keadaan masa exam biochem. sempat lagi :P
Oh, haah. Minggu ini sahaja ada dua exam comel, iaitu final practical physiology dan biochemistry spring test exam. Fuhhhhhhh, rasa macam nak buat kempen 'saya cinta buku minggu ini' aje. Sebab memang berbuku all the time lah. Maklum, cuak nak final exam kot. Anyway, alhamdulillah, exam yang tersebut sudah pun berlalu dan harap-harapnya usaha yang terbaik telah dicurahkan. Tawakkaltu 'alallah.
Lucu masa exam, ak antara orang yang ter---datang awal. Sebab patutnya, sebelum exam tu ada kelas physiology, tapi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana lecturer kitorang pun terlibat dengan exam! Maka, dengan itu bermulalah per-mundar-mandiran kami ke sekeliling kuliah sambil membuat revision secara ringkas. Hehe. Aima, ina, nusai dengan ak pulak duduk bawah pokok sambil bertikam lidah bersoal jawab mengenai soalan-soalan yang mungkin keluar. memang kelakar sebab masing-masing semangat dengan jawapan; umpama bom yang macam nak meletup tiap kali soalan diutarakan oleh cik aima.
Dan, selepas 2 jam menunggu, kami dibenarkan untuk menjalani peperiksaan memandangkan student Arab dah pun selesai ber-exam. (dalam keadaan mulut yang telah letih bertarung dengan nusai dan ina sebab menyatakan jawapan stail tembakan peluru bertubi-tubi)
Alhamdulillah, everything went smooth; kecuali tiub ESR yang ntahapeape kat meja lab nombor empat tu. Tak boleh baca la, doktor ;(
.....................................................................................
international day
Pergh, satu pengalaman baru bila berada di bumi orang arab. Lagi-lagi bersama mereka dalam satu haflah (yakni: sambutan/majlis). Baru-baru ni pihak universiti telah menganjurkan Cultural Day a.k.a International Day kat uni kami. Dan semua negara diminta membuat booth berserta satu persembahan pendek 10 minit yang melambangkan budaya negara tersebut.
Maka, untuk minggu tersebut, kelihatan ramai student msia yang comel-comel ke sana dan ke sini sibuk membuat persiapan. Almaklumlah, out of berbelas countries yang take part, Malaysia dan beberapa sikit negara lain je yang bukan tergolong dalam koloni negara arab. Semangat itu perlu ada sebagai duta kecil negara!
Batch kami GEN11 diminta untuk conduct bahagian persembahan. Sangat teruja Tak tahu lah kenapa, dalam banyak-banyak tema, tema kahwin jugak la yang diorang nak tunjuk. [Ehehe..bahaya kalau ada budak genii baca ni. kontroversi sebab bunyi macam pengkhianat batch.]
Sebenarnya tau je sebab apa. Sebab diorang nak persembahkan kompang dan silat! YEAAA :DD
Oleh kerana persembahan dijadualkan petang, maka, pada pagi itu kami pun mula la menjelajah booth-booth yang ada. Ada booth palestin, yaman, iraq, jordan, bangladesh, somalia, dll.
Booth Malaysia teramatlah comel. Penuh dengan warna-warni dan ada klcc kecik kat dalam. Di depan booth tergantung tulisan 'SELAMAT DATANG' dan ramai gile orang arab tanya pasal word tu. Haha.
dengan datin nad. Hehe. (ayu, tudung i okey ape..=____=)
Majlis persembahan bermula pada pukul 2 petang. Dan pada petang itu, ada buffet free; yang menyajikan makanan dari serata negara. Katanya, malaysia serve nasi impit. Ak tak tahu sebab dapat tumpang makanan orang je, ramai sangat lah yang beratur. Tak mampu nak ambek. Tapi semua makanan sedap! (kecuali nasi-kuning-berlaukkan-kambing-bersusu Jordan). Lapar punya pasal, habis semua makanan kitorang hentam. Haha.
budak msia tengah buat persembahan kompang yang osem!
Dalam dewan.
Lama punya tunggu, giliran persembahan kompang dan silat msia ditakdirkan mendapat giliran yang ke-sebelas; pada jam 6 petang. Seronok gila masa dengar lagu 'kompang dipalu' + ketibaan pengantin bersama pengiring-pengiringnya. Rasa macam dah lama tak dengar lagu tradisional melayu [ memang pun =__=" ]. Tu yang rasa macam nak menangis tu. Lagi-lagi bila tengok orang main kompang dan silat.
Teruja sangat. Itulah bila orang dah kata hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Kesimpulannya,
Sedap mana pun makanan orang mesir, cantik mana pun baju orang mesir, best mana pun lagu orang mesir, Malaysia tetap menjadi pujaan hatiiii. Haha.
Haihhh. Lagi 2 bulan nak balik kampung sungai besar.
tu ha. pakcik baju putih yang over semangat mengganggu penglihatan kitorang sepanjang majlis.
time kasih laa sebab bagi kitorang peluang untuk baca buku biochem instead of tengok
persembahan negara lain petang tu ye. *geram*
Sekian :D
No comments:
Post a Comment