Friday, January 11, 2013

Hari berawan


Assalamualaikum :)

Walaupun dah hari ke-11, tapi still nak ucap..


SELAMAT TAHUN BARU! 

Tahun 2013, 

Mungkin kerana musim peperiksaan menyebabkan aku macam kurang feeling sikit tentang tahun baru kali ni.  Biasanya excited, buat list azam cepat-cepat ape sume. Tapi tahun ni.. Entah, memang start daripada balik semula ke mesir hari tu aku jadi cam manusia kurang feeling, kurang semangat pasal benda benda kecik (?) -yang ni bagus, suka duduk rumah, kurang merempat (apakah?).

Adakah ini antara simptom transaksi kepada usia 20? 

Fufufu. Kalau ya begitu, aku tensen menjadi orang yang begini.



Breathe- Taylor Swift ft Colbie Calliat


yang merah tu hospital kami


Lupakan part yang atas tu, kita sambung part yang utama. 

Sekarang manusia-manusia di sini berkata bahawa musim sejuk di mesir sudah masuk fasa kedua, di mana mencatatkan 7'C sebagai suhu terendah di kawasan kaherah. Sejuk tak? Hari tu masa awal winter pernah la call abah masa gap between lecture, pastu berlaku la perbualan yang lebih kurang macam ni:

"Abaaaaaaah, sekarang winter kat sini. Sejuk!"

"Oooo, air jadi ais tak?" Suara abah tersekat2 time ni. Maklumlah call pakai tango je. Tapi best.

"Apeee? Tak dengarrrr!"

"Air jadi ais tak?"

"Oooo, takde pun. Jadi sejuk ade lah."

"Maksudnya tak sejuk la tu. Berapa celcius?"

"Emmm, lowest sekarang 10'C"

"Eleh. Tak sejuk langsung."

"...................tapi..." (lupa, mengadu sejuk kat orang negara bersatu =.,=)


Ye ye, ak mengaku. Antara satu sebab kenapa boleh menggigil keras masa balik dari library semalam even mesir ni BARU 10'C ialah ke-poyo-an manusia ini yang malas nak memakai wintercoat bubble dan sebagainya dan hanya keluar dengan sweater mesir selapis. Sebab? Teeett, terasa macam robot la pakai wintercoat. Sebab kalau beli mesti tangan dia terpanjang. Sigh.

Teringat yang pasal ais tu, air kat sini memang tak jadi ais kalau dibiarkan cenggitu je. But, tensen jugak lah sebab air tu akan jadi sejuk dengan kadar yang segera. Bayangkan, one fine morning, burung berkicau indah diselangi dengan sedikit rentak-rentak muzik daripada anjing-anjing di luar, membentuk satu okestra yang tak berapa nak murni sebab anjing tu over sangat sound dia. Dan macam biasa, ak akan membuka tingkap dengan luasnya, opkos la tingkap luar je sebab sejukk kottt. Kita perlukan cahaya untuk buat vitamin D, maka essential untuk exposekan diri dengan cahaya. Pastu berbisik dalam hati, indahnya pagi ni! Yeayy XD

Maka dengan itu, datang lah pulak mood nak belajar. Semangat ni. Tangan segera mencapai bonjorno bunduk yang tersimpan kemas di atas peti ais (di atas, bukan di dalam). Air panas yang baru di masak, segera dituangkan ke dalam cawan comel pemberian fairuz sempena birthday tempoh hari. Menikmati pagi yang sejuk dengan aroma cappucino berperisa hazelnut sambil menyelak-nyelak helaian buku medik, agak indah la di situ.

