Saturday, November 17, 2012

Hime #2

Hime tu apa? Fu fu fu. Boleh la google ye :P

Ini kisah Ansar lagi.



trademark rumah Ansar. Tapi rilakkuma tu takde la sepanjang masa kat situ.



Suatu petang yang indah sebelum kelas arab bermula pukul 4.30 petang hari itu.

Tangan laju menutup ma'thurat yang baru sahaja selesai dibaca bersama kawan. Niat dihati mahu menyimpannya ke tempat asal supaya mudah untuk digunakan di kemudian hari. Bukan senang nak jumpa ma'thurat kubra yang berserta terjemahan di sini. Import khas dari malaysia kot. Jadi kena simpan baik-baik. 

Sebab ma'thurat bukan mahu dibaca laju macam air tapi tak faham maknanya. Tak guna.

Jadi kerana itu kita perlukan terjemahan :)
dan menghafalnya.

Tika tubuh mahu diangkat menuju ke meja studi yang comel molek itu, tiba-tiba kawan di sebelah menyapa.

"Hei, ada doa awal akhir tahun tak kat dalam tu? Nak baca lah."


Mata direnung ke siling sebentar seperti ada jawapan di atas. Kemudian ke bawah semula membelek-belek kembali ma'thurat tu. Tiada. Cuma ma'thurat dan yaasin sahaja.


"Takde lah. Kau ada ke?"

"Sebab aku takde la aku mintak."

"Erk. Kita google jelah."


Selesai meng-google menggunakan fon alaf baru yang canggih itu (ahaks), mereka berdua mula membaca doa akhir tahun bersama-sama. Meskipun sepatutnya doa itu dibaca sebelum maghrib namun dek kerana komitmen kelas dan sikap concern sahabat, mereka baca awal. Bersama-sama. Dengan seorang sebagai pembaca dan yang lainya sebagai tukang amin.

Usai kali pertama baca;

"Ameen."

Tangan masing-masing diangkat ke atas menyapu muka.

"Selamat tahun baru," ujar si kawan sambil kenyit mata. (okey, ni scene tipu)

"Tak sangka dah tahun baru kan. Tapi, doa ni ayat dia terabur-terabur maksudnya lah. Tak faham. Tak feel." adu sorang lagi.

"Hey, mana ada lah. Feeling gila doa ni. Cuba baca betul-betul. Kau tu yang gelabah sangat sangkut-sangkut baca doa." Sedas tembakan mengenai sasarannya. Cukup tepat.

"Erk. Hei. Tak payah nak jujur sangat." Lap peluh di dahi. Ayat mahu novel je.

Memang lah sangkut-sangkut sikit, ni bukan doa yang dibaca tiap-tiap hari pun. Jadi scan pertama wajiblah otak berfungsi membaca berserta translation maksud.

*Scrolling*

"Weh, doa ni baca tiga kali lah. Sempat lagi ni nak baca sebelum kelas arab. Nak tak?"

"On je."


Cukup tiga kali baca, masing masing melepaskan nafas keluhan. Fuh. Baru faham doa ini keseluruhannya. Dah tahun baru rupanya. Kitab baru. Catatan amalan baru.


"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu."


Dan masing-masing sedih mengenangkan setahun yang lalu. 

Dosa lalu. Bagaimanakah ia? Telah diampunkan atau belum?

Amal lalu. Bagaimanakah ia? Telah diterima atau belum?

Umur lalu. Bagaimanakah ia? Mendapat keredhaanNya atau tidak?



Doa ini sangat frank. Sangat jujur. Sangat menembak. Macam memalit lecak kat muka; mengaku kesalahan sendiri. Memang pun. Diri ini masih dipenuhi dengan lecak jahiliyyah. Aku mengaku. 

Dan Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jangan sia-siakan peluang ini wahai diri. Terketuk biar berjalan, bukan terbenam. 






Selamat tahun baru 1434H semua. Meskipun dah lewat 2 hari. May Allah bless this year to the fullest!
Kena start buat azam tahun baru ni. 

Dan disember makin hampir. Hehe :D