Friday, June 29, 2012

It's 29th already

Ok, jujur. saya bosan lalu berkeputusan untuk menulis. *tarik nafas dalam dalam*


sebelah pasar pagi hari sabtu nun di kampung sungai besar


Mengenangkan semangat yang hilang berkurang setelah hampir masuk minggu ketujuh study leave, rasa macam nak hempuk diri guna bantal kekabu untuk bagi diri ni sedar dan terus bersemangat kembali (eleh, bantal je pun).

So far, ada lagi 2 papers and 1 oral examination left sebelum saat habis bergelar pelajar tahun satu kat sini.


Money and Fame

Kawan-kawan sume duk cakap ak ni kaya sebab dapat JPA, nak jalan-jalan senang, makan, mandi duit tiap hari (ya, anda sedang meng-hyperball). Beruntung dan bahagia sungguh menikmati kehidupan di luar negara. What the...beb. Korang tahu tak ak kat sini makan takde kicap kipas udang? Guna santan serbuk je?

Err, sebenarnya ada je kicap ABC indon. Tapi kicap kipas udang lagi sedap.


"Whatever ye are given (here) is a convenience of this Life but that which is with Allah is better and more lasting: (It is) for those who believe and put their trust in their Lord." (42:36)

See, Allah kata, apa-apa yang diberikan kepada kamu di dunia, maka itu hanyalah متاع. Apa itu متاع? Ia bermaksud harta benda, utilities, barang kepunyaan in which digunakan oleh orang arab dalam mengklasifikasikan barang itu sebagai benda itu hanyalah untuk kegunaan keperluan hidup dan bukan untuk keseronokan. Macam penyapu, berus, lap kaki dan lain-lain yang setara dengannya. Kita tak rasa enjoy dan jakun dengan mempunyai sebatang penyapu, kan?

Dan sebaliknya, dalam ayat ni juga Allah compare متاع itu dengan sesuatu yang Dia ada, yang lebih baik. Yang disifatkan sebagai خير و ابقى. Better and long last. Dan untuk siapa semua tu? Untuk orang yang beriman dan bertawakkal kepadaNya.

Dan dalam ayat seterus-seterusnya. 

-Those who avoid the greater crimes and shameful deeds
-Those when they are angry even then forgive
-Those who have responded to their lord and established prayer 
-Those whose affair is [determined by] consultation among themselves (syura)
-And those who, when tyranny strikes them, they defend themselves


Price Tag

Seems like dalam era metropolitan ini, semua orang mengejar kebahagiaan materialistik yang telahpun Allah cakap awal-awal dalam al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad lagi yang semua tu adalah utilities for human's life. Not even something that can be enjoyed to the fullest.  

Tapi kini, everybody seems to be so obsessed with money. Manusia diklasifikasikan dengan duit. Macam ada price tag dekat manusia sekarang ni. Kalau dulu, kita beli barang mesti tengok price tag kan. Lagi mahal barang tersebut, lagi berkualiti la dia maksudnya. Tapi tak semua barang kita perlukan yang berkualiti. Kalau setakat nak beli kain lap kaki, buat apa nak spend sampai RM50. Duit memang perlu, tapi ia bukanlah yang utama.

daripada mati dalam duit macam kat atas tu baik mati dalam iman. ish.


Takut-takut Allah bagi kita kesenangan harta adalah sebagai ujian dan siksaan. 

"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)." (9:55)

Wednesday, June 27, 2012

I am | in History

this is how egypt looks like on 3.30 a.m


Yada, peeps. Peace be upon you bros and sis. 

24 June 2012, seems like almost my entire facebook wall was congested with those updates about the pilpres mesir punya status. Well, sure it is expected from the whole world; especially from the malaysian students who studying here.

Semua orang excited. Semua orang tak sabar menunggu pengumuman keputusan pilihan raya yang bakal memberi kesan yang amat besar terhadap dunia.

And i, err, was in aima's house that evening with the purest intention for studying (of course petang tu ter-burn) as we do have oral examination for physiology on the next day. Datang, lepas tu tercongok depan laptop mendengar siaran live dari al-jazeera. I can't go hold myself back for this great event yoo! Seems like kawan-kawan lain pun sama. Pegang buku fisio tapi mata tuju laptop. Hehe.



And, there it goes. After that day's asar, Allah do grant the misriyyin's dua.

See there? Alhamdulillah Dr. Morsi did win the battle >.<




Mula-mula internet petang tu memang agak tak membantu jiwa yang sedang semangat ni. Ngeh. It keeps buffer and buffer, then tengok status kawan-kawan yang mampu melihat siaran langsung melalui telebisyen yang maujud kat rumah diorang membuatkan kami lebih sedih. Nasib baik lah awal-awal tu ucapan Farouq Sultan tu panjang, jadi reaksi kitorang macam = 'emmm, takpe jelaaa' (redha.haha). 

But then, cakap kat aima, for another one shot: kita refresh kejap la website ni. Rasanya orang lain semua lancar je siaran deme.


Then refresh, buffer again. Cepatlah, cepatlaa!


Suddenly secara tiba-tiba yang memang siyesli TIBA-TIBA, the sound of people roaring shouting for joy was clearly heard, bergema di langit mounira yang jaraknya ke tahrir tak sampai 4 LE kalau naik teksi meter puteh tu. Ada jiran bersorak-sarai (wujud ke words ni?) , kereta-kereta sumer duk buat hon berirama memanjang, tak cukup dengan tu siap ada bunyi mercun lagi! How come?

Mesti result dah keluar. Buffer is abolished and the screen do appear (yang kat atas tadi).


Hu, tak ingat dunia lalu bersorak macam hape! Yeaaa! Islam wins! Tahmid, takbir banyak-banyak
siyes kat malaysia tak pernah cenggini!



