Monday, January 21, 2013

Pecal

Ngehh. Tambah satu lagi cerita.

Tadi kitorang after pergi sliss, terus ke rumah makuda sebab nak amek nenek kat situ.

Ohh ya, lupa nak cakap. Dzakwan terkejut tengok ak ada sekali masa lawat dia tadi. Hahaha. Muka dia, priceless! Ni yang best balik tetibe ni. Rasa macam retis (ape kaitan?).

Dan masa pergi rumah makuda, tadaaaa! Ada pecal makuda buatkan. Pastu ak pun cerita lah betapa kelakarnye membancuh kuah pecal di mesir tanpa ada kangkung sebagai main subject di dalamnya. Nenek ak tanya, "Takde orang jual pecal ke kat mesir?". Ak pun jawablah sambil makan dengan penuh bergaya sebab perut dah kenyang, "Mane ade orang arab jawa kat sana."

"Lagipun kat mesir mana ada kangkung. Mesir takde longkang nak ada kangkung."


Pecah ketawa. (dalam hati je). Lawak ak tak disambut.

=.=


Extra info:

Biasanya kat kampung, kitorang selalu ambil kangkung, daun pucuk ubi, tauge dan kacang panjang untuk buat pecal. Sebenarnya bahan dia sukati je, asalkan sayur hijau rebus yang sesuai dengan rasa kuah pecal tu. Kalau kat mesir hari tu, ak guna sayur sawi, timun dengan kacang panjang je. Mak uda kata, guna kubis pun boleh je kalau nak makan pecal. Untuk extra kelazatan, biasa kat kedai lah, orang add up bihun dan ayam goreng. Jadilah pecal ayam.

haaa..camni la biasa kat kedai tepi jalan beli bungkus


Ok, sambung buat keje.

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

waaaaaa, sedapnya, nasib baik aku ada kuah kacang instant kat sini

haru_maki said...

hehehe tak sama rasa dia. jangan jelly~