Sunday, May 18, 2014

Suwit

Assalamualaikum.



Saban hari berjalan ke sana kemari
Melihat sekeliling, melihat pokok-pokok berbunga riang menari
Melihat kereta, kadang-kadang juga kelihatan sang kuda dan keldai berlari

Aku berjalan sepi sendiri
Ditemani suasana jalan yang tidak pernah sunyi
Yang sentiasa mengajar seribu erti

Melihat bapa membawa anak ditangan
Abang memegang beg adik perempuannya yang masih kecil
Tidak kelihatan sang puteri berdiri di dalam bas
Wanita diperlaku bagai permaisuri

Dikala aku terjatuh
Belasan tangan datang menghulur memberi bantu

Dilorong-lorong kecil
Bergema jalan dengan doa
Duduk pakcik tua ditepi
Gigih melemparkan salam dengan muka berseri
Setiap hari, tidak pernah cuti

Kalau bukan kerana sampah
Kalau bukan kerana korupsi
Pasti negeri ini hebat sekali


*Sampai ke tahun tiga masih lagi duk kagum dengan mesir. Sebulan lebih lagi nak balik mesia. Wehee.

Wednesday, May 14, 2014

Kawan saya semua baik-baik

Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa, rasa membuak-buak sangat nak menulis walaupun tak pandai bermain kata untuk tulis benda-benda hebat. Baru-baru ni batch kami GEN11 Cairo University berada dalam fatrah pilihanraya batch, untuk menentukan barisan kepimpinan yang bakal menerajui batch pada sesi 2014/2015 yang diharapkan dapat membawa halatuju pergerakkan dan pencapaian batch ke arah yang lebih cemerlang insyaAllah.

Dan kerana itu semua orang sangatlah bersemangat untuk mempromosi calon masing-masing, berdasarkan potensi-potensi yang terlihat pada diri mereka. Dan siyesli, tahun ni punya calon memang mantap-mantap. Ekceli semua orang sangat mantap pun dalam batch kami, cuma tinggal nak promot dan extra gilap je. Kompem bersinar.

Di sini, rasa terpanggil untuk tulis something untuk calon-calon yang bertanding masuk pada hari ini sebagai satu luahan/ ekspresi rasa, hasil daripada tempoh taaruf yang..lama, tidak cukup lama dan tidak juga cukup singkat, dan bagi saya sebenarnya 3 tahun itu sebenarnya singkat. Masih lagi banyak perkara yang tidak kita tahu pada kawan-kawan kita. Emosinya, cara sudut pandangnya, apa yang dia fikir, apa yang dia rasa, dan lain-lain lagi. Kerana itu, usaha proses taaruf itu adalah selamanya. Bukan hanya semasa program atau semasa duduk di sebelahnya di dalam kelas.

Uish, panjang intro.

Saya mengaku saya bukanlah seorang kawan yang sangat sangat sangat sangat rapat 24 jam dengan diorang, tapi seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kehadiran seseorang kawan sedikit sebanyak wajib akan meninggalkan satu impresi (baca: kenangan) terhadap kita pada diorang, walaupun diorang sendiri tak perasan perkara tersebut ada pada diri mereka. Dan kerana itu, setiap satu daripada kawan-kawan kita adalah mutiara, mereka berharga.





1. Azura Ashikin

Antara kawan yang sangat saya pandang tinggi kerana semangatnya yang memang tak boleh blah. Sangat! Kitorang sama study group sejak pertengahan tahun dua, dan semenjak itu selalu jugak kacau dia dalam kelas. Semasa study group, walaupun kadang-kadang semua orang letih akibat study yang berpanjangan, tapi dia selalu bangkitkan semangat orang lain (walaupun dia sendiri nampak letih. Lol.) Sangat suka dan hebat memasak, tahu tanggungjawab yang ada pada dia dan akan lakukan sebaik mungkin. She really put an effort onto what she's doing. Kemas rumah, kemas betul-betul. Study betul-betul. Fokus dalam kelas, (tak terganggu meskipun orang sebelah dia dah buat senaman pusingan kepala 360 degree akibat 'fokus' yang melampau.) Dia tahu apa yang dia mampu, dan limitasi yang ada pada dirinya, tapi tak pernah menjadikan ia sebagai penghalang solid untuk melaksanakan tugas yang diberi.

Sebagai ahli member study group, sangat terkesan apabila selalunya beliaulah yang menjadi orang pertama yang tanya "Study group kita jadi kan? Hari sekian, sekian." --komited.

