Friday, September 14, 2012

Hime

Cik arha suruh saya post panjang sikit. Baik, saya cuba.

12 September 2012

Gakuen Alice masih lagi belum mengeluarkan episod baru sejak bulan ogos yang lalu. Ape jepun pun cuti raya aidilfitri ke hape. Lama sangat dah ni. Kalau macam OM tu, setiap dua minggu keluar episod baru. Lagi-lagi masa zaman exam month dulu. Seminggu sekali!

Semalam pergi ke kedai. Entah kenapa tangan gatal mengambil dua naskhah majalah wajib beli dahulu. Tak beli pun. Pinjam kat kedai pastu pulang balik. Kadang-kadang terkandas di rumah lalu dimarah abah kerana membuat pinjaman seumur hidup. Haha? 

Yang penting tabiat itu telah berkurang sejak keberangkatan ke intec dahulu. Takde duit lah.


Dan, apa yang mahu diperkatakan di sini? Oh ha.. MM dah keluar volume baru. 


bukti. kemain kau jah. haha.


13 September 2012

Nonsense. Salah satu daripada jenis jenis mutation. Berlaku di mana nucleotide disusun salah membentuk stop codon meskipun pada permulaan/pertengahan susunan amino acid. Ini membawa kepada penghasilan protein yang tidak 'mature'; ataupun protein yang rosak dan tidak mampu membawa fungsinya.

Dan kenapa ak tulis pasal biochemistry pada pertengahan post ini? No-sense. Haha :P


(kesan daripada melihat jadual baru kuliah di fesbuk)



14 September 2012

Basically hari ini belajar memasak bersama ibu. Selepas tengok cerita changjin, baru sedar teknik masak sangat penting, meskipun hanya sekadar cara memotong. Sebenarnya dah lama sedar, tapi kali ni sedar lebih sedikit. Oleh kerana di awal2 percutian peti ais rumah kami rosak dengan ganasnya sehingga perlu dibaiki sebanyak dua kali sebelum mengambil keputusan membeli peti ais baru, maka tidaklah diri ini memasak sangat. Masak air ye laju.

Abah pulak, jadi pengkritik makanan terhandal. Penyampaian makanan pun dia ambil kira. Kalau kat mesir kitorang hidang dalam periuk je, abah >.< !

Ada sekali tu, buat sotong kari. Zakwan beli kentang lambat, so kentang tu tak sempat nak empuk habis tapi macam malas nak amek kesah, hidang je  atas meja. Dalam otak berfikir= Kalau lapar, semua benda telan je. Takpun bajet orang taknak makan dan biar je kentang tu dalam kari begitu sahaja. Salah zakwan pun by the way kan.

Bila waktu malam, ibu masak. Lalu ak pun membuka tudung saji dengan lepaknya, expecting yang mesti kari tu tinggal kentang je. Tapi sebaliknya berlaku;


"Hari ni sedap nabilah masak."


Sebenarnya hari tu ak masak ayam masak cendawan. Kari sotong sebab zorif tak akan makan apa-apa selain daripada kari (budak aneh). Kira spesel lah tu. Bangga kejap. Cendawan matsutake kot. (cendawan shitake sebenarnya). Sambil itu tangan membuka tudung saji.


"Lagi-lagi kentang dia..."


Oh tidak.


"Abah, kentang akak keras!" Pantas zakwan memotong.

"Eh, itu la resepi arab! Orang arab memang makan kentang keras ye?" Perli abah.


Lepas tu semua orang gelak habis. =_______=" grrrrrr. Kesannya, setiap kali masak kentang mesti orang tanya: "ni kentang arab ke?"




Tapi hari tu, kentang habis licin. Kuah kari je ada.


............................................................................

Masih dalam mood yang merasakan bahawa cuti masih panjang. 

2 comments:

Syahira. said...

haha. ceriteraaa 14 sept memang sangat lawaaaak XD

harumaki said...

kentang arab =_="