Monday, April 30, 2012

Aku, kita dan saya


buah kentelop yang sedap.


Bunyi metro lalu lalang mengisi ruang bunyi yang ada. Diiringi dengan kicauan burung yang keluar awal mencari makanan, alhamdulillah sempat lagi diri ini menikmati nikmat pagi kurniaan Ilahi. (dah start dah ayat novel diaaa). Kahkahkah.

Teringat pula masa lalu, semasa Intan bersemangat menulis novel ciptaan dia sendiri dan rakan-rakan lain berebut meminta turn untuk membaca karya dia. Masa kitorang form 3, kalau tak silap.

Itu dia kelebihan Intan, si penulis novel. Haha, dalam blog ni, ak pun nak menulis jugak walaupun tak pandai menulis. Jangan muntah hijau kaler medium bak kata aima sudah lah ye.


Aku, kita dan saya.

Ada sekali, semasa sedang menunggu Aima di rumah Syasya untuk pergi ke Abasiyya, cadang kami ialah untuk sama-sama menontom debate fairuz yang berlangsung pada malam itu. Kerana kami pulang dari kelas arab lewat, maka kami terpaksa pergi trip yang lain dengan team debate 1st year Cairo University tu. Dek kerana semangat dan keterujaan yang tinggi, kitorang tetap nak pergi walaupun majlis dah bermula agak lama pada waktu itu.

Dan apa kaitannya dengan tajuk entry ni?

Tajuk entry yang pelik, kan. 

Haha, semasa sedang menunggu aima itulah persoalan ini timbul antara kami (aku, Syasya dan Aina) . Tiba-tiba je ada suara kedengaran,

"Wei, takpe ke kalau akhowat tu guna panggilan aku?

[haha. gaya menyoal pun otai gilaa]

"Haah kan, dekat mesir ni kita boleh lihat ada akhowat yang membahasakan dirinya aku, kita atau saya."

Dia tak macam realiti masa zaman sekolah-sekolah dulu. Serasa ak, tak pernah ada orang membahasakan dirinya saya kat kawan-kawan yang lain; kecuali kepada rakan yang baru dikenali atau orang yang lebih dihormati. Malah, pada senior pun kitorang guna perkataan 'kita'. Mungkin itu realiti sekolah di Selangor je kot. Takpun dekat SLISS je. Hehe. Takpun ak sorang je yang perasan cenggitu.

Mari melihat beberapa pengalaman temubual yang lain.

"Kalau dekat tempat saya, memang biasa guna perkataan saya sebab sekolah kami ada yang berlainan negeri. Jadi macam itu la."
"Meme la, kalu pakak guno aku mung dekak ogha baru kena tok manih la."
"Em, memang biasa guna saya dari dulu lagi.........?"
"Dia kene tengok dengan siapa kita deal. Kalau kawan-kawan lama biasa la guna aku."


Pernah juga terbaca satu ayat yang mengatakan 'akhowat guna perkataan 'aku' kurang thiqah la'.

Jadi, apa pandangan anda?

Untuk orang yang dah lama berpengalaman (literally called as pro)dalam bahasa 'aku-kau-kita-kau-tak-payah-macam-nak-geli-sangat-laaaaa' ini memang mengakui, sukar untuk mengaplikasi perkataan saya pada kali pertama berbual bersama rakan apatah lagi untuk menggunakannya dalam frekuensi yang banyak. Memang la, dulu kalau guna pun, masa bersembang dengan makcik-makcik. Dengan nenek pun guna 'kita' tau.

Hehe. Masa kat intec dulu, aura ni kuat lagi. Tapi sekarang, dek kerana terlalu banyak bersembang (haha. kontroversi) penggunaan bahasa pun dah berterabur. Bercakap dekat seorang pendengar je pun, tapi kejap guna nama, kejap guna saya, kejap guna kita, kejap guna aku. Haihhhhh.

Pernah ditanya soalan ini pada seorang rakan, dan dia menjawab;

"Em, saya tak kisah kot. Sebab asal orang tu kan lain-lain. Cuma orang kata, perkataan tu melambangkan tahap kerapatan seseorang dengan seseorang yang lain. Hehe, yang penting kita kawan! "

Adehh..comel kan?

Mungkin literally, penggunaan aku itu memang berbunyi seperti kurang sopan sedikit. Tapi..tapi.. i'm happy to use it sebab dia macam merapatkan jurang antara kami.

Haha, tu perasaan dan pandangan saya. Mungkin anda punya lain. Saya tak tahu. *angkat tangan*

Berbanggalah jika korang sekiranya saya berbahasa aku dihadapan korang : ) Bermaksud saya selesa dengan anda. [errr...ikhwah tak dikira, okey. senior jangan hampa pula, sebab selama-lamanya saya tak akan guna 'aku' pada orang yang saya segani macam mak ayah]

Sekian.

NB: post ni khas untuk syasya aina dan aima jika mereka membaca ^_______^
NB2: tetiba terfikir, kalau 'ana' cemana pulak?  .........................

2 comments:

Penulis said...

wow! terharu giler! :)

harumaki said...

terharu sebab nama dia kat sini. cehh. ntahpape. haha