Satu lagi benda yang saya respek kat beliau ialah beliau sangat concern dengan masalah yang dihadapi oleh kawan-kawannya. Nasihat yang dia bagi selalu sangat mengena (yes, dia jenis tak manjakan kawan dan bagi nasihat siyesli yang straight to the heart --pengalaman saya.) Seorang yang ramah, mesra, muka memang boleh jumpa kat mana-mana program je. Anak yang baik dan taat, dan seorang kakak yang wow masyaAllah sejuk hati saya tengok; sangat terkesan melihat dirinya sebab, saya seorang kakak yang gangster. Kehkeh.

2. Suhaila

Another kawan yang sangatlah humble, lemah lembut tetapi berprinsip dalam menyelesaikan tugas dan study. Suhaila tak pernah rasa malu untuk bertanya, dia sangatlaaaaah humble (saya sangat suka tengok dia), sebab bagi saya antara benda yang sukar untuk dilakukan ialah bagaimana untuk merasa rendah diri over benda yang kita sebenarnya tahu dan tidak merasa ego ataupun besar dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Banyak kali study dengan beliau, dan even sebenarnya beliau lagi top daripada saya dalam pelajaran, tapi bila kitorang diskus pelajaran, tak pernah sekali pun dia mencelah walaupun dia dah tahu point tu dengan mesyinya, dan hanya akan bercakap bila saya tanya, "faham tak macam ni?"  ataupun "Eh betul ke apa yang saya cakap ni?".
Saya tak banyak pengalaman bersama beliau dalam kerja, tapi selalu dengar daripada kawan-kawan betapa beliau sangat menjaga amanahnya, cuba untuk buat yang terbaik, walaupun beliau ni pemalu orangnya, tapi tak pernah rasa perkara itu sebagai penghalang untuk dia mencurahkan baktinya. Contoh masa program Stand Together dulu. Bab study, memang dia sangat gigih dan tekun. Semua orang pun mesti rasa senang hati je tengok dia. Ada nur bak kata orang.


3. Fairuz Nabilah

Yang ni, tak boleh cakap apa lah. Geng sama nama, orang duk konpius muka sejak dari intec lagi. Tapi sekarang orang dah kenal, senang je nak beza. Seorang yang saya boleh definisikan sebagai orang yang berprinsip, mempunyai semangat leadership yang tinggi, sangatlah professional baik dari segi tugas mahupun study, dll. Hebat dalam mencari peluang, outspoken (she's not afraid to speak her mind. Haha. Sangat.), friendly, tersusun dan kemas, tahu apa yang dia mahu, tepat dalam memberi pendapat dan hujah, baik hati --sangat sweet sebenarnya tapi tak nampak sangat. Haha. Tegas. Dalam study beliau sangatlah bersungguh-sungguh dan rajin, selalu tanya pada doktor kalau tak faham, dan bila doktor tanya apa-apa, suara dia jugaklah yang paling obvius nak jawab walaupun perkara tak berkaitan kuliah (hal Malaysia, ect2).

Sebagai seorang kawan, dia sangat semangat nak tolong kawan dia. Contoh macam, kalau saya cakap english dengan dia, dia akan balas english balik, selalu betulkan grammar. Orang cakap ---sangat meraikan kawan, lagi-lagi yang mahu belajar lebih. Arab-friends hunting, belajar dan berkongsi resepi, banyak lagi! Diorang ada set up satu study group (sera, fairuz, una, shefa', syurun), sangatlah konsisten dan selalu nampak diorang study sesama bila waktu rehat/ ada masa senggang. Selalu sembang dengan pakcik arab tepi jalan, dalam keadaan saya selalu nak lari daripada arab sebab malas nak jawab. Walaupun fairuz tak belajar bahasa arab komunikasi/tinggi kat sekolah, tapi sekarang dialah antara orang yang terel gila cakap ammi! Sangat respek peribadi beliau lah. Cakap pun macam menteri. Ops.


...............................................................................................