Dan sambung baca buku fisio kembali.


gambar hiasan yang agak serupa dengan kejadian


Oh yea, that night after solat maghrib, i went to the balcony; and seems the summer's night air is very refreshing and cool despite of the wrecky hot during the day. Seeing the happy egypt night. Dan berjuta kapal terbang yang lalu, shoohhh shoohh. T____T nak balik msiaa. And whoaa, guess what, jiran rumah jauh main bunga api dari diorang punya balkoni. What a sightseeing thing to see. Beautiful. Wonderful. Calm. Happy. Subhanallah. Ternganga. Haha.

This do summer.


so sweetie little ukht writing our name on her cap.


Guess what, we went to tahrir semalam. Saja jalan-jalan, menikmati angin hamasah orang arab yang cintakan tanah air depa. 


And this was what we see from the stage:



Tahrir square; ohhh, ak pernah pergi waktu sebelum hari ni dalam keadaan ia yang lapang kosong. Dan semalam, perghh. I wonder from where do the people come? Sangat ramai. Sangat banyak manusia. Dan di tepi-tepi ada banyak khemah. They're staying at Tahrir to seek their own rights towards their own nation. I can see there's also old men, women, kids, dan semuanya bersemangat demi negara terchenta.

T__T terharu ai.


Dan ak taktahu nape, semua orang arab senyum tengok ak bawak bendera diorang. Hu?


Dulu kak naqibah pernah cakap before result pilpres keluar, Islam akan menang andai kata Allah rasa masa tu memang sesuai untuk Islam menang. Andai kata ditakdirkan IM menang, alhamdulillah, Allahu akbar. Dan jika belum sesuai masanya, maka kita yang kena refleks balik diri kita, adakah kita penyebabnya?

Dan menang/kalah, kita memang kena kerja lebih kuat lepas tu. Untuk merealisasikan apa yang Islam mahu ke atas dunia ni. Hak-Nya. Malaysia needs us. The world need us.
And we need Allah.

#kemenangan Islam di bumi Mesir pasti membawa kesan besar kepada Palestin. Adakah dunia ini akan bertebaran dengan manusia yang dijanjikan syurga (the palestinians), menyebarkan hamasah mereka ke seluruh dunia seterusnya menjadi penggerak kepada usaha mencapai UA?

Subhanallah, maka kita lah yang kena bersiap siaga.

yea, JOM 3 dah sampai tanah aghab. Opp, mesti akak2 tu marah 
kalau they found out this pic in this blog.

Limited edition, sori. >.< btw, sape nak JOM 1 masih lagi single available :)



Lama dah tak hupdate. Taktahu nak hupdate mende.
Err, dalam JOM 2 ada soalan: Camne nak tangani anak usrah yang bersemangat dalam dakwah tetapi belum mantap peribadi islaminya? Erk. akak ke yang hantar soalan ni? Haha.





Friday, June 22, 2012

feelin' good

Assalamualaikum :)


ekceli i tengah breakfast sekarang ni. hoho.


Hari ini 2 Syaaban sudah. Hu, baru je countup. Tak sangka dah masuk bulan nabi. 

Bulan Syaaban, bulan persediaan, bulan persiapan. Gateway to Ramadhan, universiti tarbiyyah, bulan kita nak berchenta secara khusus dengan Allah sebab ganjaran pada bulan ni pergghh osem.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Lucu dengar DJ radio kata:

"Haaa, bulan Syaaban dah datang. Apa lagi, kalau ada apa-apa yang belum siap, siapkan sekarang. Alamak, pagar tak cat lagi, cat cepat-cepat! Supaya sepanjang tempoh Ramadan nanti, kita boleh tumpukan masa kita untuk bersama Allah."

Comel je.

........................................................................................................

Hu, i'm feelin' good right now. 
(buat background lagu tema ntv7)


Ini tahun kedua ber-Syaaban dan ber-Ramadhan tanpa rakan-rakan sekolah di sisi.

Ngeh, lucu bila ingat balik kenangan masa melalui keduanya bersama korang-korang yang cantik ni. Semua orang tetibe berlumba nak puasa masa Syaaban, semua orang semangat nak menetap kat surau,  semua orang tetiba je sibuk bercakap pasal baju raya. Ada jugak yang ambil kesempatan yang berbaki untuk menikmati dengan sepenuh nikmatnya nasi lemak makcik kantin dan ban bilis koop before bulan puasa tiba (err).

Ada yang sibuk berfikir tentang bazaar sekolah. Hee, budak usahawan!

Regardless of that, semua orang macam ditiupkan semangat baru untuk berchenta dengan Allah. Tu yang ai sukaa tuu.


Lepas tu, masa Ramadhan waktu form 5, yani selalu bawak air kedondong yang dia buat sendiri untuk ak dengan jijah. Okey, perasan. Dia bawak untuk semua orang ekceli. Tapi memang sedap giler sampai berjaya ternobat untuk menjadi air feveret ak.

(Ala tuul tiap kali balik asrama mesti bawak air kedondong beli dari bazaar Sungai Besar :P)


Tup,
Teringat pulak masa Ramadhan kat INTEC. Hari-hari makan kat Masjid Unta tu. Haha. Lepas tu struggle berlatih untuk pementasan arab dengan bebudak MEG03.
Okey stop. Nanti jadi post-maha-panjang penuh dengan memory lane je.


Taktau la kalau nanti jadi tua macam mana. Asyik hidup mengenang je.




.......................................................................................................................


Welcome Syaaban.
Welcome Jumaat pertama bulan Syaaban :)
Doakan Syaaban tahun ni dapat jadi Syaaban terbaik untuk diri ni.

siyesli i'm feelin' good. (haha kontro :P)



Monday, June 18, 2012

countup


Assalamualaikum :)


domo dah jadi dokte


Countdown. Jom kira.
Hari ni 18 Jun 2012.

