Saturday, August 22, 2015

Mumbles

Ala ala trobek.

Hari itu, aku mengadu pada ibu betapa abah dan ibu selalu tidak membantu aku secara spesifik dalam menguruskan hal-hal hidupku semenjak aku habis spm. Segala perkara aku uruskan sendiri, daripada urusan mengemas beg, surat menyurat, pengangkutan, berjalan ke sana ke mari, dsb. Aku hanya beritahu 'title' perbuatanku kepada ibu dan abah. Tak pernah bagitau details, --sebab mereka pun tak pernah bertanya. 

Tidak dinafikan banyak benda aku silap buat, banyak benda aku menggelabah, banyak benda aku kena marah dan rasa malu, dan banyak benda aku belajar 'in the hard way'. Nangis pun ada. Sampai aku jadi tak puas hati dengan ibu abah, kenapa tak tolong langsung? At least masa menggelabah tu, give a hand...

Kemudian ibu berkata;

"Biar, ibu saje je buat camtu. Biar cepat belajar, cepat tahu apa yang tidak boleh buat, apa yang patut buat, patut susun, patut rancang. Bukan jadi manja je."

"Ibu dulu lagi lah. Masa ibu nak pindah universiti dari KL ke Johor, embah tak tolong siket pun. Semua ibu buat sendiri. Angkut barang, upah motorsikal. Fikir sendiri. Kita ada otak, dalam keterbatasan kita mesti mampu fikir apa penyelesaian dan jalan keluar terbaik untuk masalah kita. Pengalaman buat salah menjadikan kita sentiasa beringat bahawa dalam dunia ni takde benda boleh buat main taram sambil lewa tanpa perancangan."

"Ibu dan abah dulu masuk hostel takde pun orang nak uruskan. (Ibu abah dedua sekolah menengah asrama di KL) pergi balik naik bas. Ok je. Kami mmg di-train seperti itu, dan itu menjadikan siapa kami sekarang. So ibu percaya je nabilah boleh buat. Tak risau pun."

"Kalau hidup di kampus pulak, lagi tak risau. Tu ada usrahmate, ade naqibah. Selesai keje ibu, ada orang nak marahkan kalau malas malas kemas rumah." ---part ni macam errr haha

Inilah essence pembelajaran melayu. "Agak2" "secukup rasa" semasa memasak --> bukan bermaksud masak tu main taram je, tapi menyukat kuantiti bahan tu melalui pengalaman dan pemerhatian. Look and learn. That's how you become a human.

Sebenarnya aku bebel-bebel kat ibu macam tu pun, actually lagi ramai orang yang matang sebelum usia daripada aku. At least ibu lepaskan anak dia betul-betul after spm. Tapi kawan-kawan aku ada yang sgt independant untuk belajar jauh even johor-perlis dalam usia yang sangat muda, ada yang dah start bekerja jual kuih untuk bantu keluarga sedangkan time tu belum lagi habis spm, dll. Yang diorang-diorang ni, bukan setakat support teknikal tak dapat, even kekadang support moral, kepekaan dan bantuan kewangan pun tak dapat. At least, aku sebenarnya diperhatikan daripada jauh oleh parents aku (even tak perasan). Mereka memberi joran untuk aku belajar menangkap ikan. Supaya aku boleh belajar erti hidup dan berdikari.

So, bak kata haifa, aku bersyukur dengan takdir yang ditentukan ini. Heheh. Jazakumullahu khairan jazak ibu dan abah!


3 comments:

Anonymouse said...

terbaek! sentiasa belajar dari kesilapan dan buat yang lebih baik next time!

Seindah Mutiara said...

bella memang matang :)

athiqahmohdnur :) said...

"bak kata haifa" kekekekeke