Thursday, October 18, 2012

Be serious

 Assalamualaikum :)

reroti sedap


Benarlah pepatah orang tetua kata kalau dirancang memang susah nak jadi. Kalau merancang nak tulis ape dalam blog, memang hasilnya mahu dua tiga kali jadi draft. Dan itulah yang terjadi kepada diriku kini. Huahuahuaaaa. Mensedihkan.

By the way, atas tu nak promot roti sedap yang baru di-discover siang kelmarin. Berperisa mentega dan rasanya sumpah osemm tahap tak ingat. Kalau cicah dengan kaya mesti lagi WOW gitu. Sebabnya butter and kaya form a good pair together! *pleasetryathome.siyeslipleaseeee!*Taktahu la kalau ak je yang rasa macam tu sebab masa tu memang makan dalam keadaan yang agak kebuluq la jugak. 

Oh, roti sebelah tu pulak. Ustazah jihad bagi kami masa kat markaz arabi semalam. Terharu kami.

Be Serious. Post amarah ni. ngehee

Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita banyak main tolak tarik. Apa yang dirasakan mudah, diambilnya. Apa yang dirasakan susah, terus campak jauh jauh dan dengan sedaya upaya kita cuba menjauhinya. Memang betul pun sifir tu. Sape lah yang suka susahkan diri sendiri dengan pelbagai perkara yang memang susah untuk dilakukan oleh kudrat empat kerat sendiri. Macam contohnya dalam kerja kelas, takde siapa akan melantik diri sendiri untuk menjadi class rep --satu kerja yang menyusahkan diri sendiri; dalam keadaan yang diri pun tak terurus dengan urusan assignment, pelajaran dan hal-hal berbangkit yang lain. Baik duduk dalam bilik sendiri lepak-lepak goyang kaki, lagi best en.

Maka satu applause untuk class rep MEG03 izat yang ohsem itu kerana sanggup memikul amanah ini dengan bergaya. Hui.

Pernah ak berjumpa dengan warga-warga asing yang masih lagi berfikiran untuk tidak memberi; hanya kerana mereka merasakan yang diri mereka tiada kelebihan luar biasa untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Yang lagi best, ada yang taknak bergelumang dengan kerja semata-mata kerana lebih mementingkan hak badan mereka untuk dibaringkan ke tilam yang empuk itu selama paling kurang 12 jam  sehari.


Ya, mungkin saya bersikap skeptikal namun perkara ini siyesli perlu di-banish dengan segera.

Ingin ditegaskan di sini bahawasanya tidaklah post ini menyeru untuk seseorang itu perlu menjadi sibuk yang jiddan-jiddan-jiddan-moot sehingga menjejaskan keperluan badannya. Ataupun menjadi orang yang ke hulu ke hilir sibuk dengan hal persatuan, dll sehingga hak lain terabai. 

Perasaan pentingkan rehat sebagai the top-prioriti atau malas nak bersusah-payah itu yang perlu ditegur. Kalau anda merasakan diri anda tidak mempunyai apa-apa yang spesel; yang tidak boleh memberi sesuatu manfaat kepada orang lain, maka carilah ia. Find it within yourself. Kalau korang pandai masak, manfaatkan kebolehan masak korang. Kalau pandai menconteng, contenglah apa-apa yang mampu memberi kebaikan. Kalau takde pape? Carilah. Cari dan cuba adakan ia. Pergi belajar. Agar suatu hari nanti kita kelihatan spesel dan ada nilai di mata manusia; dan ofkos lah lagi penting di mata Allah.


Cubalah serius dalam hidup dan ingatlah, kita tidak akan duduk dalam posisi sang penerima buat selama-lamanya.


Huh, emo. Haha.


saya tak pandai menconteng jadi inilah hasilnya


Sekian.
#ketukdirisendiribagiberjalansikit


3 comments:

Cik Hati Rapuh said...

buat la utk saya satu contengan :) mengidam~ haha

harumaki said...

insyaAllah :)

Anonymous said...

T__T