Bermaksud;

Lagi 4 hari untuk exam written physiology.
Lagi 20 hari untuk tamat exam final secara harfiahnya.
Lagi 25 hari nak menjejak Tanah Malaya terchenta.

Dan,

Lagi 2 hari untuk say bai-bai sambil melambai kat Rejab 1433H
Lagi 3 hari untuk say 'hai, sila sayangi saya' dekat Syaaban 1433H
Serta 31 hari lagi berbaki untuk membuat persiapan sebelum memasuki universiti Ramadan.

Serta,

Lagi lebih kurang plus minus 3 minggu diri ini bakal menamatkan pengajian tahun satunya sebagai pelajar medik di obersea. Bukan setakat pelajar medik, malah sebagai pelajar sekolah kehidupan di bumi Mesir. 

Bumi tarbiyyah Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Yusuf A.S.





Maka,

Adakah engkau beroleh sesuatu? Ataupun sama sahaja seperti sebelumnya? 





Buktikan.





kisah fairytale yang hidup. di bumi Gaza.




Signs of a Hypocrite. -by Nouman Ali Khan.

"No one feel safe from these signs except the hypocrite (the munafiq); and no one feel afraid of it except the believers (mukmin)"


If.you.feel.safe.and.thought.about.others.when.reading.these.signs.maka.you.are.in.DANGER.



Thursday, June 14, 2012

Dedication


Ha, saya ada seorang abang.

Abang yang sangat pelik.


kuchee kuchee

Wassup!


I used to live in a very chaos family, sebab ye la kan, semua siblings kecoh nak mati. Semua suka menangis, semua suka berlari, semua suka menjerit kat dalam rumah kampung tu. Nenek jelah yang menjadi pengharapan untuk mengehentikan gejala kecoh kami supaya kampung itu aman sentosa.

Ehh, tersasar tajuk.

Okey, 13 Jun adalah tarikh yang ak akan tunggu setiap tahun. Setiap tahun apabila bulan Jun masuk. Tapi malangnya setiap kali tarikh tu tiba, takde pape yang dapat ak buat sebab jarak yang memisahkan. Haha. Poor me. Tahun ini pun sama.


Zikrul lahir masa ni. Setahun enam bulan lewat dari ak. Tapi kitorang memang 'besties' dari kecil.

Selalu gaduh. Selalu bertikam lidah. Nasib baik ak lagi tua, jadi ak menang! Hoho.


Tapi sekarang, kalau pergi mana-mana, mesti semua orang akan assume dia sebagai abang, dan aku adik. Sebab dia tinggi (ceh) dan hitam (? hehe) berbanding aku (terasa comel). Hmmm, dah besar rupanya si zikrul ni. Dan tahun ni dia dah seventeen! Cepatnya!

Ehem,

Buat adik yang dah lama tak jumpa. Sangat lama tak jumpa. Orang yang dapat anugerah paling jarang jumpa sepanjang tahun lepas.


Sanah helwah . Sila belajar sungguh-sungguh dan cepatlah fly ke sini. (ameeen!)


.............................................................................................................................

Umur.

Hassan Al-Basri berkata:


“Wahai anak Adam, injaklah bumi ini dengan kakimu. Sungguh, sekecil apapun dia, pasti bakal menguburmu. Sesungguhnya engkau itu senantiasa sedang mengurangi usiamu, semenjak engkau dilahirkan dari perut ibumu.”


Mengenang umur 17 tahun yang telah pun berlalu dua tahun yang lalu, banyak pengalaman suka duka pahit tawar manis ditimba dalam mengenal erti kehidupan. Masih bergelut di bumi simpang lima untuk menjawab kertas peperiksaan yang ada 11 jenis tu. Ya benar, makin bertambah umur, makin berkurang usia, makin sikit hyaluronic acid, makin banyak dermatan sulphate (sebab tu asyik sakit joint). 


Dosa, pahala, amalan. Bertambah, berkurang atau tetap di takuk itu?



-Orang yang beruntung adalah orang yang merasa dekatnya kematian.


Kim's Restaurant


Hu, semalam kami ke korea menikmati makanan negara-mata-sepet-sekarang-dah-bulat tu. Sedap, affordable cuma lebih baik kalau dia bagi garam dengan pepper kat tepi tu. Makan kimchi yang pedas-masam tu. The person who run the restaurant was a korean indeed :) *teruja*


Dan, sanah helwah juga untuk cek mek izati afiqah :) May Allah bless.


#semalam tengok pocoyo. Haha. Comel >,<



Fenomena baru: baca buku fisio sampai tembus, tapi still tak faham.
Allahumma inni as'aluka fahmal-nabiyyin wa hifzhal mursaleen al-muqarrabeen  




Sekian.





Wednesday, June 13, 2012

Luggage


Assalamualaikum : )


(Sekali lagi, ayat sama)
I wonder bebudak kat msia tu mesti macam nak muntah baca ak update pasal exam. Haha.


semasa menunggu giliran (sempat lagi =_=)


Alhamdulillah exam oral histologi dah tamat dengan jayanya. Heee..shonok shonok. This means that kitorang dah pun berjaya menghabiskan hampir 50% daripada keseluruhan final exam, then tinggal lagi baki tiga subjek  je untuk diperangi untuk sebulan sebelum menjejak semula ke tanah Malaya! Err, diantaranya adalah fisio yang seronok tapi agak menyeramkan. Huuuuuuuu..segham! Rabbuna yussahilna insyaAllah.

Teruskan perjuangan. Baca dan baca buku. Sebab medik memang buku.