Ini adalah calon-calon penolong ketua batch. Pada saya, ketiga-tiga mereka mempunyai peribadi dan kelebihan diri masing-masing, yang dimana alangkah baiknya sekiranya kebaikan-kebaikan itu mampu diimplimentasi dalam diri kawan-kawan yang lain. Walau siapa pun yang akan menang nanti, saya percaya mereka dan barisan kepimpinan batch yang akan datang pasti akan membawa batch ke arah yang lebih baik daripada yang sebelumnya, dengan syarat, adanya kerjasama daripada semua pihak dalam usaha-usaha yang dirancang di dalam kondisi kasih ukhuwwah dan kefahaman yang pekat. Bukan hanya bergantung kepada program, bahkan setiap masa dalam setiap detik bersama ahli batch.

Okay, selamat mengundi. Harap ia membantu kalian sedikit sebanyak.
Kepada azura, suhaila dan fairuz, terima kasih kerana menjadi kawan yang baik. Siyes.


Monday, May 12, 2014

Everything back to basic

Assalamualaikum.

Bila check, ada 21 post dalam peti draft, yang di mana tiap satunya ada yang panjang berjela, malangnya tidak mampu di post dek kerana tiada konklusi. Heheh.

Dan sekarang masih lagi dalam proses mentelaah buku pathologi, mikrobiologi, menghafal nama-nama sel, kuman sana sini. Dan makin banyak belajar, makin selalu terdetik dalam hati, orang-orang yang kaji tiap satu kuman ni, mesti dah banyak sacrifice hidup dia semata-mata untuk satu benda kecik ni yang di mana manusia lain tak ambil endah pun. Tahu jelah obsesi seorang saintis tu macam mana kalau dia tengah mengkaji. Sangat fokus dan kadang-kadang tak kisah pun benda lain. 

Macam yang doktor faisal selalu cerita, godfather of pathology, Herman Boerhaavesepanjang baki hidupnya dihabiskan untuk membezakan antara benign tumour dengan cancer setelah kematian isterinya tanpa menggunakan mikroskop. Bergantung kepada gross features semata-mata kerana pada zaman itu mikroskop belum lagi diciptakan.

(Taktahu la doktor just cerita or benda tu memang fact, but saya percaya je mesti wujud orang macam ni especially scientist, jurnalist, archeologist, dll)



taktau kucing ni buat mata fokus ke mata annoyed ke mata nak terkam orang


Obsesi sebagai asas

Pernah sekali bertanya kepada naqibah: 
"Akak, sahabat-sahabat dulu tidur sekejap je. Macam mana boleh jadi macam tu sedangkan kita belajar, seorang manusia kena tidur minimally 5-6 jam untuk badan yang fresh."

" Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."

-Saidina Umar Al Khattab RA, apabila ditanya kenapa beliau kurang tidur sejak menjadi khalifah.

Mereka begitu kerana mereka sangat beriman bahawa dunia ini adalah tempat yang sangat sementara, mati itu bukanlah pengakhiran tetapi hanyalah suatu checkpoint dalam satu perjalanan kehidupan yang panjang.

Dan khusyuk ibadah sahabat sahabat itu menyebabkan ia menjadi sumber kekuatan terbesar untuk mereka terus bergerak. Ibadah sebagai rehat terbaik. Motivasi terbaik. Jika tidak kenapa Rasulullah just ajar Fatimah zikir tatkala dia meminta pembantu rumah sebab penat sangat uruskan hal rumah sorang-sorang.

Kenapa dalam perang Badar dulu, sabiqun awwalun boleh sedia je pergi perang, walaupun antara mereka itu hanyalah orang-orang biasa, hamba, petani, peniaga, bukannya pemikir perang mahupun tentera-tentera gagah yang terlatih. Sesama diorang pun macam terkejut macam mana mereka boleh ada dalam medan perang. Lepas tu, menang pulak tu. 

Resepinya hanya satu: obsesi. Yep, obsesi dengan iman. Apa pulak iman tu?
Obsesi itu satu sumber kekuatan.

Tidak salah untuk obses, tapi dengan apa kita obses itu yang matters.


Thursday, May 1, 2014

Immunies adalah sangat comel

Assalamualaikum.


Tangan ditekap ke dahi. Tak panas pun. But deep down inside sangat struggle dengan diri sendiri untuk kuat bangun walaupun kepala dirasakan berat seperti batu besar. Tak tahu lah ini panas badan ke panas summer mesir, tapi ia sangatlah melemahkan diri. Ditambah pulak dengan sore throat dan runny nose.

"I thought i got infected by rhinovirus."

"Syafakillah," said Laila, a Chadian friend of mine.

Well,
Keep fighting, immunies!

*This what you got after stay-uping until 3 am yesterday. Nearly rare happend to me, thats why my body merajuk.