Saturday, June 2, 2012

Pilpres versi egypt


kini bersama domo-chan.

Semalam malam, kami menunggu siaran live streaming dari UK mengenai analisa politik Mesir dari rumah masing-masing. (jauh betul). Lucu, sebab terbayang sorang sorang depan laptop kat rumah sendiri, mendengar benda yang sama. Tentang politik Mesir yang koksir (chaotic). 

Yup, politik Mesir.

Jujurlah saya nak katakan di sini, saya bukanlah seorang yang gemar tentang politik; apatah lagi nak analisa. Yang saya tahu yang baik perlu menang dan yang jahat perlu kalah demi kepentingan masa depan negara itu sendiri. 

Dan kerana Mesir adalah negara Islam, plus tempat yang saya sedang belajar dan duduk sekarang, maka perlulah untuk ambil tahu perihal mengenainya. Orang kata, Mesir is the center for this era of revolution. Nasib politik Mesir bakal menentukan nasib negara-negara Arab jiran di sekelilingnya sekaligus nasib Islam secara keseluruhan.

Fuh, dasyat. 

Macam hari tu punya revolusi. Walaupun mesir bukanlah negara pertama yang bangkit mengadakan revolusi untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim pada Januari 2010 yang lalu, namun kesan keberjayaan mereka terasa ke seluruh dunia. 

Dan sekali lagi. Penceramah menerangkan. Kenapa kena tahu pasal politik Mesir, anyway?

-Sebab ia adalah perkara yang besar. You're in history!
-Al Quran sendiri suruh belajar dari sejarah, ambil iktibar.
-Kita perlu alert dengan surrounding. Lagi-lagi pasal Islam.

There's a lot more about egypt dan Pilpres (pilihan raya presiden) yang diterangkan oleh beliau. Tentang parti yang ada, tentang keputusan undian round pertama, menyaksikan Mursi menang over four other candidates- Syafiq, Abdul Futuh dan Sobahi. Dan kini, ada round kedua menanti, perlawanan antara Mursi dan Syafiq.

Bagi sesiapa yang tak tahu, Mursi adalah calon Ikhwan Muslimin. Manakala Syafiq adalah merupakan bekas konco Hosni Mubarak dulu-dulu. Mereka berdua bersaing sengit, dengan undian 45% (Morsi) dan 43% (Syafiq) masa pusingan pertama dulu. Agak menghairankan bagaimana Syafiq boleh jadi seterel itu sedangkan dia adalah konco HM yang sangat dibenci oleh rakyat sampai tahap buat revolusi dulu tu.

Even Syafiq yang berkata bahawa dia akan hentikan revolusi arab (jika menang) pun kena baling kasut dengan rakyat masa dia pergi mengundi dulu. Tup tap tup tap, dapat 43%. Wooo. Pelik pelik.

Analisa politik mesir tak dapat dijangkakan outcome dia sebab egypt jarang buat election. Paling last pun masa tahun 2005 dahulu, HM menang dengan undian 93% (rasanya) dan lawan dia (yang dapat 7% tu) kene masuk lokap sebab dianggap menentang presiden.

Lepas tu cakap pasal FJP (parti mewakili Ikhwan), Democratic Alliance Of Eypt, Islamic Alliance of Egypt, 27 kawasan pilihan raya, tapi 9 je kawasan penentu, percent percent, tak faham sangat politik ni, tapi dengar je.

Tuptap. Terkandas. Bangun bangun, selamat pagi Mesir! (dalam mode terkejut) (-___-')


domo lagi


Menangis meraung (dalam hati) kerana terasa kerugian. Harap-harap ada lah pihak yang sudi upload balik. (plezzz!)
Info (paling updated) tentang Pilpres mesir versi melayu biasanya dapat daripada sini: http://www.facebook.com/abdul.malik.1481

Terima kasih kepada beliau yang selalu update buat tatapan kami semasa musim exam ni.

...................................................................................

Em, jujur katakan, pilihanraya sangat hangat disana sini, tapi keadaan aman stabil je. (mungkin sebab orang asing, maka tak tahu sangatlah. Ish ish, ketuk diri sendiri.) Jom jadi lebih cakna.

Doa sangat Mursi menang, sebab tak tahulah apa nasib mesir kalau syafiq menang. Mungkin jadi even worst than before.

.................................................................................


Sekian. 




3 comments:

Penulis said...

keep on du'a. du'a is the best weapon we have :)

Anonymous said...

FJP, bukan FGP.hehe

harumaki said...

eh, haha. mesir :DD