As there goes one saying:

"To study medicine without books is to sail an unchartered sea, while to study medicine only from the books is not go to sea at all."-Sir William Osler-


Bercerita tentang oral exam semalam, ia adalah pengalaman yang agak kelakar. Pagi itu kelam kabut sikit sebab biasanya masa exam anatomi hari tu bertolak dari munira dalam 30 minit awal, tapi  semalam gerak dari sayyeda zainab pukul 7.45 pagi. Pergh, dengan kerneh yang tertinggal kat rumah, memang gelabah-tahap-patrick-la. Naik tremco, sampai kawasan munira 10 minit kemudian, lepas tu memang speed out gi rumah nak amek kerneh. Kunci rumah pulak takde! Gelabah gelabah gelabah. Nasib baik housemate taruk kad dekat pintu tu. Hu~tengkiu much much sahabatku. (haha baru nak approve >,<)


Sumpah tobat taknak redah je pagi exam lepas ni. Kene ready betul-betul.


Sampai universiti, mudarrag=bilik kuliah tu memang dah penuh dengan manusia. Dengan sedikit tense yang ada (sebab datang tepat pukul 8) maka tiadalah selera nak bincang or bukak buku. Even masa aima datang pun, kitorang just sembang sebab masing-masing cuakk. Histology, secara harfiahnya ia adalah sebuah subjek yang seronok namun penuh dengan fakta. Senang tertukar-tukar maklumat.

maka siapalah yang tak cuak~ ngaaaaa.


CUACK! haha


Tapi selepas lama menunggu kat bawah, lepas gelak gelak bersama trios-tempat-duduk-exam-lebih-kurang (memang kerja ak gelak je kan, maaf jgn get annoyed) baru lah terasa buterflai dalam perut tu hilang. Hu, malah tak sabar rasanya nak habiskan exam. And after 2 hours waiting, sampailah kepada turn saya.

Dalam bilik oral:

'Salam alaiki dukturah'

'Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh' full beliau jawab. Pahala lebih tau!

'Hee, good morning doctor' buat sengih kerang busuk.

'Good morning, what is your id number?'


Ak pun bagi kad kerneh ak, then kami berbual intro sekejap semasa beliau cari nama ak. Kemudian,


'Sign here, Nabilah' , sambil menghulurkan sebuah kertas putih yang ada list nama pelajar.

'Em, doctor. Sorry but I don't have my pen. Can I borrow yours?' aihh makk, jatuh standard pelajar msia!

'Oh, but you have a very big bag' sambil tunjuk beg kat belakang ak. Memang besar pun.

'Eheh, but i didnt have a pen,' pastu doktor pun bagi pen dia. Malu.

'Your bag is large, what did you bring?' tanya doktor. Erk.

'Oh, i went to my friend's house yesterday, so...(cakap2)'

'Well seems you bring your luggage here, right? Small luggage.'

'Eh? Ha.. Ohh. Yes.' gelak je. Lepas tu sembang-sembang pasal kehidupan student malaysia.  

...............................................................................................................................

Lepas beberapa soalan, Alhamdulillah oral histo selesai. Sengih je ak bila doktor cakap 'Go home'. Terasa sekejap sebab semalam seharian bertapa kat rumah orang.

sambil membawa luggage, ak pulang ke rumah. Haaa alhamdulillah! 



"Dan kalian ketika berusaha dan menghafal ketika waktu malam untuk menjadi pelajar yang maju dan cemerlang dalam pelajaran kalian, sesungguhnya kalian telah mengajak kepada Allah s.w.t dengan contoh, dan bukan hanya kata-kata. Kerana apabila manusia semakin bertambah ilmunya; dakwah itu memerlukan para cendekiawan. Tidak syak lagi bahawa para cendekiawan merupakan orang yang berkhidmat untuk dakwah (Islam)."-Syeikh Jum'ah Amin.






study leave adalah satu ibadah. Titipkan doa, tajdid niat lillah tiap kali bukak buku supaya segala usaha kita diterima sebagai ibadah oleh Dia :)



Okey, physio-mode. Henshin!







Sunday, June 10, 2012

Takdir


Assalamualaikum :)

amaran: post ni agak gedik


Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi written paper---> Histologi. yahuuu-yeda-yedaa-yeppi!


Hamdallah, alhamdulillah sangat sangat Allah memang sangat membantu, kat siapa lagi yang kita boleh harapkan pertolongan kalau bukan Dia; and some moral supports from kawan-kawan juga. Kelakar pagi tadi bila pergi ke dewan exam berbekalkan air kosong berperisa kelapa (err), ubat, plus supplement 'sedap' tambahan (hehe, orang rumah bekalkan). 

Mujur takde problem sepanjang exam berjalan. Alhamdulillah. Maka pulanglah saya dari exam hall dengan riang (takdela sangat. sakit tau <---gedik), langkah diatur tangkas menuju ke satu tempat yang dah lama nak pergi.

Pergi jumpa mak dengan aunties. yeda-yeda-yuhuuuu!


femili kiut macam rilakkuma



Petang sikit, selepas makan sedap-sedap, minum neskepe susu sedap (fuh); duduk-duduk la kejap bersama kak long dan maksu sambil berbual comel. Berbincang panjang tentang macam-macam, dari kisah nama rumah, angry bird, hingga kisah Rasulullah. Macam mana cantik susunan Allah meletakkan Nabi sebagai orang yang sederhana dalam urusannya supaya semua manusia dari segenap peringkat mampu mengikuti baginda sebagai uswatun hasanah.


Bercerita tentang kisah zaman sekolah. Dan tentang rakan-rakan. 




'Kesian kawan saya, ramai dapat tak dapat straight sebab B kat satu subjek major, then tak dapat nak apply JPA. Padahal subjek tu tak penting pun dalam course yang dimohon. Kalaulah diorang....'

'Kalaulah....'


......................................................................


Selalu tak dengar ayat: "Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yakin je dengan kehendak Allah. Dia dah susun cantik dah perjalanan hidup kita macam mana."

