومن عليها ، رب يحب من العمل ما كان خالصاً) .
Berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna - rahimahullah:
"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".
Semasa retreat media yang lepas, mas'ul kami berkongsi ayat ini. Katanya, "Lapangan media adalah medan untuk melatih keikhlasan kerana kelibatan mereka yang kurang dikenali, kerja banyak tetapi tidak pernah diletakkan nama di atas hasil setiap kerja, dan sebagainya. Tetapi antara keberjayaan dakwah ini terhasil daripada tangan-tangan ini. Itulah jundi majhul." 
(ayat tambah tolak garam gula)
Kerja backstage. Benar. Orang tak tahu apa yang mereka sibukkan hari-hari. Pagi petang dan malam.
Tetapi,
Apart from that,
Ada kerja yang 'lebih majhul' daripada itu. Itulah dia sifat kerja seorang murabbi. Membina mutarabbinya siang dan malam tanpa lelah. Hasilnya mungkin mutarabbi itu sedia dilepaskan dalam pos-pos penting dalam masyarakat, menjadi orang-orang yang hebat yang dikenali ramai, yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Tak pernah ditanya orang, "siapa murabbi kamu?"
:)
Teruslah melangkah wahai murabbi sekalian, membina manusia!
P/s: termasuk dalam kategori ini juga: ibu dan ayah, guru. Pendidik.
........
Officially hari ini, kami menghala tujuan masing masing yang seterusnya. Langit seakan-akan memahami. Hujan turun menemani langkah-langkah pulang. Moga Allah balas usaha kita dengan peluang berjumpa-Nya di akhirat kelak. Walaupun hakikat amal ini ada compang campingnya..

Sekian.

No comments: