Monday, May 12, 2014

Everything back to basic

Assalamualaikum.

Bila check, ada 21 post dalam peti draft, yang di mana tiap satunya ada yang panjang berjela, malangnya tidak mampu di post dek kerana tiada konklusi. Heheh.

Dan sekarang masih lagi dalam proses mentelaah buku pathologi, mikrobiologi, menghafal nama-nama sel, kuman sana sini. Dan makin banyak belajar, makin selalu terdetik dalam hati, orang-orang yang kaji tiap satu kuman ni, mesti dah banyak sacrifice hidup dia semata-mata untuk satu benda kecik ni yang di mana manusia lain tak ambil endah pun. Tahu jelah obsesi seorang saintis tu macam mana kalau dia tengah mengkaji. Sangat fokus dan kadang-kadang tak kisah pun benda lain. 

Macam yang doktor faisal selalu cerita, godfather of pathology, Herman Boerhaavesepanjang baki hidupnya dihabiskan untuk membezakan antara benign tumour dengan cancer setelah kematian isterinya tanpa menggunakan mikroskop. Bergantung kepada gross features semata-mata kerana pada zaman itu mikroskop belum lagi diciptakan.

(Taktahu la doktor just cerita or benda tu memang fact, but saya percaya je mesti wujud orang macam ni especially scientist, jurnalist, archeologist, dll)



taktau kucing ni buat mata fokus ke mata annoyed ke mata nak terkam orang


Obsesi sebagai asas

Pernah sekali bertanya kepada naqibah: 
"Akak, sahabat-sahabat dulu tidur sekejap je. Macam mana boleh jadi macam tu sedangkan kita belajar, seorang manusia kena tidur minimally 5-6 jam untuk badan yang fresh."

" Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."

-Saidina Umar Al Khattab RA, apabila ditanya kenapa beliau kurang tidur sejak menjadi khalifah.

Mereka begitu kerana mereka sangat beriman bahawa dunia ini adalah tempat yang sangat sementara, mati itu bukanlah pengakhiran tetapi hanyalah suatu checkpoint dalam satu perjalanan kehidupan yang panjang.

Dan khusyuk ibadah sahabat sahabat itu menyebabkan ia menjadi sumber kekuatan terbesar untuk mereka terus bergerak. Ibadah sebagai rehat terbaik. Motivasi terbaik. Jika tidak kenapa Rasulullah just ajar Fatimah zikir tatkala dia meminta pembantu rumah sebab penat sangat uruskan hal rumah sorang-sorang.

Kenapa dalam perang Badar dulu, sabiqun awwalun boleh sedia je pergi perang, walaupun antara mereka itu hanyalah orang-orang biasa, hamba, petani, peniaga, bukannya pemikir perang mahupun tentera-tentera gagah yang terlatih. Sesama diorang pun macam terkejut macam mana mereka boleh ada dalam medan perang. Lepas tu, menang pulak tu. 

Resepinya hanya satu: obsesi. Yep, obsesi dengan iman. Apa pulak iman tu?
Obsesi itu satu sumber kekuatan.

Tidak salah untuk obses, tapi dengan apa kita obses itu yang matters.


No comments: