Wednesday, June 13, 2012

Luggage


Assalamualaikum : )


(Sekali lagi, ayat sama)
I wonder bebudak kat msia tu mesti macam nak muntah baca ak update pasal exam. Haha.


semasa menunggu giliran (sempat lagi =_=)


Alhamdulillah exam oral histologi dah tamat dengan jayanya. Heee..shonok shonok. This means that kitorang dah pun berjaya menghabiskan hampir 50% daripada keseluruhan final exam, then tinggal lagi baki tiga subjek  je untuk diperangi untuk sebulan sebelum menjejak semula ke tanah Malaya! Err, diantaranya adalah fisio yang seronok tapi agak menyeramkan. Huuuuuuuu..segham! Rabbuna yussahilna insyaAllah.

Teruskan perjuangan. Baca dan baca buku. Sebab medik memang buku.

As there goes one saying:

"To study medicine without books is to sail an unchartered sea, while to study medicine only from the books is not go to sea at all."-Sir William Osler-


Bercerita tentang oral exam semalam, ia adalah pengalaman yang agak kelakar. Pagi itu kelam kabut sikit sebab biasanya masa exam anatomi hari tu bertolak dari munira dalam 30 minit awal, tapi  semalam gerak dari sayyeda zainab pukul 7.45 pagi. Pergh, dengan kerneh yang tertinggal kat rumah, memang gelabah-tahap-patrick-la. Naik tremco, sampai kawasan munira 10 minit kemudian, lepas tu memang speed out gi rumah nak amek kerneh. Kunci rumah pulak takde! Gelabah gelabah gelabah. Nasib baik housemate taruk kad dekat pintu tu. Hu~tengkiu much much sahabatku. (haha baru nak approve >,<)


Sumpah tobat taknak redah je pagi exam lepas ni. Kene ready betul-betul.


Sampai universiti, mudarrag=bilik kuliah tu memang dah penuh dengan manusia. Dengan sedikit tense yang ada (sebab datang tepat pukul 8) maka tiadalah selera nak bincang or bukak buku. Even masa aima datang pun, kitorang just sembang sebab masing-masing cuakk. Histology, secara harfiahnya ia adalah sebuah subjek yang seronok namun penuh dengan fakta. Senang tertukar-tukar maklumat.

maka siapalah yang tak cuak~ ngaaaaa.


CUACK! haha


Tapi selepas lama menunggu kat bawah, lepas gelak gelak bersama trios-tempat-duduk-exam-lebih-kurang (memang kerja ak gelak je kan, maaf jgn get annoyed) baru lah terasa buterflai dalam perut tu hilang. Hu, malah tak sabar rasanya nak habiskan exam. And after 2 hours waiting, sampailah kepada turn saya.

Dalam bilik oral:

'Salam alaiki dukturah'

'Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh' full beliau jawab. Pahala lebih tau!

'Hee, good morning doctor' buat sengih kerang busuk.

'Good morning, what is your id number?'


Ak pun bagi kad kerneh ak, then kami berbual intro sekejap semasa beliau cari nama ak. Kemudian,


'Sign here, Nabilah' , sambil menghulurkan sebuah kertas putih yang ada list nama pelajar.

'Em, doctor. Sorry but I don't have my pen. Can I borrow yours?' aihh makk, jatuh standard pelajar msia!

'Oh, but you have a very big bag' sambil tunjuk beg kat belakang ak. Memang besar pun.

'Eheh, but i didnt have a pen,' pastu doktor pun bagi pen dia. Malu.

'Your bag is large, what did you bring?' tanya doktor. Erk.

'Oh, i went to my friend's house yesterday, so...(cakap2)'

'Well seems you bring your luggage here, right? Small luggage.'

'Eh? Ha.. Ohh. Yes.' gelak je. Lepas tu sembang-sembang pasal kehidupan student malaysia.  

...............................................................................................................................

Lepas beberapa soalan, Alhamdulillah oral histo selesai. Sengih je ak bila doktor cakap 'Go home'. Terasa sekejap sebab semalam seharian bertapa kat rumah orang.

sambil membawa luggage, ak pulang ke rumah. Haaa alhamdulillah! 



"Dan kalian ketika berusaha dan menghafal ketika waktu malam untuk menjadi pelajar yang maju dan cemerlang dalam pelajaran kalian, sesungguhnya kalian telah mengajak kepada Allah s.w.t dengan contoh, dan bukan hanya kata-kata. Kerana apabila manusia semakin bertambah ilmunya; dakwah itu memerlukan para cendekiawan. Tidak syak lagi bahawa para cendekiawan merupakan orang yang berkhidmat untuk dakwah (Islam)."-Syeikh Jum'ah Amin.






study leave adalah satu ibadah. Titipkan doa, tajdid niat lillah tiap kali bukak buku supaya segala usaha kita diterima sebagai ibadah oleh Dia :)



Okey, physio-mode. Henshin!







9 comments:

tak.tahu. said...

aku yang membaca pon turut malu.takde pen kau nabila?ish~

D r . A I D A said...

hahah. tulah., org ajak balek umah nak stayy~~ kan dah bawak luggage jadiknye.

jommm>> physio-mood!

Anonymous said...

waw! 30minit awal. haha.

Syahira. said...

suka quote bawah sekali! Allah ^^

Husna As Saedah :) said...

untunglah ada amanat dari
Syeikh Jum'ah Amin.. usim denga amanat dekan je lah pom pang pom pang pom pang.. hi3.. study leave ibadah.. menarikk!!

rasanya nabila mmg suka bwk beg jalan2...

Unknown said...

Huh...semasa mbaca terasa kesuspenannyer....hi gelabah betul!

harumaki said...

jah taktahu: haha, mane sengaja. at least ak ade la jugak bawak pensel.

arha: T^T.

anonymus: haha. kalau boleh awal sejam pun ak redahh. tp nanti xde orang pulak.

sheis: kannnn kannn >,<!

una-si-ciku: amanat tu ntuk sume student laa. hehe :)

ibu: agak laa. suspen gila. macam blank kot otak mula2. tp lepas rilek kat bawah tu, alhamdulillah ok je.

Anonymous said...

haha. kalau kau dok fustat aku xtau la awal mana kau gerak.. hmm

harumaki said...

0_______o haha. kalau ak duk fustat da lame ak migrate ke munira.