Kita kadang-kadang tak puas hati jika sesuatu perkara itu berlaku di luar perancangan dan kehendak kita. Mungkin kita harapkan begini, lain pula jadinya. Ataupun, bila sesuatu perkara itu telah pun berlaku, kita merasakan bahawa jika ia begini dan begini, mesti kesudahannya lebih baik.

Hmm, masa tak matang dulu, biasa macam ni la. Buat analisa tak bertauliah. Kemudian mengeluh.


Percayalah, perancangan Allah tu memang yang terbaik. 


Pahit macam mana pun. Manis menyengat macam mana pun.



Sebabnya, Dia je yang tahu masa depan kita macam mana, dengan siapa yang kita bakal jumpa, environment mana yang kita bakal tempuh. Allah kan Al-Wakil. The Trustee. Wakil kita dalam setiap urusan. Seharusnya kita meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepada-Nya sebagai pentadbir urusan kehidupan kita.

Maka, apa yang perlu kita buat adalah tawakkal. Maksud tawakkal? Berusaha sehabis sedaya upaya dan meletakkan pengharapan terakhir hanya pada Dia.





......................................................................



'Allah dah atur cantik dah'



Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.







Dapat something hari ni.
Seronok jumpa, bila balik, eh, dah sihat sungguh (?)





Friday, June 8, 2012

Sakit


"InsyaAllah Allah nak uji tawakal kita", kata una.


domo dan buku histologi


Semalam bangun tidur, rasa sejuk semacam meskipun bahang summer agak terasa pada waktu itu.

Pisat pisat mata, rasa suhu badan. Panas! 

Oh tidak, lagi dua hari nak exam histology. Macam mana ni, pening kepala dan sakit perut mula mencucuk-cucuk diri. Tahan. tahan. Selalu cakap kat una, jadi tough walaupun sakit macam mana pun; tapi bila kena kat diri sendiri memang tak boleh tahan. Last sekali sambung tidur dek kepeningan yang terlampau sambil berselimut.

Degil, taknak makan ubat. Ak mana pernah makan ubat kalau sakit. Nak melatih sistem imunisasi badan, kononnya.


Haih, semoga sihat wahai diri.


#Mendengar 'Results are not in your hand'-by brother Nouman.




Wednesday, June 6, 2012

Runaway spirit



video



Intro elsie yang comel.
(Elsie suka firetruck.)

Elsie, seorang devil comel yang diturunkan di dunia dan ditugaskan untuk menangkap runaway spirit (roh-roh bertebaran) yang membesar dalam hati manusia yang kosong. Konsep dia, whenever there's a gap in human's heart, the spirit will fill it and grow in it by consuming the negative aura of the human.

Dan biasanya time terbaik spirit ni nak attack ialah apabila subjek itu sedih, murung, tidak mendapat apa yang dihajati, rasa putus asa, kehilangan seseorang yang rapat atau dalam keadaan dengki dan marah kepada seseorang.

Dan bila sensor Elsie (yang macam pin tengkorak atas kepala dia) itu berbunyi, maka tugasnya untuk mengeluarkan spirit itu bermula!
(err..macam tak percaya kan Elsie comel tu ada kerja macam ni?)



ghaaaa...spirit diaa. lagi parah host, lagi besar spirit dalam dia.


......................................................................................................


Manusia.

Juga punya hati. Malah, hati yang sentiasa berbolak balik.

Kejap atas. Kejap bawah. Kejap terasa iman tinggi, kejap lagi terasa down jatuh ke bumi. Fuh, manusia.

Pernah tak korang rasa macam jiwa korang kosong sangat? Kosong. Walaupun daripada segi zahirnya korang macam normal je. Walaupun korang rasa amalan korang macam okey je (em, maksudnya takdela sampai taknak buat yang wajib). Walaupun korang baru je dapat anugerah apa-apa ke, baru menang something ke,  duit baru masuk ke, tapi hati tend to be kosong. Terasa alone dan lonely. Terasa tak puas hati je.

Dan apa yang kita buat untuk 'isi' hati tu?


Shopping, tidur, tengok cerita lawak?



.........................................................................................................


Orang kata, check balik solat kalau terasa jiwa kosong. Semua berbalik pada solat.







Sebelum 'benda' lain isi hati kita, take over our heart and control our body.
Yang tanduk dua ekor satu tu la.
Pandai dia cucuk kita secara halus.
Konon buat baik, tapi sebenarnya?
(tajdid niat)


"We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact

To ourselves we’re just lying"


Awaken. Just get awake. If we satisfied, ask ourself. Is He satisfied watching us?

#selfreflect.


Sekian.


Tuesday, June 5, 2012

Attemption


A story about a great woman in time whose name engraved in Quran.


So she conceived him, and she retired with him to a remote place. 
And the pains of childbirth drove her to the trunk of a palm tree. She cried in her anguish: Ah! Would that I had died before this! Would that I had been a thing forgotten and out of sight! 
But a voice cried to her from beneath the palm tree: grieve not! For your Lord has provided a rivulet beneath you; 
And shake towards yourself the trunk of the palm tree. It will let fall fresh ripe dates upon you.
 

(Mary: 22-25)

...............................................................................................


There once when someone ask me to be a woman as great as Maryam. She is the mother of Prophet Isa; daughter of Maryam and Prophet Zakariyya's niece.

She is so wonderful that I think nobody could catch up on her. To be very obedient subjugating herself; dedicating whole of her life only for Allah, The Khaliq. She never refused to live by her own in the Masjid of Sacred House (Jerussalem), far from her family since she was born.

And Allah honoured her through the sustenance (which she gets when she lives in the mihrab) and the Isa himself. 

waitt,

by the way, the obstacles that she go through isn't easy either.