Tapi, apa yang berlaku selepas 5 minit air dihirup secara sedikit-sedikit (sebab mula-mula panas kan. sakit lidah): air yang panas lazat itu BERTUKAR MENJADI SEJUK dengan sekelip mata! (ini hyperball). Bila air tu sejuk, kurang la feel nak minum sebab action yang minum sikit-sikit tu yang jadikan air tu best (haha). Maka saya jadi down dan kurang feel nak belajar (boleh pulak =.=). Nampak tak MASALAH di situ?! Haih~ (keluhan 2.0) 

Maka, ak siyesli tak dapat bayangkan camne kalau air jadi batu. Mungkin, aiskrim cappucino tiap-tiap hari? Ngehh.


terbayang yang ni. can't be helped~


Time pergi ire dulu, jejak je tanah irish, terus terkezut sebab suhu abu dhabi time tu dekat 20'C; but ire -2'C. Sejuk tu memang sejuk, tapi tak rasa beku sangat sebab first, memang dah siap pakai baju tetebal ape sume. Then, kat sana takdela berangin kencang macam kat mesir ni. Dan seems like everywhere ade heater kat sana. Even dalam toilet rumah pun ade tau! (lupa nak amek gamba. kalau dapat amek. he he he) Tapi bila kuar, brrrrrr. Beku! Maka masa tu, ak sangat bersyukur mesir tak sejuk camtu. Kalau tak, memang pikir la dua tiga empat kali nak keluar ke tak. Sekarang pun, nak masuk bilik air pun pikir dua tiga empat kali. 

Dan pasal awan, haa. Lately mesir asyik hujan. Rintik-rintik je. Tapi sebab kat sini takde longkang kot, 'longkang terbesar' hanyalah sungai nil dan 'beberapa' di universiti kitorang, maka apa yang terjadi ialah: lopak dan lecak yang banyak. Walaupun hanya hujan rintik-rintik dan sekejap (ulangan).

Sebab tu kot baanyaaak gila awan! >.< suka suka sukaaa. Sebab mesir ni asalnya kurang awan. Batak sikit la jadinya. Kalau kat sungai besar, scenary awan paling best ialah di sawah padi. Cantik. Pastu awannya besar-besar~

Kalau kat ire? Entahlah, awan dia banyak sangat kot sampai cahaya matahari takleh reach sampai ke bawah sangat. Langit ire selalu gloomy.

langit mesir dan sungai nil.

................................................................

Bila balik semalam dengan aima dalam keadaan jalan meringkuk-ringkuk kesejukan, dan dengan angin yang kuat plus malam yang berkabus, menyebabkan ak teringat kat pakcik jambatan yang suka senyum tu. Lame dah tak jumpa dia. Macam ni ke dia hari-hari? Sejuk gila menggigil-gigil? Dia takde heater, mahupun air cappucino panas nak heat up diri.

Pastu, kat palestin pulak. Diorang lagi lah. Salji kot.

Aku kat rumah=merengek even dah pakai dua tiga lapis sweater. Hanya senyap bila masuk bawah comforter (dah masuk bawah tu, memang resultnya tidur je la).



Pakcik suka senyum. Awak kat mane?

Semoga terus tersenyum kuat.


It's not like ak rindu ke ape, tapi bila tengok orang senyum memang build up semangat ak la nak jadi cheerful for that particular day. Grr


Ok. Agak panjang walaupun entah pape yang ditulis. Salam tahun baru. Mak pesan, buat azam cepat-cepat sebab kita kena ada target. Takpe tak capai, tapi at least ada usaha nak capai. Dengan itu barulah ada peningkatan setiap tahun. Pastu sekarang mak pun guna 'yoshh'. Nak tergelak..keh3


NB: hari ni birthday cik hati rapuh! Yeayyy! Rindunya nak baling telur kat orang. He he he.


Welcome, 2013 untuk hari yang ke-11.
Dozo yuroshiku ne :)


3 comments:

Penulis said...

lawa awan tu. tengok tiap kali pon x jemu. cuma sometimes rindukan bulan. semalam x nampk!

awat x masuk part mulut berasap? haha

hajarhadis said...

sejuknyeee bell. menggigil2 aku bce entry ko. btw m'sia salji :p

cik hati rapuh said...

20 [fullstop] >.<