Wednesday, September 14, 2011

KBM :)

Assalamualaikum :)

Once again, alhamdulillah dapat lagi diri ni nak beronline selepas krisis internet menggila kat rumah ni..hehee. Hari Jumaat yang lepas, time tengah seronok-seronok duduk kat rumah (yela, xde keje kan), tiba-tiba ibu panggil. Katenye: "Ustazah Kartini ajak jadi fasilitator kat KBM sabtu ni. Budak SAMDO. Nak tak?" Time tu ak yg tengah berduduk2 tu terpikir..xde kawan. kalau cam hari tu ade cici, ecah ngan muner. Segan la kalau sorang2. Last-last bile dengar kak nasywa ngan kak syifa' ade sekali, bersemangat pulak rasanya nak turun padang. Akhirnya, final decision: join program KBM sebagai fasi~


Malam tu pukul 9 kami terus ke rumah untuk kemas2 apa yang patut sebagai tempat penginapan untuk fasi2 lelaki. Dan kemudian dalam pukul 1 legasi KBMKL tiba di sungai besar. Ustazah Kartini dan family memang dah siap2 menyambut ketibaan mereka (dan kami) dengan nasi dagangnya+soto. Ingat nak makan sikit sebab dah makan malam dah sebelum tu, tapi tak menahan kot makan sikit je. Sedap >,< !!! Habis tambah 2 kali. Hoho...Then, agak excited la sebab jumpa kawan-kawan baru dari politeknik. Semuanya comei2..wahaha. Then, jumpe balqis pulak. kali ni memang terkejut betul masa dy cakap dy g Zagaziq. Waaa..mabruk ukht!

wohoo...smart x?? ehe..>,< !!

 Esoknya kitorang terus mula untuk program KBM, slot yang pertama ialah Knowing Me Knowing You @ KMKY. Cam biasa, fasi kenalah perkenalkan diri. Adoiii...malu >,< !!!! Hahha. Then, ada 3S : Senyum, Sapa, Salam dan main2 chicken dance. Seronok :)

Kalau nak cerita dari segi nilai yang kita boleh dapat dari program KBM ni teramatlah banyak. Tak kira lah jadi fasilitator ataupun jadi peserta, dua2 dapat manfaat yang sangat besar. Dan, join KBM ni kalau tak nangis, menipu le tu. Habis boleh takung sebaldi !


masa slot hijrah

adik2 kasih tulis apa yang diorang dapat semasa program

barisan orang kuat KBM 100911!!


kamilah kakak2 laptop! Hehe

barisan orang kuat 2

masa sesi bersalam2 salaman. >,<

final...cheeze! Kamilah fasi~

here goes the KBM!

ucapan dr YDP IKRAM Sabak Bernam ---> Ust. Ahmadi Abbas


Sangat enjoyy kannn >,< !!!!!!
Okla, mybe post ni akan dicontinue kemudian.
Sekian :)

Friday, September 9, 2011

pre-depature

Assalamualaikum :)

Yada..yada. Hari ni jumaat, sayyidul yaum~ Semalam telah berlaku pre-departure, yakni taklimat pra-penerbangan untuk JPA schoolars kat bangunan JPA, putrajaya. Jadinye, pagi2 buta kami satu keluarga bergerak melaksanakan misi untuk tiba di putrajaya seawal 9 pagi. =,=


Kitorang kene pakai blaer khas yang ditempah oleh JPA. Custom made tu. Ade rasa macam lawyer pulak. Haha.. Nak dijadikan cerita, ak sampai ke destinasi dalam pukul 9.15 pagi, di mana time tu semua orang dah masuk dewan. Hebat kan? Padahal diorang sume tu datang dari seluruh Malaysia. Ak yang datang dari selangor ni pun lambat. aisehh...



Kami ada 4 sesi dalam taklimat tersebut. Pertamanya, taklimat ringkas dari pihak JPA sendiri oleh cik Farah dan Encik Othman. About the Do's and the Don'ts. Apa yang kami perlu buat setibanya di Egypt nanti. Siapa pegawai yang bertanggungjwab menjadi bapa n family kitorang kat sana nanti. Dan bacaan ikrar sebagai last agreement between us and the country. Tharu pulak rasanya :)

Kemudian, ada taklimat dari pihak bank dan Malaysia Airlines. Time ni jugak, kitorang dapat segala perbelanjaan n peruntukan elaun untuk 3 bulan akan mendatang di Mesir nanti. @,@ cuak lak pegang duit banyak2. Tapi memang banyak barang nak kene beli pun. Yela, hidup kat sana bukan sebulan dua, tapi 6 tahun. Dan daripada pihak MAS, kitorang tau secara tuntas tentang flight kitorang.

InsyaAllah 15 Sept 2011, 9.15 pagi. berkumpul pukul 3 pagi. T,T


Pastu, ada sharing session dari senior JUST sendiri. Dan taklimat ni habis secara officialnya pada pukul 1.30 petang. Then, ape lagi. Amek peluang pusing2 putrajaya! Alhamdulillah berkesempatan ke Alamanda n Giant Shah Alam. Weeeeee~~ hak3.


Kat tepi tasik yang tepi masjid. Ramai foreigners dalam masjid tu. Macam2 cara solat ade.



Sekian :)

[rse cam post ngarut2 je..huhu]





jordan

Assalamualaikum, and happy eid farahah kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia :)

Ha..hari ni dah masuk raya ke-berape ntah. Haha, orang kata kat Malaysia ni je sibuk raya sebulan. Kat tempat arab raya 1 hari je. Mendengarkan cerita saudara (yakni jiran sendiri) yang alhamdulillah berkesempatan MERASAKAN NIKMAT RAYA DI MEKAH cukup menggamit qalb. Untungnya beliau, kerana beliau bersama isteri sempat mnghabiskan 10 malam terakhir Ramadan di sana. Tambahan pula, time tu tengah musim panas, jadi, waktu malam yang singkat menyebabkan mereka lebih bertenaga nak buat solat maghrib+isyak trus ngan terawikh+qiamullail+subuh esoknya tanpa tidur. ~,~ . SERONOKNYA! Ya reet~

Dan kembali kepada tajuk >>>Jordan/ Urdun. Eeeh...bukan ak yang pergi, ni post khas tentang sahabat2 yang telah@ bakal menjejak bumi para anbiya' tanah Syam, Jordan ni. Nasirah, Anisah, Suhaila dah pergi ahad lepas. dan alhamdulillah selamat tiba di destinasi Isnin lepas. Semangat giler diorang, terutama si Cici tu. Pukul  7.50 malam kot tak silap diorang punya departure. dan kemudiannya transit di Bahrin selama 11 jam.
Ketiga-tiga mereka bakal mengambil jurusan bahasa arab dan syariah di Universiti El-Beit, Mafraq, Jordan. InsyaAllah. Bittaufiq wannajah ukht2 sekalian. Ada rezeki, datangla mesir..hehe.
gambar terakhir :)



Dan untuk si muner pulak, insyaAllah dia akan ke jordan hari ni, malam ni, pukul 10 kalau tak silap. Dentistry di JUST, Irbid, Jordan. Whoa....juga bittaufiq wannajah. Selamat untuk semua orang! Weeeeee~~~~