Keep tough, although to be slandered by the people; until she reach her limit and go isolate herself in a unknown place just for her baby. Just for Allah, actually. She do believe in Allah. Sangat sangat sangat kan. She knows The Raheem will not leave her alone. And yes, the God do fullfil His promise. He protects Maryam and Isa as a return to the faith that presented by them. Oh, how I wish I could be as strong as her.


..............................................................................................................

Ngaa ngaaa~

Everytime when exam week starts, those beautiful akhowat of mine will keep remind me about story of Maryam; so that we'll always remember about a fact that:


'Usaha itu satu wasilah. Allah yang memberikan kejayaan.' 


It is not us, not even our effort that bring us to success. It is Allah who did. Believing in those words do lessen my tense and make me realize that everything happened in this universe all under His power. He is Al-Qadir, Ar-Razzaq, An-Nafi'. He can do anything that He want!

Instead, we also need to do something, because nothing will happend if we didn't move, right? Because He love an abid who give all-in-and-out in their work and then worship Allah for their sake. That is what we called as khusyuk.


Like in Maryam's tale. Didn't He told her to shake the trunk of palm tree for dates? Even logically we know that mother who is in pain of giving birth didn't get much energy to do that.


It is because Allah want to remind us that our work aren't the main factor that lead to our success. It is His will. Anyway, we need to do the usaha.

And then tawakal. Just like Maryam did. The dates do fall, then.


May Allah bless. Tomorrow is anatomy oral examination. Ugh, tajdid niat!




NB: maaf, bahasa inggeris kucar kacir. Maklumlah, lama dah tak ber-BI.
NB2: word 'attemption' tu tak wujud pun. tapi urban people anggap ia sebagai 'the act of making an attempt'




Sekian.




Sunday, June 3, 2012

Hey June :)


Bulan Jun tiba lagi, dan tetiba ternampak seseorang buat post tajuk ni.
Hey June: Hey Jude.

Sebuah lagu lama menerpa minda.



"Hey jude, don't make it bad.
Take a sad song, and make it better."

....................................
....................................

"Nanananana na. Better..better." (end of song).


Teringat kat abah.


Abah suka lagu ni. Masa dulu-dulu lah. Kitorang ada kompilasi cd the beatles dalam kereta dan abah selalu pasang masa jalan jauh malam-malam. Maka kami yang masih kecil lagi ni pun layan je la. Sebab bukan faham pun bahasa inggeris kan. 

Humming je. Muzik dia slow, tapi sentimental. 

Kata abah, The Beatles ni group femes masa abah kecik-kecik dulu. Mereka la yang mempopulasi lagu-lagu pop pada zaman 60-an. Masa kecik dulu, selalu dengar abah cerita pasal kumpulan muzik inggeris sebab waktu mudanya memang surrounded by those popular group. Bagaimana dia mendengar lagu 'The Child of Mine' nyanyian Gun N Roses dalam kereta semasa perjalanan untuk melancong pada waktu summer (kalau tak silap) di 'negara bersatu' tu dahulu , lagu-lagu Deep Purple dan Beegees yang juga menjadi kegemaran kami semasa kecil dahulu.

Bercerita tentang Robin Gibbs dan siblings dia, bercerita tentang lagu One yang mendalam maksudnya. Kitorang tak pernah jemu dengar. Lagi, dan lagi.

Bila ibu masuk dalam rumah, abah dengan kitorang dengar lagu dalam kereta :D
Gelak bila teringat balik.


Itu dahulu. Tapi sekarang cd-cd tu semua dah pecah. Haha.
(nasib baik)


...................................................................................


Hebat tak kitorang? Sedang masa tu, kawan-kawan lain semua sibuk dengan lagu melayu dan indon yang baru nak naik, ak pulak sedap je humming lagu 'How Deep Is Your Love' -Beegees sambil menjawab karangan bahasa inggeris masa exam UPSR tahun 2005 dahulu. (Siap cerita kat abah lagi)

Eh, tu dahulu ye. Dulu.

...................................................................................


Teringat, dulu-dulu.

Main-main sambung lagu 'Yellow Submarine' sambil main buaian dengan sepupu lain.
Lucu gila. 


Pasang lagu 'Smile' dan 'Massachussets' waktu nak tidur.
Tak boleh blah.

Nyanyi lagu 'Balik Kampung' sampai lompat-lompat dalam kereta meskipun dari rumah nak balik kampung kat sabak tu hanya ambil masa 15 minit. Patutlah abah simpan rotan dalam kereta. 
(-___-")



Haha, kenangan. Masa kecik kecik. 
Bersama empat adik lelaki yang lain. Memang chaos.
Rindu diorang. Rindu abah jugak. Ibu sekali.



.....................................................


Sekarang semua orang yang besar. Masing masing dah sedar tanggungjawab. Masing-masing tahu hidup di dunia ni bukan untuk seronok je.
Bukan untuk gelak tawa je.

Ada tanggungjawab besar yang perlu digalas.


"We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine,
We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine."



Membawa Islam itu satu keutamaan.
Ramai lagi yang perlukan kita. Termasuklah penyanyi-penyanyi yang macam-macam tu.

Kerana, kalau tidak; kita akan disoal mengenai tanggungjawab syahadah ini.

Dan untuk hiburan, macam-macam lagi benda yang kita boleh dengar, kan?
Tukar mode. With You (cover)- Raef. sang originally by Chris Brown. 

......................................................

Tentang abah.

Abah, mungkin beliau kurang bersembang masa dalam skype. Tapi kalau sembang kat kedai kopi, (lagi-lagi kat kedai air kedondong yang sedap tu) dua jam pun tak cukup. Tak sabar nak balik. Nak cakap dengan abah puas-puas.

Abah, nanti balik belanja nabila minum air kedondong lagi ye.


