Sunday, June 3, 2012

Hey June :)


Bulan Jun tiba lagi, dan tetiba ternampak seseorang buat post tajuk ni.
Hey June: Hey Jude.

Sebuah lagu lama menerpa minda.



"Hey jude, don't make it bad.
Take a sad song, and make it better."

....................................
....................................

"Nanananana na. Better..better." (end of song).


Teringat kat abah.


Abah suka lagu ni. Masa dulu-dulu lah. Kitorang ada kompilasi cd the beatles dalam kereta dan abah selalu pasang masa jalan jauh malam-malam. Maka kami yang masih kecil lagi ni pun layan je la. Sebab bukan faham pun bahasa inggeris kan. 

Humming je. Muzik dia slow, tapi sentimental. 

Kata abah, The Beatles ni group femes masa abah kecik-kecik dulu. Mereka la yang mempopulasi lagu-lagu pop pada zaman 60-an. Masa kecik dulu, selalu dengar abah cerita pasal kumpulan muzik inggeris sebab waktu mudanya memang surrounded by those popular group. Bagaimana dia mendengar lagu 'The Child of Mine' nyanyian Gun N Roses dalam kereta semasa perjalanan untuk melancong pada waktu summer (kalau tak silap) di 'negara bersatu' tu dahulu , lagu-lagu Deep Purple dan Beegees yang juga menjadi kegemaran kami semasa kecil dahulu.

Bercerita tentang Robin Gibbs dan siblings dia, bercerita tentang lagu One yang mendalam maksudnya. Kitorang tak pernah jemu dengar. Lagi, dan lagi.

Bila ibu masuk dalam rumah, abah dengan kitorang dengar lagu dalam kereta :D
Gelak bila teringat balik.


Itu dahulu. Tapi sekarang cd-cd tu semua dah pecah. Haha.
(nasib baik)


...................................................................................


Hebat tak kitorang? Sedang masa tu, kawan-kawan lain semua sibuk dengan lagu melayu dan indon yang baru nak naik, ak pulak sedap je humming lagu 'How Deep Is Your Love' -Beegees sambil menjawab karangan bahasa inggeris masa exam UPSR tahun 2005 dahulu. (Siap cerita kat abah lagi)

Eh, tu dahulu ye. Dulu.

...................................................................................


Teringat, dulu-dulu.

Main-main sambung lagu 'Yellow Submarine' sambil main buaian dengan sepupu lain.
Lucu gila. 


Pasang lagu 'Smile' dan 'Massachussets' waktu nak tidur.
Tak boleh blah.

Nyanyi lagu 'Balik Kampung' sampai lompat-lompat dalam kereta meskipun dari rumah nak balik kampung kat sabak tu hanya ambil masa 15 minit. Patutlah abah simpan rotan dalam kereta. 
(-___-")



Haha, kenangan. Masa kecik kecik. 
Bersama empat adik lelaki yang lain. Memang chaos.
Rindu diorang. Rindu abah jugak. Ibu sekali.



.....................................................


Sekarang semua orang yang besar. Masing masing dah sedar tanggungjawab. Masing-masing tahu hidup di dunia ni bukan untuk seronok je.
Bukan untuk gelak tawa je.

Ada tanggungjawab besar yang perlu digalas.


"We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine,
We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine."



Membawa Islam itu satu keutamaan.
Ramai lagi yang perlukan kita. Termasuklah penyanyi-penyanyi yang macam-macam tu.

Kerana, kalau tidak; kita akan disoal mengenai tanggungjawab syahadah ini.

Dan untuk hiburan, macam-macam lagi benda yang kita boleh dengar, kan?
Tukar mode. With You (cover)- Raef. sang originally by Chris Brown. 

......................................................

Tentang abah.

Abah, mungkin beliau kurang bersembang masa dalam skype. Tapi kalau sembang kat kedai kopi, (lagi-lagi kat kedai air kedondong yang sedap tu) dua jam pun tak cukup. Tak sabar nak balik. Nak cakap dengan abah puas-puas.

Abah, nanti balik belanja nabila minum air kedondong lagi ye.


.....................................................


Trivia: Hey Jude adalah lagu yang dikarang khas oleh Paul Mc Cartney (beatles) untuk anak sahabatnya, Julian. Agar dia tidak sedih dengan penceraian antara bapanya John Lennon (beatles) dengan ibunya. (wiki cakap)

But it turn out that lagu ni jadi antara lagu beatles yang paling agak top ^^.
(stop)


Hanya kenangan. <---bunyi macam oldies.

3 comments:

Anonymous said...

hmm.. kenangan mmg indah.....
*the beatles - yesterday (y)

Syahira. said...

kah3. ada unsur rindu di situ ye cik bella.

harumaki said...

yesterday? tak ingat tapi abah pernah ckp lagu tu top jugak aa. ingat hey jude dgn yellow submarine je :P


cha: ye ye. shooh gi jaoo jaooo haaa. (tak rindu da..hehe)