Kini kembali langsung dari bumi Mesir.
Assalamualaikum :)
Hari ini telah masuk hari yang keempat berada di sini.
Alhamdulillah selamat tiba di Cairo International Airport pada 24hb Sept yang
lepas, setelah melalui satu sekuel perjalanan yang panjang dan kelakar.
Macam-macam perkara berlaku kat atas flight disebabkan kegelabahan ak yang
sedia maklum selalu berlagak kool (perasan tak?) padahal clumsy nak mati. Anyway, ia satu
pengalaman yang sangat best, untuk belajar menjadi antara orang yang paling lambat masuk ke plane dengan bergaya sekali. Fuh.
Alhamdulillah, dan sekarang Allah permudahkan diri untuk bergelar second year medical student di sini. Dah darjah duaa! *silatepuktangankuatkuat*. Melangkah setapak kedepan, meneruskan pembinaan diri sekali lagi untuk menjadi student medik yang mumtaz sahsiah dan ilmunya. Ingat tak dulu, kita selalu disogokkan dengan perkataan 'back for good'; bermaksud mensasarkan diri sendiri akan balik untuk menjadi sesuatu yang lebih berguna/ membawa manfaat kepada orang lain di Malaysia. Bukan setakat jauh jauh pergi ke obersea, and then jadi orang yang sama je macam masa mula mula dia datang dulu.
Dan kerana itu, kita kena terus berusaha disamping tajdid niat. Tajdid niat. Tajdid lagi, ulang dan ulang setiap pagi. Walaupun belajar ngantuk ngantuk. Walaupun kaki sakit nak panjat kelas kat tingkat empat. Semoga usaha yang kita lakukan itu Allah redha dan melorongkan kita terus ke matlamat utama :)
Oleh yang demikian, mari membuka cerita baru sebagai pelajar medik tahun dua dengan riang dan gembira. Gembira di rumah baru bersama tajuk tajuk medik yang baru. Huaaa. Cakap pasal kelas, menyesal gak datang lambat. Masuk kelas neuroanat dalam keadaaan kawan-kawan dah hampir habis cover 3/4 buku. Lalu mata terkebil kebil nak memahamkan anatomi otak yang masyaAllah sangat complex tersebut. Ada kalanya jatuh tersungkur dalam perjuangan menahan mata. Alasan jetlag. Pandai kau jah. Hehe, orang lain semua dah mula lama, ak baru nak mula. Terima je la.
otak..otak..otaaaaaak
Walauapapun, kini saya masih lagi mengalami sedikit jetlag pada mata dan perut. Masalah sungguh =_="
Bila entah nak tukar header tu.
No comments:
Post a Comment