Tuesday, February 28, 2012

bumi shamrock



Rindunya.

Rindu dengan tanah irish.

Dah dua minggu sejak pulang ke ardul kinanah semula. Dan, dah dua minggu jugak sejak 2nd term bermula. Masa berlalu terasa lama, padahal rasa macam dah lama dah jejak Dublin Airport tu. 

Rindunya.

Rindu dengan kesejukan Ireland.

Ia sebuah negara yang sangat sangat harmoni, comel, dan sejukkk (mestilah, dah namanya winter!).  Langit yang always gloomy, dan kadang-kadang hujan rintik-rintik. Anjing berbulu karpet selalu bersiar ke sana ke mari setiap pagi ditemani tuannya. Jalan di sana sangat kecil, tak banyak lane, namun, tak pernah jammed. Bangunan kiut miut macam dalam cerita kartun. Semuanya cantik, takde gerai selekeh tepi jalan pun. Semua orang sangat mesra, especially the elder one. Diorang sangat semangat, walaupun umur dah tua, tapi pagi-pagi berjogging, berjalan meskipun kesejukkan musim sejuk memang mencengkam tulang sumsum. 

Kagum.

Kagum dengan orang Ireland.

Yang tidak pernah kenal erti 'ego' bila terpaksa (takdela terpaksa kot ==") naik basikal sambil pakai baju keselamatan warna hijau tu. Yang amat lembut tutur kata bila menegur kami. Yang amat semangat menasihati kami tentang kesihatan apabila kami membeli coklat dalam kadar yang takleh blah punye banyak. Yang sangat murah hati memberi kami tiket pada harga student untuk masuk ke Blarney's Castle meskipun kami bukan warga Ireland. Yang minta maaf dengan sopannya apabila ditakuti dia rasa bahawa dia mengganggu kami yang sedang solat dalam bas. Yang sudi membuka pintu untuk kami. Yang sangat comel memberi salam meskipun kita tidak pernah bertemu. Yang berkata..... "your hijab is beautiful".

Terharu.

Terharu bila melihat ukhti-ukhti Ireland.

Bila mana mereka tidak pernah mengeluh apabila kami menyepahkan rumah mereka yang cantik itu.
Bila mana mereka sangat semangat menyambut kami dengan penuh mesra. Katanya, ..."sister mesir!!" dengan teruja dan senyuman walaupun kami tiba di ireland pagi-pagi buta. 
Bila mana mereka tidak kisah pun melayan kami, memasak untuk kami, dan membawa kami bersiar-siar ke seluruh dublin dan cork, meskipun mereka baru je nak start cuti time tu.

Bukan setakat itu.
Malah,
Terketuk.

Terketuk rasanya hati ini bersama-sama ukhti Ireland.

Yang sedar tujuan SEBENAR hidup mereka.
Yang telah menerima sinar hidayah itu dengan sebenar-benar sinar.
Yang istiqamah memakai tudung labuh meski ada antara mereka yang tidak pernah pun menerima pendidikan agama di malaysia. 
Yang Al-Quran tidak pernah lekang dari beg dan tangan mereka.
Yang bibir mereka sentiasa basah dengan zikrullah.
Yang hamasah mereka untuk ke arah islah dan islam itu sentiasa tinggi, malah semakin tinggi rasanya walau mereka ada yang di tahap sudah bekerja. Doktor pulak tu.
Yang amat mencintai Bahasa Arab.
Yang amat menyayangi kami kerana Allah.
Yang semangat nak sampaikan islam tu dekat orang lain, walaupun diorang tau yang kitorang ni daripada mesir. Tapi diorang tak pernah rasa malu, malah mereka mengagumi kami. 

Kami yang rasa malu dengan mereka.

Mereka begitu mencintai bumi anbiya.

Kami pulak asyik mengeluh di sini.

Terketuk banyak kali. 
Terketuk lagi, lagi dan lagi.

Bila melihat mereka sangat bersungguh nak kenalkan Islam kepada masyarakat ireland. Dakwah Stall, FOSIS, pamplet-pamplet tentang keindahan Islam, dan banyak lagi.

Sedang aku pula masih lagi bertarung dengan hawa nafsu sendiri. 

Umpama berada di atas air. Sekejap tenang, sekejap bergolak.

Tapi hati ukhti di sana kelihatan sangat tenang. Sebab mereka dah dapat cari tujuan hidup mereka. Dan mereka PERCAYA dari lubuk hati mereka. Teguh dalam hati mereka Islam sbg DEEN mereka. Dan Allah sebagai ilah mereka. Dan disekeliling mereka ada pula ukhti-ukhti lain yang mempunyai misi yang sama. Yang saling menyokong. Saling menguatkan.

Semoga aku dapat menggenggam hamasah ini dan mengekalkannya.

Ameen.

===========================================

Rindu pada mereka. Pada ukhti Ireland. Rindu pada RI Ireland. Rinduuuuuuuuu!
Jazakumullahu khairan katheera. Moga Allah pertemukan kita kembali, insyaAllah. Dalam keadaan yang masing-masing tetap tsabat di jalan dakwah-Nya.




5 comments:

icha fariha said...

nk pergi jugakkk

haru_maki said...

insyaAllah,tahun depan punye winter! hehe. icha kan kaye~

Miss. ciku_cika said...

eh,,yang ni mmg OSEM!!!
nabila..
ukhti2 tu student or org2 ireland

haru_maki said...

ukhti2 tu student ireland yang sngat OSEM~ ade gak orang2 ireland yg islam. diorang sangat welcoming sebab kalau terjumpe kat mane2 mesti diorang bagi salam tauu.

LemoN~* said...

fuhh, cm bestnye, ur dreams are coming true and along the way u get to learn a lot of things. im proud having a friend like u, cause i get to learn and reflect myself too. thanks nabilah~ stay gorgeous!