Thursday, October 4, 2012

Beriang ria

Assalamualaikum :)


meja baru. bersepah :p


Dua hari lepas, kami bersama beriang ria kembali setelah lama tidak berjumpa. Satu reunion keluarga kembali di sebuah mat3am yang terletak berhampiran universiti kami. 

Petang itu, jalan mouniera jem teruk. Scene tipikal setiap petang, namun hari itu agak teruk sikit berbanding hari hari yang lain. Maka kami berkeputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sana. Di mesir, jalan kaki 30 minit pun tak rasa apa-apa. Ada senior cerita, dia pernah berjalan kaki daripada pasar hussein ke sayyeda zainab sambil kedua tangannya penuh dengan barang hanya kerana tiada teksi yang mahu membawa mereka pulang. Taff! Nak cuba? Jimat 10 genih.

Dalam perjumpaan yang sebentar itu, pastilah pelbagai cerita yang mahu dikongsi bersama. 



Entah, aku tak pasti apa yang perlu aku tulis; tapi ak akan berasa sangat gembira jika dapat bersama mereka. Inilah femili saya di mesir. Dan kami bakal mendapat adik baru. Saya bukan lagi bongsu; dan semua orang kena ikut cakap saya sekarang. Muahaha. Huarghh, makan budakk! 



....................................................................


Petang tadi, kami memulakan kembali kelas arab yang telah bertawaquf selama hampir 3 bulan kerana permusafiran kami ke tanah melayu. Ekceli, jujur berkata bahawasanya antara sebab yang menyebabkan ak takut nak kembali ke mesir ialah kerana takut kena marah dengan ustazah sebab tak revise bahasa arab time kat malaysia. Huahaha. Revise bahasa jepun je. Pahtu, takut kena marah, tapi buat jugak. Bagus kan? Cemerlang untuk saya.

Wahai diri, murnikan niat. murnikan niat.


Lepas tu, boleh pulak masa sampai sini ak lupa nama makanan mahalabiah tu. Baru 3 bulan kot. Dahsyat tak dahsyat. Short term memory lost.  

Dan benar, memang kena marah dengan ustazah pun. Bukan sebab tak baca buku arab, tapi sebab tak contact beliau sepanjang masa berada di malaysia. Hukhuk, ketuk kepala sendiri guna bantal versi 2.0. Entahpape kan anak murid cenggini. Patut campak ke sungai nil je (eheii, jangann.)

Jadi, pesanan buat semua anak murid, jangan sesekali melupakan guru anda ye. Kerana tanpa mereka siapalah anda. Jangan jadi seperti saya yang kena tarik telinga :P Adeh.


Satu lagi cerita entahpape. Sobs. Sekian.

2 comments:

sheis. said...

hak3. lepas ni jgn buat dah. bagi hadiah selalu kat ustazah jihad.

haru_maki said...

haittt! segan kot semalam >.<