Assalamualaikum :)
Husna yang hebat tu dah bising cakap post lepas pendek je. Maka apakah tindakan yang perlu dilakukan?
TULIS PANJANG-PANJANGGGG! Hoyeah!
Ehem. Macam yang semua dah sedia maklum, sekarang ni dah masuk musim sejuk di Mesir, dengan suhu terendah 10'C pada waktu malam. Tapi tahun ni kitorang cam steady je pergi sekolah pakai sweater, mungkin sebab dah teradapt kot dengan kesejukan. Tahun lepas, mula-mula winter je orang dah duk sibuk pakai winter coat ala europe gitu. Kemain. Sekarang semua orang kool je pakai sweater (cam aku, opkoss). Cuma strawberi belum banyak, kalau dah keluar nanti kita sambung projek pavlova untuk siri ke-6 tahun ini.
Semalam,
Kami ber-ISK lagi di tanah aghab ni, dan buat aku, untuk kali yang ketiga. Namun kali ini, bukan sebagai pendengar semata, tetapi sebagai part of team penyampai. Erk. Takdela penyampai mana, cuma jadi kakak laptop yang comel je. Ahaks.
Tapi, duduk di depan sebagai kakak-laptop-yang-comel (ahaks); aku belajar banyak, sekali lagi, tentang sejarah islam, tentang fakta dunia, tentang tujuan hidup, tentang itu, tentang ini. Banyak sangat. Banyaaaak sangat! Even ayat intro akak pun sangat menembak. Kata kak ab,
"Mungkin, ada antara kita yang pernah dapat input pengisian ini sebelum ni, mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin juga ada yang belum, dan tak pernah tahu pun. Kepada yang tak tahu, ketahuilah, Allah dah buka peluang untuk antunna dapat dan belajar sesuatu pada hari ini. Dan kepada yang tahu, anggaplah ia satu tazkirah, refresh balik fakta. Jangan pernah penat dan jemu dalam mencari kebaikan, sebab peringatan tu Allah kata hanya berguna untuk orang-orang yang beriman, kan?"
Aku sangat respek kat kak ab. Sebab, kata-kata dia tak pernah tak menyentuh hati. Perbuatannya, tak pernah tak membuatkan orang tak kagum. Walaupun beliau bukanlah orang yang lantang melaungkan suara di hadapan, tetapi seringkali aku tersentuh dengan semangatnya. Tak pernah berhenti dan mengeluh penat. Sebab, dia ikhlas. Simple je point kat situ.
Dia sanggup, buat apa sahaja, demi jalan ni. Even tiada rehat.
Even tiada masa untuk berseronok ke sana sini macam kitorang.
Even duitnya banyak dihabiskan untuk ilmu, kelas bahasa arab, tafsir, buku dan jalan dakwah.
Dia tidak pernah mengeluh dan merasa tidak cukup dengan dunia.
Keluhan yang terdengar hanyalah,
"Kalau la Allah bagi akak lagi banyak masa, boleh buat lagi banyak kerja. Tetapi memang fakta sehari tu 24 jam, sama bagi semua orang. Takde yang lebih, takde yang kurang. Maka kita kena manfaatkan masa tu sebaiknya supaya takde yang tersisa."
Hebat kan?
.............................................................................
Mungkin sebab aku kakak laptop yang duduk kat depan, suara penyampai lebih cepat velocity dia untuk mengetuk gegendang telinga sendiri sebelum kepada peserta lain, maka aku pun agak teruja mendengar semula segala pengisian yang best tu. Point QS, analogi telur ayam, logam, fakih dalam agama, dll. Kena pulak Allah bagi aku duduk dekat dengan orang yang suka sejarah.
Oh, abah suka sejarah.
Nabilah pun suka. Cuma malas nak hafal :p
(tetiba je =..=)
.................................................................................
Dan untuk si dia yang suka sejarah :)
Yang masih lagi mencari.
Apa yang perlu dicari.
Carilah, jangan berhenti mencari.
Kerana tanpa pencarian, kau tak akan temukan jawapan.
Macam kisah Nabi Ibrahim,
mencari Tuhannya di sana sini.
dan apabila jumpa, baginda beriman, baginda masih lagi meminta bukti daripada Allah.
Bukan kerana dia ragu, tetapi untuk memantapkan keimanannya.
Allah menolak ke? Tak. Dia tunjukkan.
Dengan syarat si hamba mahu. Ingin dan meminta.
Dan pencarian tu, bukan kau sorang je.
Aku pun masih lagi mencari.
Dan dalam usaha pencarian tu Allah kurniakan banyak jawapan.
Melalui alam, rakan, kakak-kakak, dan AlQuran.
Mencari identiti diri yang sebenar. Mencari sesuatu yang Allah redha. Ini bukan benda remeh. Ini misi besar.
Kadang-kadang kita tahu je apa tujuan penciptaan kita di muka bumi ni. Ha, ape? "Eleehhh, soalan kacang pis kot. Bukak quran, 2:30 dengan 51:56." Evil grin. Dengan bangga kita menjawab camtu. Kemain, full marks!
Memang. Memang kita tahu fakta tu. Tapi kita faham ke?
Rukun faham tu ada 20.
"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kepadanya kebaikan, maka Allah akan mengurniakan kepadanya kefahaman."
Kisah retis nombo dua.
Kenapa tajuk dia of 7.30 p.m? Sebab, nak minta tolong. Jangan buat banyak-banyak aktiviti on this range of time sebab maaf saya tak dapat tarik mata saya bulat sebab dia jadi korea sikit time ni. Lagi parah, ia disertai dengan senaman kepala.
Jet lag yang tak habis lagi sejak bulan sembilan. (poyo alasan ni)
Jet lag yang tak habis lagi sejak bulan sembilan. (poyo alasan ni)
Tapi Allah nak bagi aku mujahadah lebih sebab memang banyak benda maujud time ni. Jangan jelly.
*mesti ada yang fikir: bajet gila budak ni, benda ni pun nak bagitau. aku pun tengah memikirkan benda yang sama sebenarnya =..=. bajet retis.
Tangan dah beku sebab menaip dalam winter. Sekian :)
6 comments:
Ini Sungguh Kool..
^^
kak nab..si dia?jeng3...hehe...simpankan sikit salji utk kite ye...huhu ^_^
mesir mana ada salji la adik nab~
alamak...-_-' lupe pulak akk kt mesir...heee...mane nk ttup muka ni...aiyooo...alaaa...nk rase kesejukan tu...!
erkkk..sejuk wehhh..haha. meh la datang sini. ada atikah rafi. selalu kacau dia
Post a Comment