Sunday, June 10, 2012

Takdir


Assalamualaikum :)

amaran: post ni agak gedik


Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi written paper---> Histologi. yahuuu-yeda-yedaa-yeppi!


Hamdallah, alhamdulillah sangat sangat Allah memang sangat membantu, kat siapa lagi yang kita boleh harapkan pertolongan kalau bukan Dia; and some moral supports from kawan-kawan juga. Kelakar pagi tadi bila pergi ke dewan exam berbekalkan air kosong berperisa kelapa (err), ubat, plus supplement 'sedap' tambahan (hehe, orang rumah bekalkan). 

Mujur takde problem sepanjang exam berjalan. Alhamdulillah. Maka pulanglah saya dari exam hall dengan riang (takdela sangat. sakit tau <---gedik), langkah diatur tangkas menuju ke satu tempat yang dah lama nak pergi.

Pergi jumpa mak dengan aunties. yeda-yeda-yuhuuuu!


femili kiut macam rilakkuma



Petang sikit, selepas makan sedap-sedap, minum neskepe susu sedap (fuh); duduk-duduk la kejap bersama kak long dan maksu sambil berbual comel. Berbincang panjang tentang macam-macam, dari kisah nama rumah, angry bird, hingga kisah Rasulullah. Macam mana cantik susunan Allah meletakkan Nabi sebagai orang yang sederhana dalam urusannya supaya semua manusia dari segenap peringkat mampu mengikuti baginda sebagai uswatun hasanah.


Bercerita tentang kisah zaman sekolah. Dan tentang rakan-rakan. 




'Kesian kawan saya, ramai dapat tak dapat straight sebab B kat satu subjek major, then tak dapat nak apply JPA. Padahal subjek tu tak penting pun dalam course yang dimohon. Kalaulah diorang....'

'Kalaulah....'


......................................................................


Selalu tak dengar ayat: "Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yakin je dengan kehendak Allah. Dia dah susun cantik dah perjalanan hidup kita macam mana."

Kita kadang-kadang tak puas hati jika sesuatu perkara itu berlaku di luar perancangan dan kehendak kita. Mungkin kita harapkan begini, lain pula jadinya. Ataupun, bila sesuatu perkara itu telah pun berlaku, kita merasakan bahawa jika ia begini dan begini, mesti kesudahannya lebih baik.

Hmm, masa tak matang dulu, biasa macam ni la. Buat analisa tak bertauliah. Kemudian mengeluh.


Percayalah, perancangan Allah tu memang yang terbaik. 


Pahit macam mana pun. Manis menyengat macam mana pun.



Sebabnya, Dia je yang tahu masa depan kita macam mana, dengan siapa yang kita bakal jumpa, environment mana yang kita bakal tempuh. Allah kan Al-Wakil. The Trustee. Wakil kita dalam setiap urusan. Seharusnya kita meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepada-Nya sebagai pentadbir urusan kehidupan kita.

Maka, apa yang perlu kita buat adalah tawakkal. Maksud tawakkal? Berusaha sehabis sedaya upaya dan meletakkan pengharapan terakhir hanya pada Dia.





......................................................................



'Allah dah atur cantik dah'



Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.







Dapat something hari ni.
Seronok jumpa, bila balik, eh, dah sihat sungguh (?)





4 comments:

ibn lail said...

tak cukup taaruf lagi dengan Allah.
punca kita asyik mengeluh, takdir pula disalah.

kita anggap kita paling hebat merancang hidup.
kita rasa kita paling tahu yang terbaik dalam hidup.

malu, kadang2 selalu bersangka buruk dengan Allah.
rasa nak pecah hati sebab malu bila dengar kalam ni :

"Sekiranya Allah mengambil darimu apa yang engkau tidak pernah memikirkan akan kehilangannya dari milikmu,maka nanti Allah mengurniakan kepadamu apa yang tidak pernah engkau bayangkan ianya mampu menjadi milikmu"

Husna As Saedah :) said...

tu lah kadang2 kita manusia ni byk sgt kalau2 nya.

ada satu teknik utk kita dapat elak drpd byk ber"kalau2" tu..

dgn syukur!!!

"Bila kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat bagimu"- ibrahim:7

Syahira. said...

haiilaaaa. haiilaaaa. Allah Allah. cantiknya aturan Dia yang mempertemukan hati-hati ituuuu :')


maksuuu dan adegan 'angry bird' memang lawak! lawak yang amat! keh3.

harumaki said...

bapak umar (ehe): benar, benar. huuuuu, manusia. selalu macam tu kan. even sekecil terjatuh longkang pun, mengeluh.

mari kita buktikan yang kita betul2 beriman dengan qada' dan qadar.


una-ciku: itulah lebihnya muslim. waktu susah dia sabar dan ambil hikmahnya. waktu nikmat dia syukur.