Sunday, January 13, 2013

Cengkodok kentang dan kuah pecal

Assalamualaikum :)

Kisah hari ini.

Malam tadi, macam biasa aku ter'pass out' awal, dan terjaga semula pada jam 12 malam ala-ala kisah cinderella. Pisat-pisat mata keluar bilik, tadaaa~ nampak satu basket cengkodok atas meja beserta sos di tepinya. Dan aku, apa lagi. Lepas satu diambil, satu lagi dan satu lagi dan satu.. Sampai akhirnya aku realize,

"Eh, cengkodok tinggal empat ketul. Alamak."

Peluh kecil.

Dengan tangan dibuat gaya ala-ala hinata, otak berfikir, apa yang patut aku buat setelah 'mencicip' banyak gila cengkodok tanpa tahu kenapa wujudnya dia di situ pada malam buta; plus dalam bilangan yang besar. Biasanya kalau baki mestilah tinggal satu dua tiga je. 

Lepas tu, usai solat subuh, kaki terus dilangkah ke arah dapur untuk buat adunan bater cengkodok. Boleh goreng nanti masa dah nak dekat tengahari. Sebab tengahari kan biasanya orang lapar pastu tergolek-golek nak makan. 

Then, sambung la baca buku histo sambil menahan kesejukan duduk di bilik study. Kalau duduk atas katil, hmm kirim salam jelah.


.........................................................................................................


"Ibu tak payah buat yang susah-susah. Ibu bawak je satu tapowey besar cengkodok pisang~ Nanti boleh share dengan kawan lain yang macam phiranna tu."

Tengah-tengah baca buku, tetiba tengiang pulak perbualan masa form 5 tu. Masa aku form 5, ibu dan abah selalu datang hostel untuk ajar aku dan zikrul. Ibu ajar addmath, abah ceramah zikrul. Masa tu kami masing-masing nak exam; so ibu abah selalu datang bagi moral support. Walaupun aku tau abah dan ibu sangat sibuk masa hujung minggu.

Kalau nak diikutkan, nak masak pun tak sempat. Tapi ibu abah tetap datang, walaupun kadang-kadang tak bawak apa-apa pun. Ataupun just beli je cengkodok sedap kat kedai Kuala Kurau. Rumah kami ada banyak stok pisang sebab embah selalu kirim setandan pisang dari kebun dia. Jadi kami tak pernah beli pisang, kecuali sekali: masa merengek kat abah nak buat banana smoothie tapi pisang dah habis.


Pasal cengkodok pun ada kisah. Huuu.


..........................................................................................................

Habis je mengelamun, jam dah nak dekat pukul 9.30 pagi. Langkahku diatur kemas ke dapur untuk menyambung hasrat hati untuk menggoreng adunan cucur tadi. Namun, alangkah terkejutnya aku bila mendengar bunyi tang ting tong sudip bertemu kuali. Apakah? Segera aku berlari mempercepatkan langkahku. Takut ada yang memasak sarapan lain kerana terlalu lapar dek tepu membaca histo.

(Ayat~ kemain.)

Habis je lari dengan bunyi 'sretttttt' (buat brek), rupa-rupanya housemate tengah goreng cengkodok tadi. Menyambung kerja aku yang separuh tu. Aku pun melepaskan nafas keluhan, baru nak buat-buat macho tolong prepare sarapan, tapi ada orang lain pulak yang buatkan. Aku tak faham. Rumah ni, selalu masak. Bukan sebab lapar, bukan sebab tugas, tapi sebab nak buat untuk orang lain.
Sampai aku pun rasa inferior.

Aku pun terus membantu mempersiapkan kawan baik cengkodok stail rumah sungai besar yakni KUAH PECAL~ yehhhh! Versi cair sikit. Pastu makan sama-sama sambil bercerita pasal hantu. =.=


Sebenarnya pelik jugak, takde pun orang bebel kat aku pasal cengkodok sebakul yang tinggal empat ketul tu. Diorang tak perasan ke? Dah la sedap. Banyak pulak tu. Takpelah. *sambung buat latihan*

Tiba-tiba kak nah datang, tanya.

"Sedap tak cucur malam tadi?". Gulp. Tu dia dah mari.

"Sedap! Sape buat? Tapi banyak saya makan, tinggal sikit je."

Sungguh. Aku rasa guilty gila. Sebab kak nah exam pagi tu. Walaupun benda kecik macam ni, kita kena jaga lagi-lagi time kritikal exam cenggini en. (Dah makan baru nak menyesal. Menyampah)

"Akak buat dengan mila. Kitorang goreng banyak malam tadi. Pastu tinggal sikit untuk awak."

Whoah. Terkedu. 

--->Simpan.Sikit.Untuk.Aku.---->Yang.Tengah.Tidur?

dan tak sikit tau. banyaaaaak.

:')



Hmm, tambah satu lagi collection cerita sweet pasal cengkodok :) Kekeke


"Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya, "Ambilah beberapa buah rumah di Mesir untuk (tempat tinggal) kaummu dan jadikanlah rumah-rumahmu itu tempat ibadah dan laksanakanlah salat serta gembirakanlah orang-orang mukmin." (10:87)

Allah bagi ayat ni masa tilawah hari ini. Right on time.
Well, He never fail to make me suprised with His ayaat.

Selalu macam ni. 



And to 'cute ansarullah'.
Thanks :) Misi korang berjaya. Aaahh aku dah malas nak keluar rumah sekarang.



NB: Wahaaa esok nak exam histo tapi aku macam biasa. Rileks dan bakal gelabah esoknya. 

6 comments:

Unknown said...

sedapnya cekodokkkk.

harumaki said...

:p

Penulis said...

x bisa nmpk bella berjalan2 lagi. dan sedapnya. kau buatkan aku lapat time macam ni.

hajarhadis said...

bell maseh piranha sehh

Anonymous said...

dahh 'ter'baca laaaa~~

harumaki said...

maka? lalu? jadi? dengan itu? pfttt hahaha XD