.....................................................


Trivia: Hey Jude adalah lagu yang dikarang khas oleh Paul Mc Cartney (beatles) untuk anak sahabatnya, Julian. Agar dia tidak sedih dengan penceraian antara bapanya John Lennon (beatles) dengan ibunya. (wiki cakap)

But it turn out that lagu ni jadi antara lagu beatles yang paling agak top ^^.
(stop)


Hanya kenangan. <---bunyi macam oldies.

Saturday, June 2, 2012

Pilpres versi egypt


kini bersama domo-chan.

Semalam malam, kami menunggu siaran live streaming dari UK mengenai analisa politik Mesir dari rumah masing-masing. (jauh betul). Lucu, sebab terbayang sorang sorang depan laptop kat rumah sendiri, mendengar benda yang sama. Tentang politik Mesir yang koksir (chaotic). 

Yup, politik Mesir.

Jujurlah saya nak katakan di sini, saya bukanlah seorang yang gemar tentang politik; apatah lagi nak analisa. Yang saya tahu yang baik perlu menang dan yang jahat perlu kalah demi kepentingan masa depan negara itu sendiri. 

Dan kerana Mesir adalah negara Islam, plus tempat yang saya sedang belajar dan duduk sekarang, maka perlulah untuk ambil tahu perihal mengenainya. Orang kata, Mesir is the center for this era of revolution. Nasib politik Mesir bakal menentukan nasib negara-negara Arab jiran di sekelilingnya sekaligus nasib Islam secara keseluruhan.

Fuh, dasyat. 

Macam hari tu punya revolusi. Walaupun mesir bukanlah negara pertama yang bangkit mengadakan revolusi untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim pada Januari 2010 yang lalu, namun kesan keberjayaan mereka terasa ke seluruh dunia. 

Dan sekali lagi. Penceramah menerangkan. Kenapa kena tahu pasal politik Mesir, anyway?

-Sebab ia adalah perkara yang besar. You're in history!
-Al Quran sendiri suruh belajar dari sejarah, ambil iktibar.
-Kita perlu alert dengan surrounding. Lagi-lagi pasal Islam.

There's a lot more about egypt dan Pilpres (pilihan raya presiden) yang diterangkan oleh beliau. Tentang parti yang ada, tentang keputusan undian round pertama, menyaksikan Mursi menang over four other candidates- Syafiq, Abdul Futuh dan Sobahi. Dan kini, ada round kedua menanti, perlawanan antara Mursi dan Syafiq.

Bagi sesiapa yang tak tahu, Mursi adalah calon Ikhwan Muslimin. Manakala Syafiq adalah merupakan bekas konco Hosni Mubarak dulu-dulu. Mereka berdua bersaing sengit, dengan undian 45% (Morsi) dan 43% (Syafiq) masa pusingan pertama dulu. Agak menghairankan bagaimana Syafiq boleh jadi seterel itu sedangkan dia adalah konco HM yang sangat dibenci oleh rakyat sampai tahap buat revolusi dulu tu.

Even Syafiq yang berkata bahawa dia akan hentikan revolusi arab (jika menang) pun kena baling kasut dengan rakyat masa dia pergi mengundi dulu. Tup tap tup tap, dapat 43%. Wooo. Pelik pelik.

Analisa politik mesir tak dapat dijangkakan outcome dia sebab egypt jarang buat election. Paling last pun masa tahun 2005 dahulu, HM menang dengan undian 93% (rasanya) dan lawan dia (yang dapat 7% tu) kene masuk lokap sebab dianggap menentang presiden.

Lepas tu cakap pasal FJP (parti mewakili Ikhwan), Democratic Alliance Of Eypt, Islamic Alliance of Egypt, 27 kawasan pilihan raya, tapi 9 je kawasan penentu, percent percent, tak faham sangat politik ni, tapi dengar je.

Tuptap. Terkandas. Bangun bangun, selamat pagi Mesir! (dalam mode terkejut) (-___-')


domo lagi


Menangis meraung (dalam hati) kerana terasa kerugian. Harap-harap ada lah pihak yang sudi upload balik. (plezzz!)
Info (paling updated) tentang Pilpres mesir versi melayu biasanya dapat daripada sini: http://www.facebook.com/abdul.malik.1481

Terima kasih kepada beliau yang selalu update buat tatapan kami semasa musim exam ni.

...................................................................................

Em, jujur katakan, pilihanraya sangat hangat disana sini, tapi keadaan aman stabil je. (mungkin sebab orang asing, maka tak tahu sangatlah. Ish ish, ketuk diri sendiri.) Jom jadi lebih cakna.

Doa sangat Mursi menang, sebab tak tahulah apa nasib mesir kalau syafiq menang. Mungkin jadi even worst than before.

.................................................................................


Sekian. 




Music


kuma-chan, 28th May.


'Islam is about faith. Percaya. Kepada yang Maha Satu'

Berulang-ulang kali mendengar nasihat brother Nouman dalam satu talk beliau yang bertajuk 'Music and Hip Hop'. Kenapa? Sebab ianya sangat-sangat terkena kat diri ni. Dengar banyak kali pun still rasa macam kena tembak berdas-das dengan senapang M16 yang pernah pegang dulu. Kuat dan deras.

Intro soalan yang datang pun dah buat orang rasa goosebump.

'I listen a lot to hiphop and MTV cribs. I doesn't seem to focus on getting close to God. What is your advice?'

Stop watching that may be a good start, katanya.


........................................................................................

Mungkin bagi sesetengah orang, menonton rancangan-rancangan best macam running man, movies, ect ect adalah tiada apa-apa bagi mereka. Tapi bagi ak, ia macam satu curse yang besar. Seolah-olah, kalau ko tengok ni dan ini, tiada hidup yang tenang bagimu pada waktu seminggu ni. Semua ni bermula sejak ak tiba di bumi Mesir.

