Friday, June 16, 2017

#RADM 21th Night

Boleh pulak kan terus melompat ke hari 21.
Takpelah kalau ada rezeki kita try isi untuk hari hari yang lainnya.

Ramadan kali ini terasa begitu lain sekali, bila hari-hari kita dipenuhi dengam usrusan-urusan dunia, yang kadang kala memenatkan jasmani kita. Namun paling sedih bila rasa penat jasmani itu dipilih untuk diisi dengan perkara dunia juga yang kecil nilainya dan takde nilai tambah, seperti bermain game dan sebagainya.

Jika begini sahaja aku sudah berasa kurang semangat untuk memaksimukan Ramadan dengan alasan kelas, exam dan sebagainya; bagaimanalah agaknya Ramadan aku nanti sewaktu bergelar seorang doktor..

Malam semalam kami beramai-ramai iktikaf di Masjid Bilal di H4, usai tusyen aku terus ke sana, mujur tiba sebelum maghrib. Aku selalu segan dengan qudwah aisyah yang selalu mengajar aku untuk tidak melewatkan solat dan memberi peluang untuk ia dilewatkan berbanding urusan-urusan lain. Selepas sampai di area arabiata aku pun terus berjalan laju ke beit hijrah dan berbuka bersama mereka. Satu jam kemudian kami ke masjid dengan menaiki teksi.

Entah kenapa sebab penat tusyen ke atau travel sabie sayyeda ke atau mungkin kerana banyaknya silap niat dan perbuatan aku pagi tadi (pagi tadi kitorang exam, i got less sleep and i skipped class semi-intentionally), aku sangat mengantuk sepanjang SEMUA solat; bermula isyak -> terawih -> qiyam -> subuh. Even so aku cover jugaklah rasa guilty aku dengan ayat tilawah semalam : "..niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu.."(33:71). As long as i try to do my best; tajdid niat selalu! (Lol padahal ayat tuju untuk certain golongan dalam quran)

Usai terawih yang habis jam 11 (i wonder camne la orang tua boleh sustain themselves kat masjid ceni); kitorang duduk ramai-ramai, moreh, habiskan tilawah then terus tidur. Im the first to sleep yet the last to wake up -.- pastu masa qiyam tak larat, gi join golongan makcik qiyam duduk kat belakang. Pastu drama quran tercampak tergolek-golek dari tangan (err) sebab tertidur..

Last sekali 2am kitorang start sahur. Yes i know it a little bit early tapi sebab semua arab sahur jam 2am so kitorang join sekaki. Kat sini lah jelas terlihat pesta lumba bagi sahur — ya Allah, semua makcik berebut nak bagi makanan ! Siap ada kaunter syai (teh) lagi boleh order syai bina3na3 (mint tea) free. Haaa part ni tak ngantuk.

..tapi masa subuh sambung mengantuk balik..

...dan balik rumah sambung tidur balik....

Harapannya masa tusyen harini tak mengantuk T.T. Go bell you can do it!