Tuesday, January 22, 2013

Tua nanti


Assalamualaikum :)

Sebelum tu,


Istighfar banyak kali. 

Semoga cuti yang berlalu tidak sia-sia di dalamnya, Allah berkati nikmat lapang yang ada, dan semoga Allah tsabitkan hati-hati kita untuk sentiasa beringat,

beringat,


yang dunia ini memang bukan tempat senang lenang, bukan tempat main-main, dan jauh lagi untuk bersuka-suka sampai tak ingat dunia. Dan sesungguhnya pada Allah itu lebih kekal dan jaaauh lebih baik. Percayalah.

Tapi, untuk kekal ingat tu memang payah. Sebab tu Allah turunkan Al-Quran. Sebab tu kita perlukan KAWAN. Sebab tu kita kena duduk dalam biah. Sebab tu kita kena selalu remind ourself untuk terus mencari dan pupuk hati untuk lebih suka kepada kebaikan. Sebab tu sebab tu bla bla bla (banyak sebab lagi).


Sebab takde sorang pun boleh jamin dia akan dapat pengakhiran yang baik. Kan?

Hati tu siyesli Allah yang punya. Betapa senangnya dia pupukkan rasa cinta dalam hati kita kepada kebaikan, dengan sesenang itulah juga dia mampu membolakkannya. Karena itu (eceh..'karena'~~~) kita kena selaaalu doa:

"Allahumma tsabbit qulubi 3ala dinik wa3ala taatik"

.......................................................................

impian ak,tua-tua nak duduk kat rumah kecik macam ni. comel je. setiap hari
siram pokok bunga, jahit baju. argghh tipikal. kat ireland ade banyak cottage macam ni.


Semalam ke rumah pija saje datang nak 'sembang-sembang berisi'. Wahaah. Poyo je title. Pija is one of member yang rapat lah masa sekolah dulu. Kehulu kehilir dengan dia. Padahal taknak pun. (wekkk) tapi entah kenapa jodoh tu memang sampai sekarang en. Tanpa dipinta, Allah jadikan kitorang selalu sama. Cuma lain sikit la kat course. Dia bedah pokok dengan lintah, ak bedah manusia. But masih bedah. Haa, camtu. Heheh.

Dalam banyak-banyak sembang berisi tu, dia pun cerita pengalaman mabit dia masa kat terengganu dulu.
Kalau nak tahu: mabit tu stands for malam bina iman dan taqwa. Simply macam ambil masa satu malam, kita imarahkan malam tu dengan perkara-perkara kerohanian sampai esok paginya. Malam yang spesel antara kita dengan Allah but buat bersama-sama kawan.

Dan dalam mabit tu, ramai lah orang. Ada yang tua dah kerja, ada yang lebih kurang umur, ada yang senior daripada uni sendiri. Masing-masing datang dengan matlamat yang satu. Lillah.

(Gaya macam ak pulak yang pergi =.=)

Dan, disebabkan beza umur yang ada, jadi semasa pembentukan group untuk sesi tasmi3 dan tadarrus, PIC  (baca: person in charge) minta satu group tu campur-campur peserta dia. Ada yang tua dan ada yang muda. Yang tua conduct halaqah. Haa camtu.

Yang pija ni, dapat la satu group dia, campur dengan senior dan orang-orang lain yang lebih dewasa. Dan sorang makcik. Dalam hati ak: "Eeee mesti segan kan nak join sekali dengan makcik-makcik. Malu lah. Best lagi mabit dengan budak satu level."

Pastu, nak tau pija cakap ape?

"Mula-mula aku rasa segan jugak. Tapi best lah sebab makcik-makcik tu macam join je ikut flow kitorang. Diorang dah la sempoi-sempoi je tengok rupa. Tapi, ilmu diorang..banyak! Siap spekeng-spekeng lagi. Yelah, segan tu mesti ada tapi, bila duduk dalam group campur umur ni, dia macam..bagi motivasi kat kita sendiri. Aku rasa...macam..

Tua nanti, aku nak jadi macam ni. Macam diorang."

Boooommm! Letupan kecil berlaku dalam otak ala-ala stail bezita kene kamehameha dengan goku. Asap dia bentuk cendawan.

camni. tak jumpa pulak gamba yang versi dragon ball.


Abah cerita, berapa ramai, yang sangat semangat gerak kerjanya semasa di universiti, tapi masa kerja, lagi-lagi after kawen, jadi malap. Usrah pun taknak. Ajak pegi liqa', alasan macam-macam. Susu anak tak beli lagi la, itu la, ini la.

Masa yang Allah beri tu sama. 24 jam tu mesti cukup. Tak pernah tak cukup. Cuma kita lah yang kena pandai prioritize kan masa kita untuk apa. Ada benda, important and urgent, ada yang important but not urgent, ada yang tak important, dan lain-lain.

Dan masa tua nanti, ak harap ak masih lagi berbicara tentang Islam, masih lagi bersama kawan yang sentiasa mengingatkan, masih lagi berhempas pulas mengisi masa lapang ak dengan sesuatu yang boleh buat Allah redha. Dan sehingga ke akhirnya. Penat jadi doktor pun nanti, takpe. 

Sebab, ak tak tahu. Ak tak tahu ak boleh remain kuat sampai ke akhir usia aku.

Aku tak tahu adakah esok lusa aku masih lagi akan ingat fakta yang dunia ni sekejap je. Kita bekerja untuk akhirat. Aku tak tahu....,

Adakah esok lusa aku masih lagi jadi orang yang mengajak orang solat jemaah sama-sama, atau aku yang lari bagi 1001 alasan taknak solat jemaah sama-sama.

Aku tak tahu.

Yang aku tahu, ak kena berharap. Berdoa. Dan selalu ingatkan diri sendiri.

Dan kekal bersama kawan-kawan yang boleh ingatkan aku kepada Dia.

Moga Allah tsabatkan hati-hati kita.



Allahumma tsabbit qulubana 3ala dinik wa3ala taatik. wa3ala jihadik fi sabilik.

"Tua nanti aku nak jadi macam tu."



3 comments:

Syahira. said...

>.<"

hajarhadis said...

omaiii ... nabilaaaaahh ko dah balik tanah melayu????????/ bile ko jejak???? naseb baik ak bukak belog ko nih..

harumaki said...

hihi. lame dah jejak. dekat seminggu jugak lah