Sumpahan. (seram)

Sumpahan bumi Mesir. haha.

Kalau dahulu, menonton mv korea yang macam-macam tu memang jadi feveret sebab, tengok sahaja lah diorang punya choreography, pentas, suit. Smart gila daeebak! Pastu ulang dan ulang dan ulang. Tak rasa apa-apa pun. Sebab tak faham pun lirik dia, dan muzik best. 

Then, setiap kali balik hostel, terus buat conference tergempar pasal mv yang baru keluar bulan tu. Komen, kritik, hafal. Berjam-jam bincang pun tak habis habis. Keh keh. Lawak bila fikir balik. Lagi-lagi masa we got married tu tengah femes sebab ada seohyun snsd dengan yonghwa cnblue.

Dan, setelah datang ke sini, ingatkan macam mustahil lah nak tengok benda-benda tu semua. Yela, egypt kot. Mesir. Mesir! Bumi anbiya dan para Rasul. Bumi para ilmuwan dan sahabat.

Hehe. Jangan lupa, ia juga bumi Firaun.

Internet kat sini laju yang teramat dengan bayaran yang murah (budak imarah, sori. i'm not pissing you off. haha) sebab kitorang kongsi bayaran dengan jiran sebelah, bermaksud hanya 60 LE sebulan=RM30. Dan kelajuan dia tahap tak payah buffer lama kalau tengok youtube; kadang-kadang sangkut jugak bila waktu akhir bulan. Tu belum masuk kes internet rumah sape entah yang memang tak buffer langsung bukak youtube. Download satu movie pun sejam lebih je tunggu. 

Then, as people said. Hidup universiti, semua benda depends on ourselve. Nak buat ke taknak. Pilih.
Sama je. Baik di Mesir, UK, India mahupun Malaysia.
Teori yang valid di mana sahaja.


Cuma extra point yang ada di sini ialah 'biah'. Di sini ramai yang mengingatkan.
Nak cakap pasal korea pun kena pelan-pelan. Tak boleh jerit-jerit dan bersambung-sambung macam dulu.
(Tapi bukan ke orang kata, yang minoriti tu la yang kuat? huhu, susah susah)

.......................................................................................

Brother Nouman kata lagi,

Music nowadays is an audio pornography. Its shameless, horrible, make woman as an object, it take your sense of humanity, make you lose your moral value. (stop). Dan banyak lagi. 

Many people can recite the song in a perfect tajwid too, katanya lagi. Haha.

Faham je. Apa yang beliau maksudkan bukanlah muzik secara general. Tapi lirik. 
Ya, lirik. 

Tengok jela lirik-lirik lagu sekarang. Tak kisah la, melayu ke, english ke, arab ke, even korea (yang tak faham tu) majoriti bercerita tentang cinta manusia. Patah hati, buat lagu macam nak terjun gaung. Jatuh cinta, buat lagu macam nak terbang di awangan. Maka manusia yang really deep into music (macam ak ni= mangsa!) pun selalu lah mengulang mengulang lagu tersebut sampailah bosan. Lirik pulak, boleh tahan lah bahasa dia. kasar. go die, tonight we go party, ape benda entah.

Secara tak sedar, sebenarnya kita sedang instill the song dalam jiwa kita. Bermula dengan humming and reciting them again and again.

Huh,

Brother Nouman kata lagi, if you have regards for the book of Allah, that you really think that it is from Allah, you'll have a big satisfaction after you have iman. Even mention a bad name, a bad word is horrible for you, once you have faith. 

'You must have a clean tounge'. Al Isra':53 Allah sendiri yang cakap. 

Dan, how about having clean eyes? Clean steps? Clean thought? 


Dass. peluru senapang M16 tepat mengena sasaran.

...................................................................................

Part yang paling ak suka ialah, bila dia kata;

(translate guna bahasa otak sendiri)

Bila kita continuosly mendengar those things, you'll get deviated. Dan kita tidak merasakan ketenangan, happiness or pleasure melainkan dengan mendengar benda tu semua. This is a sign of a sick heart. Dan sampai tahap jika kita terasa annoyed bila someone pasang kaset al-Quran or mengaji kat tepi kita, maka saat itulah, sedarlah. Sedar bahawa syaitan tanduk dua ekor satu tu dah selamat menakluk hati kita. And they constantly making out waswas in our heart. Sebab apa?

Sebab benda yang paling syaitan benci ialah al-Quran. kan? It hurts them. Bila orang yang ada sick heart tu dengar, ayat al-Quran tu seolah-olah sedang pinch our heart. Membara je hati ni. Tak bestla, mengganggu la, boring dengar, cakap orang yang baca tu tengah tunjuk alim la. Buat alasan. Sebab syaitan kat dalam tu pun tengah cacing kepanasan.

Huh,

panas. menggelejat.


.....................................................................................................................


Then, macam mana nak berhentikan semua ni?

Jawapan. Stop supplying them(syaitan) with fuel.
What kind of fuel?
Yang awak guna selama ni untuk 'membesarkan' dia tu laa. The one that you use to waste your time.

Apa-apa je.

Tak ada apa lagi yang mampu menggembirakan syaitan selain daripada perkara yang membuang masa anda. Seronok betul dia.

Really, mujahadah itu sukar. Susah gila kot. Tapi, lagi susah, lagi banyak pahala Allah offer untuk lawan semua tu, kan.

:)


....................................................................................

NB: Kuma-chan, semoga bahagia dengan tuan baru.
Tuan baru, sila jaga dia elok-elok. You deserve it more :)
sebab saya sayang awak lebih dari kuma-chan (haha jiwang!)
(ngeh, mesti tak faham kan?)

NB2: Histo mode. Henshin!