Assalamualaikum :)
Bila lama tak menulis blog, ada dua benda yang menerpa dalam kepala. Sama ada;
1- Rasa hepi sebab takde mase lapang untuk di-per-arahkan ke arah menulis blog. My time is occupied with things to do. Alhamdulillah.
Atau,
2- Rasa tensen sambil nanges laju-laju dalam hati sebab merasakan tidak mampu mengisi kerana diri sendiri yang tidak terisi.
Dalam konteks yang sekarang ni macam mana? Entahlah. Mungkin juga disebabkan semester baru dah mula, ditambah pula dengan ada banyak lagi benda yang boleh buat instead of blogging. Pastu laman pengicau nampaknya lebih terpilih untuk dijadikan wadah berkongsi berbanding di sini. Maap!
Rasa kelakar sebab bak kata icha, lepas mesyuarat med11a hari tu baru tersedar, "Eh, aku ada blog."
Takpelah, jom kite share pasal something.
Tadabbur manusia
Hari-hari aku berjalan 5-10 minit ke sekolah. Laluan yang sama setiap hari ahad-khamis. Tak pernah bertukar. Apa yang berbeza dari sehari ke sehari ialah tahap kelajuan kaki melangkah, dengan siapa aku berjalan; kadang-kadang sorang je, kekadang jalan ramai-ramai. Topik yang terbincang semasa berjalan, jalan senyap or sambil gelak2, pakai earphone atau tak, dll.
Banyak benda boleh buat dalam perjalanan yang 10 minit tu. Kadang-kadang berjalan smooth, kadang-kadang terpleot. Apa-apa jelah kan.
Kuliah perubatan kitorang terletak di atas sebuah pulau kecil di sungai nil; dan di depan, tepi, dalam, belakang dia ada banyak hospital-hospital universiti.
Pastu, pastuuuuu (nampak sangat la eksaited nak cakap kan), setiap hari ramai orang keluar masuk fakulti kitorang untuk ke hospital yang ada dalam tu. Ramai sangat, ada yang jalan senget2 lah, ada yang mata sebelah berbalut lah. Permandangan common untuk dilihat pada setiap hari.
Jadi?
Nak cakapnya, aku selalu jalan laju-laju gi kelas, ataupun mungkin lambat, tapi suka sangat tengok sungai nil, atau selalu fokus sangat untuk melintas jalan-besar-rempit 1&2 sampai aku jarang tengok orang-orang yang keluar masuk ni.
Sedih tak? Takde lah sedih sangat. Cuma rasa kerugian.
Rupa-rupanya, aku tak pandai tadabbur manusia. Oh, tadabbur tu ape? Tadabbur tu ialah satu proses untuk mengaitkan perasaan kita terhadap sesuatu yang kita baca atau nampak (ni definisi sendiri). Macam kalau tadabbur alQuran, kita bercakap tentang apa yang kita rasa atau terketuk-terjentik-terdetik pada saat pertama kali membaca ayat tersebut.
Orang kata, Allah yang mengilhamkan rasa tu. Jadi penting jelah untuk kita share apa yang kita dapat daripada pen-tadabbur-an kita sebab, tak semua orang ada rasa yang sama, kan? Cam saling topap menopap lah.
Berbalik kepada tadabbur manusia tadi,
Sedih lah sebenarnya sebab aku selalu tengok manusia-manusia ni luaran je. Langsung tak kaitkan dengan apa-apa benda. Umpama angin yang menerpa pipi lalu berlalu pergi. Antara perasan atau tak. Nil. Kosong. Rugi.
Sebab perjalanan 5-10 minit tu for sure akan lagi berharga kalau banyak benda yang kita belajar kan. Kalau tak, zero jelah.
Ada orang tu cakap, satu perjalanan pulang, dia melihat pakcik pengutip sampah, pastu dia usha je pakcik tu buat apa. Dalam hatinya terdetik, "Oh, pekerjaan yang orang pandang enteng tapi mana tau amal tu yang Allah lebih terima berbanding dengan aku yang poyo berjihad menuntut ilmu ni."
Dan jalan lagi, dia terjumpa pulak sorang pakcik arab buta. Sian pakcik tu. Dalam hatinya terdetik, "Matanya mungkin buta tapi mata hatinya tidak. Allah menghalang dirinya daripada membuat dosa mata dengan cara menarik penglihatannya. Aku ni? Berapa banyak dosa aku dapat hanya dari mata?"
Maka, kesimpulannya? (terasa skema pulak)
Sensitipkan hati dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Allah memang nak ajar something tu :)
May Allah bless. Indeed, Allah's blessing is the thing that kita nak kejar sangat-sangat, kan.
Sekian.
#Doakan untuk final. Midyear sy teruk. Sobs.